Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Dia Yang Mencintai.

" Seorang yang bijak ditanya: bagaimana engkau mengetahui orang yang mencintaimu? Ia menjawab: Dia yang menanggung beban kesedihanku, memperhatikanku, tidak bosan padaku, memaafkan kesalahanku,  dan mengingatkanku kepada Tuhanku. Dialah yang benar-benar mencintaiku."


Source: Kopi pasta from FB.

P/s: Membuatku menangis~

Forgive Me.

Forgive Me.

Can you forgive me again?
I don't know what I said
But I didn't mean to hurt you

I heard the words come out
I felt that I could die
It hurt so much to hurt you

Then you look at me
You're not shouting anymore
You're silently broken

I'd give anything now
To kill those words for you

Each time I say something I regret I cry "I don't want to lose you."
But somehow I know that you would never leave me, yeah

'Cause you were made for me
Somehow I will make you see
How happy you make me

I can't live this life
Without you by my side
I need you to survive

So stay with me
You look in my eyes and I am screaming inside that I am sorry

And if you forgive me again
You're one my true friend
And I never meant to hurt you.

P/s: I am not good in explaining what my heart feels. I am not that type of person. I could just expressing through my facial expression, or just cry.

Sunday, March 4, 2012

5 Simple Rules For Happiness.

Salam alaik.

There were few times where I didn't understand my own feelings. Felt so miserable, frustrated, unhappy and easily broken. I couldn't find the reasons why I was being like that. Hmm sometimes I felt I do, but in fact I had no exact answers. For sure, my feelings has been manipulated by things around me, my memories and things happened in my life.

Sometimes I feel wanna run away. Away from everything. I guess I can find the solution. But no. Its not the right thing to do. If I don't know what the problem is, how can I figure out the solution. But then I realize something about me. I think too much! That's the problem. Haha.


Yup. Deep thinking is good. But thinking too much is not good. It makes you to have negative feelings especially for girls. Why girls? Because they are full of emotional rather than rational. Remember that! Put aside those thinking and be happy. Stay happy with everything you have. We have many reasons to smile. Don't be bother by thinking too much.

Girls love to talk about their problems to relieve their feelings. But they also love to hide them because not every single thing they can share. For those willingly to hear my stories and comfort me, thanks so much! :)


I hope this will help. Everyone wanna be happy. But life is not about being happy all the time. Its about how we appreciate every single moment we have in our lives. Being grateful for the happiness, sadness, and each feelings we felt inside our heart. One thing I believe is 'He Knows Best'. Because everything happens for a reason. No doubt. :)

Fighting! >.<

P/s: Its time to go back to Kuantan. -.-'

Saturday, February 25, 2012

7 Lovely Logics.

Salam alaik.

Lately ni aku agak moody dan mood swing. Mungkin ada yang perasan. Mungkin ada yang tak. Well now I am okay dah pun. Jangan risau. After dah luah dalam love letter, I feel better. Eh love letter? Hm ade la biar aku je tahu. Haha.

Hm back to the topic. Aku jumpa pic ni kat fb. Dan aku rasa sangat setuju dengan statement berikut. Adakah korang pun setuju? Hm bila fikir balik ada betulnya pun kan. So tak salah pun nak apply dalam kehidupan. Acece. :)


#wellsaid!

There were so many reasons yang buatkan aku depressed. Sebenarnya aku takde la fikir satu-satu pun sampai rasa emosi. Tapi biasalah perempuan, ade timing emosi tu memang takleh nak dielakkan. Even benda sekecik mana pun, jangan pandang rendah pada kuasa emosi seorang perempuan. Haha.

Hm aku found out dalam buku yang aku baca la kan, perempuan ni selalunya akan rasa lebih lega bila dapat luahkan sesuatu yang dia rasa. Tak perlu cari jalan penyelesaian untuk membuatkan dia rasa tenang. Hanya dengan adanya orang yang sudi mendengar, cukup bagi perempuan melepaskan emosinya. Berbeza ngan lelaki, bila ada problem mereka lebih suka menyendiri dan fikirkan solusi, ataupun akan distract dorang punya problem dengan melakukan pelbagai aktiviti. Tak perlu luahan seperti perempuan kecuali bila perlukan nasihat ataupun sokongan. :)

Aku hepi kerana ada yang sudi mendengar dan memahami aku. Thanks ye. Ok. Tu je kali ni. Tata.

