Tuesday, November 30, 2010

Emo Edisi Baru.

Salam alaik. Hi Readers!
Sekarang ni tinggal ag satu minggu nak posting kat HoSHAS.
Lepas ni boleh la bercuti seminggu je sebelum masuk semester baru.
Kejap je tapi takpela. Huhuk.
Tapi semalam penat giler walaupun tak busy sangat.
Mungkin sebab banyak antar patients pi mai pi mai kot.
Dan arini aku masuk syif petang.
So pagi ni datang lagi mood nak conteng-conteng.
Check it out!

Tibe-tibe rasa macam nak lukis hujan.
Tik Tik Tik.. Huhu.
"I love walking in the rain, so people didn't realize i was crying."

Suka background warna hitam.
Dan idea datang dengan sendiri.
Suka sangat yang ni. (Haih, puji diri sendiri wat)
Haha. :p

P/s: Bosan duk sini.Taktaw nak watpe.
Camni la jadi. Hehe.

Monday, November 29, 2010

No. Memory. Forget.


Semalam kan xtaw la nape sengal sangat..
Aku ulang balik tengok anime yang dah berpuluh-puluh kali aku tengok..
Then ada satu ayat ni..
Jeng3x!!

"I just want to believe that..
There is no such memory that we can just forget~!!"

Thats it. Hehe.

P/s: Everything happens for a reason. :)

Sunday, November 28, 2010

Way To Go.

*Home (holiday) --> Kuantan (ready for posting) --> Temerloh (posting for a week at HoSHAS) --> Kuantan (weekend) --> ***Temerloh (posting for another week) --> *Home (holiday for a week) --> Kuantan (new semester begins).





*Home- Ganu.
*** Currently here.



Thats all.
Thanks.

P/s 1: Couldn't find my logbook..!!
Must find it again or restart from the beginning?? :'(

P/s 2: Hope everything will be going fine.

Saturday, November 27, 2010

Anak Kuceng.

Teringat kucing-kucing jalanan yang terbiar kat uia
Sewaktu datang untuk posting kali ni
klik sini untuk entri lepas

Tengahari tadi lepas lunch
Aku ternampak seekor anak kucing warna coklat
Kecik dan comel.
Kesian pulak tengok
Aku pun bagi la ikan keli yang tak abes makan
Nyum2~ Selera nampak! Haha

Pastu malam ni kami ditakdirkan bertemu lagi
Cewaahhh~
Tapi dah takde makanan.
So aku ajak la anak kucing ni sembang-sembang.
Meow~ Meow~ Meow~

Haih. Siap masuk bilik aku ag.
Meh-meh amek gambar berdua nak?





Sebab kesian ngan dia, aku bagi la roti.
Tapi tak makan la pulak.
Adeh, membazir je la awak ni~!! Huhu.

P/s: Haih, nak bersin pulak men kuceng. Haha.

Beli Baru.

Alhamdulillah.
Tadi kuar cari tiket bas nak balik ganu next week.
Sambil-sambil cari stok makanan. Hehe.
Tak sabar nak abeskan posting ag seminggu nt.

***********************

Terkenangkan purse yang aku beli tahun lepas
Dah koyak sana sini
Tadi terjumpa la satu yang baru
Yey!
Spent duit RM15 je compared yang lama RM19.90.
Hehe.

Merah+Pink lagi. fav colours~
Suka belang-belang. XD

Baru beli tapi dah sepah. No wonderpet la yg lama cepat rosak.
Sebab dalam selalu penuh. Haha.
*Maaf, hanya seringgit yg ada. Pheww~*

together

P/s: Memori bersama kamu takkan aku lupakan wahai purse koyak! :'(

Emo Lagi.


Emo.

Ya, saya beremosi lagi.
Macam selalunya.

Maaf la bagi mereka yang tertanya-tanya,
kenapa saya emo?
Haha.

Sometimes bukan emo je, tapi perasaan bercampur baur.
Mungkin sebab environment kot.
Mungkin hati juga tak tenang.
Ada sesuatu yang belum lepas dari hati.
Atau...??? Hmm.

