Showing posts with label student. Show all posts
Showing posts with label student. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Mini Gathering: Lady's Night.

Salam alaik.

Pada awalnya hanya plan kecil-kecilan, kemudian bertukar kepada plan besar-besaran. Hampir separuh sisters daripada kelas aku yang menyertai event makan-makan ni bertempat di City Times Hotel. Sepanjang hampir 4 tahun, ni pertama kali aku masuk situ. Boleh tahan jugak makanan kat situ. Dan part paling best mestilah acara bergambar. Haha.

Tapi kualiti camera tak sebaik mereka sebab aku guna camera phone je. Apapun, memori akan tetap menjadi memori~












with roomies!


We all are Dr Lokey's supervisee!


with study group members!

Tak kisah apa orang nak kata tentang batch aku, aku tetap sayang BATCH 6!

P/s: Tak sabar nak grad, tapi sayang jugak rasanya. Pasti merindui kenangan 4 tahun disini. Jom bina memori lain~

Monday, February 18, 2013

First Simulation.

Salam alaik.

Arini merupakan hari first kami nak try simulation. Untuk simulation arini, kitorang wat untuk ISBAR je. Tahu tak ISBAR tu apa? Aku pun baru belajar. Hehe. ISBAR ni macam guideline la untuk memudahkan kita dan pastikan apa sepatutnya information yang perlu kita bagitahu orang lain. Contohnya kita bole aplikasikan semasa passing over report, masa transfer patient ke wad lain, atau masa phone referral ngan doctor.

I - Introduction
S - Situation
B - Background
A - Assessment
R - Recommend/Request

Minggu lepas lecturers dah buat demo, so kali ni kitorang kena perform. Sr dah pesan awal-awal kena pakai inner, sebab kitorang akan pakai scrub suit berlengan pendek. Scrub suit tu dah pernah pakai masa posting kat OT. After this mmg Sr suh kitorang pakai scrub suit untuk simulation.

Simulation ni salah satu tool untuk mengajar. Lecturers akan cuba create situation dimana kita akan cuba untuk merasakan seperti situasi tersebut adalah real. Tapi aku akui, bukan senang nak dapat feel 'real' tu. Apapun kitorang memang diskus camne untuk improve. Masing-masing, students and lecturers dua-dua dalam proses pembelajaran. Dan aku rasa ni salah satu cara yang berbeza daripada sebelum ni. Harap dapat bagi aku pengalaman yang membantu bila kerja nanti.

Seyes aku katakan, aku macam frust 'sikit' la tadi ngan diri sendiri. Mungkin tak well prepared kot. Ayat berterabur, tersasul sana sini, words n grammar tunggang-langgang. Pastu ikut script sangat, tanpa tengok yang mana priority. Haha. But from there I could see what are my weaknesses. Soooooo, aku perlu improve Oh My English! Especially speaking. Sebab speaking mmg tak sama ngan writing. Seyesly, i need to improve this! -,-'

Takpe. Papepun this was my first simulation. So its ok lah jika ada mana-mana kelemahan tu kan. After this kena improve slowly, ok Ang? Dan yeah, aku hepi dapat masuk kelas CCN ni. Hehe


Perlu improve. Yeah, sangat perlu. Sem ni kesedaran tentang betapa perlunya persediaan sebelum grad dan bekerja sebagai nurse sangat memuncak. Ecece~ So elective posting nanti mmg kena grab every chance and oppurtunity. Aku percaya kawan-kawan lain pun rasa camtu jugak kan.

P/s: Tak tahu rezeki dimana. Tapi aku yakin Allah dah sediakan jalan untuk aku lalui.

Friday, February 15, 2013

Proposal Submission.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Setelah berhempas pulas menyiapkan proposal, akhirnya selamat hantar tengahari tadi. 2 malam tido ku tak lena gara-gara rasa tak siap. Owh, baru aku sedar rupanya nak terjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu bukan perkara mudah. Berbekalkan bantuan Google translate, meringankan sedikit bebanku tetapi tidak boleh dipakai 100%. Kebanyakannya kita perlu olah balik ayat tersebut. Maklumlah, ayat dalam soalan soal selidik aku tu ada yang agak panjang.

