Showing posts with label posting. Show all posts
Showing posts with label posting. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Week 8: Labour Room.

Salam alaik.

Owh ini sepatutnya dah berzaman aku nak update tapi tak kesampaian. Begitu juga untuk Week 7. Tapi takpela, memandangkan aku dah cerita serba sedikit pengalaman kat A&E masa minggu ke-6. So aku kuburkan sajalah entri Week 7 di A&E jugak tu. Perbezaannya cumalah start Week 7, kami berposting sambil berpuasa. Rasa kelainannya bila tiba waktu maghrib dan patient tak terlalu ramai pada siangnya. Huhu.

Ok, back to the topic. Itu adalah kali pertama aku berposting di labour room. Apapun ia memang pengalaman menarik bagi aku. Sr Judy pun beri lebih perhatian sikit kat aku memandangkan orang lain pernah posting dah kat situ. Banyak jugak procedure yang aku belajar, baru dapat praktikkan. First time tengok SVD (spontaneous vaginal delivery), episiotomy,  resus baby, dan macam-macam. Kat sini bukan kena care pasal mother je, tapi baby pun sama. Suctioning, injection, bathing, cord dressing dan macam-macam. Menarik kan?

Selain tu, kitorang sempat decorate labour room sempena raya yang bakal tiba. Macam-macam hiasan, lampu, pelita, kad raya, tanglung.. Dan macam tempat lain dah sekejap. Haha. Al-maklum lah, setakat yang aku dengar dari mulut staff tak kira hospita mana, budak-budak nursing uia selalunya kreatif. Esp kat PSY. Hehe. Alhamdulillah.

Sekali lagi, Alhamdulillah. Pengalaman sebenar hanya boleh dirasai bagi mereka yang melaluinya sendiri. Thanks Allah for the chance! Kemudian, berakhirlah title kami sebagai Pelajar Kejururawatan IIUM Tahun ke-3. :)

Tata Hospital Kemaman.
Tata Labour Room.
Tak sempat amek pic dlm Labour Room. Hee.
P/s: Final Year student? Really? -.-'

Saturday, July 28, 2012

Week 6: A&E Kemaman.

Salam alaik.

Kini aku berada dirumah. Yela, kalu tak memang tak terupdate la belog heart-and-soul aku ni. Hehe. Ok, ni nak sambung cerita posting minggu ke-6 pulak. Hm after kisah yang aku ceritakan dalam entri lepas, sesampainya dirumah kena siap-siap nak ke hospital. Mulakan episod baru berposting dalam bulan ramadhan.

Alhamdulillah. Hari pertama, not bad. Cergas dan cerdas. Erkk, perasan! Hehe. Aku dan 2 wardmates sama-sama jaga Red & Yellow zone (sebenarnya kira sekali je sebab sebelah-sebelah), 2 lagi kat Green. Wad tak busy seperti minggu lepas. Bulan puasa ni orang tak berapa nak keluar rumah agaknya. Walaupun dah seminggu posting kat A&E, aku masih struggle ingat nama-nama ubat yg common digunakan. Aish, dah dengar banyak kali pun asyik lupa je. -.-' Owh ya, akhirnya baru dapat peluang insert branula. Berjaya! Nak wat ag pasni plss. :)

Memandangkan syif petang dalam bulan puasa, Sr agak concern pasal camne kami nak berbuka. Siap belikan kami 100plus ag. Thanks so much. Sr cakap nak kuar rehat kena gilir-gilir. Tapi kebetulan hari tu kitorang dijemput oleh para staff untuk pergi berbuka kat kantin. Dan yang menarik ianya FREE!! Mula-mula serba-salah jugak nak g ke tak, then lastly Sr bagi kitorang kuar semua. Alhamdulillah, rezeki. Sedap jugak berbuka kat situ. Banyak makanan lebih. Agaknya orang tak tahu ada iftar kat situ kot.

Hari kedua masih syif petang. Seperti minggu lepas, aku sacrifice jaga Red & Yellow zone ag. Teringin nak jaga Green pulak sebenarnya. Tapi macam biasa, kat Green 2 orang je kena jaga. So I let my friends jaga sana. Takpelah, tak kisah pun mana-mana. Hehe. Macam semalam, patient tak ramai jugak petang tu. Agak bosan, tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya tak ramai orang yang mengalami kecederaan or kemalangan kan.

Seperti semalam, ingat nak berbuka puasa kat kantin. Tapi dah Tuhan cakap takde rezeki kat situ, memang tak dapat la. Huhu. Aku terlewat nak pergi makan sebab hantar budak g X-ray. Sr pulak yg ajak berbuka makanan dia sama-sama. Adeh, bersalah pulak sebab benda tak banyak. Tapi thanks so much again. Semasa on the way pulang ke rumah, aku ngan kawan singgah KFC jap. Tu je yang kami dapat makan. Takde nasik for that day. Dan sorry sangat-sangat kat kawan satu rumah, kitorang makan dah lewat dalam kul11. Masa tu lapar sangat-sangat, memang tak dapat nak offer kat sape-sape. Mm.

Hari ketiga, bermula syif pagi. Agak penat sebab dari syif petang, pagi tu dah kena masuk. Tapi tak kisahlah, dah biasa. Hehe. Yeay, dapat peluang jaga Green minggu ni. Walaupun sekali dah cukup.Lagipun kitorang tak kisah menyibuk kat mana-mana zone sambil tolong kawan-kawan. Banyak buat dressing, venipuncture, ECG, injection, hm macam biasalah. Hehe. Hm ada sorang patient ni kan dia masuk Red, agak teruk jugaklah. Aku lupa diagnosis apa tapi dia ada Hep B ke C ntah, mm diagnosis metabolic acidosis kot. Aku tolong wardmate nak insert CBD. Seyes macam susah sangat sebab ada resistant sampai kena panggil MA. Tu pun dah cuba-cuba lama sikit baru dapat. Yang mengejutkan urine dia warna hijau! Ramai staff yang amek gambar. Nak kata silap masuk, tapi memang betul dah. Hmm.

Mintak wardmate snap pic ni senyap-senyap. Huu.

Hari tersebut, tiba-tiba mood aku berubah. Marah!! Hm mula-mula tu terasa hati je, pastu rasa bengang macam nak nanges. Eh tak nanges pun. Just rasa marah kat sorang ni sebab kata-katanya. Riak wajah aku berubah sampaikan kawan aku yang lain terkejut dan takut. Katanya tak pernah tengom rupa aku sebegitu. Scary! Haha. Akhirnya marah aku berkurang dengan lawak yang dibuat. Eeeii serius rasa nak sepak-sepak je rasanya. Aku pun teruskan insert branula yang tertangguh disebabkan rasa tadi. Fuh, nasib baik aku ni cepat sejuk balik. Then everything went to normal. No more marah-marah. Jadikan pengajaran lain kali. Hehe. Hm malam tu aku dan housemates berbuka puasa diluar. Kami makan... erkk.. Nanti aku update entri pasal makan-makan ni eh. Malas nak campur banyak topik dalam satu post. Hehe.

Ok, hari keempat merangkap last day posting di A&E (empat hari je posting sebab ahad Terengganu cuti sempena menang SUKMA). Macam sedih gak bila teringat rupanya dah hari terakhir. Sebab aku suka posting kat A&E. Aaaaa. Target aku nak wat apa-apa je procedure yang boleh aku wat especially yang jarang aku wat. Semuanya okay hinggalah tengahari. Aku dapat rasa mood Sr kurang bagus kot daripada caranya. Sampailah suatu ketika aku kena marah. Its not a big mistake pun, tapi entahlah. Mungkin salah aku sendiri jugak kot. Walaupun kawan aku cuba backup yang aku tak tahu, tapi still kena marah. Rasa nak nanges pulak tapi tahan jela. Yang penting fikir positif.

Entah mengapa lepas tu aku jadi agak blur macam banyak benda mengarut je. Haih. Sampai aku segan ngan doktor, tiba-tiba aku suruh dia sign form padahal spesimen tu tak perlukan form pun. Boleh cek kat situ terus. Haih. Camne ntah ari last tu ramai lak orang duk panggil Raihan, Raihan banyak kali. Darilah PPK, MA, doktor mahupun patient. Tak pernah-pernah pun orang nak sebut banyak kali macam tu. Geram bila ada sesetengah yang panggil macam main-main. Lainla kalau nak tanya or suruh buat apa-apa. Huhu.

