actually aku rasa nak post sumting tapi macam blur sangat2.. ntah la nape.. aku sendiri pun tak sure.. adeh.. takpe la.. ignore je.. huhu..
ok.. back to the topic.. april da berlalu.. mei pun da berakhir.. nape aku rasa cepat sangat ek?? aku rasa masa berlalu cepat sangat.. segala-segalanya cepat.. dan semua benda yang da aku lalui dalam hidup ni tak mungkin buleh undur kembali.. semua dah jadi kenangan.. yang pasti semua tersimpan dalam ingatan (yeke semua, manusia kan mudah lupa) esp yg special!
masa!! yup.. masa oh masa.. ape yang korang phm tentang masa.. "masa itu emas".. hmm.. selalu je dengar orang cakap camtu kan.. kalau masa tu emas, nape kite senang2 je buang masa (perli diri sendiri jugak ni!).. ade ke orang nak buang emas?? takde kan.. tapi selalunya bisnessman la yg ckp cmni kan.. sebab kalu xguna masa baik2 dorang mesti rugi besar.. huhu.. tapi anak-anak muda zaman skg suka buang masa.. lepak la, rempit la, apela.. macam2 laa..
kalu tak guna masa baik2, agak2 student macam kita ni rugi tak?? emm..soalan sebenarnya cmni.. agak2 Muslim mcm kita ni rugi tak?? huh, soalan ni mmg tak payah tanya.. semua da tau (apela aku ni)!! tapi aku mmg sengaja je tanye.. saje nak ingatkan.. RUGI BESAR!! tau nape? Allah da jawab dlm surah Al-'Asr..


In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
By (the Token of) Time (through the ages),
Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds,
and (join together) in the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy.
(translation by Abdullah Yusuf Ali)
By (the Token of) Time (through the ages),
Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds,
and (join together) in the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy.
(translation by Abdullah Yusuf Ali)
da jelas?? selalu da dgr tentang ni kan..
hmm.. selalu budak2 muda pk, "alaa, hidup cuma sekali.. tym ni la nak enjoy.. ble lagi.." haa.. ni la masalahnya.. muda2 nak enjoy habis-habisan.. da tua baru nak taubat.. astaghfirullahhalazim! sedarlah semua, hidup ni tak lama.. semua yang ada skg cuma pinjaman semata-mata.. kita tak tau lama mana kita hidup.. semua tu rahsia Allah je.. bertaubatlah sebelum terlambat dan perbanyakkan amal ibadat (nasihat utk diri sendiri terutamanya).. dan perbanyakkanlah muhasabah diri kerana tiada manusia yg sempurna.. tiada manusia bebas dari dosa.. hanya Allah yang sempurna segala-galanya.. amar ma'ruf nahi munkar!
act korang sedar tak.. kadang2 kita hepi sambut besday kita.. makin matang la katakan.. dalam "gembira" tu sebenarnya ada maksud lain.. maksudnya umur kita makin pendek.. masa kita hidup di dunia makin singkat.. bak kata orang2 tua "umah cakap pergi, kubur cakap mari" (xsure betul tak ayat ni tapi lebih kurang la).. so pandai2 la pk sendiri ye.. ni hanya sekadar renungan.. wallahu'alam..
p/s: aku insan hina dan lemah.. aku banyak membazir masa.. aku banyak buat perkara tak berfaedah.. aku tidak memanfaatkan masa sebaiknya.. kadang2 hati ini ingat.. tapi hati ini selalu lupa.. Ya Allah.. panjangkan umurku andai bermanfaat bagiku dan matikanlah aku andai ia lebih baik.. ameen.. kawan2 tlg sedarkan aku jika aku terleka diulit mainan dunia..
2 comments:
marilah kita sama-sama bertaubat...kejar dunia kejar akhirat....janganlah kita kecewa dengan kesalahan dan dosa yang dilakukan. yang penting kita hendaklah berusaha memperbaiki diri...janganlah difikirkan lagi kesalahan itu....ingatlah Allah pernah bersabda (tak ingatlah ayat mana) setiap kebaikan menghapuskan kesalahan...
huhu.. maceh byk2.. nasihat yg membina.. hehe.. insyaAllah.. sme2 la kte brusaha jd muslim n muslimah sejati.. ameen..
Post a Comment