P/s: Siapkan slides presentation utk eye infection. Esok nk combine dah weh. =.='

Wednesday, July 20, 2011

Mencari Kekuatan.

Ya Tuhan, hanya Engkau yang mengerti isi hatiku
Yang kian lama parah membeku
Biarlah tiada siapa yang tahu
Tetaplah menjadi rahsia aku dan Kamu

Ya Allah, ku butuh kesabaran dijiwa
Ku perlu petunjuk-Mu Yang Maha Esa
Hadirkan aku semangat didada
Agar bisa ditempuh segala nestapa

Ya Rabbi, Yang Maha Mengawal Hati-hati
Sudilah bawa hati ku pergi
Jauh dari resah cinta duniawi
Dan diakhirnya temukan aku redha Ilahi


P/s: Mode Mencari Kekuatan. >.<

Thursday, July 14, 2011

In Pain.

I'm in pain.

Both physically n emotionally.

P/s: Be tough ang. Nt la g klinik. T-T

Saturday, June 25, 2011

Alone.


Have you ever felt so alone
even there were so many people around you?
you heard everyone talking about everything
laughing and smiling
but you only could remain silent
at the timebeing.

***Sometimes its better to be alone. Take your time to be with yourself. Only you & yourself.

P/s: Today is Bi Rain's birthday. I love his Love Song. Huhu.

Tuesday, June 14, 2011

No More Heart Less.

Salam alaik.

Geramnye ngan 'Muka Buku' ni. Account aku disekat. So no more Heart Less due to this message:

Your account has been temporarily suspended because it appears that you did not list your real name. As a reminder, Facebook requires all members to provide their real first and last names.
Don't worry — you'll be able to update your profile with your full, real name or verify your name in the following steps. And when you successfully complete this process, your account will be accessible again.
Grrr~ -____-"
Tak pasal-pasal buh nama sebenar aku. Saya suka nama Heart Less tu. Tapi apa boleh buat. Bila nak tukar nama lain, dapat notis ni pulak:
Name Change Limit Reached
Sorry! You've updated your name the maximum number of times allowed and your name can't be changed again. To list another name you go by, such as a maiden name, please use the Alternate Name field below.
Menguji kesabaran betul. Rasanya bukan selalu sgt tukar nama ni. Kadang-kadang je. Baru ingat nak buh Raihan Ang. Duh! T---T Ok, back to my real name. Ah-ha.
Seyes saya mahu nama tu balik. Fb kejam! T.T
P/s: Dont care bout others saying. I know what im doing. :)
Update: After tukar my real name, active pulak family n friends liked n posted sana sini at my wall. Haha^^

Wednesday, June 8, 2011

Its Broken.

Salam alaik.

OMG.

Gara-gara nak selamatkan hp drpd jatuh, aku dah rosakkan satu barang yg amat amat amat berharga utk aku. Tak sengaja~

Sedihnya. Sentimental value kot.

Nak letak mana? Selama ni mmg ada ngan aku je. G mana-mana wajib bawak. Tak pernah simpan kat mana-mana. :'(

Takpela. Mungkin ade hikmah. Daripada jatuh/hilang terus, baik patah tp still ada. Hmm~

----------------------------------------------------
P/s: Belum ada maklum balas. :')
P/ss: Dah tgk 'Nur Kasih TM'. Best tp byk sgt part sedih. Patut tambah sket part hepi.

Thursday, May 19, 2011

Tak Suka Tapi Suka.

Salam alaik.

For the first ever, aku tak suka posting. I meant suka sebenarnya tapi tak semangat macam sebelum ni. Tak bertenaga macam sebelum ni. Tak bosan macam sebelum ni. Posting kali ni tak seperti sebelumnya. Mungkin sebetulnya, aku tak suka short sem kali ni kah? Sebab...