Sebelum bergerak pulang lepas habis syif , aku dan kawan-kawan bersalaman ngan staffs kat situ, termasuk Sr sekali. Sr mintak maaf kalu ada salah silap, kami pun sama sebenarnya. Huhu. Sesampai dirumah, aku kemas semua barang-barang kemudian bergerak pulang ke Terengganu bersama-sama kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah, balik rumah lagi minggu ni. Hehe. Minggu seterusnya posting di Kuantan pulak.

P/s: Astaghfirullah, kadang-kadang jiwa kacau. #istighfarbanyak2

Saturday, July 21, 2012

What We Should Know.

Salam alaik.

Aku terjumpa ada orang share mende ni kat facebook. Its quite interesting memandangkan ramadhan dah tiba, disamping kami still posting dibulan yang mulia ini. Hm pada aku, ini amat bermanfaat bukan sahaja bagi pesakit malahan sesiapa yang berkerja dalam bidang perubatan. Mana la taw tiba-tiba ada patient refuse apa-apa treatment semata-mata takut terbatalnya puasa mereka, at least kita tahu apa procedures yang tak membatalkan puasa. Kita senang, patient pun senang. Win-win situation. Sebab kita dapat explain kat patient bila kita tahu dan tak ragu-ragu.


Owh pic ni memang agak kecik tulisannya. Kena focus sikit la bila nak baca. Sorry. Hehe. Hm terfikir pulak macam mana rasanya kerja syif petang dibulan puasa ye?

P/s: Ramadhan Kareem. :)

Week 5: A&E Kemaman.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Dah 5 minggu berposting rupanya, dan hanya tinggal 3 minggu lagi untuk menamatkan short semester pada kali ini. Maka dengan itu, akan berakhirlah tahun ketiga selaku pelajar kejururawatan di UIAM Kuantan. Waaah, tiba-tiba ayat terharu dan skema giler ni apehal? Ada setahun ag kot. Haha.

Ok. Berbalik kepada tajuk diatas, minggu ke-5 adalah minggu pertama pada aku berposting di Kemaman. Semester lepas, Sem 2 memang aku posting kat Kuantan je, manakala Sem 1 dulu separuh kelas berposting di Kelantan dan separuh lagi di Kemaman. Aku posting kt HUSM aritu, so memang tak pernah merasa la posting Kemaman.

Pertama kali jejakkan kaki di hospital kemaman, aku agak jakun la. Tak tahu mana arah tuju. Pintu nak masuk casualty pun aku taktaw. Owh casualty tu sama la ngan A&E atau lebih senang orang kenal wad kecemasan. A&E stands for Accident & Emergency. Hehe. Yup, seperti yang digambarkan oleh kawan-kawan yang pernah posting disini, memang seronok. Mungkin tak sebesar hospital lain sebab hospital ni hospital daerah je tapi macam-macam perkara aku dapat belajar.

Staffs pun baik-baik. Tapi biasa la kat mana-mana pun akan jumpa jugak certain people yang ehem2!! Taknak cakap la. Tak baik pulak nanti. Tapi siapa yang pernah posting tahu la kot. Takpelah, wat tak layan je. Memang kat mana-mana pun ada. Tak pelik pun. Hehe. Apapun kat situ memang tetap syok untuk posting terutamanya ada Sr Azizah. Memang baik dan mengajar sangat-sangat. Walaupun kadang-kadang kena tegur jugak sebab kat A&E kena wat keje cepat-cepat, Sr rajin menolong kami.

Macam-macam kes jugak jumpa. Kadang-kadang ada yang macam kelakar jugak (haih, tak baik gelak. huhu) tapi mereka yang datang tu memang memerlukan bantuan. So tolong dengan seikhlas hati, dan yang penting senyum. :)

Dua hari pertama, aku masuk syif pagi. Setiap pagi akan ada ward round untuk pass report 24 hours. Aku rasa benda ni sangat bagus sebab semua orang akan alert apa yang berlaku, dan apa-apa masalah boleh dibawa pada masa tu jugak. Lagipun bukan saja doctors, nurses, MAs je tapi PPKs dan drivers pun terlibat sama. Apatah lagi kami yang students ni (nursing & medical students). Owh medical students kat situ pun baik-baik. Siap ada yang selalu tolong dan join kami masa Sr Azizah mengajar.

Hmm ada diantara procedure aku dah lama belajar tapi tak pernah perform pun. So kat sini aku sempat la try insert CBD tapi tak secekap mana disebabkan tak pernah buat sebelum ni. Agak kalut. Nasib baik tak kena marah, so aku harap pasni apa-apa procedure yang ada memang kena berani mencuba. Pasni aku memang nak wat lagi.

Same goes to venipuncture. Alhamdulillah, ada patient yang aku berjaya amek darah dorang tapi ada jugak yang tak. Terutama if patient tu berisi dan vein tak berapa nampak n xdapat rasa. Hm cannulation aku tak berpeluang ag. Mula-mula tengok kawan buat tu memang aku teringin gak. Tapi tulah, next week memang aku aim nak cuba jugak. Banyak kali cuba pun aku tak kisah. Insyaallah. Lagipun kat sini jelah peluang nak insert  branula kan, selalu kat wad memang doctor yang pasang. Huhu.

Kat sini banyak dressing. Injection memang banyak, tak kisah la IM or IV. Kena bagi ATT (antitetanus toxoid), diclofenac (voltaren), metoclopramide (maxolon), hydrocortisone, tramadol, dan macam-macam lagi. Fuhh bab-bab ubat ni memang aku kena lebih banyak baca dan hafal. Lemah sikit bab-bab ni. Hm selain tu ECG (electrocardiogram) pun selalu buat jugak. Sr selalu je tanya camne nak interpret ECG. Ni satu ag yang aku lemah. Huu. Ok, kelemahan tu insyaallah dapat diatasi suatu hari nt. Hehe.

Actually walaupun tak busy sangat minggu baru-baru ni, tapi macam-macam kes ada. Tak larat nak tulis sebab purata patient yg datang satu hari tu lebih kurang 150 orang. Hm banyak nak cite, tapi tiba-tiba rasa tak mampu dah. Hm sambung next week lah. Sebab next week aku still posting kat A&E. Sorry, no picture is provided. Sekarang dah tak selalu snap gamba cam dulu. Hehe. Till meet again.

P/s: Abah call suh balik umah hujung minggu. Ada durian katanya. Hehe.

Saturday, July 14, 2012

Week 4: Eye Ward & I am Home.

Salam alaik.

Kali ni nak combine 2 topik dalam 1 post. Aci tak? Haha. Ni disebabkan aku hanya berposting selama 3 hari di eye ward. So rasanya tak banyak benda boleh share. Kat eye ward tak busy sangat macam ward lain. Lagipun ada adik-adik junior 1st year. Semangat dorang nak belajar jugak esp bila kami wat ECG, eye swabbing (tapi aku tak sempat wat yang ni). Huhu. Alang-alang dah satu ward, ajar jela sikit-sikit. At least nt dorang belajar pun senang la sebab dah taw kan.

Tapi kan, aku tak tahu pulak camne nama aku boleh naik kat lecturers yang aku tak hadir hari isnin. Eh? Aku datang!! Huhu. Hari selasa dah ada lecturer tegur masa aku tunggu bus nak balik, pastu hari rabu pun ada pulak lecturer tanya kenapa aku tak datang? Aaaaaa. Daku disalah ertikan. Hm mungkin ada salah info yang dorang dengar. Apapun thanks kawan-kawan & adik-adik sebab tolong backup diri yang tak bersalah ini. Sobsss. Hehe.

Ok, itu hal di eye ward. Setelah abes syif rabu pagi, aku terus bergerak ke terminal utk pulang ke rumahku syurgaku. Yelah, tiba-tiba dapat cuti memang seronok la kan. Alhamdulillah, bertemu Emy secara kebetulan. Hm rasanya banyak kali sangat kami bertemu tanpa disengajakan. Rezeki. Hehe. Kemudian kami bertolak ke negeri masing-masing.