Kadang-kadang terasa ingin bersendiri.
Jauh dari realiti.
Ingin berada di dunia ciptaan sendiri.
Tapi itu hanyalah mimpi.
Yang tak mungkin dan tak pasti.

Ya Allah, berikan aku kekuatan.
Berikan aku erti redha.
Seperit mana pun hatiku perlu lalui.
Selagi itulah aku cuba untuk kembali senyum.
Dan berfikir, hanya Kaulah yang lebih mengetahui.

P/s: Doakan yang terbaik untuk semua. :)

Posting. K14.

Salam alaik.

Seminggu bertugas di HosHAS sudah berakhir dan sekarang tinggal lagi satu minggu sebelum dapat pulang ke rumah. Tak sabar rasanya untuk bercuti seminggu lagi sebelum bermulanya semester baru nanti.

Kali ni aku rasa saaangat penat. Berada di wad K14 kadang-kadang menguji kesabaran aku. Aku tak nafikan memang staff-staff disana baik-baik dan sangat best. Tapi ada la sorang dua yang wat aku rasa hangin sket. Takpela. Normal la tu kan.

K14 memang penuh ngan patients. Banyak sangat extension kadang-kadang. Tempat jadi sempit giler. Tambah pulak ngan family yang datang beramai-ramai. Penuh sesak dalam wad especially waktu melawat.

Yang paling memenatkan adalah kat bahagian acute cubicle dimana patients yang kritikal kat situ yangperlu di'observe' setiap jam. Walaupun aku tak jaga kat situ, tapi disebabkan kekurangan kakitangan, hampir setiap syif aku g sana jugak sambil jaga kat bahagian subacute.

Mungkin kepenatan kali ni disebabkan satu syif 5 orang students uia. Pastu sorang kena jaga satu cubicle tapi g tolong-tolong jugak kat lain. Then patients memang ramai sangat-sangat. Kiranya memang wad K14 agak busy la selalunya walaupun ada waktu aktif-pasif.

Ok, minggu depan aku still kat wad yang sama. Cuma satu syif dah 8 orang. Jadi rasa cam lega sikit kot sebab macam dah tambah orang. Hope sangat minggu depan akan lebih baik berbanding minggu lepas.

Semoga hati ini lebih ikhlas dalam apa saja yang dibuat. Aku kadang-kadang ada konfik diri dimana sometimes rasa cam terpaksa wat keje (selalunya masa tension la rasa camtu). Haih, takleh ang! Cuba ikhlaskan hati k. Teruskan tersenyum! Huhu.

P/s: Suka bila baik ngan patients n family. Suka bila kita senyum, orang senyum balik. Suka bila dapat keje ngan staff nurse baik. Haha.

Sunday, November 21, 2010

When I Look At You.

When I Look At You

Miley Cyrus

Everybody needs inspiration
Everybody needs a song
A beautiful melody when the night's so long
'Cause there is no guarantee that this life is easy

Yeah, when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I, I look at you

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home anymore
That's when I, I, I look at you

When I look at you, I see forgiveness, I see the truth
You love me for who I am like the stars hold the moon
Right there where they belong
And I know I'm not alone

Yeah, when my world is falling apart
When there's no light to break up the dark
That's when I, I, I look at you

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home anymore
That's when I, I, I look at you

You appear just like a dream to me
Just like kaleidoscope colors that prove to me
All I need, every breath that I breathe
Don't ya know, you're beautiful

Yeah, yeah

When the waves are flooding the shore
And I can't find my way home anymore
That's when I, I, I look at you
I look at you

Yeah, yeah, oh, oh
You appear just like a dream to me



P/s: Aku suka lagu ni. Rasa cam ada 'something'. Perasaan aku macam ada kat suatu tempat tu, dimana masa tu aku tak sangka langsung ada peluang camtu. Aku takkan lupa. Thanx.

IRIS.

Aku baru abes tgk series drama korea: IRIS.

Taktaw nak cakap camne. Tapi bagi aku memang best giler.
Superb!! 5 bintang!! Lebih pun takpe.

