Thursday, March 31, 2011

Final Exam.

Salam alaik.

Jadual final exam sem 2 year 2 untuk budak macam aku! Alhamdulillah, ada gak gap nak study. Maklumlah minggu lepas baru abes posting. Ada sapa-sapa nak bagi motivation kat aku tak? Nampak notes je, automatik mata ngantok. Huwaa~!! Ang, fighting!

--------------------

30/03/2011- Medical-Surgical Nursing 4

01/04/2011- Gerontology in Nursing

04/04/2011- Medical-Surgical Nursing 5

06/04/2011- Community Health Nursing

08/04/2011- Philosophy of Science

12/04/2011- OSPE

** 20/04/2011- Remedial OSPE if tak lulus. (Mintak-mintak lulus~! Ameen. -_-")

--------------------
Gudluck kat suma kawan-kawan esp IIUM students tak kesah kuantan ke gombak. Doakan aku, doakan kamu.. Doakan kita dapat lulus cemerlang. Ecece~

P/s: Nak balik umah~!!

Wednesday, March 30, 2011

Tukar Angin.

Salam alaik.

Saja tukar angin sket. Wat header baru. Simple je. Sebenarnya ada satu malam tu takleh tido sebab kena tinggal sorang-sorang. Rumets balik umah. Tak sangka pulak tiba-tiba idea ni muncul.

Header Baru.

Header Lama.

Tak cantek tapi biar la. Hee. Sekian.

P/s: Makan banyak nak naikkan badan tapi naik kat muka. Haih~

Monday, March 28, 2011

Everyone Has...

Terbaca satu status junior kat facebook:



"Everyone has a secret they have not shared. Everyone has a past no one's heard about. Everyone has talents that people don't notice. Everyone has weaknesses hidden inside. Everyone has a story left untold. So never start judging someone thinking you know them back to front. Because the truth is, you probably don't."



Sekian.


P/s: Mana mood nak study ni pergi? -_-" *Sigh*

Sunday, March 27, 2011

Posting: Week 4 (Part 3)

Salam alaik.

Masih tak putus asa nak sambung entri ni. Hee.

Hari keempat di A&E. Setelah rotate ngan kawan-kawan, tiba giliran untuk mendapat Yellow Zone kembali. Semoga tak sesibuk hari pertama. Huahuahua~ Dan tahniah, kesibukan itu kurang sedikit. Tapi... balik lambat sebab dekat nak maghrib tu tiba-tiba busy giler! Huu.

Aritu ntah mengapa ramai giler orang yang accident dan patah kaki. Ada sorang budak 17 tahun ni patah kaki sebab lumba motor kot. Menurutnya, nak praktis motor cross. Hm, ok sebagai perempuan, aku tak taw sangat benda-benda camni. Cukup untuk aku faham dia buat aksi lompat masa jatuh tu. Sorang budak 16 tahun ni pulak patah kaki sebab main bola. Dan sorang lagi budak sekolah rendah, patah kaki sebab jatuh dari pokok kelapa condong selepas syok bermain bersama kawan-kawan.

Ada satu kes ni pulak, suami isteri dan anak accident sebab motor dia terlanggar 'vavi'. Kecian pulak kat anak dia asyik nanges tak henti. Suami dan anak duk kat Yellow Zone, manakala si isteri kat Red Zone. Lagipun dia pregnant. Hmm.

Sebelum balik, ada sorang MA tu panggil. Rupanya nak suh aku insert branula kat sorang patient yang bukan warganegara Malaysia. Aku rasa dia tak faham sangat BM tapi dia angguk-angguk je la kot. Aku takut sebab pernah buat kat kawan tapi tak jadi. Ni pulak nak wat kat patient betul. Tapi sebab peluang ni jarang-jarang aku dapat, cuba jela kan.

Firstly, MA ajar teknik betul. Aku agak kalut dan memang nampak sangat kekalutan yang melampau ketika masukkan branula tu. Yeay, berjaya. Tapi MA yang banyak tolong sebenarnya. Huhu. Secondly, MA suh buat sebelah tangan lagi pulak. Biar betul nak insert 2 branula ni? Hmm, aku on je. Kali kedua, MA suh aku yakin. Kalau tak praktis camne nak pandai buatkan? Betul-betul.

Jadi kali kedua, teettttt! Tak berjaya. Vein lari. Lastly, aku cuba kat vein lain pulak pada tangan yang sama. Rasa kesian pulak kat patient tu sebab jadi mangsa aku. Huhuk. Soew~ Dan kali ni, alhamdulillah. Berjaya dan lebih yakin berbanding cubaan pertama. Dan disebabkan itu, saya pulang sedikit lewat. Huhu.

Yang orange tu la butterfly (rujuk Part 2). Yang ada pink tu, branula. Terima kasih kat MAs yang ajar n beri peluang kat aku.