1. Bosan! Duduk sorang-sorang. Level 4 yang aku duduk ni, just 4 bilik berpenghuni. Bilik aku pulak dihujung dunia. Yes, im trully bored. Bila aku berada dlm bilik, for sure my lappy akan on dan nyanyi lah ia segala bagai lagu sebab nak elakkan sunyi sepi sampai la keesokkan pagi. Tapi disebalik bosan tahap menggila yang aku rasai, sedikit sebanyak aku bersyukur ngan peluang ni. Jarang-jarang sekali dapat duduk sorang-sorang camni. About 2 weeks pulak tu. And I realise that I really need some time and space for myself to be alone. Yup, just me & myself. I got it. Alhamdulillah.

2. Boros! Ni paling aku tak suka utk short sem kali ni. Entah mane pegi duit-duit aku. Cepat tol abes. Aku pun tak pasti aku spent kat mne banyak sgt. Nak kate abes kat stuffs, ade la jugak aku beli tapi bayangkan amount of money yg da abes.. I feel like 'Arggghhh'.. Haha. Bila fikir balik, macam byk abes kat makanan kot. Lately suka betul aku beli mknn ringan. Simpan stok dlm bilik kalu rs nk makan. Tp baru 2 minggu kot, aku rs mcm dah pokai. So, moral of the story. Aku kena jimat dah pasni. Especially duk Temerloh nt. But bila fikir balik, susah la aku kalu jimat duit bab makanan. Aku takleh diet-diet ni. Nt makin kurus. Adeh~ How? How?

3. Makan & Berat Badan! Utk Week 1, aku suka sb selera makan aku bagus dan berat naik sikit-sikit. Unfortunately, utk Week 2 aku skip dinner for few times. Makan benda ringan-ringan je takpun makan buah. Alasan malas nak g cafe. Jauh. Then skg, berat aku maintain tak naik-naik. Risaw pulak kalu berat turun balik. Org macam aku ni, nak naik berat dah satu hal, kes senang turun berat pulak satu hal. So, skg aku dlm usaha taknak berat menurun. Kadang-kadang tgk diri aku yg sekeping ni pakai uniform, rs nk gelak sorg-sorg pun ade. Kurus sgt la ko! Hah! Mengata diri sendiri. -_-' Ok, aku sedang cuba menanam kesedaran dlm diri ttg pentingnya penambahan berat badan & diet seimbang (konon)..

4. Tidur tak berkualiti! Tidur tanpa menutup lampu (sekali sekala). Tidur sambil memasang lagu (selalu). Tidur tanpa menenangkan hati. Tidur dengan terlalu banyak berfikir. Dan bermacam-macam lagi, menyebabkan tidur aku kurang berkualiti. Mana tidaknya bila asyik kerap terjaga ketika tidur dan bila susah nak bangun seawal mungkin. Selepas penat balik bekerja (keje la sangat!), posibility nak tido lepas asar tu susah sb selalunya menyebabkan sakit kepala. If balik after zohor, mmg best tido. Disebalik tidur yang tak berkualiti ni, aku jarang siang ms short sem ni. (Tipu! Tipu! Mung ade tido dlm lab!) Ok, itu exception. Jadi skg aku rasai apa itu nikmat tido berkualiti bila aku tido betul-betul nyenyak tanpa mimpi bukan-bukan. Hehe.

5. Emosi! Owh, ini pun masalah. Ape kena ngan emosi aku yang agak tak stabil waktu short sem ni. Adakah kerana environment yg terlalu sunyi? Im lonely? Perubahan hormon? Or pape la. Sebenarnya mungkin banyak faktor yg mempengaruhi tapi taknak terlalu berfikir. Headache nt. Tapi mmg jelas, dlm 2 minggu ni aku agak emosi. Emo sorang-sorang. Especially kat bilik. Haha. Sedarkan diri bahawa sume ada hikmah. Terima segala yg berlaku dlm hidup dgn redha. Dan doakan yg tbaik utk semua. Kdg2 aku sedar yg aku down dgn byk benda, tapi aku bkn jenis mudah give up. I believe in what i want to believe. Even org nk cakap ape pn, aku tak kisah. Bcause i know myself better. Apa yg aku lalui, apa yg aku rs.. Tak sama mcm org lain fikir. The most important thing, percaya bhw semua yg Allah atur tu terbaik dan terancang. (Haa, kan da emo tu!)