Lama dah tak layan citer korea camni. Simpan je dalam hardisk.
Ni layan balik korea. Meh kite tgk ramai-ramai.
(tapi tengok sorang ag best lol.. Nak feeling senang. Haha)
Tapi aku syorkan ar sape-sape yang tak tengok ag citer ni.
Sila la tengok! Seyes banyak kali aku nanges utk macam-macam scenes.
Citer ni bukan la aku nak nanges yang jiwang-jiwang sangat tuh.
(padahal layan lirik lagu-lagu die pun aku nanges. haha.)

Ending dia...... aku takmaw citer.
Sebab aku ni anti giler orang citer sal ending
sebelum abes tengok citer tu. Haha
Tak kisah citer ke novel ke ape ke. Jangan citer kat aku awal-awal!
So kalu korang nak taw, kena tengok.
Yang penting, die punye jalan citer tu best!!
Banyak values kot leh dapat. Pasal love, friendship, loyalty, trust.
Touching. Penuh debaran. Cewaaah!!
Mesti nt korang jd sangat curious nak taw..
apa? bagaimana? kenapa? n apa akan jadi??

"There's an important reason for me to live and return home."


Sambil tulis entri ni, sambil aku dengar OST entitled Dont Forget.

Sedikit detail sal citer ni. (Taktaw nape aku semnagat sangat! Haha)

  • Title: 아이리스 / IRIS
  • Previously known as: 쉬리 / Shiri
  • Genre: Action, mystery, thriller, romance
  • Episodes: 20
  • Broadcast network: KBS2
  • Broadcast period: 2009-Oct-14 to 2009-Dec-17
  • Synopsis

    Kim Hyun Joon and Jin Sa Woo are best friends who were brought into a top secret organization known as NSS by analyst Choi Seung Hee and Park Sang Hyun. Hyun Joon and Sa Woo both fall in love with Seung Hee when she first profiles them. Their lives are changed forever when Hyun Joon is given a solo mission in Hungary. Hyun Joon later tries to find out who set him up and to figure out what IRIS is and wants.


    P/s: Rasanya tak pernah tulis entri sal mana-mana cerita. Emo agaknya aku tgk citer ni. :p

    Saturday, November 20, 2010

    Cuti Abes. Kembali Posting.

    Alhamdulillah. Kini selamat berada di bumi kuantan. Esok akan bertolak ke temerloh pulak.

    Bas tadi kul 1 pm. Tapi jalan raya sangat la jam, jadi kul 1 lebih sket aku sampai kat stesen bas. (still taknak salahkan diri sendiri. Haih!) Nasib baik bas ada ag. Dan tadi akak aku yang anta, kalu abah anta, konpem kena marah dah. *Dush* Huhuk.

    Memang aku punya style suka siap-siap last minute ni. Sempat la nak kemas konon-konon kan. (tapi selalu sempat je. haha). sume benda wat laju-laju. ok, aku masih dalam mode tak insaf!

    Lama tak naik double-decker. (jangan ingat aku naik atas *cekedih pulak.) Masa duk kat matric pj dulu, selalu ar naik bas sani yang 2 tingkat tuh. Duk kuantan tak kesampaian. Yahoo! Arini baru ada peluang ag. (budok darat ulu mane ning??) Haha.

    *cekedih- jajan, makanan ringan.

    Aku da kalut tadi naik bus. Pintu sebelah kiri bas, aku nak g masuk ikut pintu driver pulak. Apehal? Haha. Ok, naik bas terus g cari seat 22. Eh, sebelum tu aku dah pesan kat driver suh berenti depan uia terus. Taknak g terminal. Senang sket. Duit pun jimat.

    Aku ni malas betul la nak buh beg kat bawah. Apelagi, jom sumbat beg kat ats sume. Akibatnye, seat aku tu kena kongsi la = aku+handbag+beg galas, dan kat kaki lak ade ag satu beg galas. *Dush* Sampai org sebelah ckp buh beg kat tengah-tengah sikit. Kecian kat aku kot. Haha.

