Monday, January 31, 2011

Kenangan Jatuh Tangga.

Salam alaik.

Entri kali ni nak mengimbau kenangan silam aku la konon. Haha. Ok, sila baca dulu apakah yang ingin di'highlight'kan oleh si penulis. Erkkk, si penulis?? Huhu.

(klik kalu nak baca lebih jelas) hee~

Kejadian tu, aku takkan lupa weh. Seyes aku malu giler. Sangat-sangat. Malu dapat, sakit pun dapat. Tapi kenangan takyah nak cakap, best!

Alkisahnya la kan, aku dan geng-geng Pub&Pro pakat la nak g gantung flyers kat tempat orang lalu-lalang kan. Aku, Syahid ngan Paan kena la g gantung mende alah Si Flyers tu kat tangga untuk program 'Battle of Nasyeedians' kalu tak silap. Kalau korang ingat la kan, kat Uia PJ tu, ada cafe banyak-banyak yang nama Aroma lah ape lah kan. Hah, kat tangga menghadap E cafe tu lah tempat kejadian.

Bukan main aku nak tolong bagi tali nak gantung flyers kan. Dengan selamba aku turun la tangga, dorang berdua dah ada kat tengah-tengah tangga dah. Tiba-tiba.. Slurpppp~ Teeeeeeeeettttttt.......... Aku rasa macam main gelongsor. Dahsyat kot masa aku jatuh tu. Dari tangga ke-3 dari atas sampai tengah-tengah dekat tempat dorang berdiri. Sakit plus malu korang taw tak? :'(

Giler ah. Aku terpijak seluar aku sendiri kot. Mujur pakai seluar!!! Tapi sandal tu licin jugak. Aku pinjam sandal rumet aku Farah, budak Law. Ampun farah, aku pinjam tanpa kebenaran. Akibatnya aku rasai. Aku pulak tak pasti dorang gelak ke tak, tapi masing-masing muka terkejut weh. Aku lagi r terkujat! Haha.

Malam tu aku ok je la kan. Control macho la sket. Lagipun orang lain tak de kat situ. Haha. Tapi esoknya, sakit-sakit pinggang ngan kaki aku. Wuwu. Tapi maseh la korang sebab ada kat situ. Dan maseh jugak still ingat kisah tu. -_-"

P/s: Aku rasa sem tu paling banyak kenangan yang giler-giler ngan mereka sume. Dan sem seterusnya, kegembiraan makin pudar sebab sume yang rapat ngan aku pindah nilai. :(

Balik Kampung.

Salam alaik.

Oooyeah~ Sape yang tak suka dapat balik umah kan? Bayangkan last week tu rasa macam beban penuh bukan kat kepala je tapi sampai kaki. Dan akhirnya, suma tu tak rasa bila dapat balik umah tersayang.

Owh, ok, saya taw masih ada assignment yang kena submit after cuti ni. Baiklah. Saya tak lupa tu. -_-"

Sabtu pagi tu kan, punyalah bersungguh nak balik ganu ni. Sampai je Terminal Makmur, yeyeah~~!! Tapi bila nampak je bus yang bakal aku naik, aku speechless. Terus aku cakap kat member yang 'Aku rasa Sedih'. Tapi dia tak berapa faham. Pas naik tu aku rasa betambah-tambah sedih. Huhu.

Tadaaa~ Seat aku menghadap kerusi ni. Wah, berseni~
"Dont trust boys. Love is crazy. I hate boys from SMK T.P.G girls"
Ceh, ntah pape tah. Vandalisme!

Ok, kesabaran. Asalkan dapat pulang dengan selamat!

Bersyukur jugak. Ni bus tambahan ek? Ok.

Tetap bergumbira la konon kan. Haha

Aku tak kira. Nak tido jugak dalam bus sedangkan aku ni lebih suka berangan bila naik bus ni. Takpe, sweater aka Aedes aku ni ada. Buleh tutup muka, telinga pulak sumbat mp3. Eh, nak taw tak? Seat yang aku duduk tu kan, bila aku sandar, automatik ke belakang. Aiyarkkk~ Malu giler bila asyik ke depan-belakang-depan. Bus gegar-gegar tu rasa cam normal dah.

Lagi satu, ramai yang balik on da spot, so buleh pulak pakcik bus tu g amek je sape-sape kat tepi jalan sampai dorang terpaksa berdiri dalam bus. What?? Kesian sape takleh duduk. Yang pasti, kalau buleh taknak dah naik bus ni. Nama bus dirahsiakan demi menjaga maruah. Pengkhidmatan yang sangat tak memuaskan. Haha.

P/s: Bersyukurlah ang! -_- Balik umah jumpa family, nak makan nasik lauk ulam cicah budu, g jenguk tok yang tak sehat, bla-bla-bla.

Friday, January 28, 2011

Hepi 22.

Salam alaik.

Hehe. Supposedly post ni patut aku tulis last week sebab kejadian ni berlaku pada minggu lepas. Tapi maklumlah, kebizian tahap ape ntah memaksa aku malas nak wat post yang suka suki ni. Ok. Camni..

Petang tu ada member aku ajak celebrate besday 5 classmates aku tuk bulan january ni. Kira nak wat surprise la kan. Fyi, memang selalu wat kejutan untuk mereka yang makin berusia ni sejak dari first year ag.

Nak dijadikan cerita, aku ngan farahin sembang la ngan salah sorang target kitorang kat bilik aku. Tapi boleh pulak kami lupa yang kitorang nak wat surprise kat dia dan lain-lain. Lepas tengok hp suh kitorang kumpul kul 11 kat musolla, waaarghh~ Kul 11 lebih aku teringat. Pheew~ Kalut giler.

Tapi kecian la. Ada yang kena tipu kaw-kaw punya sebab surprise punya pasal. Soew member!

Ceh. Aku takut belon pecah.