Ok, thats all la. Kang tulis byk2 melalut ntah ke mana. Owh sekadar peringatan, entri ni bukan untuk mengeluh or tak bersyukur. Cuma sbg manusia biasa, aku byk kelemahan diri. Yg atas tu sekadar luahan je. Bukannya ketidakpuasan hati terhadap nikmat yg diperolehi. Tu aku saje italickan ayat-ayat terakhir setiap perenggan sebagai tanda setiap benda yg berlaku, ada hikmah. Positive thinking.

Hope another 4 weeks nt lebih baik. Ganbatte kudasai! :)

P/s: Some ppl might think im weird but it doesnt matter. The way i thought, i know it suits me. As well as the way i feel bout something. Hehe.

Saturday, May 14, 2011

Stop Walking By.

Salam alaik..

Kali ni saje nak post lirik lagu korea. Lagu lama dah. Bukan main dah lama asyik dengar tapi.. Tadi baru tergerak hati nak search translation dia.. Haha.

STOP WALKING BY- SUJU KRY

I stop in my footsteps again
To cover my own eyes
Like when you used to embrace me from behind

This breeze that caresses me
I wonder if it's from you
Are you afraid that I might fade from your crying eyes?

I revisit the memories
For I can't bear the endless hours
Why do you leave me behind?
I'm a part of you

You must erase/ forget our love
We can't end it this way
No matter where you are
I will always find you
For my heart still beats for you

I remember them well
When my heart aches I only laugh louder

To hold back the tears
You must believe in our love
"I can't lose you" (I don't want break up with you)
No matter how much you erase me
I will always find you
For my heart still beats for you
Don't feel sorry for me
Through my pain, I'm still happy

Because you'll always be alive in my heart

P/s: Aku geraaammm sangat ngan belog ni. Semalam aku xleh bukak sebab ade problem. Pastu dia delete aku nyer latest post update sal posting minggu lepas. Punye la panjang aku taip dengan penuh perasaan & penghayatan. Huh!! Takde mood dah nak cerita balik. :'( Then aku harap post tu muncul semula. Possible tak?

Wednesday, May 11, 2011

Entri Takde Motif.

Salam alaik.

Chewing dried fish fillet.

Dah lama tak kunyah chewing gum. Yang adik aku belanja aritu da abes. Sekarang tengah kunyah mende alah ni pulak. Pun lama dah tak makan. Sedap!

Lapar. Selera makan hilang arini. Lunch tadi tak sampai separuh aku makan. Dinner pun tak. Semalam bukan main pelahap aku makan. Konon nak naikkan berat badan.

Penat. Seyes penat teramat. Kebosanan tahap melampau dikala posting kali ni betul-betul wat semangat aku pudar. Environment yang agak sunyi disekitar mahallah wat tidur aku pun tak lena. Beberapa arini tidur aku kurang berkualiti. Kerap terjaga.

Kepeningan menguruskan program yang bakal tiba pun turut memberi impak pada diriku. Takpe, itu perkara biasa. Hm, kosong-kosong. Rasa kekosongan. Mungkin sebab sorang-sorang je kat bilik.

Terima kasih kat kawan-kawan yang sudi datang kat bilik. Hidup jugak suasana. Huhu.

Penat. Tapi masih mahu menguyah. Ape motif entri ni pun aku taktaw.. Bye!

P/s: 12 Mei~ Happy Nurses Day!!
P/ss: Hmm, waiting for a miracle to come..

Saturday, April 23, 2011

Tak Terluahkan.

Salam alaik.

Mempunyai perasaan yang tak terluahkan umpama memendam kata dan menjeruk rasa. Perasaan yang akan dirasai di segenap ruang hati setiap makhluk bernama manusia. Perasaan yang pelbagai jenis dan berbeza antara setiap individu.

Banyaknya kata dan rasa yang terpendam. Luahkan semua? Mustahil. Dan jika ditutur dalam bicara, tak semua dan tak seperti yang dikata. Perkataan 'memahami' dari pendengar setia takkan sesekali sama dengan 'perasaan yang dialami' oleh si pencerita.

Its killing slowly. Tak dinafikan, meluah lebih baik dari memendam. Jika diluahkan pada orang yang dipercayai, sekurang-kurangnya beban diminda berkurang, perasaan lebih tenang, dan berat dipikul lebih ringan. Tapi ternyata, luahan itu hanya sebahagian saja. Ya, sebahagian kecil dari apa yang dirasa.