Sekarang aku berehat dirumah. Blogging. Kalu tak balik ni, rasanya tak terupdate blog gua ni. Haha. Duk rumah dapat makan durian. Hoyeaahh! Alhamdulillah. Aku memang suka durian. Rupanya anak-anak kucing aku pun suka. Puss In Boot & Juling. Memey je tak peduli (kucing tua. kihkih). Hm pastu sempat gak kuar jalan-jalan ngan family semalam sambil beli tiket balik kuantan petang ni. Sobsss. Posting masa puasa nt tak pasti sempat balik umah tak. Huhu.

Bagi bijik durian. Haha
Pic #1 minta simpati nak durian ag.
Pic #2 Puss in Boot & Juling.
Ok. Tu jelah update setakat ni. Pejam celik pejam celik dah sebulan berposting dan tinggal sebulan ag sebelum masuk Year 4. Nt pun menyambut ramadhan sambil berposting. Harap Allah beri kekuatan kepada kami semua utk sabar dan tabah. I know it might not be easy sebab kami yang senior ni pun tak pernah berposting dalam bulan puasa. So taktaw nak bagi tips apa. All the best everyone. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini lebih bermakna. Wassalam.

P/s: Pasni tak dapat teman awak exercise naik tangga dah. Huu.

Friday, July 13, 2012

Week 2 & 3: PSY

Salam alaik.

2 minggu berada di PSY memang memberi kelainan. Berbeza dengan wad atau klinik, disini lebih banyak aktiviti yang dilakukan berbanding procedure tertentu. Di psychiatric ward (wad Dahlia), aku belajar mengenali berbagai ragam pesakit. Rasanya kalau nak tulis semua memang tak mampu. Setiap orang dengan karakter masing-masing tak kira pesakit lelaki atau perempuan.

Hm tak sangka jugak, bilangan pesakit lelaki jauh lebih ramai berbanding perempuan. Dan kebanyakan diagnosis adalah schizophrenia. Tak kurang juga ada yang bipolar. Memang aktif sangat lah. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la google ye. Based on their symptoms, ada pesakit yang menceritakan pengalaman mereka mendengar suara-suara (auditory hallucination), delusion, dan macam-macam lagi.

Aktiviti harian seperti menyanyikan lagu Negaraku, Jalur Gemilang, dll, serta warm-up sebelum exercise amat menyeronokkan. Pada mulanya aku rasa agak kekok serta takut-takut utk bercampur dgn mereka, namun setelah mengenali dgn lebih dekat, rasa lebih seronok utk bergaul dgn mereka. Aktiviti seperti psycho-education adalah penting untuk para pesakit lebih mengenali tentang penyakit mereka dan kepentingan mengambil ubat-ubatan. Kadang-kadang rasa sungguh mencuit hati bila mereka bercakap dihadapan dgn lawaknya yg tak disengajakan.

Dalam berseronok melakukan aktiviti, ada juga yg agak pasif walaupun aku cuba ajak bersembang. Ada juga yang mengatakan tak sabar nak balik, tak suka duduk disitu, yg mengatakan mereka tak sakit. Hm kesian pulak. Tapi apakan daya, mungkin Allah ingin menguji mereka. Aku tahu tak siapa yang inginkan jadi sebegitu tapi Allah Maha Kuasa. Apapun dalam hati aku ni, rasanya mereka lebih perlukan pengisian rohani supaya jiwa mereka lebih tenang.

Ok. Tu just pendapaat aku secara general jela. Nak teruskan cerita, pada hari Jumaat minggu kedua berposting, kami dan staff bersama-sama menjayakan  hari sukaneka utk warga Dahlia ni. Punyalah nak design n lukis banner tu, berjam jugaklah. Tapi dengan pertolongan kawan-kawan, kami berjaya menyiapkan satu banner yang mengalahkan budak-budak tadika. Haha. Kemudian, students dan pesakit dibahagikan mengikut warna 4 kumpulan (Doraemon, Sponge Bob, Pink Panther & Ninja Turtle). Dan setelah dicabut undi, aku? Group Pink Panther lah. Hehe.

Yang ni nk bagi patient pakai. Anom n aku testing lu. Scary pulak. Haha.
Hari kejadian. Jatjat n me.
My friends and me. Awesome!
Nilah banner kami. Hewhew.
Owh aku ni selalu je pakai lens pastu bila petang pakai spek. Sebab selalu rasa tak selesa pakai lama-lama. Haha.

Em pada minggu ke-3 pulak, group aku dah tak campur ngan group ag satu. Kali ni campur ngan dak syahputra pulak. Still macam minggu lepas tapi lain sikit. Hehe. Kali ni aku berpeluang ikut MA g home visit untuk patient yg memerlukan injection. Sempat pergi dalam 6 buah rumah pastu balik ke wad macam biasa. Then pada hari khamis, aku dan kawan-kawan sempat teman seorang patient menjual nasi berlauk dan cucur ke klinik dan wad sekitar kawasan wad Dahlia tu. Membeli sambil menderma. Lagipun yang masak tu staff jugak. Kami dan patient tolong jualkan je.

Tapi ada satu yang aku kurang senang. Stigma orang. Yes! Aku sebelum masuk pun ada stigma jugak. Tapi lama-kelamaan dah kurang, dan aku rasa tak patut kita rasa macam tu. Yang menyebabkan aku rasa macam ni, salah satu sebabnya ketika jual makanan tu, orang luar yelah mungkin mereka pandang semacam, ni sampai staffs pun sekali siap ada suara-suara sumbang lagi. Sabor jelah ye.

Pada hari Jumaat pulak, ada presentation. Tajuk yg dicadangkan adalah tentang medication. Hm tu sajelah aku nak share utk post kali ni. Rasa macam panjang sangat dah tulis. Sebenarnya macam-macam pengalaman yg dilalui tapi semuanya ingat dalam hati jela. Tak mampuuuuuuu nak tulis semua. Haha. Kepada semua patient kat situ, aku doakan cepat sembuh. Nice to know you all. :)

P/s: Nak amek apa utk elective nt ye? PSY ke A&E? Tunggu posting kat A&E dulu (sebenarnya mmg teringin  jugak A&E). Huhu -.-'

Week 1: GOT

Salam alaik.

Ni update untuk posting 3rd year, short sem. First week di GOT (general operation theater) lebih kurang dengan sem lepas jela. Tak jauh beza. Tak banyak procedure boleh buat. Just tolong scrub & circulating nurse sikit. Observe je memanjang. Dan tambah ilmu sikit. Thanks nurses, doctors, and anesthetists. Paling aku igt Prof Nasir, suka dia pakai dan wat kerja PPK or circulating nurse. Suka ajar kitorang, siap suh pakai glove dan rasa cancer cells yg dah dibuang. Ada jugak few doctors cakap bagus kalu nt jadi scrub nurse, banyak boleh belajar. Hm tengok nt camne. Hehe.

Sebahagian set yg digunakan.

OT blackout. Tp operation kena teruskn dgn bantuan lampu nset. Huu (ni pic masuk OT sem lepas)

At recovery room.

Bajet kemas barang konon. Haha
Masuk OT ni kena jaga sterility, pastu kena salin baju banyak kali kalu nak kuar masuk OT, kena tegur tu perkara biasa. Tulah pengalaman namanya. Haha.

P/s: Sakit tekak. Kat hospital senang dpt infection pulak. Huhu

Monday, June 20, 2011

School Programmes: Health Education & Immunization.

Salam alaik.

Seperti yang dijanjikan sebelum ni, aku cuba asingkan part ni daripada entri lepas.

Pada hari rabu yang lepas, aku dan groupmates yang posting kat KK Beserah berpeluang ke SK Beserah untuk school programmes. Kami bertolak pada pukul 8.30 pagi. Apabila sampai, kami terus ke bangunan belakang. Target pertama kami adalah kanak-kanak pra-sekolah.

Sampainya disana, mereka sedang breakfast. Apabila semua habiskan makanan, mereka membaca doa selepas makan beramai-ramai. Amat kuat sekali kedengaran. Tiba-tiba mengimbau kenangan waktu berada di tadika dulu. Innocent la sangat kan. Hehe.