Sesetengah perkataan buatkan aku tergelak besar. Medication administration = pentadbiran ubat, medication error = kesilapan perubatan. Adehh. Pening aku nak fikir. Apapun aku cuba terjemah sebaik mungkin. Hantar jelah dulu translation yang belum dicek oleh cikgu. Hmm sebab SV aku pun belum tengok ag questionnaire aku. Lepas tu baru aku emel Cg Chow mintak tolong cekkan ayat BM aku tu. Entahkan betul entahkan tidak. Hehe.

Sebenarnya boleh dah nak siapkan lebih awal beberapa jam, tapi disebabkan aku perlu betulkan segala format yang dikehendaki, benda tu yang menyebabkan aku sedikit lambat. Leceh sikit nak tukar tu, nak tukar ni, kena wat camtu, kena wat camni. Nak save sana, save sini banyak kali. Sebab untuk research project ni, aku kena backup files kat banyak tempat untuk elakkan kehilangan mana-mana kerja aku. Walaupun banyak benda leceh, tapi ini merupakan suatu proses pembelajaran bagi aku. 


Semoga Allah permudahkan segalanya bagi aku dan kawan-kawan. Semoga dapat grad dengan jayanya. Dan semoga ilmu-ilmu yang aku dapat sepanjang pengajian aku ni berguna untuk diri, keluarga, dan masyarakat. Ameen.

P/s: I AM IN LOVE WITH CRITICAL CARE NURSING! My first choice for elective subject! Hee :-)

Secebis Kenangan Di Tahun Akhir.

Salam alaik.

Hari rabu yang lepas, hanset ku menyanyi riang mendengdangkan lagu 'Love Light' -CN Blue menandakan message memasuki ruang inboxku. Owh, Awah msg bertanya jika aku free esok untuk mengajak aku keluar berjumpa Sr Nani. Walaupun proposal banyak belum siap, aku terus bersetuju. Sesekali ingin keluar daripada kepompong kebosanan di mahallah. Ceceh~ Apa kes ayat-ayat aku sebegini? Haha.

Khamis. Pagi tu aku ikut Izat n Farahin ke KFC. Teringin jugak nak makan hidangan KFC a.m. Sedap! Nampak simple tapi tersandar kekenyangan. Dah nak masuk tengahari, Awah datang menjemput kami di mahallah. Turut serta Farahin n Puan Mun. Dan tak lupa juga si anak kecil, Meerah. Sesampainya di TC, sekali lagi kami menikmati hidangan KFC. Hehe. Alhamdulillah, Sr belanja. Yeay! Rupanya ramai juga disitu termasuklah, Sol n sofwan, Kak Nemo n Kak Intan.

Setelah kekenyangan menikmati lunch yg tersedia dan berbual panjang, kami meneruskan perjalanan. Bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati hembusan bayu lembut mencecah pipi, terasa sungguh tenang! Hilang sekejap stress menghadap lappy hampir 24 jam. Bermain buih-buih sabun bersama anak-anak kecil membuatkan hatiku girang. Kenapa? Kerana aku rasakan bahawa aku juga ialah seorang anak kecil pada waktu itu. Haha.

Terima kasih Sr Nani sudi jumpa kami semua. Seronok berbual dengan Sr. Lagipun macam-macam yang Sr dapat kongsi dengan kami. Seingat aku, bila batch aku di'condemn' macam-macam, Sr lah antara yang menaikkan semula semangat budak-budak batch aku. Sr mmg sempoi. Huu. Ni lah antara kenangan kami ngan Sr. Pas grad nanti, mungkin susah nak berkumpul sebegini. Masing-masing punyai haluan sendiri.




Melihat mereka yang dah mempunyai keluarga sendiri dan yang bakal mendirikan rumah tangga, aku juga tumpang gembira. Secebis hati ini juga punyai rasa untuk menikmati kebahagiaan yang bakal tercipta. Walau tidak ku tahu bila waktunya akan berkunjung tiba, ku yakin Allah telah catat sesuatu yang terbaik untukku. Bila dan siapa? Itu adalah rahsia-Nya. Aku harapkan yang terbaik untuk kami berdua. Sesekali aku rimas juga bila orang pandang semacam kat aku, kononnya lambat lagi ke aku nak kawen ni? Kan dah berpunya? Haih. Biarlah kata orang. Hati wanita mana yang tak ingin bahagia bersama insan tersayang. Aku juga punya impian, cuma mungkin tiada rezeki waktu sekarang. Sekian.

P/s: Doa dalam diam~

Wednesday, August 15, 2012

Week 8: Labour Room.

Salam alaik.