Persoalan, apakah semua benda perlu diluahkan. Mungkin tidak. Fikirkan dulu kesannya bagi kita dan juga orang lain. Bagi sesetengah perkara, memendam itu lebih baik. Biarkan didalam hati andai itu saja jalannya. Biarkan ia menjadi rahsia. Dan diiringi doa yang tulus.

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

**Mood: Listening to Cinta Sempurna- Yuna

Somehow, im feeling stronger. Masih tersenyum. Dan bersangka baik atas segalanya. Malah bersyukur dengan setiap peluang yang dianugerahkan. Sekecil-kecil peluang itu, bagiku amat bermakna. Dan aku disini mengerti dan menyokong sepenuh hati. :)


P/s: To my lil bro, HB. Have a blast. May Allah bless you.
P/ss : To my Bff, ada impian saya mungkin sekadar angan-angan je. Huhu. -_-"

Monday, April 18, 2011

Bulan Tak Terang.

Ku merenung langit gelap
Harapan ku agar bintang bersinar
Kerlipan seribu cahaya
Kecil tapi bermakna

Ku tatap bulan kelabu
Dikelami kabus tak bertepi
Adakah bintang kan datang bertamu
Sehingga pagi ternyata masih sendiri

Hah. Abaikan ayat diatas yang tiba-tiba muncul. Aku duk luar pintu umah sebab nak on9 jap tapi line tak bagus. Pinjam brodben akak aku punya. Sambil ditemani kucing-kucing aku, aku sempat jenguk langit jap.

Walaupun dihalangi siling dan atap umah, tapi still aku dapat tengok bulan di permukaan langit. Cerah tapi berkabus. Tak nampak bulan yang terang. Seolah-olah malap dan kabur walaupun sebenarnya matahari dah pinjamkan sinarnya dengan terang.

Bintang pula tak kelihatan. Langsung tak nampak. Mungkin langit mendung tatkala malam menjelma. Petang tadi hujan lebat dan sejuk. Teringat pada sorang ni, bila hujan selalu hatinya rasa tak tenang. Kenapa? Hm, tak pasti.

P/s: Semoga selepas ini bulan dan bintang bersinar lagi. :)

Saturday, March 12, 2011

Nak Jadi Tabah.

Saya nak jadi lebih kuat.

Saya dah hadapi sesuatu yang lebih sukar, jadi mungkin lebih senang untuk lalui sesuatu yang lebih mudah.

Hm mungkin senang. Kan?

Saya nak jadi tabah. Tu je.

Sekian.

Eh lupa, terima kasih sebab wat saya jadi kuat ok?

Hepi dapat kenal awak walaupun sekejap:)

P/s: Gembira tengok orang lain gembira. Hati, awak ikhlas ok?:)

Monday, March 7, 2011

Hmm.

Hm, ada ag entri baru nak update sal posting minggu lepas. Tapi hold dulu la. Takde mood. Sekarang macam emosi sikit. Aku pun tak pasti nape. Kawan-kawan aku pulak macam takut je. Sebab aku dah lama tak macam tu. Yeke? Rasanya selalu je. Apela. Haha.

Ada gak yang cakap, aku pura-pura gelak padahal aku sedih? Erkk, benarkah? Ntah la, yang pasti aku gelak je la. Hepi ke apa ke. Lantak la.. Haha.

Syuhh.. Pergi-pergi. Mainan perasaan je tu. Hahaha~

P/s: Ignore such complicated things.

Wednesday, February 23, 2011

Sakit Pale.

Yes! Opss.. Sepatutnya, ALHAMDULILLAH.

Replacement class untuk setiap malam dah cancel. Yeah. Aku sangat suka. Tapiiiiiii... Masa posting sebulan nanti susah la, sebab kena ganti balik. Means akan berulang-alik banyak kali dari Temerloh-Kuantan dan Kuantan-Temerloh. *Sigh- prepare for trouble* -_-'

Takpe2, yang tu nanti fikir. Wat masa sekarang ada masa untuk preparation untuk baksis nanti. Tinggal esok je lagi. Sekarang ni kan, aku asyik sakit kepala je. Tapi pelik sikit la aku punya. Macam chipsmore pun ada. Seb baik tak berpanjangan. Macam kat status fb aku, Headache| Datang dan pergi begitu saja. Main-main pulak mende alah ni. -_-"

Satu ag masalah, bila aku try nak tido awal kan, mesti tak berapa nak lelap. Sebab macam ada sumting yang tak selesai. Jadi tak lena dan asyik terjaga sampai makin pusing pale aku ni. Senang cakap, aku sakit pale kalu try nak curi-curi tido waktu petang atau awal malam. Erk, maksudnya pas magrib dan isya'. Tapi bila dah tido, macam tak maw bangun pun ada. Haha.