Hari kelima & terakhir di A&E. Bersamaan jugak hari terakhir posting Sem 2 Year 2. Sepatutnya aku ngan Nurul jaga OW, tapi sebab situ bosan, aku dengan penuh semangat nak jaga Green Zone sekali ngan Naim & Nurrus. Yeah, kejonaan aku tak berapa muncul aritu sebab tak busy sangat. Hee.

Petang tu ada sorang patient kena bagi IV Hydrocortisone. Tanpa melengahkan masa, aku yang pernah buat cuba untuk wat sekali ag. Berdebar gak sebab aritu ada MA Fauzi, ni takde. Nasib baik nampak Bos dari jauh, terus aku panggil untuk tengok. First aku wat, butterfly tu masuk dalam vein tapi bump pulak vein tu. Tak dapat habiskan Hydrocot. Jadi cuba amek vein kat lengan pulak. Patient tu takut sebab tengok ubat tu 10cc dan mintak inject pelan-pelan. Banyak kot bagi dia. Huu.

Dan pada hari terakhir tu, aku dapat peluang cuba benda baru dan aku tak tahu pun benda tu. Aku wat vision test dan eye irrigation kat sorang patient tu. Mata dia masuk habuk sebab kerja kat ladang sawit. MA Kamarul yang ajar eye irrigation. Mula-mula amek Normal Saline (N/S) dan pasang tubing macam bese. Baringkan patient dan alirkan N/S dalam mata patient sampai abes sambil suh dia gerakkan mata atas-bawah-kiri-kanan. Yup, pedih tapi kena buat jugak. Untuk eye stain, MA apa-nama-aku-lupa yang buatkan guna Fluorets. Learning something new again!

Bersama stethoscope comel di Green Zone. Haha.

Isi lab form untuk hantar spesimen.

Bersama SN Azimah sebelum pulang. Hee.

Malam tu, MA mintak jaga Red Zone jap. Tapi berlaku kejadian di Red Zone yang takkan aku lupa. Memalukan. Kesian aku. Kepada Nurul, MAs, DRs & PPK yang ada kat situ, maafkan saya sebab kecoh giler masa tu. Saya malu sangat! Soew kepada MAs yang terlibat. Wuwu~

Sedih pulak nak tinggalkan A&E HoSHAS. Best! Thanxs korang:)

P/s: Pulang ke kuantan untuk final exam. *Takmaw-takmaw* T___T

Posting: Week 4 (Part 2)

Salam alaik.

Hari ketiga di A&E. Turn aku kali ni kat Green Zone. Tempat yang ditunggu-tunggu sebab menurut kawan-kawan kat sini best. Yeke? Ok, aku tak sabar nak masuk kat Green Zone ni. Hee. Awal-awal pagi, aku ngan Nurul topup barang. Ecece, macam dah biasa la konon. Tapi ada la beberapa barang macam dressing set ngan needle 23G tak jumpa. Wuwu~

MA (Medical Assistant) yang in-charge aritu MA Fauzi. Kat sini staff nurse tak nampak muka sangat, mostly ada pape tanya je MA. Kat Green Zone ni ada procedure macam ECG, blood withdrawal untuk FBC, UFEME, bagi nebulizer (neb) Combivent & AVN, IM (intramuscular) & IV (intravenous) injection dan lain-lain...

Tapi pagi tu aku rasa cam haru-biru bila patient masuk bilik tu ramai-ramai tapi MA hilang pulak dah! Kadang-kadang jumpa, kadang-kadang tak jumpa. Seyes heart rate aku tinggi gara-gara tak jumpa MA sedangkan ada 2 orang nak amek darah untuk FBC (full blood count). Lastly, aku tarik sorang staff nurse baik ke situ untuk tolong kitorang. Taw nape? Sebab masa tengah kalut tu, aku cuba amek darah sorang makcik tu, tapi tak dapat! Huwaa~

Yup, kat sini memang best. Sebabnya, aku tak pernah bagi IV medication untuk patient yang tak ada line/branula. Mula-mula MA Fauzi suh bagi IV Hydrocortisone kat sorang patient ni tapi aku macam.. "Emm..IV??".. "Takpelah, saya bagi. Dilute ubat ni". Aku pun dilute ubat macam bese. Alang-alang aku dah dilute, aku nak la tengok cara dia bagi kan.

Aku nampak dia amek butterfly sambung ngan syringe 10cc tu. Pastu MA ajar cara nak pegang butterfly tu sambil tunjuk target vein yang nak dicucuk. Aku anguk-anguk. Tak disangka-sangka dia suh aku wat. "Nah, pegang ni," katanya. Aku, "Hah?".. "Pegang ni," katanya lagi. "Saya tak confident!" jawabku. "Pegang ni,".. Aku takde pilihan, ok aku cuba memandangkan aku tak pernah buat lagi kan. Selepas diajar dan nampak darah keluar sikit kat butterfly tu, MA pesan inject ubat slow-slow sebab patient akan rasa sakit.