Penjelajahan bermula dari level bawah. Dari bilik ke bilik.

Besday gurls: Muni, Izat, Awah, Ela, Fadilah.

Satu sorang. Jangan berebut. Sama je. Haha.

Ramai joined tapi tak dapat nak upload gambar ramai-ramai atas alasan yang kukuh. Wuwu~

Selamat ulang tahun ke-22 korang. Terima kasih kerana dah bersama kami beberapa tahun ni. Hehe. Sekadar peringatan, makin meningkat usia kita, semakin dekat dengan kematian. Nway, wish u luck. :)

P/s: September oh september. Saya lahir september, dia lahir september, kami lahir september. Owh, saya suka september. -_-'

Wednesday, January 26, 2011

Cepat La Abes Exam.

3 paper dah lepas~

Tuesday:
- NUR 2272, Gerontology in Nursing
- RKUD 4310K, Philosophy of Science

Wednesday:
- NUR 2244, Medical-Surgical Nursing 4

-------------------------------------------------

Dan tinggal lagi 2 paper~

Thursday:
- NUR 2264, Community Health Nursing 1 + Presentation

Friday:
- NUR 2254, Medical-Surgical Nursing 5 + submit individual assignment

*Sigh*

Banyak sangat pressure kebelakangan ni. Bukan bagi aku je, tapi orang-orang sekeliling aku pun sama. Sume nak emo, cuma emo aku terlebih. Chillex sume~ Hahahahaha.

Aku pun tenang dah malam ni. Fikir positif sket pastu keluarkan air mata sket. Kesian kan. Ngade! Hehe. Sambil tu aku tengok pape yang aku rasa wat aku relax. Hm, coolnya. Tenang jap. Huhu.

Esok exam tapi saya....... Aaaaaaa... Takleh focus nak study sangat. Adehh, sempat je update blog. Tapi entri ringkas sudah. Konon nak cover entri lepas yang agak emo. Konon nak cakap aku dah rasa ok la kan. Yeah, im ok babe! Tadi cakap sorang-sorang, rasa best pulak. :)

Tak sabar nak balik umah. Ang penat dah ni. Penat mental dan fizikal. Pada yang tak balik tu, jaga diri bebaik.

P/s: You are amazing just the way you are~

Please la.

AMARAN: INI ENTRI YANG PENUH DENGAN EMOSI BERPUNCA DARI GANGGUAN JIWA YANG MELAMPAU PADA MUSIM EXAM DAN ESEMEN.

"Kalau kita taknak orang buat macam tu kat kita, jangan buat macam tu kat orang."

Satu perumpamaan yang kita dah selalu dengar kan. Tapi ada betulnya. Kita selalu bising, terguris atau cepat melatah atau ape-ape je lah bila orang buat something yang kita tak suka kan. Tapi ada tak fikir yang kita pun ada buat something yang orang tak suka?

Maaf dan sori to say la. Aku terguris dan jiwa aku berkecamuk sekarang sebab ada sesuatu yang aku 'kurang' suka berlaku. Aku tak cakap 'tak suka' sebab aku tau aku ni sape. Pernah je wat salah kan. Tapi awak, saya pernah je tunjuk yang saya 'kurang' suka awak wat camtu. Still awak wat jugak.

Saya taw apa awak wat time tu. Tapi saya takde kekuatan nak tegur awak yang saya 'kurang' suka. Awak sembunyi-sembunyi kan, awak mungkin ingat saya tak taw. Tapi sebenarnya saya taw. Cuma saya wat-wat tak taw je dengan harapan saya taknak la mende kecik pun jadi hal besar kan. Tapi pagi tadi, sebelum saya g exam, saya nampak sesuatu. Saya geram. Maaf saya cakap, saya geram! Saya tak sangka pulak camtu.

Saya taw saya tak berhak pun cakap macam ni. Tapi saya manusia biasa. Saya perempuan yang cepat terluka dan tak pandai nak luah apa saya rasa. Dan saya taw saya kena fikir dulu apa impak bila saya cakap terus-terang ngan awak. Bukan bermakna saya nak cakap tu salah awak, saya bukan nak cari kesalahan orang. Tapi saya tak sempurna, sebab tu saya emosi.

Cuba awak fikir jika saya wat awak camtu, saya yakin awak pun mesti geram ngan saya kan. Cuma awak tak berada ditempat saya. Saya tak mintak awak faham saya tapi cubalah fikir sendiri. Saya rasa awak faham, tapi kalu awak tak faham takpe la. Saya kot yang terlalu fikir bukan-bukan.

Saya ni tak pandai nak tunjuk apa saya rasa. Kadang-kadang orang cakap saya ni pelik ke ape ke, saya tak kisah pun. Saya pun akui macam tu. Lagipun saya selesa. Awak, terima kasih sebab awak jadi kawan saya. Saya pun hargai awak sebagai kawan saya. Tapi kadang-kadang kita takleh lari dari masalah terasa hati ke ape ke. Adat berkawan la kan.

Takpe awak. Bagi saya masa, saya nak tenangkan hati saya yang tak keruan ni. Masing-masing tertekan dengan keadaan yang sibuk sekarang. Luahkan kat sini je yang saya mampu lakukan. Saya ingat ada senior pernah cerita, 'berkawan ngan perempuan ni leceh, antaranya selalu emosi.' walaupun senior tu sendiri perempuan.

Ya saya akui kadang-kadang betul gak tu. Tapi saya perempuan, awak perempuan. Saya harap kita masing-masing faham la. Kalau awak jadi saya, saya wat camtu kat awak, apa awak rasa? Ah, abaikan la. Sesungguhnya memang jelas lagi nyata saya sangat emosi sekarang. Maaf, saya jarang nak emosi ngan kawan-kawan camni. Saya lebih suka pendam. Saya jenis tak suka cari masalah ngan orang.