Seingat aku kan, pernah la headache sampai seminggu lebih beberapa kali. Seyesly penat pale aku. Tapi tak seteruk orang kena migrain la. Haih, mintak jauh la semua tu kan. Hm, rasanya punca aku banyak sakit pale sebab serabut, banyak mende nak fikir, pastu ada benda tergesa-gesa nak wat, pastu camtu, tambah pulak camni, bla-bla-bla. Ok, cukup!

Kadang-kadang pun malas la nak besar-besarkan benda yang kecik ni. Wat biasa-biasa je la. Lagipun malas nak pusingkan pale yang dah sedia pening ni. Leceh. Banyak keje lain ag nak fikir.

P/s: Entri minggu ni kurang menarik, tak bergambar, dan banyak cakap je. +_+

Tuesday, February 22, 2011

Lena Dalam Kepenatan.

Entah~! Apa yang ku rasakan aku sendiri tak mengerti. Kesibukan dan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat membuatkan kepala ku berputar ligat memikirkan beberapa hal. Tak dinafikan, aku tak merasa cuti hujung minggu ku yang lalu kecuali beberapa ketika saja. Waktu tidurku pula tidak tetap saat ku bersendirian di bilik memandangkan rumets ku pulang ke rumah.

Tambahan pula, minggu ini jadual begitu penuh. Aku sedar report ku yang masih kosong sepatutnya dikumpulkan semalam oleh rakan ku, aku sedar slides yang perlu ku bentangkan esok masih belum terisi. Terfikirkan bahawa itu semua adalah kerja secara berkumpulan, aku harus mencari masa untuk menyiapkan jua hari ini. Disamping menyelesaikan beberapa hal berkaitan program kami pada hujung minggu ini, teringat bahawa ada satu test yang akan menguji skills aku esok. Owh, esok lagi.. Tapi entah, masih sempatkah untuk aku praktis? Masa makin suntuk.

Boleh aku katakan, minggu ni paling padat macam ikan dalam tin sardin. Ruang masa yang menyingkat. Aku pula harus menetapkan persembahan apa untuk wakil kulliyyah kami nanti. Ternyata apa ku fikirkan itu betul, bukan sesenang hati dan sesedap rasa je untuk uruskan hal sebegini dalam masa yang singkat. Komitmen masing-masing sudah terikat dengan banyak hal.

Sedang dalam perbincangan selepas kelas semalam, aku dapati riak wajah masing-masing yang kepenatan dan mengantuk. Kesian. Tapi masih ada antara mereka yang sanggup menunggu dan mendengar apa yang ku cuba sampaikan, malah menumpahkan sedikit idea. Aku tahu sepatutnya semua ini dilakukan sejak awal namun perubahan demi perubahan, masa memang tak mengizinkan kami bersedia lebih awal.

Tanpa disengajakan, diakhir perbincangan kami, aku rasa sebak. Entah. Aku tak pasti kenapa senang benar aku titiskan air mata semalam. Malu pada diri sendiri. Malu pada kawan-kawan. Aku cuba senyum. Maaf, tak terlintas langsung nak bazirkan masa korang memandangkan korang semua penat dan sibuk. Aku sendiri pun tahu dan mengerti kita harus lalui minggu yang paling padat ni. Rasa bersalah andai dalam hati mereka ada rasa terpaksa.

Setelah hantar msg kepada beberapa kawan-kawan, ternyata mereka menaikkan semangatku lagi. Aku tahu mereka cuba untuk involve dan sangat berterima kasih kerana memberi kerjasama. Sedikit sebanyak balasan msg dari mereka dapat mententeramkan jiwa ku seketika. Tapi yang tak dapat aku ubah saat itu, aku penat. Lalu tertidur hingga ke pagi tanpa buat sebarang kerja, tanpa menutup lampu dan mengunci pintu. Hanya berselimutkan kaki dan menutup muka dengan sweater kesayangan, aku terlena...