Owh ini sepatutnya dah berzaman aku nak update tapi tak kesampaian. Begitu juga untuk Week 7. Tapi takpela, memandangkan aku dah cerita serba sedikit pengalaman kat A&E masa minggu ke-6. So aku kuburkan sajalah entri Week 7 di A&E jugak tu. Perbezaannya cumalah start Week 7, kami berposting sambil berpuasa. Rasa kelainannya bila tiba waktu maghrib dan patient tak terlalu ramai pada siangnya. Huhu.

Ok, back to the topic. Itu adalah kali pertama aku berposting di labour room. Apapun ia memang pengalaman menarik bagi aku. Sr Judy pun beri lebih perhatian sikit kat aku memandangkan orang lain pernah posting dah kat situ. Banyak jugak procedure yang aku belajar, baru dapat praktikkan. First time tengok SVD (spontaneous vaginal delivery), episiotomy,  resus baby, dan macam-macam. Kat sini bukan kena care pasal mother je, tapi baby pun sama. Suctioning, injection, bathing, cord dressing dan macam-macam. Menarik kan?

Selain tu, kitorang sempat decorate labour room sempena raya yang bakal tiba. Macam-macam hiasan, lampu, pelita, kad raya, tanglung.. Dan macam tempat lain dah sekejap. Haha. Al-maklum lah, setakat yang aku dengar dari mulut staff tak kira hospita mana, budak-budak nursing uia selalunya kreatif. Esp kat PSY. Hehe. Alhamdulillah.

Sekali lagi, Alhamdulillah. Pengalaman sebenar hanya boleh dirasai bagi mereka yang melaluinya sendiri. Thanks Allah for the chance! Kemudian, berakhirlah title kami sebagai Pelajar Kejururawatan IIUM Tahun ke-3. :)

Tata Hospital Kemaman.
Tata Labour Room.
Tak sempat amek pic dlm Labour Room. Hee.
P/s: Final Year student? Really? -.-'

Saturday, July 28, 2012

Week 6: A&E Kemaman.

Salam alaik.

Kini aku berada dirumah. Yela, kalu tak memang tak terupdate la belog heart-and-soul aku ni. Hehe. Ok, ni nak sambung cerita posting minggu ke-6 pulak. Hm after kisah yang aku ceritakan dalam entri lepas, sesampainya dirumah kena siap-siap nak ke hospital. Mulakan episod baru berposting dalam bulan ramadhan.

Alhamdulillah. Hari pertama, not bad. Cergas dan cerdas. Erkk, perasan! Hehe. Aku dan 2 wardmates sama-sama jaga Red & Yellow zone (sebenarnya kira sekali je sebab sebelah-sebelah), 2 lagi kat Green. Wad tak busy seperti minggu lepas. Bulan puasa ni orang tak berapa nak keluar rumah agaknya. Walaupun dah seminggu posting kat A&E, aku masih struggle ingat nama-nama ubat yg common digunakan. Aish, dah dengar banyak kali pun asyik lupa je. -.-' Owh ya, akhirnya baru dapat peluang insert branula. Berjaya! Nak wat ag pasni plss. :)

Memandangkan syif petang dalam bulan puasa, Sr agak concern pasal camne kami nak berbuka. Siap belikan kami 100plus ag. Thanks so much. Sr cakap nak kuar rehat kena gilir-gilir. Tapi kebetulan hari tu kitorang dijemput oleh para staff untuk pergi berbuka kat kantin. Dan yang menarik ianya FREE!! Mula-mula serba-salah jugak nak g ke tak, then lastly Sr bagi kitorang kuar semua. Alhamdulillah, rezeki. Sedap jugak berbuka kat situ. Banyak makanan lebih. Agaknya orang tak tahu ada iftar kat situ kot.

Hari kedua masih syif petang. Seperti minggu lepas, aku sacrifice jaga Red & Yellow zone ag. Teringin nak jaga Green pulak sebenarnya. Tapi macam biasa, kat Green 2 orang je kena jaga. So I let my friends jaga sana. Takpelah, tak kisah pun mana-mana. Hehe. Macam semalam, patient tak ramai jugak petang tu. Agak bosan, tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya tak ramai orang yang mengalami kecederaan or kemalangan kan.

