Friday, December 31, 2010

Never Forget.

Annur Raihan Ang

is currently 'bercuti hujung minggu' at UIA Gombak

with her dearest bff.

without thingking about assignments to be done.

Erkk???



Hepi New Year~

Tata 2010. Hai 2011.

P/s: Too much stories, too much feelings, too much so-so-and-so had happened this year.. Yet it was still there.. Deep inside in my heart~

Never forget~! Memories remain forever~!

Wednesday, December 29, 2010

Reunion SKK 1996-2001

Salam alaik. Baru-baru ni kan, aku tak berapa sehat. Tapi kuatkan hati gak untuk balik ganu. Sebab dah janji ngan kawan nak g reunion. Disebabkan aku dah lama tak jumpa dorang, hampir 9 tahun. So better pergi je la kan. Hehe. Sebenarnya malas nak tulis panjang-panjang la. Hmm, kita tengok gambar je la eh. Opss.. Ada satu post yang related ngan sekolah rendah, sila klik sini --> Memori Hingusan.

Tadaaa~!!

Kucing terjah kek ni. Rosak sikit. Huhuk~

Gurlfriends len ade tak dapat datang. Takpe~

Childhood friends~

Shafira, Lili, Mardiyyah, Ramizah & Raihan~

Lepak-lepak lu~

Say cheese everyone:)

Makan kali ke-3 kot. Sopan je. Tapi sebenarnya... Haha~

Sume cakap aku makan banyak. Haih~

Chit-chat sebentar~

Tak perasan kena snap. Tapi rase macam cool je. Haha~

Kumpul dan sembang ramai-ramai~

Muka tak berubah pun. Macam kecik-kecik dulu gak~

Ust Hassan. Dulu selalu kena marah. Wuwu~

Aik. Garang nampak bro? Huhu~

Taaruf walaupun dah kenal. Nak taw perkembangan masing-masing~

My turn. Saya bla-bla-bla~

Perasan comel sebab ada orang nak amek gambar~

Gambar Kenangan SKK 1996-2001~

Guys~

Gurls~

Hehe~

Yey. Mizah nak amek gambar ngan saya~

Last but not least. With Lili. Hihi~

K la, tu je kot gambar. Malas nak upload banyak-banyak. Nak tulis banyak-banyak pun malas. Haih, apa nak jadi ngan ang ni.

Aritu masa jumpa dorang, banyak giler benda-benda nakal yang kami-kami buat masa kecik dulu terkeluar balik. Gelak-gelak tak tahan sebab banyak kes ngarut-ngarut la. Ade je yang tak berubah. Contoh aku, kawan cakap still macam dulu. Tak matured langsung. Haha. Apa nak buat. Sekali skala jumpa je kan. Hope next time lebih gempak sebab kali ni ada plan tak jadi. Ingatkan nak kuar jalan-jalan tapi ramai nak balik sebab lewat dah. Huhu.

Thanxs kat Quratu & Ust Hassan sebab jadikan rumah sebagai venue kita dan sediakan makanan yang banyak. Thanxs Cubik sebab tumpangkan aku naik kete bersama-sama Ramizah & Fadir. Kalu tak jalan kaki la aku jawabnya. Haha. Thanxs Zaim sebab jadi cameraman. Gambar ni dah lama aku tunggu dia upload baru leh aku update blog. Hehe. Dan akhir sekali thanxs kawan-kawan SKK 1996-2001 yang menceriakan zaman kanak-kanak aku dulu.

Aku dah maafkan sape-sape yang suka sangat sakat aku dulu-dulu. Sampai pernah ada rasa benci la, sekarang dah jadi memori. Haha. Korang nakal, nakal sangat tapi best woo~ Sebab aku dulu pun boleh tahan gak la nakal tu. Takkan lupa.

P/s: Memories remain forever~

Sunday, December 26, 2010

Adventure. Pain. Experience.