Mereka diajak berkumpul di suatu sudut. Agenda seterusnya adalah health education untuk budak-budak kecik ni. Presentation pertama tentang cacing, dan presentation kedua tentang kebersihan diri. Rupanya cikgu kat situ garang. Seyes aku dengar cikgu dia marah pun aku takut. Tak macam cikgu tadika aku dulu, baik sangat. Sampai sekarang ingat nama, Cikgu Nor. Hehe.

Sebagai presenter yang pertama, rasa sedikit cuak walaupun berhadapan dengan kanak-kanak sebegini. Sebetulnya, I wasn't well prepared on that day. Study slides pun gitu-gitu je. Owh lupa nak cakap, mood aku aritu tak berapa bagus. Mungkin sebab selsema teruk dan rasa tak selesa, I was quite moody. Selepas tengok budak-budak dan reaksi ceria dorang, rasa lebih tenang dan gembira. Haha.

After my presentation kan, aku agak terkejut bila sorang budak laki ni nanges. Aku kaget. Teruk dan scary sangat ke kisah cacing yang aku ceritakan tadi? Rupanya, dia takut nak makan ubat cacing. -_-' Haha. Kalut kitorang pujuk. Cakap ubat tu sedap, siap perisa vanilla ag. Macam eskrem.

Sebelum presentation kedua daripada Sol, kami berpakat untuk menyanyikan sebuah lagu untuk dorang. "Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi.....". Itu perancangan last minute taw. Walaupun lupa lirik dan gaya hingga terpaksa ulang sekali lagi, those kids betul-betul enjoyed. Same goes to us act. Hihi.

Nama seorang demi seorang dipanggil. Kami cek dari head-to-toe. Pastu bagi ubat cacing. Nyum~ Nyum~ Aku tak suka pun. Hehe. Akhirnya budak laki yang nanges tu pun berjaya makan jugak.

Last but not least, kami bergambar beramai-ramai tanda kenangan datang ke situ. Best sangat walaupun ada yang agak nakal. Lagipun lama tak layan budak-budak 6 tahun ni.

Program seterusnya untuk bagi imunisasi bagi pelajar tahun satu di sekolah yang sama. Jadi dari pagi sampai tengahari, kami tak kemana-mana. Makan, lepak dan tido di surau sekolah saja mampu kami buat. Seyesly, selsema aku makin teruk. Sangat tak selesa sampai aku rasa nak cabut je hidung ni. Mujur Sol bagi aku coklat, it made me feel better.

Eh bukan coklat tu buat selsema aku kurang tapi bila ada something dalam mulut, aku rasa selesa dan selsema tak menjadi-jadi. Kiranya, aku asyik nak makan je time tu. Beli jambu 3-4 plastik untuk di kunyah. Pelik tak? Huhu.

Waktu tengahari, pelajar-pelajar tahap 1 dah berkumpul di kantin kerana sesi untuk tahap 1 adalah sesi petang. Patutlah masa pagi tadi just nampak budak tahap 2 je.

Sebelum bagi imunisasi, mereka juga diberikan sedikit ceramah kesihatan tentang kebersihan. Group kami kali ni berpeluang untuk bagi imunisasi untuk satu kelas sahaja. Selepas buat head-to-toe physical examination, mereka diberi OPV orally & 2 injections (MMR, DtaP). Satu kat bahu sebelah kiri, satu kat bahu sebelah kanan. Eh mereka tak menangis pun. Kuatnye. Hehe.

Kami rotate supaya ramai dapat rasa bagi injection kat budak darjah satu. Sebelum ni bagi kat adult & babies je kan. Best jugak dapat experience macam ni. Tapi tak best bila ada few staffs daripada KK yang tak berapa nak friendly. Campur mood swing pulak. Huh.

Sebelum pulang, ada satu budak ni hampir nak nanges bila dia sorang ag tak dapat injection. Dia dari kelas lain tapi budak kelas dia suma dah dapat. Mungkin sebab dia tak datang aritu. So SN cakap lain kali datang lagi. Jangan risau. Hmm, nanges sebab tak dapat injection pun ada? Hehe. Lagi satu kes, aku terkejut sorang budak laki, Nur Iman bajunya berdarah. Lepas cucuk tadi, dia buang terus swab dan tak tekan kat bahagian tu. Aku yang inject dia kot. Wuwu. T-T Tapi dia cool je aku tengok, bukan nak sedih ke ape ke. Asyik sengih memangjang. Dia cakap tak sakit pun. Fuh~ Selamat!

Rasanya thats all kot. Thanks for reading. :)

P/s: Senang sangat dapat selsema. T-T

Saturday, June 18, 2011

Week 6: KK Beserah.

Salam alaik.

Minggu terakhir posting untuk Tahun Dua ni. Yeah~!! Memang da lama dah nak cepat-cepat abes. Aku pun taktaw nape nak sangat abes posting kali ni. Haha.

Day 1 & 2- Seperti minggu lepas jugak, aku masih posting di KK Beserah. Berada di Bilik 3 & 4 bersama Pipah dan Nurul. Sebab ada 3 meja kat situ, kitorang amek satu meja sorang. Macam sebelum ni jugak, kena timbang baby, bagi injection, education pasal breastfeeding, dan rekod perkembangan baby.

Ramai sangat yang datang arini. Temujanji pun dah penuh sume. Patient pun macam-macam ragam. Ada sekali tu aku bagi budak perempuan ni makan ubat cacing. Dia macam nak taknak je. Lastly dia g sembur depan aku. Perghh. Kena gak sikit kat muka. Haha.

Selalunya babies yang kena inject sume akan nanges. Pipah cakap ada yang tak nanges langsung. Pastu terus aku dapat sorang baby ni tak nanges langsung kena inject. Bravo adik~!! Rasa nak buat ag sekali. Hehe.

Kat sini best posting sebab masa masuk tak strict sangat. Kadang-kadang masuk lewat sikit pun takpe. Mungkin sebab kitorang still student kot. Kalu staff memang kena potong gaji la jawabnye. Hehe. Yang takleh blah, lepas lunch je mesti kitorang lepak kat surau n tido jap. Patutla aku makin chubby. Eh, perasan. Huh.

Day 3- Ada school visit. Sangat best n menarik. Hmm, rasanya nak wat entri lain utk ni. So baca next entri jelah eh. :)

Day 4 & 5- Kali ni aku jaga Bilik 10 bersama Sol. Eh ni yang kawen aritu taw. Ok, bilik 10 ni lebih pada blood taking la. Untuk FBC, MOGTT, VDRL dll. Serta utk procedure mcm IUCD, VE, Pap Smear dll. Staff Nurse yg aku dapat ni best. Dia suka ajar dan galakkan kitorang bertanya. Cuma aku je yg taktaw nak tanya apa. Maklumlah, pasal Community Health Nursing & Maternal Child Health ni belum belajar detail lagi. Skg pun cuba grab apa yg boleh memandangkan lepas ni mungkin tak dapat posting kat KK dah.

Cuma terkilannya, aku tak dapat peluang nak amek darah patient. Mostly dorang refuse student yg amekkan. Ramai yg aku tengok takut jarum sampai taknak tengok langsung. Pastu ada yg nak termuntah minum air glucose la. Entah macam mana rasa. Aku tukang buat je air tu, tapi ta pernah rasa pun.

Walaupun KK Beserah tak selesa seperti KK lain disebabkan bangunan asal sedang renovate tapi seronok gak duk dalam kabin. Bila jalan, lantai bunyi ngok-ngek-ngok-ngek. Rasa nak berlari tapi konpem kena marah nt. Haha.

Owh satu lagi, bila duk KK baru rasa betapa pentingnya perancangan keluarga. Family planning kdg-kdg orang tak amek kisah tapi sebenarnya penting gak utk kesejahteraan keluarga. Tapi masing-masing punya rezeki la kan. Huhu.

P/s: Next sem, I will be a third year student. Cepatnya masa berlalu. Dah separuh jalan aku tempuhi sebagai nursing student @IIUM rupanya. >.<

Saturday, June 11, 2011

Week 5: KK Beserah.

Salam alaik.

Selama 2 minggu berposting di hospital, kali ini beralih arah ke klinik kesihatan yang berdekatan pula. Bertempat di KK Beserah, area Kuantan je. Naik van atau bus UIA. Office hour tapi pukul 4 da balik. Huhu.