Saya ingat ag dulu pernah ada sorang kawan cakap something yang wat saya sakit hati. Saya rasa panas giler dan terus saya blah g toilet. Kat situ saya duk diam-diam, pandang cermin, cuba tenangkan diri. Relax. Bersabar. Baru saya masuk kelas balik dan diam je. Ada je kawan-kawan perasan saya lain macam dan terkejut jugak la tiba-tiba blah kan. Sebab masa tu nampak sangat saya nak marah. Dan alhamdulillah saya dapat control marah tu. Malas dan tak guna kalau saya ngamuk-ngamuk macam orang gile. Apa saya dapat, sakit jiwa ada la.

Tapi saya bersyukur sebab lepas saya emosi, saya rasa lega balik. Pastu saya jadi heartless. Hahaha. Peace no war!

P/s: Kerja sambilan aku sekarang selain study utk exam dan siapkan esemen, aku jadi stalker. Haha~

Sunday, January 23, 2011

Hear me.

AMARAN: Ini entri yang agak emosi.


Mind your own business!!!

Ada certain things yang aku tak suka orang sibuk-sibuk.
Agak-agak la sikit. Haih~!!!
Nak marah tapi tak suka pun marah-marah ni.
Tak reti. Penat la.

*Istighfar*


P/s: Malas nak cakap banyak. Full stop. :|
Peace no war XD

Friday, January 21, 2011

Sedikit Bz.

Tidaaaakkk~!!

Next week dah start midsem exam. Ada 5 paper. Next week jugak kena hantar individual assignment 3000 words which aku tak wat langsung ag ni. Sekarang dalam usaha cari sources. Next week jugak ada group presentation. Next week jugak bla-bla-bla. Esemen-esemen-esemen~

This sem subjek alhamdulillah nampak ok je la. Nampak OK je? Tak study langsung ni! Huhu. Tapi sem ni jugak banyak join dan uruskan program. Yang terdekat, uruskan Baksis selaku Head Activity. Banyak keje nak kena setel ni. Wuu~ Pastu baru-baru ni tak sangka dipilih jadi Head PC untuk Grand Camping seminggu selepas Baksis. Tapi alhamdulillah, syukur giler-giler sebab tarikh dah ditukar kepada bulan 6 nanti. Tak perlu terkejar-kejar sangat kan.

Untuk Visit Oldfolk Home pulak, jadi subcom Special Task tapi xde keje sangat pun. Baguslah sebab yang ni just kelas aku je yang terlibat tapi tarikhnya betul-betul lepas Baksis. Untuk Sport Day jadi subcom Games, yang ni kena in-charge game-game tertentu. Kena fikir jugak. Masanya selepas visit tu. Dan yang paling excited, aku nak join NurSS Theater Festival another week after sport day. Taknak apply sebagai committee tapi nak wakil batch. Yosh~! Dah cuba fikir-fikir sedikit idea ngan alia. Erkk.. Praktis pulak camne? 75% daripada batch aku kena join kot. Btw, im looking forward for everything walaupun jarak masa dekat-dekat.

Aku perasan sem ni banyak giler program NurSS wat. Campur program yang memang wajib untuk core course kitorang which Baksis ngan Visit tu. Owh, repot lagiiiii~!!! Sekarang pun dah makin malas. Tidaaakk~!!!

T___T


P/s: Tata belog. Nt ada cerita best baru kita sharing2 eh~!! Tunggu eh sebab lately ni saya bz~!!

P/s 2: Sekarang ramai yang beremosi. Stress agaknya. Chillex bebeh~

Monday, January 17, 2011

Jom Jogging.

Semalam aku berjaya keluar dari kepompong kegelapan dan melihat indahnya dunia luar. Hah, ayat takleh blah. Hmm, camne nak cakap ek, ahad yang membosankan ke? Sebab aku tido-wat esemen-ngadap laptop-action plan baksis-makan-ngadap laptop balik-tido-bla-bla-bla.. Jadi aku rasa macam terperap je kat bilik.

Kebetulan, monyet aktif wat rombongan kat mahalah. Aku yang tertidur pun boleh terdengar kawan aku jerit monyet nak kejar dia kat tandas. Dan seperti biasa, monyet tu berkumpul depan bilik aku. Memang tingkap dan langsir aku tutup 100%. Tanpa bukak lampu, aku memang berada dalam kegelapan. Haha.

Akhirnya, pintu diketuk seseorang dan kawan ku muncul. Yeah, Si Naim ajak aku g jogging. Aku ngan muka separuh blur akibat mengantuk, terus setuju. Penat la rasa terperap dalam bilik. Lagipun rasa nak exercise, nak bina muscle. Hehe. Jom g jogging kat tasik bandar~

Berbekalkan 2 kaki ni, aku ngan naim jalan kaki g tasik yang tak jauh dari uia. Sempat pusing satu round. Jauh jugak. Best2~! Sebelum jogging, aku makan 2 biji epal. Cewah, konon amalkan gaya hidup sihat. Hehe.

Sempat posing tapi area ni tak cantek. Sebelah sana ag lawa permandangan tapi dah tak larat nak pusing semata-mata nak snap pic. Lagipun ramai sangat orang kat situ. Apepun bersyukur dapat nikmati alam yang indah:)

P/s: Saya perlukan lebih exercise dan kurangkan tido. T___T

Sunday, January 16, 2011

Mari Belajar Bahasa.

Salam alaik dan Hi~

Sabtu lepas, aku ada join satu workshop ni taw. "Knowing Languages Through Cultures Workshop: Better Communication for Better Client Care". Ada dua slot, pagi belajar mandarin dan petang pulak belajar tamil. Macam menarik kan? Hehe.

Mula-mula ada penerangan pasal chinese punya culture. Pastu baru belajar bahasa. Same goes to indian. Masa belajar mandarin tu, ada kena wat grouping untuk role play. Setiap group akan dapat scenario dan akan lakonkan scenario tersebut.