    Dah dekat ngan uia, aku tawakkal la semoga bas ni berenti. Mane la taw kot-kot driver td lupa kan. Stop! Hihi. Cepat-cepat aku bangun n balun sume beg aku. Terkejut orang sebelah dan sape-sape yang duk level atas. Jeng3x! Surprise. Saya, Raihan Madihah akan jadi orang pertama turun. Haha. (Bangga pulak)

    Tak pasal-pasal pulak ada pakcik bangla g naik bas sebelum aku turun. Dia ingat tu bus bandar yang angkut orang hari-hari. Haha.

    Hmm, sunyi. Aah la, sunyi giler uia. Mana tak nye, ni kan time orang cuti sem. Kalu ada pun sikit je nampak tadi budak medic. Hmm, jauh pulak rasanya berjalan dari main gate ke mahallah. Aku sambil layan mp3, rasa macam.. sunyi tapi tenang. Tiba-tiba rasa macam indah lak uia ni. Haha.

    Otw naik tangga, jumpa kucing jalanan. Kecian dorang takde makanan time orang cuti ni. Aku pun kasi roti perisa coklat+oren. Nyum2~ 2 ekor makan, sekor tak sentuh pun. Haih. Rezeki jangan ditolak, jangan memilih. Huhu.

    Akhirnya sampai di M3. Ternampak Fiq ngan Izat. Pah pun dah balik. Kyra pun ade. Tapi ramai yang sampai pagi esok kot. Hmm, tu la gara-gara bas yang available untuk ke temerloh kul 11 pagi esok je. Takut tak sempat la. Huhuk.

    Ok, esok kami akan ke temerloh untuk posting 2 minggu kat HoSHAS. Aku dapat medical ward pulak. Nak taknak memang kena g. Cuti dah takde. So, takleh nak berangan dan main-main macam kawan-kawan lain. Haha. Kepada mereka yang bercuti tu, selamat bercuti. Jangan lupa aku kat sini. Haha.

    Hmm, semoga posting kali ni lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga dapat ilmu yang lebih banyak. Semoga dapat praktikkan apa yang dah belajar. Ikhlaskan hati dalam setiap perkara yang dibuat. Semoga dipermudahkan segala gerak kerja dan urusan. Ameen. :)

    Opss.. Semoga dapat jumpa balik logbook aku. Oh buku biru itu, saya nak dapat cross jugak macam kawan-kawan. Tolong jangan hilang!! Saya perlu kamu!! :'(

    P/s: Kat temerloh takde tenet. Jadi takleh fesbuking. Takleh blogging. Harap maklum. :'(

    Wednesday, November 17, 2010

    Syukur. Sabar. Kuat.

    Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Dan bila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.



    Andai ada sesuatu yang membuat mu bersedih, yakinlah itu adalah ujian yang menguatkan mu. Pernahkah kamu terfikir, andai tiada ujian mahupun dugaan, sejauh manakah kekuatan yang ada dalam dirimu itu? Ujian itu bukan untuk membuat dirimu jatuh dan terus rebah ke bumi. Tapi ianya sebagai tanda sejauh manakah keyakinan mu terhadapNya. Sejauh manakah tahap kesabaran mu dan bagaimana pula mahu kamu bangkit kembali.

    Tiada seorang pun yang mahu kesedihan dan kekecewan menyelubungi diri. Namun andai ia terjadi, terfikirkah kamu bahawa andai ia sebenarnya tanda kasih yang Maha Esa. Ingat dan teruslah ingat. Bukan semua yang kita inginkan itu baik untuk kita. Kita sebenarnya akan merasa hikmah dan nikmat disebaliknya andai kita mengerti erti syukur. Ya, bersyukur pada yang sedikit itu lebih baik daripada dengki pada nikmat orang lain rasai.

    Sabar. Pernahkah kamu merasai kesabaran kamu itu tercabar? Ya, aku jua pernah merasakan. Bila hilang sabar, terasa hilang arah dan perasaan negatif menguasai. Dan kemudian kamu akan sesali lagi gara-gara sabar yang hilang. Fikirkanlah, setelah kamu cuba bersabar selama ini, mungkin dengan begitu lama, apakah wajar kamu tidak boleh bersabar lagi? Ingat kembali sebab mengapa kamu bersabar, hayati kembali erti sabar, dan cuba rasai hikmah disebalik kesabaran itu.