Alhamdulillah. Walaupun MA Fauzi yang banyak tolong suma tapi at least aku dapat cuba benda baru. Tak lama lepas tu, ada sorang lagi patient yang perlukan medication melalui IV. Sebab takde line, jadi khidmat butterfly diperlukan. Ada improvement walaupun aku masih takut-takut nak cucuk orang. Suka la pulak! Hee.

Bagi injection kat meja ni je. Patient duk kat kerusi sebelah. Hee.

Aritu aku wat dressing 2x. Wat sendiri-sendiri tapi CI tengok. Alamak, awal-awal memang sterile la kan tapi last-last tu memang entah kemana kesterilan tu. Dua patient aku wat dressing tu dua-dua luka lepas operation. So far so good. Cantek je luka dorang, nampak dah makin pulih.

Ni la tempat nak wat procedure macam ECG, dressing dll...

Patient yang nak amek neb, sila duduk kat kerusi ye..

Owh, masa aku ngan Nurul rehat. Terjumpa sister, dia pesan suh jaga kebersihan pantri student. Siap suh tengok nota yang dia tinggalkan ag. Tak pasal-pasal kena. Yup, bila masuk pantri, memang kotor giler. Kalau aku pun rasa nak marah. Aish, sapa punya keje!

My blood. Nak anta kat lab untuk FBC.

Sebab tak dapat amek darah makcik tadi. Jadi aku rasa cam geram jugak la kan. Tak puas ati sebab tak dapat amek. So aku ngan Nurul pakat nak amek darah sesama kitorang dan anta kat lab. Hihi. Berjaya! Tapi kalau boleh nak wat kat patient betul. Huu. Ingat nak suh MA ajar teknik yang lebih betul tapi asyik hilang je. Hee. Kebetulan Ketua MA ada, kami pun mintak dia signkan lab form. Tengok, dia tulis kat form tu aku fever 3 ari dah. Tipu! Hee.

PPK pulak sporting. Dia anta blood kitorang, dan siap tunggu result lagi. Tadaaaaa~ Ni lah aku punya result. Alhamdulillah, suma normal. :)

Yeah. Sangat best kat sini. No wonder la ramai kawan-kawan cakap A&E memang best untuk students macam kami praktikal. Hee. Nak lagiiiiii duk sini!

P/s: Aku baru tau ada satu term ni, JONA! Maksudnya, kalau kau ada kat situ, mesti patient yang ada ramai. Hah, aku rasa aku ni jona la. Sebab aku selalu dapat cubicle atau wad yang ramai patient. Masa turn orang lain, tak ramai pun patient. Tapi bila turn aku, mostly dapat ramai. Busy! Wuwu~

Saturday, March 26, 2011

Posting: Week 4

Salam alaik.

Seminggu posting di Wad Kecemasan, Accident & Emergency (A&E). Yes, I like it. New experience, new environment & new staffs there. Secara amnya, A&E terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Red Zone, Yellow Zone, Green Zone+Asthma Bay & Observation Ward (OW).

Hari pertama masuk ke A&E, aku dan kawan-kawan seakan-akan blur (memang blur pun) yang mana satu Red, Yellow ngan Green Zone ni. Setelah berjalan ke sana ke mari seperti rusa masuk kampung, Staff Nurse (SN) pun mintak tolong topup kan barang-barang yang dah nak abes. Kiranya awal pagi masuk syif tu, sila la topup barang ye. Lagipun kat A&E takde nak pass report macam kat wad biasa.

Aku dan Nurul kena jaga Yellow Zone. Kebetulan, haritu tersangat la busy. Patients keluar-masuk-keluar-masuk tak henti-henti especially dalam pukul 10 pagi ke atas. Aku pulak baru masuk hari pertama, tapi alhamdulillah dapat adapt jugak la. Lagipun SN in-charge pun baik walaupun ada jugak sorang SN tu kerek. Bukan nak kata, tapi aku asyik kena je ngan dia tu. Sabar je la kan sebab kami ni menumpang.

SN in-charge ada pesan, kat situ takleh wat keje lambat-lambat, nanti kena marah. Dan kalau tak taw, tanya je SN, dia boleh ajar. Owh, terima kasih sebab sudi terima kehadiran kami. Cewah, ayat! Kat situ, aku banyak buat Electrocardiogram (ECG) untuk tengok heart rhythm. Senang kata nak cek jantung la. Banyak buat observation a.k.a cek vital signs (Blood pressure, heart rate, respiration rate, temperature, SPO2). Dan pasang IV (Intravenous) Drip macam biasa.