Seperti semalam, ingat nak berbuka puasa kat kantin. Tapi dah Tuhan cakap takde rezeki kat situ, memang tak dapat la. Huhu. Aku terlewat nak pergi makan sebab hantar budak g X-ray. Sr pulak yg ajak berbuka makanan dia sama-sama. Adeh, bersalah pulak sebab benda tak banyak. Tapi thanks so much again. Semasa on the way pulang ke rumah, aku ngan kawan singgah KFC jap. Tu je yang kami dapat makan. Takde nasik for that day. Dan sorry sangat-sangat kat kawan satu rumah, kitorang makan dah lewat dalam kul11. Masa tu lapar sangat-sangat, memang tak dapat nak offer kat sape-sape. Mm.

Hari ketiga, bermula syif pagi. Agak penat sebab dari syif petang, pagi tu dah kena masuk. Tapi tak kisahlah, dah biasa. Hehe. Yeay, dapat peluang jaga Green minggu ni. Walaupun sekali dah cukup.Lagipun kitorang tak kisah menyibuk kat mana-mana zone sambil tolong kawan-kawan. Banyak buat dressing, venipuncture, ECG, injection, hm macam biasalah. Hehe. Hm ada sorang patient ni kan dia masuk Red, agak teruk jugaklah. Aku lupa diagnosis apa tapi dia ada Hep B ke C ntah, mm diagnosis metabolic acidosis kot. Aku tolong wardmate nak insert CBD. Seyes macam susah sangat sebab ada resistant sampai kena panggil MA. Tu pun dah cuba-cuba lama sikit baru dapat. Yang mengejutkan urine dia warna hijau! Ramai staff yang amek gambar. Nak kata silap masuk, tapi memang betul dah. Hmm.

Mintak wardmate snap pic ni senyap-senyap. Huu.

Hari tersebut, tiba-tiba mood aku berubah. Marah!! Hm mula-mula tu terasa hati je, pastu rasa bengang macam nak nanges. Eh tak nanges pun. Just rasa marah kat sorang ni sebab kata-katanya. Riak wajah aku berubah sampaikan kawan aku yang lain terkejut dan takut. Katanya tak pernah tengom rupa aku sebegitu. Scary! Haha. Akhirnya marah aku berkurang dengan lawak yang dibuat. Eeeii serius rasa nak sepak-sepak je rasanya. Aku pun teruskan insert branula yang tertangguh disebabkan rasa tadi. Fuh, nasib baik aku ni cepat sejuk balik. Then everything went to normal. No more marah-marah. Jadikan pengajaran lain kali. Hehe. Hm malam tu aku dan housemates berbuka puasa diluar. Kami makan... erkk.. Nanti aku update entri pasal makan-makan ni eh. Malas nak campur banyak topik dalam satu post. Hehe.

Ok, hari keempat merangkap last day posting di A&E (empat hari je posting sebab ahad Terengganu cuti sempena menang SUKMA). Macam sedih gak bila teringat rupanya dah hari terakhir. Sebab aku suka posting kat A&E. Aaaaa. Target aku nak wat apa-apa je procedure yang boleh aku wat especially yang jarang aku wat. Semuanya okay hinggalah tengahari. Aku dapat rasa mood Sr kurang bagus kot daripada caranya. Sampailah suatu ketika aku kena marah. Its not a big mistake pun, tapi entahlah. Mungkin salah aku sendiri jugak kot. Walaupun kawan aku cuba backup yang aku tak tahu, tapi still kena marah. Rasa nak nanges pulak tapi tahan jela. Yang penting fikir positif.

Entah mengapa lepas tu aku jadi agak blur macam banyak benda mengarut je. Haih. Sampai aku segan ngan doktor, tiba-tiba aku suruh dia sign form padahal spesimen tu tak perlukan form pun. Boleh cek kat situ terus. Haih. Camne ntah ari last tu ramai lak orang duk panggil Raihan, Raihan banyak kali. Darilah PPK, MA, doktor mahupun patient. Tak pernah-pernah pun orang nak sebut banyak kali macam tu. Geram bila ada sesetengah yang panggil macam main-main. Lainla kalau nak tanya or suruh buat apa-apa. Huhu.

Sebelum bergerak pulang lepas habis syif , aku dan kawan-kawan bersalaman ngan staffs kat situ, termasuk Sr sekali. Sr mintak maaf kalu ada salah silap, kami pun sama sebenarnya. Huhu. Sesampai dirumah, aku kemas semua barang-barang kemudian bergerak pulang ke Terengganu bersama-sama kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah, balik rumah lagi minggu ni. Hehe. Minggu seterusnya posting di Kuantan pulak.