    Mudah-mudahan kamu akan terus bersabar dan menjadi orang yang lebih kuat. Tanpa ujian, kekuatanmu tidak dapat diukur dan ia tidak dapat di'upgrade' ke level yang lebih tinggi. Sesekali hati harus berkorban cinta, jiwa harus berkorban rasa. Pengorbanan kamu takkan pernah sia-sia. Manusia mungkin tidak dapat menilai, tapi Dia sentiasa ada. Tidak salah yakin pada kata hati mu, kerana secebis rasa disegenap ruang dihati mu itu adalah anugerah dariNya jua.



    Salam Aidiladha.

    P/s: Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu.
    Ku yakin bahawa perancanganMu adalah yang terbaik. :)

    Gud News.

    Salam alaik
    Kringg.. Kringg.. Kriiinnnggg..
    Berita Baik!! Berita Baik!!
    Baik punye berita!!
    hehe.

    Alhamdulillah. Sorang sahabat a.k.a teman seperjuangan a.k.a classmate a.k.a coursemate dan macam-macam ag lah, dah disahkan pregnant. Yuhuu~ Alhamdulillah.

    Actually first aku taw tgk blog-blog budak-budak ni lah, izat & munirah (padahal aku baru je baca), then tengok fesbuk mcm2 wish ada kat wall kawan aku tuh. Jadi rasa cam nak tulis gak je tapi pendek je lah.

    TAHNIAH~ Tahniah!! Alhamdulillah~ :)

    Nak ucapkan tahniah kat pasangan pengantin 'baru' (baru kawen bulan 6 yang lepas) ni, Farah Nasuha Ghazali & Amer Abu Bakar Abdullah. Briefly, Awah skg 2nd year Nursing while Abang Ame abes master dah, MCL. Muda-muda dah nak jadi bakal mummy-daddy kan. Hehe.


    Aku taw semua classmates aku tak sabar nak jadik aunties and uncles kan? Cepat-cepat fikir nak suh bakal baby panggil ape. Haha.

    Teringat ag kami aritu duk ramai-ramai kat belakang umah Awah sebab tu first wedding untuk batch kitorang.


    Rezeki Awah dapat kawen awal dan dapat timang cahaya mata paling awal daripada kitorang. Kitorang sume ni ramai yang berangan je nak kawen. Huahahahaha~

    Semoga Allah permudahkan segalanya my dear~ Kami sume akan sentiasa bersama kamu. Just tell n ask us anything~

    P/s 1: Nak posting kat hospital nanti kena jada diri baik-baik Awah. Takleh nak keluar jalan-jalan ngan Awah selalu dah. Haha.

    P/s 2: Selamat Pengantin Baru pada bakal pengantin untuk pasangan kedua yang akan kawen dalam KON batch kami pada 20 November ni: Mohd Faris bin Ismail (Batch6) & Farhana Hazwanee Binti Hamdan (Batch4). Kunji, ko pun kena ikut jejak langkah Awah nt. Eh, bukan ko tp si cantek Kak Wanee. Haha. (Tp soew aku tak dpt datang).


    Monday, November 15, 2010

    25 Things About Me.

    Once you have been tagged, you are supposed to write a note
    with 25 random things, facts, habits, or goals about you
    At the end, choose 25 people to be tagged
    You have to tagged person who tagged you
    If I tag you, it's because i want to know more about you.