Kat situ jugak, aku belajar jadi independent. Kalau sebelum ni, nak buat pape procedure selalu je nak ajak kawan assist. Tapi kali ni banyak kena wat sendiri-sendiri. Kadang-kadang wat ECG sendiri je, wat dressing (cuci luka) sendiri je. Bagus jugak la kan.

Cuma aritu, aku ngan Nurul tak sempat rehat langsung. Campur pulak tak sedar masa cepat sangat berlalu. Abes je syif pukul 2 petang, baru kami kuar g beli makanan kat cafe dan terus balik. Yang pasti, petang tu aku nyenyak tido sebab penat. Hee.

Hari kedua, syif pagi di A&E. Aku dan kawan-kawan bergilir-gilir untuk jaga Yellow Zone, Green Zone & OW. Red Zone terkecuali kerana disitu terdapat pesakit yang kritikal. Jadi aku ngan Nurul kena jaga OW untuk hari kedua. Sedikit bosan di OW sebab takde keje sangat. Hanya fokus pada observation je. Amek vital signs dan bila patient dah boleh discharge, tolong off branula. Tu je.

Sebab tak banyak keje, CI datang tengok kitorang dan nak tengok camne kami bagi IM (Intramuscular) Injection. Kat bahagian deltoid, aku passed. Tapi bahagian gluteal, erkkk... Aku tak pernah buat kat patient betul. Jadi kami belajar camne nak cari tempat yang betul. Ada 2 cara sama ada guna 4 Quadrants (Upper-Outer) ataupun bawah iliac crest. Kiranya lepas ni nak bagi injection kat bontot, aku lebih confident la kot. Ok, I am gaining new skills. Huu.

P/s: Ramai kawan-kawan suka posting kat A&E sebab boleh cucuk-cucuk. Hee. Sebab banyak procedure laa~

Saturday, March 19, 2011

Posting: Week 3 (Part 2)

Hai-hai.

Saja nak wat Part 2 untuk Week 3. Semestinya di K14, wad paling lama pernah aku posted kat HoSHAS ni. So, detik-detik terakhir sempat la bergambar sket. Kalu tak bergambar, bukan aku la kan? Haha.

Pipah n Kak Jeng bertungkus-lumus kutip hasil. Aku sebagai perekod. Haha.

Posing sket sebelum balik. Peace tak jadi!

Staff Nurses K14.

Wif McNa yang malu-segan-tersipu nak amek gamba ngan aku.

Ok. Aku ngaku. Aku memang tak malu. Haa.

My wardmates. Siang malam ngan dorang. Syok~! Sama-sama hepi, sama-sama emo. Hee.

SN Zaki, SN Juju & SN Khairiah.
SN Zaki suka perli aku sebab sebut 'X-Tray'. Supposed sebut Xray. Dan macam-macam lagi. (T-T)

Best sangat taw bila staff-staff kat wad ingat nama kita. Pape panggil je nama kita. 'Raihan, ada keje tak?'.. 'Raihan... Raihan..'.. 'Raihan, buat apa? Nak mintak tolong!'..

Walaupun aku demam, batuk dan selsema beberapa hari dalam minggu tu, tapi alhamdulillah keje jalan je. I could bear with dat thing. Suka duka kat wad K14, aku suka.

Tamat di K14.

Hmm, aku bersyukur kerana... Musibah yang melanda family, berita mengejutkan dari kawan baik, dll perkara yang menyebabkan hati aku tak tenang, gelisah, sedih dan patah.... Aku hadapi ketika clinical posting ni. Sekurang-kurangnya, fikiran aku tertumpu pada kesibukan didalam wad. Selain tu, aku berhadapan dengan ramai orang. Jadi kebarangkalian nak bersendirian dan emosional tu kurang.

That way, aku tak terlalu 'stress'kan pemikiran aku dengan terlalu banyak berfikir tentang benda-benda yang tak sepatutnya. Kena timing la agaknya kan. Ang, fighting! One more week to go, and then final exam. Final Exam? Oh God, i'm dead! Haha. Tak study pape langsung ok! -_-'

Eh, aku lupa nak wat explanation letter tak hadir posting 2 hari masa minggu pertama dulu disebabkan family matters. Hmm, semoga Allah kuatkan iman dan semangat keluargaku. Ameen~

P/s I: Farewell K14.
P/s II: Owh, matric card sgt penting masa posting ok! Tanpanya, tak smart & identiti uia x terserlah. Cett, masa ni nak ngaku student uia kan? G kelas tak pakai pun. Haa~

Posting: Week 3

Salam alaik.

Posting Week 3. Masih di Kenanga 14 which is Multidisiplin Ward. Wad ni special sebab keluasan dia, plus campur male ngan female tapi asing-asing la kan. Bukan main campur-campur je taw. Sepanjang 2 minggu sem lepas kat K14, aku jaga semua kat male. Tak sangka 2 minggu untuk sem ni pun camtu. Hajat tak kesampaian. Takpe.. Sebab kalu before ni kat Orthopaedic Ward, semua dapat female.