Our group dapat Scenario C.
P/s: Kertas mahjung ni la aku wat halau monyet kat bilik T___T

Ni hau ma? Haha~

Aku sebagai patient. Ana sebagai nurse. Naim tukang tulis. Dayah jd cameragurl. Kak Jeng jd supporter. Ela pulak saje men'capub'. Hehe~

Antara common Q's kat ward in mandarin. Kira nak communicate ngn aunty chinese takde la macam tak paham langsung kan. Btw, pronunciation dia tak sama dengan apa yang ditulis. Quite difficult jugak nak sebut.

Yang ni pulak tamil version. Lawak kot. Masa baca pun dah tergelak-gelak. Tu belum sebut ag. *Giler jahat* Speaker sampai tegur nape kitorang sebut sambil geleng-geleng kepala. No need for that. Tapi bg aku, ade feeling kot kalu geleng-geleng pale. Hehe.

Aku memang dah expect, kalau nak belajar bahasa dalam sehari dan terus pandai, memang impossible la kan. At least taw sikit-sikit pun dah cukup. Sebab experience yang aku dapat, ada la yang macam susah nak communicate ni sebab language barrier.

K tu je. Thallai valikkuthu~

P/s: Tiba-tiba rasa berisi sket pakai baju tu. Ceh, perasan!

Saturday, January 15, 2011

Talk On Cinta.

Salam alaik.

Semalam aku g 'Talk on Cinta: Let's Get Married' anjuran DnT NurSS collaborated with SRC. Asalnya malas nak g tapi atas pujukan kawan-kawan yang rajin promote dan semangat nak pergi. Ok, let's go. Layan je. Hehe.

Alhamdulillah. Walaupun ada kekurangan dari segi teknikal malam tu, tapi cerita dari Ustaz Mohamad Ridhauddin sangat best. Pandai betul wat lawak dan yang paling kuat dengar dari pihak sisters la kan. Kebetulan semalam aku duk bahagian depan jugak sebab space kat belakang suma dah penuh. Biasa la sebut pasal cinta ke kawen je, konpem audi penuh!

Tak mampu nak tulis banyak, sedikit perkongsian pun kira ok la kan.

-Married is about choosing the right person, the right time and the right intention.
-Bukan nak sehidup semati tapi selepas mati iaitu sampai ke syurga.
-Perempuan sangat mudah nak masuk syurga antaranya mentaati suami. Suami pula terima ihsan dari isteri nak masuk syurga.
-Kalau isteri meninggal dan suami redha padanya, boleh masuk mana-mana 8 pintu syurga.
-Set destinasi kawen tu. Tapi selalu orang bagi jawapan skema. Contoh, dapat redha allah, zuriat, tuntutan rohani, bla-bla-bla..
-Setiap benda bermula dengan ending. Seorang yang hebat akan mulakan program dengan ending.
-Suami/Isteri pertama Islam. Kedua barulah suami/isteri (orang).
-Nak pujuk bukan dengan lidah tapi tindakan.
-Sila jelaskan kawen untuk apa.
-Ending dan own preparation sangat penting.
-Jangan assume dah kawen baru nak jadi baik. Kerana yang sekarang ni lah jugak yang sama pas kawen.
-Jangan gelojoh cari pasangan. Allah dah tentukan siapa dan masa terbaik untuk kita.
-Nikmat cinta selepas kawen.
-Wat agreement dengan suami/isteri supaya perkahwinan sampai ke syurga firdaus.
-Amalkan: "Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un, wa ajurni fi musibati, wakhlufni khairan minha.." bermaksud Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, semoga Allah gantikan musibah keatasku, dengan ganjaran yang lebih besar. Lebih kurang camtu la.

Ok, tu je kot. Aku just highlight beberapa point je. Elaboration nye hanya mereka yang datang talk tu jela tau berserta lawak jenaka yang ustaz tu wat. Memang cool dan santai je. Banyak cerita yang best dan touching ustaz cuba kaitkan.

Talk ni sesuai pada mereka yang dah berpunya atau yang berkeinginan nak kawen. Ustaz dah warning talk ni sesuai untuk mereka yang ada niat nak kawen. Kalau orang macam aku ni, tak fikir sangat pun pasal kawen sekarang ni. Maklumlah orang single. Haha. Tapi alhamdulillah, dapat ilmu bermanfaat jugak. Tak sia-sia pun datang. Thumbs up! :)

P/s: Hmm.. Rasanya belum tiba masa lagi.. Hehe~

Renew Lesen.

Salam alaik dan Hi readers! :)

Alhamdulillah. Setelah penantian hampir 7 bulan, akhirnya saya dapat renew lesen moto saya. Haha. Excited nak mampus. Yela, dah byk kali cubaan nak g renew tapi selalu timing x kena. Ehemm, lesen moto je kot.

Hihi. Aku amek lesen da lama pun, akhir form4. Masa tu xcukup umur ag nak amek lesen kete. Sampai skg x amek2. Bila ek? Ntah. Tunggu masa tiba la kot.

Tapi kan, bila terkenangkan trauma lama, takut jugak nak bawak moto balik walaupun dlm ati ni ada keinginan nak moto ke skuter ke satu. Wuwu~ Papepun aku suka bila dapat renew lesen ni walaupun tak guna pun kat kuantan ni. Kat umah pun dah jarang bawak. T___T

Tadaaa~!
Lesen baru kat depan, lesen lama kat belakang:)
Yang baru 2taun, yang lama setaun je.

Gambar tu aku tak kasi tengok. Tak cantek! Huhu.