    1. Nama aku Raihan Madihah binti Ghani. bukan Annur Raihan Ang. Hehe.
    2. Nama panggilan aku macam-macam. Ang, Mc Ang, Raihan, Rehang, Mekang dll. Family kat umah memang panggil Ang dari kecik ag. Eh, mne nama yg bkaitan ngan MADIHAH?? :p
    3. Dilahirkan pada 19 September 1989 di pagi subuh yang hening. Excited kalu taw kawan-kawan yang lahir bulan yang sama. Owh yeah, September~!
    4. Berasal dari Kuala Terengganu. Memang kampung aku tu penuh ngan anak-beranak je la. Sape-sape nak cakap ganu ngan aku, dipersilakan. Haha.
    5. Warna feveret aku dari kecik MERAH. Pastu tambah ag PUTIH ngan HITAM. Tambah ag warna PINK. dan sebagainya. gabungan Pink+Hijau pun cantek kan?
    6. Aku anak ke-3 daripada 9 adik-beradik. Sorang kakak, sorang abang, 2 adik perempuan, 4 adik lelaki. Tapi orang cakap aku tak matang! Huhu.
    7. Sangat suka no 3, 9, 19. Suka ingat tarikh-tarikh tertentu. Tapi tak suka maths. Hehe.

    8. No phone aku celcom: 013-2xxxxxx dan maxis : 017-3xxxxxx. Nak taw? Tertakluk pada terma dan syarat. Haha.
    9. Tabika Kemas --> Sekolah Kebangsaan Kepong --> SMKA Durian Guling --> PLKN Ulu Pari --> CFS IIUM PJ --> UIA Kuantan --> ??? Perjalanan masih jauh. Huhu
    10. Masa sekolah rendah dulu, aku ade 2 geng: PSG & PKA. PSG stands for Power School Girls and PKA stands for Persahabatan Kekal Abadi. So childish kan. Haha.
    11. Still ingat sape yang duk sebelah masa sekolah menengah. Form 1: Tiniey, Form 2: Jijah, Form 3: Izi, Form 4: Nizaitul dan Najihah, Form 5: Achik, Seha dan Perla
    12. Pernah jatuh motor pas balik dari latihan kawad masa form 5 (klik sini). Trauma ag kot.
    13. Sangat suka camping, kawad dan aktiviti lasak. Cuma sejak duk uia, jarang dah nak aktif macam kat skolah. Tapi aktif kt uia cam join program-program ar. Best2~
    14. Excited giler dapat masuk PLKN walaupun kawan aku yang lain-lain siap nanges takmaw masuk. Haha. Kompeni DELTA. Kelas CB 2. Kerajaan 14.
    15. Masuk NURSING sebab rezeki dan rasanya tu terbaik yang Allah anugerahkan pada aku. Matrik+main campus= 6 tahun perlu dihabiskan!!
    16. Tak kreatif sangat tapi suka decorate pape. contoh: wat kad, hias dinding kat bilik, conteng-conteng kertas, dll. hand-made ok!!
    17. Aku suka tido dan asyik kena marah sebab tido dan pemalas. Rajin pada masa-masa tertentu. Haha.
    18. Aku selalu jatuh kat mana-mana. Pernah jatuh sebab terpijak seluar sendiri, jatuh tangga, jatuh dalam lumpur masa hujan depan orang ramai, dll. Sampai ada orang pesan: Jalan molek.. Jangan jatuh.. :p
    19. Kalu aku on9, memang tak ingat dunia la. Mesti nak lama-lama. Even masa study nak exam pun aku aku biarkan netbook aku terbukak. Fb biar depan mata, blog depan mata, bla bla bla.
    20. Aku ni sangat sensitif kadang-kadang. Tapi kadang-kadang jugak boleh jadi heartless. Aku ada baju yang tertulis ni: The real me was sensitive and caring.
    21. Suka emo-emo-emo. Tapi emo aku lain dari yang lain. Orang mungkin susah nak faham la kot. Haha. Takpe, biar aku je faham hati aku.
    22. Dah lama aku tak cakap depan cermin. Dan sememangnya cermin itu ibarat kawan baik aku. Cakap dengan diri sendiri, senyum, nanges, gelak dan sume-sume la. Rasa bersemangat je! Haha.
    23. Ada masa aku biasa-biasa je, ada masa aku leh jadi hyperaktif, tapi ada masa aku diam je tamaw cakap banyak. Mood yang senang berubah-ubah jugak. Aku rasa ni satu kelebihan kot. Hehe.
    24. Kebanyakan perkara aku suka pendam, tapi sesetengah perkara lebih baik terus terang. Tapi mostly pendam je la, tp tgk keadaan gak. Huhu.
    25. Arghhhh.. Ingatkan 25 ni banyak rupanya macam tak cukup. Hmm, aku ni mmg dasar camwhore. suka sgt bergambar syok sendiri!! Banyak ag nak cakap tapi.. Ok2 dah2. Lastly, aku tak sempurna. :)