P/s: Astaghfirullah, kadang-kadang jiwa kacau. #istighfarbanyak2

Saturday, July 21, 2012

What We Should Know.

Salam alaik.

Aku terjumpa ada orang share mende ni kat facebook. Its quite interesting memandangkan ramadhan dah tiba, disamping kami still posting dibulan yang mulia ini. Hm pada aku, ini amat bermanfaat bukan sahaja bagi pesakit malahan sesiapa yang berkerja dalam bidang perubatan. Mana la taw tiba-tiba ada patient refuse apa-apa treatment semata-mata takut terbatalnya puasa mereka, at least kita tahu apa procedures yang tak membatalkan puasa. Kita senang, patient pun senang. Win-win situation. Sebab kita dapat explain kat patient bila kita tahu dan tak ragu-ragu.


Owh pic ni memang agak kecik tulisannya. Kena focus sikit la bila nak baca. Sorry. Hehe. Hm terfikir pulak macam mana rasanya kerja syif petang dibulan puasa ye?

P/s: Ramadhan Kareem. :)

Week 5: A&E Kemaman.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Dah 5 minggu berposting rupanya, dan hanya tinggal 3 minggu lagi untuk menamatkan short semester pada kali ini. Maka dengan itu, akan berakhirlah tahun ketiga selaku pelajar kejururawatan di UIAM Kuantan. Waaah, tiba-tiba ayat terharu dan skema giler ni apehal? Ada setahun ag kot. Haha.

Ok. Berbalik kepada tajuk diatas, minggu ke-5 adalah minggu pertama pada aku berposting di Kemaman. Semester lepas, Sem 2 memang aku posting kat Kuantan je, manakala Sem 1 dulu separuh kelas berposting di Kelantan dan separuh lagi di Kemaman. Aku posting kt HUSM aritu, so memang tak pernah merasa la posting Kemaman.

Pertama kali jejakkan kaki di hospital kemaman, aku agak jakun la. Tak tahu mana arah tuju. Pintu nak masuk casualty pun aku taktaw. Owh casualty tu sama la ngan A&E atau lebih senang orang kenal wad kecemasan. A&E stands for Accident & Emergency. Hehe. Yup, seperti yang digambarkan oleh kawan-kawan yang pernah posting disini, memang seronok. Mungkin tak sebesar hospital lain sebab hospital ni hospital daerah je tapi macam-macam perkara aku dapat belajar.

Staffs pun baik-baik. Tapi biasa la kat mana-mana pun akan jumpa jugak certain people yang ehem2!! Taknak cakap la. Tak baik pulak nanti. Tapi siapa yang pernah posting tahu la kot. Takpelah, wat tak layan je. Memang kat mana-mana pun ada. Tak pelik pun. Hehe. Apapun kat situ memang tetap syok untuk posting terutamanya ada Sr Azizah. Memang baik dan mengajar sangat-sangat. Walaupun kadang-kadang kena tegur jugak sebab kat A&E kena wat keje cepat-cepat, Sr rajin menolong kami.

Macam-macam kes jugak jumpa. Kadang-kadang ada yang macam kelakar jugak (haih, tak baik gelak. huhu) tapi mereka yang datang tu memang memerlukan bantuan. So tolong dengan seikhlas hati, dan yang penting senyum. :)

Dua hari pertama, aku masuk syif pagi. Setiap pagi akan ada ward round untuk pass report 24 hours. Aku rasa benda ni sangat bagus sebab semua orang akan alert apa yang berlaku, dan apa-apa masalah boleh dibawa pada masa tu jugak. Lagipun bukan saja doctors, nurses, MAs je tapi PPKs dan drivers pun terlibat sama. Apatah lagi kami yang students ni (nursing & medical students). Owh medical students kat situ pun baik-baik. Siap ada yang selalu tolong dan join kami masa Sr Azizah mengajar.

Hmm ada diantara procedure aku dah lama belajar tapi tak pernah perform pun. So kat sini aku sempat la try insert CBD tapi tak secekap mana disebabkan tak pernah buat sebelum ni. Agak kalut. Nasib baik tak kena marah, so aku harap pasni apa-apa procedure yang ada memang kena berani mencuba. Pasni aku memang nak wat lagi.

