Showing posts with label life as a..... Show all posts
Showing posts with label life as a..... Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Mini Gathering: Lady's Night.

Salam alaik.

Pada awalnya hanya plan kecil-kecilan, kemudian bertukar kepada plan besar-besaran. Hampir separuh sisters daripada kelas aku yang menyertai event makan-makan ni bertempat di City Times Hotel. Sepanjang hampir 4 tahun, ni pertama kali aku masuk situ. Boleh tahan jugak makanan kat situ. Dan part paling best mestilah acara bergambar. Haha.

Tapi kualiti camera tak sebaik mereka sebab aku guna camera phone je. Apapun, memori akan tetap menjadi memori~












with roomies!


We all are Dr Lokey's supervisee!


with study group members!

Tak kisah apa orang nak kata tentang batch aku, aku tetap sayang BATCH 6!

P/s: Tak sabar nak grad, tapi sayang jugak rasanya. Pasti merindui kenangan 4 tahun disini. Jom bina memori lain~

Monday, February 18, 2013

First Simulation.

Salam alaik.

Arini merupakan hari first kami nak try simulation. Untuk simulation arini, kitorang wat untuk ISBAR je. Tahu tak ISBAR tu apa? Aku pun baru belajar. Hehe. ISBAR ni macam guideline la untuk memudahkan kita dan pastikan apa sepatutnya information yang perlu kita bagitahu orang lain. Contohnya kita bole aplikasikan semasa passing over report, masa transfer patient ke wad lain, atau masa phone referral ngan doctor.

I - Introduction
S - Situation
B - Background
A - Assessment
R - Recommend/Request

Minggu lepas lecturers dah buat demo, so kali ni kitorang kena perform. Sr dah pesan awal-awal kena pakai inner, sebab kitorang akan pakai scrub suit berlengan pendek. Scrub suit tu dah pernah pakai masa posting kat OT. After this mmg Sr suh kitorang pakai scrub suit untuk simulation.

Simulation ni salah satu tool untuk mengajar. Lecturers akan cuba create situation dimana kita akan cuba untuk merasakan seperti situasi tersebut adalah real. Tapi aku akui, bukan senang nak dapat feel 'real' tu. Apapun kitorang memang diskus camne untuk improve. Masing-masing, students and lecturers dua-dua dalam proses pembelajaran. Dan aku rasa ni salah satu cara yang berbeza daripada sebelum ni. Harap dapat bagi aku pengalaman yang membantu bila kerja nanti.

Seyes aku katakan, aku macam frust 'sikit' la tadi ngan diri sendiri. Mungkin tak well prepared kot. Ayat berterabur, tersasul sana sini, words n grammar tunggang-langgang. Pastu ikut script sangat, tanpa tengok yang mana priority. Haha. But from there I could see what are my weaknesses. Soooooo, aku perlu improve Oh My English! Especially speaking. Sebab speaking mmg tak sama ngan writing. Seyesly, i need to improve this! -,-'

Takpe. Papepun this was my first simulation. So its ok lah jika ada mana-mana kelemahan tu kan. After this kena improve slowly, ok Ang? Dan yeah, aku hepi dapat masuk kelas CCN ni. Hehe


Perlu improve. Yeah, sangat perlu. Sem ni kesedaran tentang betapa perlunya persediaan sebelum grad dan bekerja sebagai nurse sangat memuncak. Ecece~ So elective posting nanti mmg kena grab every chance and oppurtunity. Aku percaya kawan-kawan lain pun rasa camtu jugak kan.

P/s: Tak tahu rezeki dimana. Tapi aku yakin Allah dah sediakan jalan untuk aku lalui.

Friday, February 15, 2013

Proposal Submission.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Setelah berhempas pulas menyiapkan proposal, akhirnya selamat hantar tengahari tadi. 2 malam tido ku tak lena gara-gara rasa tak siap. Owh, baru aku sedar rupanya nak terjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bukan perkara mudah. Berbekalkan bantuan Google translate, meringankan sedikit bebanku tetapi tidak boleh dipakai 100%. Kebanyakannya kita perlu olah balik ayat tersebut. Maklumlah, ayat dalam soalan soal selidik aku tu ada yang agak panjang.

Sesetengah perkataan buatkan aku tergelak besar. Medication administration = pentadbiran ubat, medication error = kesilapan perubatan. Adehh. Pening aku nak fikir. Apapun aku cuba terjemah sebaik mungkin. Hantar jelah dulu translation yang belum dicek oleh cikgu. Hmm sebab SV aku pun belum tengok ag questionnaire aku. Lepas tu baru aku emel Cg Chow mintak tolong cekkan ayat BM aku tu. Entahkan betul entahkan tidak. Hehe.

Sebenarnya boleh dah nak siapkan lebih awal beberapa jam, tapi disebabkan aku perlu betulkan segala format yang dikehendaki, benda tu yang menyebabkan aku sedikit lambat. Leceh sikit nak tukar tu, nak tukar ni, kena wat camtu, kena wat camni. Nak save sana, save sini banyak kali. Sebab untuk research project ni, aku kena backup files kat banyak tempat untuk elakkan kehilangan mana-mana kerja aku. Walaupun banyak benda leceh, tapi ini merupakan suatu proses pembelajaran bagi aku. 