Sekian. :)

P/s: Hope you are safe wherever you are~ -___-"

Friday, January 14, 2011

It's Fun. ♥

Nak men game tak?| Inbox me any number between 1 and 9000 and I'll make my status your number and what I think about you. Fun thing is, only you and me know what your number is. Hehe ♥
1225| Dia ni childhood friend aku. Kawan sampai dari kecik sampai sekarang. Nakal jugak dia ni dulu, suka bergurau dan sangat peramah. Aku ingat ag dulu kami ada geng sendiri nama PKA aka Persahabatan Kekal Abadi. Childish giler! Aritu tak dapat jumpa sebab dia belajar jauh, bakal doktor ni. Apepun kita kawan selamanya kan. Banyak memori kita sama-sama. Haha.
0001| Aku kenal dia ni ms matrik sebab dia kawan kepada bestfren aku. Pernah jumpa kot masa kuar time kat matrik dulu. Hehe. Mula2 tgk muka nampak mcm serius. Orang dia poyo2 je ni. Kadang2 mcm kelakar jugak. Haha.
898989| Hah, dia ni kurus2 je org dia. Kenal dr matrik jugak sb kwn pada bestfren aku. Aku suka usha2 blog dia ni. Kelakar jugak. Aku dari tak suka history pun baca bab2 history ni kalu dia post. Masuk main camp ni aku tak jumpa dia tapi aku rs dia ada ckp nak belanja aku, kan? Haha. P/s: Awak perasan tak no awak bg tu dah lebih dari 4 angka? Hehe.
8306| Childhood friend aku jugak. Dulu dia ni kecik sangat tapi sekarang tak pasti sb da lama tak jumpa. Sy ingat ag kita main dlm sawah belakang umah awk. Pastu selipar sy hilang sebelah dlm sawah. Balik tu mak sy marah2 sb baju kotor. Mujur xkena gigit pacat je. Tp sy hepi ada kenangan ngn awk. :)
965| Si gadis ni kwn pd rumet sy kt matrik dulu. Selalu jgk dtg tdo blk sy. Tp sy tak kisah sb dia ni baik, suka cerita dan riang. Tp sy takut kalu tgk dia bebel2. Haha. Kalu jumpa selalu je tegur, lagipun makin lama tgk makin cantek. :)
1155| Ni sedara aku taw. Dulu dia duk depan umah aku. Pastu dah pindah. Dia ngn kakak2 dia suma cantek2. Ikut mama dorang la tu. Hehe. Igt ag dlu kita main2 cte hantu pastu mula takut2. Comel je. Skg jrg jumpa awk, jumpa pun time raya. Tp nape awk tinggi dari sy? Haha. :P
9999| Budak ni sedarah tapi tak sedaging ngn aku la. Aku punya daging sikit je, takleh kongsi. Hehe. Org ckp muka dia mcm aku tp aku takmaw ngaku. Sb dia ni ngade2 sikit dan pemalas. Sy ckp kebenaran, sila jgn marah. Haha. P/s: Belajar rajin2 bagi senang ati ma abah:)
3| Dia ni pelik sikit. Tadi mintak no 3.26 tp aku ckp xleh. Haha. Pernah sekelas ms kt matrik tp xkenal sgt. Masuk kuantan br kenal tp xsama batch. Poyo giler dia ni. Org dia kurus2 jugak. Bila bcakap mmg xleh lari dr bahasa negeri asal klahiran dia. Pekat gilo mu kecek! Haha.
1214| Aku kenal dia dari sekolah ag. Dulu tak rapat tapi pas masuk u sama, asyik duk main kutuk2 je sejak matrik smpai skg. Suka kwn ngn dia, dah anggap Bff aku pn. Mmg poyo dan sembe tahap kecipanan. Kuat perasan. Tp taw la muke smat. Haha. Dulu pnh ada gosip tp zmn budak ag, bkn betul pn. Tu gara2 aku cte kt kwn aku mimpi dia. Ceh.
8989| Kawan ngn aku sejak dari matrik smpai skg. Orang dia kecik2 n comel2 je. Suka sakat dia tu pendek. Haha. Tp awk jgn risaw, awk dh comel mcm tu. Owh, dia ni cpt sensitif org nye. Awk, kalu sy ada wt silap atau tlebih gurau, maafkn sy eh.. Lgpn sy suka kwn ngn awk:) Syg awk ♥
567| Dia ni kwn sejak sekolah rendah n menengah ag. Dia ni kurus je lebih kurang aku la tp mgkin ag berat sket. Hehe. Awk nk tahu tak? Sy suka sgt tgk tulisan rumi ngn jawi awk ms skolah dulu. Cantek n kemas. Jeles sy taw. Haha. No wonder awk leh jd ckgu. Gdluck awk:)
999| Baru2 sy jumpa dia ni. Wah, feminin sy tgk dia ni. Haha, ayat poyo. Dia ni childhood fren aku jgk. Byk kenangan kami dulu2. Zaman aku tgh nakal2. Suka kwn ngn dia ni. Lgpn dia baik, tak sombong. Awk, len kali nk jumpa awk ag. Rindu awk lah. Tigt pulak dulu2 kte blaja sama2 kt msjd beladau:)
5047| Aku kenal dia sejak matrik. Pernah sekelas dulu. Tapi zaman2 tu tak kenal sgt la. Masuk kuantan baru kenal. Suara dia ni slow je. Lembut mengalahkan aku. Haha. Sgt responsible ms jd class rep kitorg dulu. Igtkn boleh grad same2 tp rezeki dia dpt sambung belajar jauh. Huhu. Gdluck kwn:)
2812| Tak pasti camne mula2 kenal dia ni. Kami contact melalui fs pastu ym pastu fb pulak. Rasa-rasa pernah jumpa dia masa kem SPM aritu. Sb ada kwn2 dia tu kwn2 aku jugak. Senang kawan ngn dia ni. Org pun bleh tahan (Erkk, apa maksud ni??). Haha. Bg dia perasan sket. Eh awok, bile nok blanje sy ikan celup tepong? Cepat balik mesia. ;)
2212| Aku pernah sekelas ngn gadis ni. Aku igt pnh duk sebaris ngn dia masa form4. Pastu dia selalu bwk hp curik2 g sekola. Haha. Bagi aku dia ni nampak sempoi je tapi pandai. Hihik. Nt kalu awak nk kawen, jgn lupe jemput sy ye ♥
1302| Dia ni budak skolah menengah aku dulu. Orang dia kecik2 je. Suka gurau jugak. Sore dia aku tak lupa. Haha. Aku igt kan, time dulu2, masa smyg zohor, kitorg lepak2 ramai2 kat surau sebelah aspuri. Macam2 gaya ngn ragam la. Walaupun tak sekelas ms f4 n f5, tp dia ni baik je ngn aku. Takde sombong2. Hihi. Rindulah ♥
978| Haa, aku suka usha2 blog dia yg comel mcm tuan dia jugak. Emm, cmne kite boleh baik eh awak? Hihi ♥ Baru2 ni 1st time jumpa dia, lepak2 minum2. Suka2~ Sb sblm ni tak pernah pn jumpa dia depan2. Bg sy awk ni peramah dan ceria je. Dah la cantek! Aiseh, jeles pulak. Haha. Miss u, nt jumpa ag taw ♥
2131| Sy kenal dia ni sejak sekolah rendah. Org dia kulit cerah. Pastu suka gurau-gurau. Aku igt cikgu pnh marah dia sb wat gaya ape tah. Haha. Skg dia jauh kat negara matahari terbit. Sy jeles la dia boleh tengok sakura, main salji. Hahak. Eh, awak igt x pernah ckp nak belikn sy brg dari sana? T___T Haha~
51512| Gadis cantik ni aku kenal bila masuk uia. Sejak matrik ag sampai skg sb kami classmate. Dia ni bagi aku suka senyum, rajin dan bijak. Lgpun nk mtk tolong pape ngn dia ni senang. Tak sombong. Eh awak, igt x sy ada janji nk blanja awk sb tolong sy? Nt eh.. Hehe.
89999| Kawan ni aku kenal melalui rumet kat matrik. Tak tau pulak nape aku berani panggil nama dia masa 1st time jumpa dia ni padahal dia xkenal kot aku sapa. Haha. Tak sangka dia ni lawak jugak orangnye. Kalu nak compare ngan sy, dia ni besar macam giant taw. Hehe. Dia ni selalu bagi sy tazkirah. Baru sy igt, aritu awk ckp nk belanja sy kan tapi tak sempat? Kan? ;p
***Orang-orang yang bagi respon kat FB aku, then yang aku reply kat dorang. Thanx n ♥ u all~ :)
Tapi mana lagi kawan-kawan lain?? Huhu.
P/s: 3010| First time aku jumpa dia ni pada 1/8 tahun 'tuut'. Tak lupa sampai skg. Haha. Suka sangat kawan ngan dia ni. Baru kenal dah jd bestfren dah. Igt tak lagu jepun tajuk bestfriend tu? Sy tgh dgar "arigato.. arigato bestfen..", tibe2 awk msg tulis 'arigato'. Wah, tak sangka mcm awk taw2 je! Yela, kte kn sehati sejiwa. *Perasan!* Hehe. Banyak la memori kita kan. Awak, kita dah janji nak kawan baik sampai bila-bila kan? Hmm, rindu sangat kat awak dan saya harap awak taw tu:)