Same goes to venipuncture. Alhamdulillah, ada patient yang aku berjaya amek darah dorang tapi ada jugak yang tak. Terutama if patient tu berisi dan vein tak berapa nampak n xdapat rasa. Hm cannulation aku tak berpeluang ag. Mula-mula tengok kawan buat tu memang aku teringin gak. Tapi tulah, next week memang aku aim nak cuba jugak. Banyak kali cuba pun aku tak kisah. Insyaallah. Lagipun kat sini jelah peluang nak insert  branula kan, selalu kat wad memang doctor yang pasang. Huhu.

Kat sini banyak dressing. Injection memang banyak, tak kisah la IM or IV. Kena bagi ATT (antitetanus toxoid), diclofenac (voltaren), metoclopramide (maxolon), hydrocortisone, tramadol, dan macam-macam lagi. Fuhh bab-bab ubat ni memang aku kena lebih banyak baca dan hafal. Lemah sikit bab-bab ni. Hm selain tu ECG (electrocardiogram) pun selalu buat jugak. Sr selalu je tanya camne nak interpret ECG. Ni satu ag yang aku lemah. Huu. Ok, kelemahan tu insyaallah dapat diatasi suatu hari nt. Hehe.

Actually walaupun tak busy sangat minggu baru-baru ni, tapi macam-macam kes ada. Tak larat nak tulis sebab purata patient yg datang satu hari tu lebih kurang 150 orang. Hm banyak nak cite, tapi tiba-tiba rasa tak mampu dah. Hm sambung next week lah. Sebab next week aku still posting kat A&E. Sorry, no picture is provided. Sekarang dah tak selalu snap gamba cam dulu. Hehe. Till meet again.

P/s: Abah call suh balik umah hujung minggu. Ada durian katanya. Hehe.

Saturday, July 14, 2012

Week 4: Eye Ward & I am Home.

Salam alaik.

Kali ni nak combine 2 topik dalam 1 post. Aci tak? Haha. Ni disebabkan aku hanya berposting selama 3 hari di eye ward. So rasanya tak banyak benda boleh share. Kat eye ward tak busy sangat macam ward lain. Lagipun ada adik-adik junior 1st year. Semangat dorang nak belajar jugak esp bila kami wat ECG, eye swabbing (tapi aku tak sempat wat yang ni). Huhu. Alang-alang dah satu ward, ajar jela sikit-sikit. At least nt dorang belajar pun senang la sebab dah taw kan.

Tapi kan, aku tak tahu pulak camne nama aku boleh naik kat lecturers yang aku tak hadir hari isnin. Eh? Aku datang!! Huhu. Hari selasa dah ada lecturer tegur masa aku tunggu bus nak balik, pastu hari rabu pun ada pulak lecturer tanya kenapa aku tak datang? Aaaaaa. Daku disalah ertikan. Hm mungkin ada salah info yang dorang dengar. Apapun thanks kawan-kawan & adik-adik sebab tolong backup diri yang tak bersalah ini. Sobsss. Hehe.

Ok, itu hal di eye ward. Setelah abes syif rabu pagi, aku terus bergerak ke terminal utk pulang ke rumahku syurgaku. Yelah, tiba-tiba dapat cuti memang seronok la kan. Alhamdulillah, bertemu Emy secara kebetulan. Hm rasanya banyak kali sangat kami bertemu tanpa disengajakan. Rezeki. Hehe. Kemudian kami bertolak ke negeri masing-masing.

Sekarang aku berehat dirumah. Blogging. Kalu tak balik ni, rasanya tak terupdate blog gua ni. Haha. Duk rumah dapat makan durian. Hoyeaahh! Alhamdulillah. Aku memang suka durian. Rupanya anak-anak kucing aku pun suka. Puss In Boot & Juling. Memey je tak peduli (kucing tua. kihkih). Hm pastu sempat gak kuar jalan-jalan ngan family semalam sambil beli tiket balik kuantan petang ni. Sobsss. Posting masa puasa nt tak pasti sempat balik umah tak. Huhu.

Bagi bijik durian. Haha
Pic #1 minta simpati nak durian ag.
Pic #2 Puss in Boot & Juling.
Ok. Tu jelah update setakat ni. Pejam celik pejam celik dah sebulan berposting dan tinggal sebulan ag sebelum masuk Year 4. Nt pun menyambut ramadhan sambil berposting. Harap Allah beri kekuatan kepada kami semua utk sabar dan tabah. I know it might not be easy sebab kami yang senior ni pun tak pernah berposting dalam bulan puasa. So taktaw nak bagi tips apa. All the best everyone. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini lebih bermakna. Wassalam.