    I need to tag about 25 persons. But I might not able to do that. So, for those who are selected. You're lucky friends! Hehe.
    p/s: hanya tagged je, nak tulis or tak terpulang la ye. :) but it was fun actually~!

    1. Nurussolehah (person who tagged me)
    2. 'Izzatulfadilah
    3. Farhanah
    4. Azza Hana
    5. Mardhihah
    6. Azam
    7. Syau
    8. Ee
    9. Akim
    10. Achik
    11. Perla
    12. Pampers
    13. Hudaidris
    14. Fizah
    15. Munirah

    Sunday, November 14, 2010

    Flu.

    At home..

    |
    |
    |
    V

    F.L.U

    |
    V

    F.l.u

    |
    V

    f.l.u

    |
    V

    f.l.u

    |
    V

    hacheeemm~!!

    |
    V

    say Alhamdulillah.


    (-___-")



    p/s: thinking of something.
    that similarity. huhu~

    Wednesday, November 10, 2010

    Kuceng Baru.

    Aku selamat sampai umah semalam. Naik bus kul8 pagi. Dalam kul12 tengahari dah sampai dari kuantan-kuala terengganu. :)

    Balik umah terus kena masak nasi, potong ayam ngan basuh udang. Ingatkan dapat terus makan. Haha.

    Nampaknya ada kehadiran 2 makhluk baru kat umah aku. Makhluk serba putih. Wahwah. Apakah?



    3.. 2.. 1..



    Tadaaaaa..



    ni paling kecik. putih. nama xde ag. gurl.

    ni besar sikit. putih. name xde ag gak. gurl jgk.

    ni kucing lama. nama meimei. tp boy. haha.

    kucing lama gak. nama putih. tp xputih dah. boy.

    ni adik bongsu, aidid bersama kucing-kucing kat umah.



    p/s: dari sekolah rendah sampai sekarang, umah aku mesti ada kucing! binatang lain termasuklah burung merpati dan ikan (hidup ag x ntah). dulu-dulu pernah gak bela ayam serama. hehe.

    O. S. P. E.

    Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi sebab sekarang ni aku dah berada kat umah.

    OSPE dah selamat berakhir. Dan sekali lagi Alhamdulillah sebab aku antara yang bertuah untuk lulus. Ya, sangaaat bertuah aku rasakan. Bayangkan daripada 51 orang pelajar, hanya 18 je yang lulus. (erkk.. 18 ke 19??? mula konpius!). bermakna yang selebihnya kena stay kat sana sampai 11hb untuk remedial.

    Tapi sedikit sebanyak tidak berpuas hati dengan OSPE kali ni. Sebab nye.. Hmm, banyak sebab kot. Tapi rasa cam sedikit tak adil la. Tak tau nape rase camni tapi saya faham ramai je kawan-kawan yang rasa cam aku rasa tu kan.

    Hmm, passed ke failed ke, remedial sekarang bergantung pada mana-mana procedure yang gagal. Even if marks dah kira lulus pun, tapi kalu satu procedure daripada 5 procedures gagal, remedial tetap remedial!

    Seyesly, time aku nak kuar dari lecture hall tu pas tau result kan, aku rasa cam nak nanges weh. Leh tak kalu aku nak cakap aku rasa cam peserta rancangan realiti yang tersingkir. (what??? poyo lah!). Memang la bersyukur sangat sebab lulus. Alhamdulillah-Alhamdulillah-Alhamdulillah. Tapi rasa sedih bila teringatkan kawan-kawan. Rasa takmaw kuar dari hall tu.