Wednesday, January 12, 2011

Spesis Berbulu.

Salam alaik dan Hi! :)

Semalam ada sekumpulan monyet datang ziarah depan bilik aku. Bak kata rumet aku yang terperangkap diluar bilik, sume peringkat umur ada. Dari baby monyet, anak monyet, kakak abang, mak bapak, datuk nenek monyet ada. Aku dah boleh agak bila monyet nak wat operasi ni sebab dalam bilik ada antena khas nak kesan kehadiran monyet. Haha. Melawak je.

Tapi aku memang dah tahu. Kalu dengar bunyi tong sampah terbalik atau dengar suara orang jerit-jerit atau nampak kelibat sesuatu yang melintas kat tingkap, memang sah! Makhluk tu datang ziarah! Aku pun kadang-kadang takut nak bukak tingkap petang-petang sebab sekarang dorang datang tak tentu masa. Kalau dulu selalu datang pas asar, sekarang pas zohor atau pas subuh pun dah boleh tengok.

Monyet uia sekarang aggresif. Berpura-pura pandai dan maju malah dah tak takut orang. Ada ke aku nak keluar tandas dia duk tercegat kat depan. Besar kot. Pastu aku lari masuk tandas balik. Aku keluar, dia ada lagi. Aku pun wat-wat berani la jalan depan sikit dengan harapan monyet tu lari. Adehh, dia siap tunjuk gigi dan nak datang dekat. Aku apalagi, terjerit-jerit la masuk tandas lagi sekali. Memang aku ada banyak kes dah ngan spesis ni. Dia masuk bilik masa aku tido sambil curik roti. Perghh~!

Teringat satu kisah ni tentang aku dan spesis ni. Aku tak pasti monyet ke kera. Hmm, kera kot. Masa tu aku g belakang umah tok aku. Belakang tu macam kawasan semak-semak dan pakcik aku ada bela kera 2 ekor. Aku sorang-sorang masa tu. Tiba-tiba baik hati nak bagi makanan. Bagi kat sekor tu sambil-sambil gosok kepala sikit. Aku buat-buat berani la. Eh, macam jinak je. Lalu tergerak hati nak gosok kepala lagi sekor tu.

Tiba-tiba, Ngaaappp~!! Aku macam orang tak sedar dah, lari-lari dan jerit-jerit macam orang giler meluru ke umah tok. Giler ah, ibu jari aku kena gigit. Air liur monyet jelas kelihatan. Kaw-kaw dia gigit ke tak tahu la tapi nampak la bekas gigi dia tajam. Berdarah sikit kot. Aaaaa~! Sakit jugak. Mujur aku tiba-tiba tak bertukar jadi Kera-gurl. Ceh. Sekian.