Hari pertama. Fine, aku ada MC. Dan adek aku kawen. Hehe.

Hari kedua. Kali pertama datang ke situ. Sebelum ni hanya mendengar cerita kawan-kawan ttg keadaan poliklinik yang masih dlm proses pembaikpulihan. Jadi, kabin yang menempatkan klinik utk sementara waktu itu aku masuki jua. Kabin yang didirikan dgn asas kayu sahaja bergegar dan berbunyi ketika kaki tangkas memijak diatasnya.

Arini aku bersama Pipah & Nurul berkerja di Bilik 1 & 2. Tak terlalu sibuk seperti hospital, disini ramai yg datang dari golongan ibu-ibu mengandung dan anak-anak kecil. Disini kami mula belajar banyak benda baru. Setiap ibu mengandung akan dibuat checkup perut dulu utk mengetahui current status ttg bayi yg dikandungkan. Disini juga banyak terms baru yg tak pernah ku dengari selama ini.

Sebenarnya kami belum belajar lebih mendalam mengenai maternal-child health, tapi dah posting kat tempat sebegini. Tapi community health nursing yg telah dipelajari secara superficial je pun membantu la sikit-sikit. Bak kata pepatah, experience is the best teacher. Yup, bila kita dah apply apa yg dah belajar lagi senang nak faham dan ingat drpd tahu teori saja.

First time nak bagi vaccine injection kat baby mmg aku tak berani. Biar kawan bg dulu, tengok dia inject, baru boleh aku kasi. Bila nak bg ATT (Anti Tetanus Toxoid) kat ibu, aku boleh sebab sebelum ni dah pernah bg IM (intramuscular) injection kat patients. Lama-kelamaan rasa excited lak nak inject baby. Haha. Susah jugak nak cucuk dorang lebih ag yg suka meronta-ronta. Ha masa tu kena mtk ibu-ibu tlg pegang dan posisikan baby sebaik mungkin. Dah lama tu tak susah dah, yang penting kena yakin dan competent.

Hari ketiga. Home visit! Yang ditunggu-tunggu. Hehe.

Bertempat di Klinik Desa Permatang Badak, kami diberikan sedikit briefing oleh Sister ttg klinik desa disitu. Agak lama sebenarnya briefing tu. Huhu. Setelah bersedia, kami mengikuti 2 org JM (jururawat masyarakat) ke rumah-rumah yg telah ditargetkan bersama-sama CI kitorang. Agaknya JM ingat kitorang nak naik kereta skali ngan dia, nampak runsing semacam je. Sedangkan kitorang dah ada van UIA nak angkut g sana-sini.

Beberapa buah rumah telah diserbu. Selalunya untuk ante-natal atau post-natal check up. Oleh sebab bilangan kami terlalu ramai, 8 orang, kelihatan JM tak begitu selesa utk membenarkan kami mengikuti mereka ke semua rumah yg ditetapkan. Walaupun CI macam tak faham, tapi dengan riak wajah JM, aku dan Pipah dapat menangkap kata hati mereka.

Selepas itu, dapat suggestion drpd sorang kawan, Raihan gak namanya supaya kami berpecah kpd 4 org. Kiranya satu rumah tu 4 org je yg akan masuk, next rumah lagi 4 orang. Rotate sampai ke rumah terakhir. Rasanya hanya 9 buah rumah yg kami lawati, sebuah lagi tak sempat kerana perut terlalu lapar dan sudah masuk waktu tengahari. Kami singgah di kedai goreng pisang dan beli beraneka pilihan kuih. CI kitorang, Sister Hong belanja sedikit goreng pisang, keropok & popia berserta air. Aku minum ABC. Sedap tapi manis giler. Haha.

Susah nak pujuk CI agar benarkan kami pulang awal. Siap komplot ngan pakcik van lagi. Kalu tak kena duduk Klinik Desa or KK Beserah balik. Fuh~ Nasib baik.

Hari keempat. Kali ni aku bersama Ili dan Raihan tapi masih di bilik yang sama. Sebab aku tak datang hari pertama, so aku kena stay kat bilik yg sama lagi. Lebih kurang hari kedua jugak tapi yang ni tak ramai patient. Sempat kami bergurau senda dan bergelak ketawa sesama sendiri dgn perangai yg pelik-pelik. LOL.

Peluang nak bagi MMR (measles-mumps-rubella) kat baby tercapai. Cara nak bagi pun sedikit berbeza ngan vaksin lain sb takleh sapu alcohol swab macam biasa. Selain tu, DTap, Hep B & ATT adalah common injections kat sini. Cuma BCG tak pernah bagi lagi.

Kena wat booking. Terkena pulak warganegara indon. Terseksa gak nak communicate sebab ada sesetengah perkataan macam sama tapi bawak maksud berlainan bg dorang. Contoh nak tanya bangsa apa, tapi bagi dorang bangsa tu warganegara kot. Sebab asyik jawab indon je. Pas CI cakap indon tu banyak jenis, baru dorang jawab Flores. Hmm, first time aku dgr. Tu pun banyak kali tanya. CI pun pening. Huhu. Alamat pun terpaksa mtk dorang tulis sebab tak jelas apa yg diperkatakan.

Hari kelima. Yang ditunggu-tunggu gak sebab kul 12 tengahari dah leh balik. Haha. Kali ni berada di Bilik 3 & 4 bersama Naim dan Ela. Ada 3 stations jadi kami bertiga jaga satu station sorang. Aku bersama akak JM. Macam biasa timbang berat, ukut tinggi dan lilitan kepala baby. Ada sekali aku bagi budak minum ubat cacing perisa vanilla. Ditutup mulutnya lalu disembur tepat ke muka. Cet, seb bek sikit je kena. Aku pun g basuh muka sket. Haha. Budak owh budak.

Injection pun tak banyak aritu. Mungkin sebab separuh hari je agaknya. Aku pun ada tolong JM tulis kat buku pink dan juga tanya ibu ttg perkembangan anak dorang. Nak pastikan perkembangan dorang tak terbantut. Setiap bulan dorang akan datang utk check up.

K la. Minggu depan pun still kt KK Beserah. Hope dpt lebih banyak benda baru dan experience yg lebih baik. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen. :)

P/s: Amek Vitamin C kat IIUM Health Centre. Harap berat badan naik lagi. Haha.

Saturday, June 4, 2011

Minggu Terakhir @Temerloh.

Salam alaik.

Layan gambar jom.. Hee~

Cukuplah sekadar amek gambar tanda aku pernah tinggal di rumah uia @Temerloh. Ops, asrama eh? Hehe.

Itu dia. Hari-hari jalan kaki g hospital. 10 minit je. Sebelah je pun.

Wat rajin tengok med chart sedangkan sebenarnya kebosanan melanda.

Sempat singgah ke wad paedatrics. Comel kan.. pokok tu? Hee

Lagi gambar menarik menghiasi @Paeds~ >_<

'Sila matikan telefon bimbit anda' telah diganti 'Tolong silent la weh!'. Hehe. Nampaknya bear disitu selalu menarik perhatian ku berkali-kali. :p

Signboard 'KELUAR' mengiringi pemergianku. Haha~

Di kala malam~ Wuwu~ Tata hospital~

Terakhir kali bergambar bersama Patrick sebelum bertolak pulang ke Kuantan. Sayonara rumah temerloh~

P/s: I've got the best thing in the world. Coz I get you in my heart. In this cruel little world. Nyanyi sket.. Ceriakan hati.. Lalala~

Week 4: Bunga Raya.

Salam alaik.

Minggu terakhir berada di Hoshas, Temerloh. Macam tak percaya je secepat tu masa berlalu. Tup-tup tinggal 2 minggu je ag untuk berposting bagu semester pendek ni.

Amaran: Ini entri panjang. Kalu taknak baca leh klik button merah kat atas hujung sebelah kanan. Huhu.

Day One. AM Shift- Hari yang indah. Ok, itu tipu. Haha. Mula-mula agak blur bila tak ingat wad Bunga Raya kat mana. Yang pasti kat level 8. Bila dah sampai, tengok-tengok dah start pass report. Aku terlambat ke atau SN yang cepat? Owh, lupa nak introduce. Wad Bunga Raya ni wad first class. Tak macam Kenanga lain-lain. Tapi ada satu masa tu, wad ni jadi wad untuk pesakit denggi.