P/s: Tuhan, permudahkan urusan kami. Kuatkan semangat kami, Ameen~

Tuesday, February 15, 2011

Maaf. Jangan Merajuk.

Salam alaik~!

Entri ni khas untuk Inchik Azam Adnan, Cik Mardhihah Mat Ishak, Inchik Hakim Halim dan lain-lain...

Tiba-tiba aku dilanda rasa bersalah. Sebabnya datang gombak tak gtaw. Meh saya bagi penjelasan sb saya ni jenis cepat rasa bersalah dan akan explain balik. Huu~ Maafkan saya :'(


Actually aku ada gtaw kot kat fb. Time aku wish besday ko, ko tanya bila nak datang kl. Aku ada jawab tp masa tu aku tak decide ag jadi x. Tak taw ko pasan tak komen aku tu. Wuwu~ Nway, aku ada bagi adiah besday kat ko tp benda kecik je la. Tak seberapa pun. Sorry sb xgtaw officially aku nak datang. Eh, nt ko claim adiah tu kat You-Know-Who ek? Aku ada jumpa dan suh dia bg kat ko. Maafkan aku azam~ Nanti ada rezeki kita jumpa ea sebab aku rasa nak gak jumpa ko face to face.. :'(

P/s: Nak kawan ngan aku ag tak? Huuu.

----------------------------------------


Oppss.. Maafkan saya awak. Saya memang bersalah sebab saya tak gtaw awak langsung. My bad. :( Sedangkan saya pernah cakap saya akan gtaw awak lagi bila nak datang kan. Jadi saya rasa betul-betul bersalah ni. Huuuu~ Sebenarnya saya datang on da spot sebab ada hal nak selesaikan sikit. Tapi bila datang gombak, kawan-kawan saya ajak saya jalan-jalan. Dan alhamdulillah, hal saya tu da setel. Saya tak expect pun nak datang gombak sebenarnya. Beli tiket datang dan balik pun on da spot jugak. Tapi, saya tak lupa yang saya pernah cakap nak belanja awak pulak nanti. Jadi, maafkan saya ya si gadis manis.

P/s: Rasa terpujuk tak? Heee~

----------------------------------------


Tiba-tiba akm msg tanya ada kat gombak ke? Gurlpp~ Maaf sb tak gtaw akm jugak. Selalu msg je gtaw walaupun tak jumpa kan. Seb bek la tak marah ek. Selalu bila datang akm ada program kat sana. Mungkin masa pun tak mengizinkan. Apapun, ang ingat ag akm nak belanja makan aritu kan? Boleh claim ag tak? Huhu.

P/s: Saya taw saya bersalah. -_-'

----------------------------------------

4) Dear lain-lain,

Maaf ye. Tujuan asal sebab bukan untuk bersuka ria. Masa tu cuma fikir satu je, saya datang kerana sesuatu yang perlu diselesaikan. Kiranya jalan-jalan tu agenda lain di gombak. Apapun terima kasih sangat-sangat kat kawan yang tolong amek, kawan2 yang ajak kuar jalan-jalan sampai penat, dan kawan yang sehati sejiwa saya tu.

Dan alhamdulillah, tujuan saya datang tu selesai dengan jayanya. Memulangkan sesuatu yang kita pinjam dengan tangan sendiri itu lebih baik kan. Saya takkan lupa 19/07/2010-13/02/2011. Selama 7 bulan ia serasi bersama saya. Sekarang ia kembali pada pemiliknya. Terima kasih kerana sudi meminjam dan masih memahami saya.

P/s: Si Edward, saya rindu kamu lah~! Tapi kamu dah saya pulangkan. -_-'

Wednesday, January 26, 2011

Please la.

AMARAN: INI ENTRI YANG PENUH DENGAN EMOSI BERPUNCA DARI GANGGUAN JIWA YANG MELAMPAU PADA MUSIM EXAM DAN ESEMEN.

"Kalau kita taknak orang buat macam tu kat kita, jangan buat macam tu kat orang."