Salah sekor makhluk berbulu bahagia bersama roti kepunyaan aku. Grr~

P/s: Kawan-kawan suka kaitkan aku ngan makhluk tu. Haih~

Tuesday, January 11, 2011

Smile.

Ok. Saya nak...

S.
E.
N.
Y.
U.
M.

Seikhlas hati..

:)

P/s: Buat orang hepi, kita akan hepi jugak eh? :)

Kabur.

Aku seakan tak mengerti. Ya Tuhan, apa perlu aku lakukan? Perasaan apakah yang sedang aku lalui? Ombak deras seolah mahu memecahkan pantai sesak yang menghimpit jiwa. Sesekali rasa ingin menangis namun tiada butiran jernih yang keluar dari kolam mata. Seolah tak mampu lagi. Namun, hati menangis siapa yang tahu?

Aku kabur dengan apa yang berlaku. Kelilingku hanyalah kabus. Menutupi segenap ruang hati. Aku seperti sendiri namun aku tahu Kamu ada. Saat dimana saja aku berada. Andai kekaburan ini terbaik untukku, maka berikan aku kesabaran yang kuat. Kerana pada siapa lagi perluku pinta kekuatan selainMu? Siapa lagi yang menerangi jalanku selainMu? Siapa lagi yang lebih mengetahui selainMu?

Entah. Pelik. Terdetik dihati pelbagai kata. Positif dan negatif silih berganti. Namun yang pasti, bersangka baik padaNya. Sesali kesalahan yang pernah dilakukan. Tapi jangan menyesali dengan apa yang pernah dilalui meski baik buruk, kerana semua itu yang menjadikan kita pada hari ini. Tuhan, berikan aku kata hati dan keyakinan yang kukuh.

P/s: Kerdil benar aku terasa.

Sunday, January 9, 2011

Lost. Confused.

Sebelum ni aku takde kekuatan nak tengok balik apa yang pernah aku lakarkan. Tapi entah kenapa malam ni datang keberanian tersebut. Bagus, sekurang-kurangnya rasa lebih kuat berbanding dulu yang cepat rapuh.

Dan terjumpa satu quotation ni:


"Please know that I will constantly act strong and in control, but inside I am actually lost and confused."


Yup, that is actually going on to me. Lost and confused. Lately ni taktaw nape mood cepat sangat berubah. But i am still ok. :)

P/s: Allah, pls show me the way. I had nowhere to turn~

Saturday, January 8, 2011

LTWYL. Another Version.

Semenjak dua ni aku tido awal. Tiba-tiba malam ni mata taknak tutup walaupun ngantuk. Mungkin sebab saya sedang jatuh cinta dengan seseorang? Haha. Nonsense~! Entri kali ni saja je nak share satu lagu ni, Love The Way You Lie (Part 2). Tapi yang ni bukan Rihanna Ft Eminem taw. Tapi Nike Jemiyo, Conor Maynard Ft Anth (Anthony Melo). Ada yang cakap lagu ni best dari yang original. Best jugak~! Conor Maynard. Haha.

First time tengok video tu kan, aku da suka dengar. Padahal aku sememangnya suka lagu LTWYL dari Part 1 dan Part 2 dan akhirnya another version ni. Kalu nak tengok version lain tu kan, silakan klik SINI.

Pastu tadi saya usha-usha la si comel, Conor Maynard ni. Suka suara dia nyanyi LTWYL. Tapi lain-lain lagu tak dengar lagi. Lagipun dia ni started off as a little young boy posting videos on youtube. Dia lahir tahun 1992, so kira budak lagi la kan. *Gatai* Haha.

Nice voice. :)

Cool kan pic ni~!

Haih. Banyak merapu pulak malam-malam camni. Dah ang. Stop skg! Nak tido sebab esok planning nak wat keje. Tata:)

Psstt.. Semalam besday ma ngan imah. Love u~!

P/s: "Just gonna stand there and watch me burn. Thats alright because i like the way it hurts. Just gonna stand there and hear me cry. Thats alright because i love the way you lie."

P/s (2): Eh, ada satu lagi ni. Stranded. Sila klik sini. :)

Thursday, January 6, 2011

Hanya KepadaMu.

Hampir setiap hari saya memohon padaNya supaya diberi lebih kekuatan. Dalaman dan luaran. Kerana apa? Kerana saya tahu yang saya ini seorang insan yang sangat-sangat lemah. Kelemahan diri yang biarlah hanya saya dan Dia yang tahu.

Kadang-kadang diri ini terfikir kenapa diuji sebegini. Aduh, mudahnya saya untuk mengeluh sedangkan beban yang dilalui tidaklah seberat yang mungkin ditanggung oleh mereka-mereka yang lebih malang nasibnya. Terasa tidak baik pula berfikir sebegitu. Kerana kesusahan yang sedikit, kesenangan yang banyak itu dilupakan.

Terlintas jua dihati. Rupanya ujian yang diberi itu merupakan jawapan kepada doa yang dipinta. Saya meminta kekuatan, dan diberikan ujian dan cabaran sebagai satu landasan untuk ditambah kekuatan dan kesabaran. Tapi tak dinafikan, saya manusia biasa yang mudah jatuh lalu tercedera sewaktu meniti jalanan berliku. Yang pasti, saya mahu percaya Dia lebih tahu segalanya.

Kadang-kadang saya rasa nak berlari. Saya nak buang perasaan tak baik jauh-jauh. Tapi macam saya cakap, saya ni manusia biasa. Yang selalu buat silap. Dan mungkin ulang balik kesalahan yang sama. Saya minta ampun Ya Tuhan. Saya rasa berdosa. Banyak silap saya. Saya tak tahu nak berpaling kemana selain Kamu. Hanya Kamu saja. Jadi, tolong saya ya, Ya Allah.