Kali ni, rasa macam lagi best dari last week. Mungkin sebab dah semakin terbiasa. Pastu, Staff Nurse ngan JM (jururawat masyarakat) ok je semua. Semua baik-baik. Ada yang boleh jadi kawan ngan gurau-gurau ag. Cth, SN Juju, SN Nazira, SN Zaki, dll.. Cett, mula nak beramah-mesra la tu. Haha.

Hmm, dalam minggu ni banyak kejadian sampai aku pun tak berapa nak ingat. Ingatan lemah sikit gara-gara tekanan emosi la konon. Sampai lecturer tanya soalan, asyik kata tak ingat. Takde-takde, alasan je tu! Sebenarnya tak taw kan? *Sigh* -_-'

Hmm, dalam minggu ni jugak. Ada la sekali tu, aku kena fire ngan sister ward (ketua jururawat). Aiyarkk~ Alkisahnya, masa nak monitor vital signs 4hourly. Aku guna la mesin BP (blood pressure) instead of guna manual punya yang agak leceh. Satu lambat, dua kena guna stethoscope, tiga kena longgarkan tudung, empat kena rasa pulse. So nak dijadikan cerita, sister nampak aku guna mesin tu. Yang sebenarnya, orang lain guna je mesin tu kalu nak amek BP.

Sister: Eh, awak kan student kan? Boleh ke guna mesin. Bukan kena guna manual punya ke? Bla-bla-bla..
Aku: *Senyum* :)

(...Sister berjalan pergi seolah-olah ada kerja. Rupanya menarik lecturer ku, Bro K yang berada di cubicle depan...)

Sister: Nak tanya, boleh ke student pakai mesin? Bukan polisi student kena pakai manual?
Aku: *Sengih dan minta simpati Bro K*
Bro K: Sr, saya nak tanya pasal ni la. Kenapa bla-bla-bla.......?

(...Cuba alih topik tapi kurang berjaya...)

Sister: Hah, nama awak Raihan. Saya yang in-charge bla-bla-bla.. Awak tahu saya kena tulis report pasal ni. Awak kenal matron N?
Aku: *Angguk-angguk sambil senyum lagi*
Sister: Kenal pun. Nanti meeting saya kena cakap pasal ni, cakap ngan CI awak bla-bla-bla... Kalau asyik pakai mesin, bila nak pandai yang manual tu.. Bla-bla. Apa nama lagi sorang ni? Yang lecturer ni nama apa? Saya amek nama kamu.

(...Sambil tengok name tag Nurul & labcoat Bro K...)

Sister: Bla-bla-bla.. Lecturer tak strict, camne student nak ikut. Tu la, lecturer muda lagi!
Aku & Bro K: Hekk?? *dalam hati*
Sister: Lain kali student pakai manual.
Aku: Baik sister. :)

(...Untuk patient seterusnya aku amek guna manual...)

Perghhh.. terselamat dari matron minggu lepas, tapi terkena ngan sister pulak. Siap lecturer kena sekali. Takpe, pengalaman mengajar erti kehidupan. Tapi aku masih tak insaf, guna mesin jugak. Kadang-kadang je guna manual in case nak repeat balik bacaan. Hehe.

Tapi kan, masa sister ngah bebel.. opss, nasihat.. ada sorang anak patient ni macam support dalam gurauan la. Asyik menyampuk je lepas tu walaupun dia taktaw apa salah aku kan.

Anak patient: Sian Raihan nak nanges kena marah. Hee.
Sister: Bukan marah tapi saya tegur. Kena la strict. Kalu lecturer awak tak strict, awak ikut?
Anak patient: Eh ikut. Bla-bla-bla.
Sister: Yela, macam la awak strict. Anak awak ni strict ke? (Sambil tanya isteri patient)
Anak patient: Bla-bla.. Haha.

Dush.... Main-main cakap pulak dah. Ikut suka la. Yang aku taw time tu aku bebel sorang-sorang. Pastu anak patient tu perli cakap aku ni mengarut buat keje. Pastu perli aku dalam bahasa ganu dan tanya apa silap aku sebenarnya. Haha. Yup, i know he was joking je kan. Lagipun masa sembang-sembang, ada dia cakap, 'kita kena friendly, suka senyum'. Yup, thats me. Hehe. Wateva it is, masa aku amek vital signs patient aka bapak kepada anak patient tu, bapak dia bebel kat aku. Mesti terpengaruh ngan kata-kata sister tadi. Sedih! :'(

Hmm, abaikan yang sedih. Lagipun, sister tu sebenarnya ok je. Cuma biasa la ada masa yang tak kena kan. Heee~ Move on ang! Yang penting, aku suka kat ward tu. Aku teringat ada sorang Staff Nurse cakap, 'Tak kisah dapat wad mana-mana, tak kira sedap ke tak. Yang penting, dapat colleagues best. Mesti semua best.'