Semoga Allah permudahkan segalanya bagi aku dan kawan-kawan. Semoga dapat grad dengan jayanya. Dan semoga ilmu-ilmu yang aku dapat sepanjang pengajian aku ni berguna untuk diri, keluarga, dan masyarakat. Ameen.

P/s: I AM IN LOVE WITH CRITICAL CARE NURSING! My first choice for elective subject! Hee :-)

Secebis Kenangan Di Tahun Akhir.

Salam alaik.

Hari rabu yang lepas, hanset ku menyanyi riang mendengdangkan lagu 'Love Light' -CN Blue menandakan message memasuki ruang inboxku. Owh, Awah msg bertanya jika aku free esok untuk mengajak aku keluar berjumpa Sr Nani. Walaupun proposal banyak belum siap, aku terus bersetuju. Sesekali ingin keluar daripada kepompong kebosanan di mahallah. Ceceh~ Apa kes ayat-ayat aku sebegini? Haha.

Khamis. Pagi tu aku ikut Izat n Farahin ke KFC. Teringin jugak nak makan hidangan KFC a.m. Sedap! Nampak simple tapi tersandar kekenyangan. Dah nak masuk tengahari, Awah datang menjemput kami di mahallah. Turut serta Farahin n Puan Mun. Dan tak lupa juga si anak kecil, Meerah. Sesampainya di TC, sekali lagi kami menikmati hidangan KFC. Hehe. Alhamdulillah, Sr belanja. Yeay! Rupanya ramai juga disitu termasuklah, Sol n sofwan, Kak Nemo n Kak Intan.

Setelah kekenyangan menikmati lunch yg tersedia dan berbual panjang, kami meneruskan perjalanan. Bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati hembusan bayu lembut mencecah pipi, terasa sungguh tenang! Hilang sekejap stress menghadap lappy hampir 24 jam. Bermain buih-buih sabun bersama anak-anak kecil membuatkan hatiku girang. Kenapa? Kerana aku rasakan bahawa aku juga ialah seorang anak kecil pada waktu itu. Haha.

Terima kasih Sr Nani sudi jumpa kami semua. Seronok berbual dengan Sr. Lagipun macam-macam yang Sr dapat kongsi dengan kami. Seingat aku, bila batch aku di'condemn' macam-macam, Sr lah antara yang menaikkan semula semangat budak-budak batch aku. Sr mmg sempoi. Huu. Ni lah antara kenangan kami ngan Sr. Pas grad nanti, mungkin susah nak berkumpul sebegini. Masing-masing punyai haluan sendiri.




Melihat mereka yang dah mempunyai keluarga sendiri dan yang bakal mendirikan rumah tangga, aku juga tumpang gembira. Secebis hati ini juga punyai rasa untuk menikmati kebahagiaan yang bakal tercipta. Walau tidak ku tahu bila waktunya akan berkunjung tiba, ku yakin Allah telah catat sesuatu yang terbaik untukku. Bila dan siapa? Itu adalah rahsia-Nya. Aku harapkan yang terbaik untuk kami berdua. Sesekali aku rimas juga bila orang pandang semacam kat aku, kononnya lambat lagi ke aku nak kawen ni? Kan dah berpunya? Haih. Biarlah kata orang. Hati wanita mana yang tak ingin bahagia bersama insan tersayang. Aku juga punya impian, cuma mungkin tiada rezeki waktu sekarang. Sekian.

P/s: Doa dalam diam~

Thursday, January 19, 2012

Super Busy Year 3 Sem 1.

Salam alaik.

Seyes aku rasa nak update sangat-sangat apa yang dah aku join dan buat sepanjang semester baru-baru ni. Tapi tak mampu pulak nak tulis tentang semua sebab rasa macam dah lama berlalu. Berbulan-bulan lepas dah. Adeh, ni la padahnya bila tinggalkan dunia blogging sekejap. Rasa tak tenang je bila ada benda tertinggal. Haha.

Takpelah. Just nak share sikit-sikit je. At least ada jugak kan. Ni la antara sebab-sebab aku agak super busy for this sem. :)

Grand Camping.

Medical Check-up & Exhibition [CONVEST 11].

National Nursing Students Symposium [NANSYM].

Visit to PENGASIH.

D-Tube Competition.

Dan macam-macam lagi. Plus assignments yang saaaaangat banyak menjangkaui batas. Aku tak pernah rasa sem yang banyak assignment macam tu. Seyes! Haha. Lagipun lots of things yang aku alami throughout this semester. Suka dan duka, tapi biarkan sekadar menjadi ingatan dalam diri ini. Hehe. :)

P/s: Alhamdulillah. Praise be to Allah.

Tuesday, October 4, 2011

Worst.


The worst presentation ever.

Hmm not in the mood to talk bout it. But the feelings inside, no one could describe it. For my group members, be strong.

Keep blaming no one. Hmm. Or else tak berkat ilmu. T-T

P/s: Rindu lecturers tahun lepas.