P/s: Pasni tak dapat teman awak exercise naik tangga dah. Huu.

Friday, July 13, 2012

Week 2 & 3: PSY

Salam alaik.

2 minggu berada di PSY memang memberi kelainan. Berbeza dengan wad atau klinik, disini lebih banyak aktiviti yang dilakukan berbanding procedure tertentu. Di psychiatric ward (wad Dahlia), aku belajar mengenali berbagai ragam pesakit. Rasanya kalau nak tulis semua memang tak mampu. Setiap orang dengan karakter masing-masing tak kira pesakit lelaki atau perempuan.

Hm tak sangka jugak, bilangan pesakit lelaki jauh lebih ramai berbanding perempuan. Dan kebanyakan diagnosis adalah schizophrenia. Tak kurang juga ada yang bipolar. Memang aktif sangat lah. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la google ye. Based on their symptoms, ada pesakit yang menceritakan pengalaman mereka mendengar suara-suara (auditory hallucination), delusion, dan macam-macam lagi.

Aktiviti harian seperti menyanyikan lagu Negaraku, Jalur Gemilang, dll, serta warm-up sebelum exercise amat menyeronokkan. Pada mulanya aku rasa agak kekok serta takut-takut utk bercampur dgn mereka, namun setelah mengenali dgn lebih dekat, rasa lebih seronok utk bergaul dgn mereka. Aktiviti seperti psycho-education adalah penting untuk para pesakit lebih mengenali tentang penyakit mereka dan kepentingan mengambil ubat-ubatan. Kadang-kadang rasa sungguh mencuit hati bila mereka bercakap dihadapan dgn lawaknya yg tak disengajakan.

Dalam berseronok melakukan aktiviti, ada juga yg agak pasif walaupun aku cuba ajak bersembang. Ada juga yang mengatakan tak sabar nak balik, tak suka duduk disitu, yg mengatakan mereka tak sakit. Hm kesian pulak. Tapi apakan daya, mungkin Allah ingin menguji mereka. Aku tahu tak siapa yang inginkan jadi sebegitu tapi Allah Maha Kuasa. Apapun dalam hati aku ni, rasanya mereka lebih perlukan pengisian rohani supaya jiwa mereka lebih tenang.

Ok. Tu just pendapaat aku secara general jela. Nak teruskan cerita, pada hari Jumaat minggu kedua berposting, kami dan staff bersama-sama menjayakan  hari sukaneka utk warga Dahlia ni. Punyalah nak design n lukis banner tu, berjam jugaklah. Tapi dengan pertolongan kawan-kawan, kami berjaya menyiapkan satu banner yang mengalahkan budak-budak tadika. Haha. Kemudian, students dan pesakit dibahagikan mengikut warna 4 kumpulan (Doraemon, Sponge Bob, Pink Panther & Ninja Turtle). Dan setelah dicabut undi, aku? Group Pink Panther lah. Hehe.

Yang ni nk bagi patient pakai. Anom n aku testing lu. Scary pulak. Haha.
Hari kejadian. Jatjat n me.
My friends and me. Awesome!
Nilah banner kami. Hewhew.
Owh aku ni selalu je pakai lens pastu bila petang pakai spek. Sebab selalu rasa tak selesa pakai lama-lama. Haha.

Em pada minggu ke-3 pulak, group aku dah tak campur ngan group ag satu. Kali ni campur ngan dak syahputra pulak. Still macam minggu lepas tapi lain sikit. Hehe. Kali ni aku berpeluang ikut MA g home visit untuk patient yg memerlukan injection. Sempat pergi dalam 6 buah rumah pastu balik ke wad macam biasa. Then pada hari khamis, aku dan kawan-kawan sempat teman seorang patient menjual nasi berlauk dan cucur ke klinik dan wad sekitar kawasan wad Dahlia tu. Membeli sambil menderma. Lagipun yang masak tu staff jugak. Kami dan patient tolong jualkan je.

Tapi ada satu yang aku kurang senang. Stigma orang. Yes! Aku sebelum masuk pun ada stigma jugak. Tapi lama-kelamaan dah kurang, dan aku rasa tak patut kita rasa macam tu. Yang menyebabkan aku rasa macam ni, salah satu sebabnya ketika jual makanan tu, orang luar yelah mungkin mereka pandang semacam, ni sampai staffs pun sekali siap ada suara-suara sumbang lagi. Sabor jelah ye.