Satu perumpamaan yang kita dah selalu dengar kan. Tapi ada betulnya. Kita selalu bising, terguris atau cepat melatah atau ape-ape je lah bila orang buat something yang kita tak suka kan. Tapi ada tak fikir yang kita pun ada buat something yang orang tak suka?

Maaf dan sori to say la. Aku terguris dan jiwa aku berkecamuk sekarang sebab ada sesuatu yang aku 'kurang' suka berlaku. Aku tak cakap 'tak suka' sebab aku tau aku ni sape. Pernah je wat salah kan. Tapi awak, saya pernah je tunjuk yang saya 'kurang' suka awak wat camtu. Still awak wat jugak.

Saya taw apa awak wat time tu. Tapi saya takde kekuatan nak tegur awak yang saya 'kurang' suka. Awak sembunyi-sembunyi kan, awak mungkin ingat saya tak taw. Tapi sebenarnya saya taw. Cuma saya wat-wat tak taw je dengan harapan saya taknak la mende kecik pun jadi hal besar kan. Tapi pagi tadi, sebelum saya g exam, saya nampak sesuatu. Saya geram. Maaf saya cakap, saya geram! Saya tak sangka pulak camtu.

Saya taw saya tak berhak pun cakap macam ni. Tapi saya manusia biasa. Saya perempuan yang cepat terluka dan tak pandai nak luah apa saya rasa. Dan saya taw saya kena fikir dulu apa impak bila saya cakap terus-terang ngan awak. Bukan bermakna saya nak cakap tu salah awak, saya bukan nak cari kesalahan orang. Tapi saya tak sempurna, sebab tu saya emosi.

Cuba awak fikir jika saya wat awak camtu, saya yakin awak pun mesti geram ngan saya kan. Cuma awak tak berada ditempat saya. Saya tak mintak awak faham saya tapi cubalah fikir sendiri. Saya rasa awak faham, tapi kalu awak tak faham takpe la. Saya kot yang terlalu fikir bukan-bukan.

Saya ni tak pandai nak tunjuk apa saya rasa. Kadang-kadang orang cakap saya ni pelik ke ape ke, saya tak kisah pun. Saya pun akui macam tu. Lagipun saya selesa. Awak, terima kasih sebab awak jadi kawan saya. Saya pun hargai awak sebagai kawan saya. Tapi kadang-kadang kita takleh lari dari masalah terasa hati ke ape ke. Adat berkawan la kan.

Takpe awak. Bagi saya masa, saya nak tenangkan hati saya yang tak keruan ni. Masing-masing tertekan dengan keadaan yang sibuk sekarang. Luahkan kat sini je yang saya mampu lakukan. Saya ingat ada senior pernah cerita, 'berkawan ngan perempuan ni leceh, antaranya selalu emosi.' walaupun senior tu sendiri perempuan.

Ya saya akui kadang-kadang betul gak tu. Tapi saya perempuan, awak perempuan. Saya harap kita masing-masing faham la. Kalau awak jadi saya, saya wat camtu kat awak, apa awak rasa? Ah, abaikan la. Sesungguhnya memang jelas lagi nyata saya sangat emosi sekarang. Maaf, saya jarang nak emosi ngan kawan-kawan camni. Saya lebih suka pendam. Saya jenis tak suka cari masalah ngan orang.

Saya ingat ag dulu pernah ada sorang kawan cakap something yang wat saya sakit hati. Saya rasa panas giler dan terus saya blah g toilet. Kat situ saya duk diam-diam, pandang cermin, cuba tenangkan diri. Relax. Bersabar. Baru saya masuk kelas balik dan diam je. Ada je kawan-kawan perasan saya lain macam dan terkejut jugak la tiba-tiba blah kan. Sebab masa tu nampak sangat saya nak marah. Dan alhamdulillah saya dapat control marah tu. Malas dan tak guna kalau saya ngamuk-ngamuk macam orang gile. Apa saya dapat, sakit jiwa ada la.

Tapi saya bersyukur sebab lepas saya emosi, saya rasa lega balik. Pastu saya jadi heartless. Hahaha. Peace no war!

P/s: Kerja sambilan aku sekarang selain study utk exam dan siapkan esemen, aku jadi stalker. Haha~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...