Update: Few minutes pas publish terus jumpa Br Kamil yg sdg cuti. Yg lain? Huu.

Thursday, September 22, 2011

Preparing Solid Food For 6 Months Old Baby.

Salam alaik.

Kali ni masuk lab untuk memasak. Waah, tak pernah masak pun dalam lab. Ok, ni bukan cooking skill ke ape. Ni untuk subjek paedatric. Cara nak prepare solid food untuk bayi berusia 6 bulan. Kami dibahagikan 2 kumpulan lebih kurang seramai 25 orang kot. Eh apasal ayat macam skema je? Haha.

Resipi simple je. Bubur yg campur ngan ayam dan sayur hancur. Kena potong kecik-kecik sebab takde blender kat lab. Huhu. Pastu sempat gunakan kentang yang berlebihan untuk wat satu ag resipi mudah.

Tugas aku potong kentang.

Tugas dorang masak atas dapur.

Ada yang bertugas menghias hidangan.

Sebelah kanan, grup pertama yang wat. Yang sebelah kiri, 2 hidangan tu, grup aku yang wat.

Selepas dah siap semuanya, kami makan jela. Kang membazir lak. Dah jimat duit untuk lunch. Hehe.

P/s: Selera makan tak menentu sekarang. -_-'

Wednesday, September 21, 2011

CSC Open Day.

Salam alaik.

Pada hari rabu berlangsungnya CSC Open Day. Ape tu CSC? CSC stands for Clinical Skills Centre ataupun just panggil lab je. Ni kali pertama wt CSC Open Day. Agaknya sebab tu lab baru dan nk kenalkan lab dgn budak-budak 1st year.

Sebelum ni class rep ade mintak 10 nama untuk jadi volunteers. Aku just bagi je nama tanpa taw pape. Rupanya untuk sama-sama join dgn 1st year utk ari tersebut. Mula-mula macam berbelah bahagi sebab orang lain takde kelas, aku kena join benda alah ni.

Pastu betulkan balik niat. Dan cuba participate dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah. Sangat best rupanya.

Bermula dengan registeration dan breakfast. Kami diberikan kuiz tentang general knowledge tentang skill lab. Kemudian kami senior-senior dari 2nd year to 4th year berkumpul untuk 'Best Practitioner Competition'. Seyesly sangat nervous. Rasa cam mini OSPE. Dah la otak berkarat berbulan-bulan tak belajar. Satu ag, adik-adik 1st year leh tengok kitorang tunjukkan skill masing-masing. Perghh.

Alhamdulillah, dapat procedure senang. Handwashing..!! Memang senang tapi gementar semacan je. dah la aku tak bilas betul-betul. Tapi betulkan balik kesilapan mengikut step-step yang betul. Salah step terus dikira salah ok. Huhu. Kalah menang tak kisah pun. Asalkan enjoy aritu.

Seterusnya 'Treasure Hunt'. Yang ni bertanding mengikut kumpulan yang ditetapkan. Tapi takde la nak cari benda melainkan kena kira bilangan equipments dalam lab dan listkan function setiap barang tersebut. Tak mencabar sangat pun. Tapi best sebab setiap kumpulan berlainan siap tolong kumpulan-kumpulan lain ag. Memang gempak ar. Tak kisah apa dah. Haha.

Lastly kena tulis slogan. Yang ni pun tulis padam tulis padam dan ended up ngan satu slogan yg memuaskan hati hasil idea bersama. Hehe. Sambil menunggu closing ceremony, kami sempat memperkenalkan diri masing-masing kepada 1st year.

You know what? Kumpulan kami tak dapat utk Treasure Hunt. Tapi untuk anugerah slogan terbaik, Alhamdulillah. We got it. Kemudian utk Best Practitioner Competition, sungguh tak sangka apabila aku meraih First Place utk Question 1: Handwashing. Huhu.

Wakil dari 3rd year students wif lecturers.

Tengah bincang slogan masa ni.

Sempat posing. Huu.

3 Questions and bersyukur dapat procedure senang je. Huhu.

Winners. :)

My group members.

End of CSC Open Day.

P/s: Penat tak semestinya tak best. Hehe.

Thursday, September 15, 2011

Mini Fruit Tart.

Salam alaik.

Cuti baru-baru ni aku dapat call daripada mantan class rep masa 1st year dulu. Amanahnya aku kena belikan mini fruit tart n agihkan kepada semua batch 6 (mine) n batch 5 (senior). Mantan class rep sebenarnya dah keluar daripada Nursing UIA sebab sambung study Medic kat Moscow.

So rabu baru-baru ni dah berikan 110 tart buah untuk mereka dengan ucapan selamat hari raya maaf zahir batin. Alhamdulillah rezeki. N thanx to Huud sebab belanja n masih ingat kitorang kat sini.

Mini fruit tart.

Alia, Tiqah n Ili suka makan!

P/s: Ada org nak belanja kek utk saya x?
P/ss: Im getting busy and a loooooot of work need to do! =.='

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #16

P/s: New sem, new hope, new room n bla-bla-bla... Still carrying the old AZAMs.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...