Pada hari Jumaat pulak, ada presentation. Tajuk yg dicadangkan adalah tentang medication. Hm tu sajelah aku nak share utk post kali ni. Rasa macam panjang sangat dah tulis. Sebenarnya macam-macam pengalaman yg dilalui tapi semuanya ingat dalam hati jela. Tak mampuuuuuuu nak tulis semua. Haha. Kepada semua patient kat situ, aku doakan cepat sembuh. Nice to know you all. :)

P/s: Nak amek apa utk elective nt ye? PSY ke A&E? Tunggu posting kat A&E dulu (sebenarnya mmg teringin  jugak A&E). Huhu -.-'

Week 1: GOT

Salam alaik.

Ni update untuk posting 3rd year, short sem. First week di GOT (general operation theater) lebih kurang dengan sem lepas jela. Tak jauh beza. Tak banyak procedure boleh buat. Just tolong scrub & circulating nurse sikit. Observe je memanjang. Dan tambah ilmu sikit. Thanks nurses, doctors, and anesthetists. Paling aku igt Prof Nasir, suka dia pakai dan wat kerja PPK or circulating nurse. Suka ajar kitorang, siap suh pakai glove dan rasa cancer cells yg dah dibuang. Ada jugak few doctors cakap bagus kalu nt jadi scrub nurse, banyak boleh belajar. Hm tengok nt camne. Hehe.

Sebahagian set yg digunakan.

OT blackout. Tp operation kena teruskn dgn bantuan lampu nset. Huu (ni pic masuk OT sem lepas)

At recovery room.

Bajet kemas barang konon. Haha
Masuk OT ni kena jaga sterility, pastu kena salin baju banyak kali kalu nak kuar masuk OT, kena tegur tu perkara biasa. Tulah pengalaman namanya. Haha.

P/s: Sakit tekak. Kat hospital senang dpt infection pulak. Huhu

Thursday, July 12, 2012

Annual Graduation Dinner 2012.

Salam alaik.

Hampir sebulan berlalu baru nak update. Takpe. Takde orang nak marah pun kan. Haha. Okay, Alhamdulillah ni kali ke-3 aku terlibat dgn AGD pada 15 June 2012. Sejak dari first year ag terpilih utk jadi committee. Untuk AGD kali ni aku under unit sponsor. Tapi tak dapat banyak menolong macam yang lain. Sebelum ni bukan main komited wat keje. Huhu. Apapun utk preparation before event memang aku cuba yg terbaik jela. Duk kat Grand Hall sampai malam. Lagipun masa event, unit sponsor kena jaga bahagian registration. Tak berat sangat la tugas kali ni.

Tema AGD kali ni adalah 'Black & Roses'. Menarik kan? Lagipun red is my favorite color. Hewhew. Rasanya ni first time pakai dress sebegitu terutama utk AGD la kan. Masa lain mana ada peluang nak pakai. Haha. Hm malas nak tulis panjang lebar. Nak share pic jela ye. Tapi tak banyak memandangkan sumenya aku amek dari orang. Haha.

Owh lupa nak cakap. Kali ni setiap batch wajib hantar wakil utk performance. Each performance was awesome! Congrats everyone. Hm utk batch 6, kitorang terlibat dlm pembikinan video and I like it so much. Kepalanya mestila Jatjat. Haha. Sebelum ni plan nak wat sajak gak, aku ingat tak jadi. Tapi terjadi jugak. Sibuk mengarang last minute, dan chose few friends utk ke pentas. Peluh-peluh nak hafal. Siap conteng tangan. Buat-buat gaya sambil baca sikit-sikit mana yang lupa. Haha.

At regis booth.

Outside the grand hall.

With my roomate, Farahin.

With our beloved lec, Sr Nani.
DL's students. Congrats all!!
Committees of AGD.

With beloved junior. Ehem!

Its me and bunga!!

Give and take. :) Hehe. Sempat main-main.

Banyak suka duka yang dilalui beberapa hari itu, dan biarlah kami saja yang tahu. Congrats to all seniors. Setahun ag aku pun bakal melangkah ke alam yang sama. Hehe. Eh baru perasan ni post pasal AGD tapi takde gambar makanan pun?!! Haha. :p

P/s: Learn to know u better~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...