    Masa dalam bus otw nak balik IMC kan, aku still rasa cam nak nanges. Sebab ada sesetengah kawan aku nampak sangat dah frust walaupun sebelum tau result. Masa kat bilik, kami sempat la dengar cerita dari dorang. Rupanya, sape-sape yang dapat station yang ada external examiner, sume failed! dan ada station yang dapat sume lulus. OMG. Kadang-kadang terfikir. macam... ikut tuah? Hmm, abaikan apa yang aku fikir. (kawan-kawan mesti rasa gak apa aku rasa kan?)

    Ok, bercerita tentang station yang aku dapat, Station 1. Sr. S dan Br. K yang jaga, serta Sr. C yang jadi helper. Dulu masa 1st sem 1st year, aku pernah dapat ngan Sr. S which 2 orang passed, dan selebihnya dalam 5-6 orang failed. Alhamdulillah time tu aku lulus. Dan kali ni pun, aku tak perlu remedial.

    OSPE kali ni boleh dikatakan tough. Sebab masa tak banyak, procedures ade lima, Electrocardiogram (ECG), Blood Tranfussion, Incentive Spirometry, Dressing dan PD set, banyak jugak yang aku tertinggal sebenarnya. contoh, masa tengah setup equipment untuk Peritoneal Dialysis (PD), aku teringat masa dressing tak buh protective sheet, mask lupa nak pakai. Terus aku gtaw examiner yang aku supposed wat sume tu. Sebelum masa abes, aku sempat cek balik soalan dan tambah pape yang aku missed jugak, contoh gtaw patient tentang wound condition dorang.

    Masa kat dalam tu, nak ingat balik sume yang dah hafal macam impossible je. Tuhan je yang tahu betapa kalutnya aku. Huhu. K semoga OSPE yang akan datang lebih baik daripada sebelum ni. Buat peringatan diri ini dan kawan-kawan, lulus tak semestinya lain kali akan teruuus lulus, dan gagal tak bererti gagal lagi. Sebab aku tahu antara mereka yang failed OSPE kali ni, sebenarnya secara praktikalnya mereka bagus wat kerja.

    P/s: Rezeki masing-masing. Allah lebih tahu kenapa ini terjadi dan mungkin ini yang terbaik buat kami semua.

    Saturday, November 6, 2010

    Hehe.

    Alhamdulillah. Rezeki.
    tadi aku dapat sumthing that i've crawling for.
    semalam kan. taktaw la nape sangat-sangat-sangat
    mengidam nak mamam secret recipe.
    sampai rasa cam nak meleleh-leleh air liur ni
    haha. tipu je! pls do not believe it.



    k nak dijadikan cerita
    time aku booked kete untuk kuar aritu
    tuan punye keta mintak tolong pegang duit
    yang melambak-lambak dalam kete tu
    sebab dia xde kat uia
    so aku tolong je la pegangkan
    dan tadi kena pulangkan la duit tu balik
    nak katanya tu rezeki aku kan
    tibe-tibe dapat apa yang aku idamkan tu.
    yeaaah! secret recipe for free!! :)



    terfikir gak kan ape jenis kek yang dapat tuh
    hehe. dah dapat pun bersyukurlah
    pastu aku n kawan-kawan pakat g kiosk
    carik mende len tapi beli mende len
    ice-cream! nyummy! :)



    then sambil-sambil makan eskrem
    aku ajak kawan g lepak makan cake
    tapi takde tempat sesuai
    lobi blok m3 je jadi pilihan. haha
    pastu ade kuceng sibuk-sibuk nak jugak
    tapi cian la, cake bukan makanan die. huhu
    alhamdulillah. dapat choc ingulgence!
    feveret tuh. hihi. jom kite share~
    sharing is caring kan :)



    tu je nak citer. hehe.
    rezeki yang kita dapat, banyak ke sikit kena bersyukur
    pastu takleh kedekut-kedekut
    kite share ngan orang lain. best taw.
    insyaallah allah murahkan lagi rezeki kita
    ameen. :)


    p/s: sekarang asik lapar-lapar-lapar je.
    makan banyak tapi badan tak besar.
    cekeding je~!!! (-___-")

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...