Yup, i think so. Ada kebenaran disebalik kata-kata tu. Thats why i love K14. Staff Nurses, JMs, Sisters, PPKs, my friends & lecturers.. Thanx alot for making this week awesome! :)

P/s: Next week posting kat Wad Kecemasan. A&E (Accident & Emergency). Nervous!

Kek Cokelat.

Salam alaik.

Kisah pertama. Ok, few days ago besday Dayah. Kami satu umah tak perasan. Lebih-lebih ag, aku syif petang dia syif pagi. So sampai umah dah malam, baru aku taw besday dia. Apa kami buat? Sorang satu bawak makanan ringan bagi as gift. Aku bagi apa ek? Sebungkus biskut beras. Yummyy~ Tu je mampu. Huhu. -_-"

Kisah kedua. Enah ngan Huda punya semangat nak wat cokelat cake. Aku pun join sekaki la. Suka bab-bab kek ni konon. Tapi jadi masalah bila bahan tak cukup. So nak taknak, campak je apa ada. Anak bujang punya keje camni la kan. Haha.

Meh kita usha resepi ni. Amaran: Jangan tiru aksi ini dirumah.

Pukul 2 biji telur dalam rice-cooker sampai kembang. Tapi kawan aku pandai-pandai buh 3 bijik. Haha.

Ayak 2 cawan tepung dengan menggunakan.. Erkkk....!

Ok, kita ayak guna bakul lain la. Haha. Tepung+serbuk koko+milo+soda. Takde baking powder. (T-T)

Masukkan tepung tadi dalam rice-cooker. Pastu kena tambah tepung sebab nampak cair sangat. Fyi, bukan guna rice-cooker ni nak masak taw. Hee.

Gaul sampai sebati. Sebab takde butter, jadi kami campur minyak sikit. Pandai-pandai je. Haha.

Masukkan dalam loyang.

Sedia untuk dikukus sehingga masak. Lebih kurang satu jam kot.

---------------------------------------------------

Hasilnya: Tadaaaa~

Teett.. Picture is not available..

Opps, lupa nak amek gambar kek da masak (T-T)

Tapi kan, yang specialnya pasal kek-cokelat-laa-konon ni, rasa dia cam roti. Yes, it was choc cake yang mungkin identiti asalnya adalah roti cokelat kot. Haha. Nway, gud job frens. Tak kira result camne. Yang penting usaha, kan. Ada pengajaran disitu. Hihi.

P/s: Hmm, disebabkan aku makan sikit je. Jadi tiba-tiba rasa nak makan lagi bila update entri ni. -_-'

Posting: Week 2 (Part 2)

Salam alaik.

Saja je nak sambung sket pasal week 2. Takde apa yang special pun. Tapi disebabkan beberapa ari tu asyik ujan je, aku ngan ijat amek kesempatan main ujan. Weeheee~

Taktaw nak berleter pasal apa. Tengok pic je eh?

Takde keje dalam wad. Jadi saya suka snap gamba. Haha.

Kebetulan hujan lebat masa balik. Wee.

Tengok! Abes basah saya kena air ujan.

Dalam ujan lebat pun Jatjat mampu posing.

Finally, im arrived. Tapi sebelum sampai, aku n Jatjat sengaja bermandi hujan sebab da lama giler tak main. Function payung terabai seketika. Hee.

Tak lupa dengan trauma 'tsunami' kecik yang melanda, aku asyik nak lari dari lopak-lopak air tepi jalan. Takut ada kete or lori or bus or moto yang lalu dan menyimbahi air kat baju putih kami. Huhu.

Owh.. Ada satu hari tu kan, Matron 'N' datang lawat wad. Dan aku dikira bertuah sebab hantar patient g CT scan ngan Staff Nurse Nazira n Doktor Mustaqim. Sebab cerita daripada kawan-kawan ngan CI (clinical instructor), terkena jugak la dorang aritu. Hmm, paling tak suka orang atasan datang lawat-lawat ni. Banyak songeh dan suka cari salah. *Jaat nye aku. Haha* CI pun da pesan, cuba bagi jawapan mengelak sikit or cari jawapan selamat kalau dia tanya pape.. Means kalau kita jawab, dia xleh nak panjang lebarkan soalan. Ehem, aku tak berbakat dalam putar belitkan jawapan. -_-'

P/s: Tak pernah rasa jaga kat cubicle female dalam K14. Huu~

Tuesday, March 15, 2011

Terlewat.

March 2011

Terlalu banyak kejadian yang berlaku dalam hidup ku. Satu per satu aku cuba terima dengan hati terbuka. Kerana ketetapanNya itu adalah terbaik.