Dengar kata kawan yang pernah posted kat sini, staffs kat sini baik-baik. Yup. Hehe. Sebab aku tak sempat nak dengar report tadi, so aku mintak pinjam report yang JM tulis. Dia siap bagi tengok diagnosis guna ID dia lagi. Yang penting, aku kena logout pastu.

Kat sini kerja tak banyak sangat. Tak sesibuk sebelum ni. Lagipun patient tak ramai sangat. Wad biasa ada cubicles tertentu tapi kat sini ada bilik-bilik. Ada yang sebilik 2 orang, dan ada yang sebilik 4 orang. Wad ni pun berkarpet taw. Berat kot bila nak tolak katil. Haha.

Bila dapat peluang nak g hantar sample darah ke lab, suka benor aku. Dapat jalan-jalan kuar dari wad. Tapi kan, ada patient yang pernah kitorang jumpa waktu kat K11 minggu lepas, masuk Bunga Raya pulak. Huhu.

Day two. AM shift- Pagi-pagi macam bese kena dengar report (terlepas lagi -_-'), wat bed-making, sponging.. Dan sudah ketahuan, kami taktaw nak watpe sebab wad ni tak busy. Kadang-kadang g lepak kat bilik belakang, kaco makcik-makcik kat situ. Haha.

Tapi kan, kami dapat lawatan mengejut daripada Matron M & SN J. Errkk, terkona den.. Dia tanya kami in-charge kat bilik mana, sape patient kami, apa diagnosis dorang, bla-bla-bla.. Huh, wat relax sudah. Jawab je apa yang boleh. Tapi agak geram la bila dia senyum tapi memang nampak sinis la. Aku taw dah dia bukan suka sangat kat dak uia nih. Huh.

Mujur Sr Meriati datang pastu, tapi ngan dia skali terkena. Tension betul bila benda kecik nak dibesarkan. Setakat ni aku tak pernah kena teruk ag ngan dia. Dulu pun aku pernah terlepas. Ok, pasni tak jumpa dia dah pun kan. Haha.

Sebelum balik, kami tukar diapers sorang patient ni. Sian dia sebab family dia jarang datang jenguk. Kalu datang pun sekejap. Anak keje bagus tapi tula, sian patient tu. Takleh gerak dah. Sambil tu, buat la passive ROM kat uncle tu. Kalu patient yang bedridden kan, kena la tolong dorang wat exercise. Dengan penuh kasih-sayang gitu. Haha.

Day three. AM Shift- Rotate bilik lain pulak. Kali ni lebih penat sebab ada 3 patient utk sponging. Boleh tahan berat jugak makcik tu. Memang keja ni perlu kekuatan dari segi fizikal dan mental jugak. Sape kate keje nurse ni kena lembut-lembut je? Sometimes kena jadi ganas jugak k. Hehe.

Arini aku lambat nak ikut Dr review patient. Tiba-tiba Dr Gauri cakap, 'nape lambat?' dalam nada bergurau. Terkejut aku. Sempat sengih je. Hehe. Aku suka ikut Dr review walaupun kadang-kadang tak faham sesetengah terms. Dalam masa tu jugak, we get to know patients better kan.

Day four. PM shift- Saya akui saya lebih suka AM shift berbanding PM shift. Huhu. Seyesly pertama kali keje petang kat sini, bosan yang teramat weh. Sangat-sangat bosan. Seb bek dapat SN baik. Dapat gak sembang-sembang. Siap order makanan skali ngn SN ag. Hehe.

Aku ikut SN g amek patient kat OT (operation theater). Lama gak tunggu tapi its ok. Dapat abeskan masa tunggu patient pun takpe. Hmm, compared to AM shift kan, PM shift banyak kali rehat bila nak makan n solat. Asar, maghrib & isyak. Kalu AM shift, rehat sebab nak makan jela. Semayang zohor kat rumah dah.

Day five. PM shift- Last day to be posted at HoSHAS. Huhu. Btw, aku dapat peluang assist utk IJC (internal jugular catheter) insertion bertujuan utk dialisis bagi patient CKD (chronic kidney disease). Patient tu muda ag dalam 30-an. Procedure tu sangat menyakitkan walaupun dah diberi LA (local anesthetic). Dah la dapat MO yang agak cerewet tapi sabo jela. Bukan Malaysian kot. Tengok nama macam dari Myammar. Ok, lupakan tu. Sambung cite, aku try comfort patient tu dgn bg dia genggam tangan aku. Time dia sakit memang dia genggam tangan aku kuat-kuat. Ok, tangan kecik pun berguna ok. Hehe.

Seyesly nampak sangat sakit. SN pun banyak kali suh patient tarik nafas. Dalam pada tu, nset Dr Hakim banyak kali menyanyi riang. Mula-mula SN angkat tapi tak sempat jawab. Lagi skali aku pulak tolong angkat. Ok, aku ni dah dikira assist dr jawab phone sebab gloves dah penuh ngn darah. Acceptable, leh jugak ak sentuh Apple. Nak compare ngn phone aku apela sangat. Haha.

Ok, sambung cite balik. Hm, bukan nak mengata ke ape. Tapi kadang-kadang attitude tu kena jaga. Jangan wat orang menyampah. Patient pun dah bising suh MO siapkan cepat. After da siap, patient tu dah geram agaknya ngan MO tu sampai apa yg Mo explain dia wat taktaw je. Bila aku tanya dia faham tak, dia kata faham tapi saja wat taktaw. Huhu. Apepun, fikir positif jela kan.

Then, SN pun taw kitorang nampak bosan. Dorang suggest kitorang tengok med chart dulu. Nt leh tolong bagi medication. Selain bagi oral medication, SN suh bagi IV medication jugak. So before dilute antibiotic, aku tunjuk kat SN betul ke tak. Kang kalu salah bagi, teruk aku kena. Tak kisah la tanya banyak kali pun asalkan tak memandai sendiri.

Owh ye, few hours before syif nak abes, ramai pulak staffs yang masuk wad. Sorang sister K8, sorang SN K1, sorang SN K10. Terkejut gak. Sekali masuk 3 orang pastu sume staff kat situ. Owh satu ag, ada sorang patient tu dah discharge, baru aku taw dia tu mak kepada MA yang pernah aku jumpa kat A&E. Lately ni selalu jugak jumpa MA tu kat klinik la, kat cafe la. Haha.

Last but not least, sedih jugak nak tinggalkan Temerloh walaupun ada banyak suka duka lalui kat sini. Dah 3 semester posting kat sini kan. Kenal pulak staffs yang best-best. Walaupun posting kat wad lain-lain, dorang still ingat aku. Sayonara Temerloh~

*Suka dapat makan siput sedut.
**Aku mula addicted ngan cream puffs kat kantin sampai tiap-tiap hari beli kecuali last day, sebab dah abes :'(
***Hari-hari timbang berat badan tapi still the same. Around 38-40 kg only.

P/s: Some people do not understand. Believe in yourself that you were just doing the best thing as you could.

Saturday, May 28, 2011

Week 3: Kenanga 11.

Salam alaik.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu. Posting di hospital setelah menderita selama 2 minggu yang tidak begitu banyak kerja. Haha. Seperti sebelumnya, aku bertolak ke Temerloh pagi ahad. Rupanya hanya 3 orang yang tinggal serumah ngan aku. Selebihnya posting di Kuantan.

Hari pertama. Aku blur ag sebab macam dah lama tak praktikal kat hospital. Lebih-lebih ag sistem dah upgrade. Kalau dulu gune BHT atau senang kata fail patient la, tapi sekarang dah guna sistem berkomputer atau dikenali sistem HIS. Sume data kena masukkan dalam laptop, then kalu nak rujuk balik kena ada ID n password. Tu pun Staff Nurse, JM and doktor yang ade. Kami sebagai student? Nope! Takde. So camne nak rujuk balik? Kena tanya SN balik or dengar n catat betul-betul masa passing report.

So ari first, aku dapat subacute cubicle. Owh ye, K11 ni lebih kurang wad medikal lain macam K14 yang pernak aku posting dulu. Agak bz jugak dan patient ada laki perempuan. Cuma separate sebelah kanan perempuan, sebelah kiri lelaki. Hari pertama jugak, dapat SN in-charge yang masih mentah. Mungkin baru kerja ag kot. Dia agak kalot sampai kami pun terikut-ikut kekalutan tersebut. Rehat pun masa dah nak balik. Huhu.