Hari-hari saya doa yang terbaik. Untuk diri saya, untuk dia, untuk ibubapa, untuk keluarga, untuk kawan-kawan saya, dan untuk semua-semua. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Samaada kita sedar ataupun yang tersembunyi. Jadi saya berserah. Sinar pasti menanti. Cuma yakin padaNya.

Ada lagi saya minta, tolong jangan matikan hati saya jika saya lakukan kesalahan. Saya takut sangat. Jadi apa yang boleh saya lakukan sekarang, saya cuba elakkan apa yang boleh saya elak. Walaupun saya tak pasti saya mampu ke tak. Yang penting saya cuba. Jangan pernah jauh dari saya ya Tuhan. Jangan pernah pergi dari hati saya, saya mohon.

P/s: Hanya kepadaMu lah tempat kami berdoa dan meminta perlindungan. :)

Wednesday, January 5, 2011

Model Tulang.

Salam alaik dan Hi readers!

Cuba tengok pic kat bawah ni. Ada persamaan tak? Huhuk. Setiap kali ada nampak model skeleton ni kan, mesti orang cakap, "Ang, tu kawan baik ko!" or "Ang, tu ko. Same la!"..

What?? Ceh, buat-buat tanya lagi. Haha. Aku akui kadang-kadang ke'slim'an yang aku miliki ni dicemburui ramai pihak. Hahak. Giler perasan ayat tu~!

Model Tulang~!

Setiap kali jumpa sape-sape atau balik kampung, ada je yang tegur aku makin kurus walaupun aku rasa maintain je camtu. Pastu mesti ada pesanan makan banyak-banyak. Tak terbilang dah berapa kali aku dengar nasihat tu, beribu-ribu kali kot. Ma pun banyak pesan makan tu ikut masa. Sebab ma tahu kadang-kadang aku ni malas nak makan.

Dah cuba untuk makan banyak tapi naik sekilo dua, pastu turun balik bila selera kurang. Exercise pun kadang-kadang je. Konon-konon nak bina muscle tapi hampeh. Banyak tido untuk jadi 'gemuk' tapi tak berjaya. Makin malas ada la. Camne eh? Camne?

Masa kat matrik PJ aritu, aku pernah cakap kat BFF aku ni lapar tapi malas nak turun cafe. Tahu apa dijawab? "G la beli makanan kalu lapar. Bukannya makanan tu datang bergolek kat kita. Kalu kita tak berusaha, takkan kenyang perut tu." *Aku kena marah~ :'(* Tapi aku selalu ingat ayat tu bila fikir taknak makan gara-gara malas, dan g beli makanan! (bukan sebab hilang selera la)

Bukan aku tak pernah berisi. Aritu pernah masa Form 4 dan Form 5 kalu tak silap. Tu pun effect ubat yang aku makan masa tu. Lepas tak amek dah ubat, aku camni balik. Kiranya ni aku yang sebenarnya la kan kan..

Takpelah. Aku terima diri aku seadanya. Dan juga bersyukur. Walaupun nampak macam orang tak cukup zat kan, aku berterima kasih padaNya kerana masih diberikan tahap kesihatan yang baik, setiap anggota yang cukup, masih bertenaga dan berjiwa remaja, sehingga kadang-kadang terhyperactive. Wuwu~

Jadi bersyukurlah anda dengan apa yang anda ada, kerana setiap daripadanya adalah anugerahNya yang terbaik untuk setiap orang. Belajar mensyukuri nikmat biarpun sekecil-kecil perkara. Kerana dirimu begitu berharga~

P/s: Azam tahun ni nak naikkan berat akan berjayakah? (-___-")

Monday, January 3, 2011

Oh Fragile.

Tiba-tiba teringat dan suka ayat ni.
Selalu nampak kat kedai cenderamata yang dipenuhi barangan yang comel-comel, cantik-cantik dan warna-warni tapi mudah pecah kan?
Sebenarnya aku takut bila baca tanda tu dan cuba berhati-hati agar tak terlanggar pape.
Kalau dah pecah nanti susah.

Hmm..

P/s: Fragile heart~

Sunday, January 2, 2011

Ang. Diha.

Salam alaik. Arini dan semalam berehat-rehat je kat gombak. Konon nak kuar tapi taktaw nak g mana. Duk diam-diam je la dalam bilik. Dan jeng-jeng-jeng! Petang semalam, ada gadis manis datang melawat saya. Seolah-olah lama tak bertemu sedangkan ni pertemuan pertama kami. Saya tak pasti pernah jumpa tak beliau sebelum ni, mana la taw kot-kot pernah terjumpa tapi tak perasan. Tapi secara rasminya, kami berjumpa jugak 1.1.11. Nice date kan kawan!:)

Beliau ramah, suwit dan senang berkongsi cerita dengan saya. Some of the stories pun related to studies, friends, tuut-tuut-tuut dan lain-lain.. Huhu. Kemudian, beliau nak belanja saya minum kat cafe. Jom naik skuter! Dengan perasaan takut-takut yang agak comel, beliau berjaya merempit ke cafe.

Apabila blogger bertemu blogger..
Dan budak Nus bertemu budak Tesl.. Erkk?

Cik Siti Mardhihah Mat Ishak. Sila lawati blog comel beliau.

Fresh orange percuma! XD

Nice talk with her. Suwit voice:) and leg?? Haha.

Dan perbualan diteruskan. Tupp.. Tupp.. Tak sedar dah nak pukul 7. Awat cepat sangat ni Cik Diha? OK. Got to go. Beliau dah ada plan lain malam tu. Jadi kami terpisah sementara waktu. Dan berjanji untuk bertemu lagi pada waktu yang ditakdirkan nanti. Sekian. :)

Tata friend! (~,*)/

P/s: Nama kami pun dah dekat nak sama. Madihah & Mardhihah. Hehe~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...