Buat apa yang terjadi pada family serta kawan serta kawan baikku, pasti ada hikmah disebaliknya. Aku cuba. Cuba untuk lebih kuat lagi. Kadang-kadang aku sangka aku kuat, rupanya tidak. Tapi aku akan mengumpul dan mencari kekuatan dalam diri.

Kadang-kadang, aku seolah-olah menolak apa yang dirasakan dalam hati. Jadi aku tak terlalu emosi dan hatiku seperti kosong. Biar hilang semua rasa negatif yang menumpang secebis hati ini. Tak rasa apa-apa. Heartless.

Walaupun terjadi sebegini, aku masih ingin bersyukur padaNya. Aku percaya semua dah diatur dengan sebaik-baiknya. Dia kan sebaik-baik Perancang. Meskipun ada yang melukakan aku, tapi itu yang terbaik bagi semua. Aku hanya mampu berdoa dari jauh.

Satu persatu berita aku terima. Kemudian satu lagi berita mengejutkan aku terima. Segala rasa yang terpendam harus dikeluarkan saat itu. Mungkin sudah tiba masa untuk aku bukak lembaran baru. Tapi aku masih lagi perlukan sedikit ruang masa. Ya, aku tak dapat tipu diri aku, semua ni buat aku terkejut. Namun aku cuba terima.

Terima kasih bagi kawan-kawan yang memberi semangat.

Mengumpul kekuatan. Kebetulan aku tak sehat sekarang.

P/s: Akukah yang sering terlambat?

Sunday, March 13, 2011

Haih.

Aku selalu lupa nak bawak jadual posting g temerloh sekali. So kali ni aku mesti bawak!

Jadual minggu ni suma syif PM (2pm-9pm). Tak macam 2 minggu lepas, suma syif AM (7am-2pm). Memang kadar jam yang diberi sama je 7 jam tapi perjalanan masa yang berlainan.

Tapi yang penatnya, every weekend balik sebab kelas. Ok, aku boleh terima la kan. Sebab kat kuantan aku leh on9 puas-puas dan dapat jumpa katil aku. Haha. Tapi yang tak suka, waktu bus nak bertolak. Balik lambat, nak g awal. Tak macam dulu. Leh relax-relax kat kuantan. Haih.

Jumaat (11/3) di Temerloh:

**Syif pagi (7 am-2 pm)
9.00 pm- Bersiap nak balik kuantan.
10.00 pm- Menunggu ketibaan bus.
11.00 pm- Ok bus baru datang. Lewat sejam.
12.30 midnite- Baru sampai kuantan.

Sabtu (12/3) di Kuantan:

**Tido hingga ke pagi.
9.00 am- Bersiap ke kelas @ JHC.
5.30 pm- Pulang ke mahalah.
8.30 pm- Meeting AGD.
Midnite- On9 dan tak sedar bila tido.
**Tido tanpa tutup lampu, lappy & sebagainya. So dikira tido yang tak berkualiti.

Ahad (13/3) di Kuantan:

**Bangun pagi terus on9 ag
9.30 am- Bersiap.
10 am- Bus bertolak ke temerloh.
**Bila dah sampai ke Temerloh, taktaw dah nak watpe. Layan cite korea maybe? *Sigh*

Dan esok, syif PM. -_-"

Kelam kabut betul la. K chill la Ang!

P/s: Satu uniform aku ada masalah. Tak suka sangat pakai yang ag satu. :'(

Saturday, March 12, 2011

Nak Jadi Tabah.

Saya nak jadi lebih kuat.

Saya dah hadapi sesuatu yang lebih sukar, jadi mungkin lebih senang untuk lalui sesuatu yang lebih mudah.

Hm mungkin senang. Kan?

Saya nak jadi tabah. Tu je.

Sekian.

Eh lupa, terima kasih sebab wat saya jadi kuat ok?

Hepi dapat kenal awak walaupun sekejap:)

P/s: Gembira tengok orang lain gembira. Hati, awak ikhlas ok?:)

Posting: Week 1

Salam alaik.

Ok. Kali ni berjaya upload gambar. Haha. Ni masa week 1 posting sem kali ni. Aku dapat kat pediatric ward, Melor 1. Wad kanak-kanak best sebab leh main-main ngan dorang. Jadi budak-budak balik. Tapi yang tak best, tak banyak prosedur leh wat dan kena ada clinical instructor aka CI.

Aku.... banyak main-main. Haha. Pastu ada sorang budak ni nama Akram. Kiut tapi nakal. Dan sedikit gatal. Huh, taw nape? Sebab dia suka peluk-peluk pegang-pegang orang esp students! Pernah dia lompat tiba-tiba nak gendong belakang aku. Haih. Seb bek budak 6 tahun.