Hari kedua dan ketiga. Rotate cubicle seperti selalunya. Kali ni dapat acute cubicle. Banyak kerenah kadang-kadang tapi seronok. Biasa bila berada di acute cubicle ni agak bz. Ade je patient kena cek BP hourly. Dapat SN in-charge yang baik mmg bertambah best la kan. Kebetulan hari yang aku dapat aktif tapi masa syif pagi, tak ramai patient yang masuk bahagian acute. Dapat jugak tarik nafas lega.

Cuma ada la beberapa perkara yang agak annoying tapi takmaw la cite kat sini. Tak baik pulak. Jadi aku simpan jela eh. Pengalaman la katakan. Hehe. Penat tu jangan dikata la, balik-balik je tertidur terus. Sangat perlukan rehat dan menjana balik tenaga yang dah dikeluarkan. Huhu.

Hari keempat dan kelima. Lastly kena in-charge kat cubicle belakang. Yang ni special sket sebab ada 2 bilik. Biasanya untuk patient yang sakitnya kurang serius atau pun yang dah nak discharge. Yatta! Yang ni pun dapat SN in-charge yang best. Siap bagi peluang kitorang masukkan data dalam laptop ag. Guna ID dia. Tak ramai SN yang sanggup bagi student guna. Salah satu sebab nya sistem tu baru lagi. Dorang pun masih dlm proses nak biasakan diri. Pastu takut ade tersilap tekan atau masukkan atau terdelete mana-mana data, SN berkenaan yang kena bertanggungjawab. Kadang-kadang bila server down, terpaksa rekod kat dokumen macam biasa, then masukkan balik data. Agak cerewet.

Hm, sebenarnya ade kelebihan dan keburukan jugak pakai sistem ni. Tapi bila fikir balik, untuk jangka panjang, insyaallah sistem tu mungkin akan diupgrade ag utk memudahkan kerja-kerja caregivers. So fikir positif la eh walaupun awal-awal ni aku nampak banyak masalah berlaku gara-gara pakai sistem ni. Tapi sape la aku nak pertikaikan hal ni kan? Huhu. Ayat takleh blah.

Owh ye, hari terakhir tu aku agak kurang bernasid baik. Uniform aku comot giler gara-gara dakwat pen dalam poket aku tumpah. Arghh, tension. Bayangkan uniform putih pastu ade tompok dakwat biru terang gler. Memang obvious giler la kan. Takleh bayangkan kalu pen merah yang tumpah. Ag la stress aku nt. Haha. Hm, da try basuh tapi tak hilang sgt dakwat tu. Redha jela. Dah la tu uniform kesayangan aku. Yang paling longgar dan paling selesa walaupun bermasalah sket. Huhuk.

Abes tgn n kaki aku jd mangsa kebiruan rumah tangga. Sbnrnya kt bhagian dlm ag dahsyat ink pen tu berleluasa. Sigh~

View HoSHAS dari dlm van. Kitorang gunakan khidmat Pak Hamid utk delivery berbayar 50sen utk satu hala terutama dikala waktu panas terik. Hehe.


Sekian dilaporkan..

P/s: Sedapnya siput sedut kat kantin hospital. Haha~

Thursday, May 19, 2011

Week 2: Women Health Clinic.

Salam alaik.

Again. For the second week, I've been posted at the same clinic. Tak macam entri lepas. Yang kali ni aku nak ringkas kan je. Sebab life aku seyesly agak membosankan these 2 weeks. Why? Nt aku citer.

Entri ni sape rasa nak baca, silakan baca. Kalu rs bosan, jgn salahkan aku. Haha.

Day 1:
Of kos kena masuk lab lagi. Macam last week jugak. Tapi kali ni seyes bosan giler. Terkantoi ngan Br Kamil yg kitorang ngah men games, Regu. Bukan praktis pape procedure. Mengantuk amat sangat sampai kitorang tertidur-tidur atas katil dlm lab. Pastu aku terkantoi ag sekali ngan Br Kamil ms dlm lif. Dia tegur aku sal games. Then tanya aku ni tido ke sb uniform berkedut-kedut. Adeh~

Day 2:
Holiday! Jatjat ajak kuar. Kitorang beli brg tuk AGD nt. Pastu ak 'ter'shopping baju 1/2 price kt F.O.S. RM14.50 je. Pengaruh Jatjat kuat nih. Tapi selesa giler wt tido. Haha. Then for the third time, aku terkantoi ag ngn Br Kamil kt ECM. Dia cek sume bag plastik aku beli ape. Malu weh. Seb bek tak beli pape yg ngarut kan. Haha.

Day 3:
Ingatkan dpt posting clinic. Bukan main tunggu kat KOM. Lastly have to go to JHC jugak. Jadi pelarian di lab ag sekali. But kali ni tak bosan sangat. Tapi tension pulak. Sb kena uruskan event for this saturday. Before balik mahallah, santai minum teh halia panas ngan roti bakar. Pergh~

Day 4:
Which is today. Penat sampai sakit belakang. Berangin-angin aku ni ha. Arini best sb dpt experience baru. Banyak kes abnormal. Tapi aku bg contoh 2 kes je k.

Kes 1- Patient ni ada 2 rahim. Ok, mula-mula ak xdpt nk imagine. Pastu patient tu ckp mcm ade lapisan tissue tengah-tengah. Before ni, dia pnh pregnant. Rahim sebelah kanan. Tapi sayang sb 5 months fetus takleh nk berkembang disebabkan space yg kecik. So kne abortion. Kali ni fetus kat rahim sebelah kiri. She's really worried sb takut fetus takleh survive mcm ritu.

Kes 2- Patient ni muka dia mcm Heliza. Ag kurus tapi hidung ag mancung. Macam la pnh tgk Heliza depan-depan. Haha. Masalah dia ni, pregnant anak kembar. Dah 28 weeks kalu tak silap. Unfortunately, fetus sebelah kanan dah meninggal. Takde jantung. Yg sebelah kiri alhamdulillah sehat je. Mula-mula suspek hydrops (sila search kat pakcik google utk penerangan lanjut sb aku pun first time dgt term ni. Huhu) tapi bila doctor scanning takde pleural effusion & ascites, so bukan hydrops. Tapi fetus's skin memang dah accumulate ngan fluid. Bengkak dah. Doc pun tak dpt nak cek causes nape fetus tu jd gitu sb blood circulation dh takde. So kne selalu follow-up. Nk remove fetus tu pun kne tunggu time delivery nt kot kalu tak silap. Bila tgk muka mom-to-be tu kn, nmpk la sdeh. Sape tak sdeh kn, ble anak dlm kndungan da tak bnafas. Tapi syukur masih ade sorg baby boy ag dlm tu. Semoga Allah berkati kalian.

Day 5:
Tomorrow! Insyaallah ade patient sorg. Selalunya jumaat takde appointment. So takyah g lab! Haha.

P/s: Selalu sakit n lenguh belakang skg. Adakah aku tak jaga body mechanic? Worried. *Sigh*

Monday, May 16, 2011

Week 1: Women Health Clinic. [Images]

Salam alaik.

Ni aku upload gambar masa 1st week posting short sem ni. Bosan-bosan duduk lab. Tu je mampu buat. Hehe.

Antara procedure yg kami praktis tapi tak belaja ag pon. Gatal nk buat. Haha

Mengimbau kenangan main BINGO zaman sekolah dulu.

Tunjuk bakat terpendam sempena Nurses Day.. Tengok la contengan kat whiteboard tu. Haha

Yang ni budak2 yg posting kt KK Beserah mintak tolong ak wt kad jemputan utk staffs kt sana. Hand-made sudah.. Hehe. Btw, dlu ak suka sgt wt handmade card bg kt Bffs~

Games askar yg kitorang main sb bosan teramat. Aku menang! Pastu main regu berjam-jam pulak. Haha.

Tu jela pic ak nk tunjuk. Sikit je pon. Haha.

P/s: Ya Allah, hari pertama untuk minggu kedua ni ternyata lebih bosan~!!

Sunday, May 15, 2011

Week 1: Women Health Clinic.

Salam alaik.

Kebengangan aku terhadap belog yang men'delete' satu post aku ni masih terasa. Well, aku maafkan since mood aku nak tulis balik sume-sume tu da datang. Kalu ikutkan nak je aku tunggu kucing bertanduk dulu. Susah-susah aku tulis panjang-panjang aritu. Ok, abaikan tu. Malas la geram kat bende leceh ni.

Ok, kita teruskan eh pasal aku posting kat Women Health Clinic. (Kali ni mungkin tak sedetail post lama)

Hari Pertama. Aku, Alia, Ili & Kak Jie dah bersedia di KOM sebelum pukul 8 pagi. Ni kali pertama aku posted kat so-called clinic n keje ofis hour. Dengan semangat berkobar-kobar, kami tunggu n menunggu lagi. Ok, takde sape-sape datang. Tiba-tiba Alia dapat call dari Sister Shila, CI kitorang, yang mengatakan clinic tak bukak on that day. So conclusion, kitorang terpaksa posting di lab. Ulang, POSTING DI LAB! or Clinical Skill Center. Owh, itulah tempat yang paling kitorang takmaw pergi.

Kami nak tengok patient betul. Taknak ngadap Sakura je (Sakura = model patung di dalam lab). Kami nak wat procedure macam biasa. Kami nak belajar benda baru. Kami nak jalan-jalan dalam wad. Kami nak g antar patient g x-ray. Kami nak hantar specimen kat patology lab. Kami nak.... Ok, dah. Kami tu sila ganti ngan perkataan aku. Hee.

Then, dari KOM kami perlukan khidmat delivery untuk hantar ke JHC. Sangat leceh. Tak suka dan berbayar. Haha. Sesampai disana, rupanya bukan kami saja yang berkampung di lab. Budak-budak dari Gastro Clinic pun sama. Ah, Kyra & Muni. So kami bertujuh bebas untuk practice apa-apa procedure sesuka hati. Tapi masalah disini, main-main itu lebih seronok. Haha.

Mula-mula practice gak benda-benda simple cam injection. Pastu kitorang wat benda yang belum belajar ag. Agak-agak sendiri je camne nak suture luka. Tu pun pengalaman assist doctor kat wad. Then, practice STO. Lepas tu, Tuhan je yang tahu betapa bosannya kehidupan di lab. Mengantuk! Sangat mengantuk sampai kami tertidur sekejap before lunch hour.

Petang pulak, kami banyak main wheel chair. Seronok kot. G depan, undur belakang, pusing tepi kiri dan kanan. Meriah sebab kawan-kawan join sekali. Siap main lumba-lumba lagi. Ibarat berada dalam sukan paralimpik. Ok, itu mengarut. Tapi memang bersuka ria sekejap di lab disebabkan suasana terlalu bosan.

Hari kedua. Masih berkampung di lab. Pagi-pagi tu kitorang dah start main BINGO. Ingat ag tak? Zaman sekolah dulu suka main ni. Haha. Tak lama lepas tu, budak-budak Gastro kena panggil sebab dorang ade 2 patient pagi tu. Kami dari Women health takde nye nak g JHC sana sb takdok patient. So macam jeles jugak la. Hehe. Then, Sister Shila panggil kitorang suh g Gastro clinic sekali. Yeyayy~!! Tak jauh pun, kat level 4 manakala lab kat level 2 bangunan yang sama.

Kat situ kitorang kena assist procedure TRUS Biopsy (Transrectal Biopsy). Ni untuk patient lelaki je taw sebab melibatkan bahagian prostate. Tissues akan diambil untuk diuji samada patient ada prostate cancer or any abnormalities la kat bahagian tu. Special ultrasound probe akan dimasukkan dalam rectum dan image prostate akan kelihatan. Local anesthesia diberi unutk mengurangkan rasa sakit. Then, tissue samples diambil dengan menggunakan jarum khas. Selalunya complication for this procedure adalah bleeding.

Petang tu takde patient dah kat gastro. At least, dapat rasa gak posting kat sana walaupun sehari. Hehe. So, macam biasa kehidupan di lab. Main wheel chair ag. Sembang-sembang. Gelak-gelak. Bosan. Mengantuk. Tak sabar nak balik. Sume perasaan ada. Owh tak lupa, staffs kat lab suh kitorang decorate whiteboard taw. Sempena Nurses Day, 12 May. So, dengan menggunakan bakat yang terpendam, hasilnya agak kebudak-budakan. Haha. Nt la aku upload eh.

Hari ketiga. Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Ni first time aku masuk Women health clinic. Sebelum ni KOM tu aku anggap tempat belajar je, kelas-kelas, tempat nak exam, tempat meeting, library. Kali ni baru rasa tempat ni macam clinic bila patient datang. Tugas kat sini tak banyak, kami gilir-gilir masuk untuk assist apa yang perlu.

Aku nyer turn 2 kali je. First, satu pasangan ni salah sorangnya lecturer UIA tapi foreigner la. Wife dia pregnant baby girl. Ni pun first time aku tengok ultrasound baby guna yang 3D. Wah, memang nampak muka baby tu camne. Dia gerak, siap senyum ag taw. Suka dan hepi je tengok muka parents dia. Tahniah2!! Pasangan kedua pulak ni Melayu. Ni anak first dorang. Rupanya kembar. Pun girls jugak. Dalam hati aku terdetik "Haih, mana baby boy ni. Dah la tak ramai laki sekarang." Hee.

Hari keempat. Patient tak ramai. Dalam 3-4 orang je. Kalu semalam pasal pregnant mothers n babies, kali ni pulak pasal urodynamic. Mostly patient yang ada masalah incontinence. Ada test apa ntah nama dia, pakai machine untuk cek masalah kat bahagian mana. Ada yang stress incontinence, ada yang dia punya uterus jatuh. Hm, macam-macam jugak masalah wanita bila meningkat usia eh. Masa VE examination, aku tak sempat tengok. Takpe, maybe next time berkesempatan.

Before balik, SN bagi satu task kat aku. Dia suh aku translate satu pamplet BI ke BM. Ingatkan senang je. Bila aku try gitu-gitu je, macam susah jugak la. Bila direct translation, ag la hancur aku nyer BM. Haha. Btw, sampai sekarang aku tak sempat buat ag. Its ok kot sebab next week aku still kat sini jugak.

Owh, aku ada timbang berat badan aku. Yeaa~!! Dah 39.5 kg. Im looking forward untuk teruskan usaha naikkan berat hingga 45 kg. You know what, 45 kg tu baru masuk BMI ideal untuk aku taw. Thats mean, still kena usaha naikkan or maintain. Owh, tak dapat imagine muka aku 45 kg camne. Hihi. Angan-angan.

Hari kelima. Hari jumaat wajib masuk lab sebab clinic tak bukak. Tapi sampai tengahari dah boleh balik. Tak wat procedure pun. Kitorang semangat nak main game. Mula-mula aku main game apa nama pun tak taw. Tapi kita lukis askar-askar kat kertas, then attack lawan kita. Aku menang! Game kedua, main teka-teka macam roda impian tuh. Tapi sekejap jela. Paling lama kitorang main regu. Yo, syok weh. Lawak dan sangat enjoy. Macam-macam gaya kitorang buat, sape cepat teka dia menang. Boleh bayangkan tak main dari 9.30 pagi- 12 tengahari. See? Lama giler. Kyra juara, aku second je. Ili ngan Izat berebut tempat loser. Haha. Seyes lawak korang ni.. Next week kita main ag eh. For sure masa tu kering idea. Haha.

Hmm, aku balik lewat petang aritu. Sebab kena jumpa advisor untuk program akan datang. Minggu yang macam takde pape tapi sebenarnya sangat penat. Seyesly penat. Aku dalam bus dari JHC ke IMC sampai tertidur-tidur tak sedar. Terjaga tu terus sakit kepala.

Harap sangat minggu depan is better. Ameen.

P/s: Dah taw reason aku sedikit emosi dan entah ape dalam Entri takde Motif. Perubahan hormon. Sekarang pun emosi kadang-kadang tak stabil especially duk sorang-sorang kat bilik. But senyum dan ceria jela kan.*Sigh*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...