Aku pulak suka bawak gula-gula mentos pastu bagi kat dorang. Umpan sket kalu dorang nakal. Pastu kan, ada yang kejar aku satu wad. Aku g sana dia ikut, aku g sini dia ikut. Haha. Kadang-kadang ada yang nanges-nanges, sian tengok. Aku tolong pujuk, lap air mata dorang, suh dorang senyum balik. Yes! Dorang senyum balik. :)









P/s: Kumpul experience dan tajamkan skills.

Tuesday, March 8, 2011

Posting: Week 2.

Salam alaik.

Actually dah datang mood nak update pasal posting kat pediatric ward tapi problem masa nak upload gambar. Aiseh~ Banyak dugaan. Takpe, kesabaran itu penting kan. At least dah upload kat fb. Huhu. Next time aku update.

For this week pulak, aku dapat medical ward, Kenanga 14. Dulu pernah dapat ward ni tapi memang seyes bz nak mati. Tapi dah lain sekarang, rasa cool je. Sebab staff nurse cakap dah tukar pakar. Pakar dulu suka amek patients ramai2 sampai kena tambah extension kat setiap cubicle. Pakar baru pulak suka amek patient and discharge dorang. Tak serabut sangat la kan.

Ni entri yang berkaitan ngan perkara diatas. Klik la kalu rajin nak baca.
Posting. Balik. Penat.
2nd week posting.

Apa pun aku suka gak wad ni. Lagipun ada yang dah kenal sejak masuk aritu. Barang-barang pun dah biasa letak kat mana, cuma tak leh main-main macam kat wad kanak-kanak minggu lepas. Hehe.

Tapi kan, ada satu kisah la pagi tadi. Camni. Semalam hujan lebat, subuh pun hujan lagi. Oleh sebab aku syif pagi, kul 7 pagi- 2 petang, dalam 6.45 am dah kena kuar dari umah dan jalan kaki ke hospital. Somehow, tengah syok berjalan dibawah payung kan, ada la sebuah kereta kat tepi jalan tu lalu. Tiba-tiba aku nampak tsunami kecik melanda aku. Aiyarkk~

Korang bayangkan aku ngan jatjat kebasahan, orang lain tak kena pun. Wuwu. Yang tragik nya, dari kepala sampai kaki aku kena air jalan taw. Siap masuk dalam mulut kitorang. Seyes air jalan tu rasa tawar giler. Payau sket-sket. Haha. Bukan aku sengaja minum k, tapi alang-alang dah masuk mulut kan. Cuba la rasa sket. Bukan selalu. Haha~ *Gila*

Tapi aku bersyukur la tu bukan lumpur or air longkang or pape air yang kotor la. Sebab baju aku still putih suci murni. Kalau tak, aku dah patah balik dan majuk taknak masuk keje dah. Tak kesah kena marah. Haha. Berani la sangat kan? Teringat aku pernah jatuh dalam lubang yang berselut kat starbaz masa g gombak time convest. Masa tu hujan lebat, aku jalan-jalan ngan azza. Sume tengok aku jatuh. Malu!

Ni entri time convest. Saje nak letak balik link entri2 lama. Haha.
Convest2010.
Snap. Convest.

Ok, next week aku masih menapak di K14. Berjodoh tol ngan ward tu. Harap hari-hari mendatang lebih baik dari hari ni dan semalam.

P/s: Layan lagu. Mood tak jiwang tapi emo. XD

Monday, March 7, 2011

Hmm.

Hm, ada ag entri baru nak update sal posting minggu lepas. Tapi hold dulu la. Takde mood. Sekarang macam emosi sikit. Aku pun tak pasti nape. Kawan-kawan aku pulak macam takut je. Sebab aku dah lama tak macam tu. Yeke? Rasanya selalu je. Apela. Haha.

Ada gak yang cakap, aku pura-pura gelak padahal aku sedih? Erkk, benarkah? Ntah la, yang pasti aku gelak je la. Hepi ke apa ke. Lantak la.. Haha.

Syuhh.. Pergi-pergi. Mainan perasaan je tu. Hahaha~

P/s: Ignore such complicated things.

Saturday, March 5, 2011

Baktisiswa Again.





P/s: Seyes baaaaanyaaakkk giler gamba yg dorang amek. Yg upload dlm blog ni pun ade yg amek random je. Hehe~ Credit to our official photographer, Sharaf dan Luqman. Dan lain-lain, budik, faiz, bla-bla-bla.

Tak taw nak cakap camne sebab rasa macam banyak sangat yg dapat n dilalui sepanjang baksis ni. Made lot of friends plus ada yang dah kenal. Pape pun, suma ni takkan aku lupa. Berbaloi kot dengan segala penat n letih b4 baksis. :)

BAKTISISWA 2011 TERBAIK!
Congrats KON & KAED.

BAKTISISWA 2011 (Day 3)

Hari ketiga di felda bukit kuantan~

-----------------------------------------------

Closing ceremony~ Salam perpisahan~ Photography session~














Last but not least. See you again. T---T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...