Salam alaik. Jumaat baru-baru ni, aku dan rakan seperjuangan yang lain terpaksa berhadapan dengan suatu cabaran yang agak dan sangat adventure. Mula-mula, kami dah tahu aritu akan belajar dan ada demo untuk Nasogastric (NG) Tube aka Ryle's Tube Insertion. Tahu tak apa tu NG Tube/Ryles Tube? Ia adalah satu tiub yang panjang yang dimasukkan melalui hidung sampai terus ke perut untuk memberi makan/minum. Selalunya dipasang pada pesakit yang tidak berkeupayaan untuk makan melalui mulut seperti biasa dan pesakit yang tidak sedarkan diri.

*cian teddy comel ni kena masuk NG tube* :')

Pada mulanya, aku ingat Sr Yee bergurau pabila menyatakan bahawa 'Choose your patner!'. Ingatkan saja-saja je la macam 'Aku buat kat kau, Kau buat kat aku'. Tapi ternyata Sr Yee memang serius. Kami dah mula ketakutan. Yela, tengok patient kena kat wad pun sampai ada yang menggelepar dan jerit-jerit. Sr pun akui procedure ni sangat menyakitkan. Aku cuba menyatakan yang aku selsema dan sakit tekak tapi itu bukan alasan. There's no problem and you have to do this as well as others. Gulp~!

First, Sr Yee wat demo kat salah sorang kawan kami. Aku sekadar memerhati dari bilik sebelah melalui kamera yang siap terpasang di dalam lab. Dalam bilik tu, ramai yang terjerit-jerit bila tengok demo tu. Scary you noe? Sangat fair la kira sebab Sr Yee sendiri jadi volunteer untuk dijadikan bahan eksperiment. Bukan kami-kami je tau.

Beberapa katil dan CI tersedia untuk kami mulakan operasi secara besar-besaran. Melihat reaksi kawan-kawan yang pelbagai, aku akui tidak sabar untuk merasai apa yang mereka rasakan namun takut jugak! Bayangkan masuk air dalam hidung pun dah sakit sangat. Ni nak masuk tiub dari hidung sampai ke perut. Urgh~!

*You can imagine but u'll never know how it feels til you experienced it by urself*

Ada yang muntah-muntah, berdarah, yang tak dapat masuk, yang tarik keluar sendiri pun ada. Masing-masing punya pengalaman tersendiri. Bercerita tentang pengalaman aku pula, aku dengan Farahin sebagai couple yang ke berapa entah yang wat. Aku mulakan dulu. Alhamdulillah, walaupun cara nak measure panjang tiub tu pun aku tak mahir lagi tapi aku berjaya. Tertulis di wajah kawan ku itu betapa derita dan sakitnya perasaan itu. Aku pulak cuba kuatkan semangat.

Yang paling aku risaukan, aku bakal muntah dengan banyak. Dan itulah yang berlaku. Al-kisahnya, pagi tu aku tak tahu kena wat procedure kat membe sendiri. Pagi tu aku sangat lapar. Aku balun je 4 keping sandwich sardin, 1 bekas puding, 7-8 biji gula-gula & sedikit asam. Ceh, macam nak masak je. Haha. Sape-sape yang tak makan or makan sikit je beruntung, muntah pun takde apa nak keluar. Tapi tiba time aku.. Erkk?

Sebelum farahin masukkan NG Tube kat hidung, aku siap-siap baca doa dulu. Dah sediakan sedikit air untuk ditelan kerana procedure tu memerlukan proses penelanan supaya senang tiub nak masuk. Plastik kuning untuk tadah bahan-bahan tek cerna pun tersedia di depan aku. Mula-mula, tube masuk seperti biasa tapi sampai satu tahap aku rasa sakit giler kat tekak, dapat rasa tiub tu masuk, aku batuk tak henti-henti. Sampai la tube tu coiled dan rasa kat mulut dah. Nak taknak, aku tak tahan dan terus tarik tiub keluar.

Ok, cubaan pertama gagal. Aku dah mula nak muntah-muntah. Cubaan kedua diteruskan. Menurut kawanku, kali kedua ni lebih smooth dan senang nak masukkan. Aku cuba sedaya upaya tahan sakit. Air mata dah mula keluar. Aku telan-telan-telan tapi terasa tiub tu kat tekak. Nak bersuara memang tak mampu dah. Nak bernafas guna mulut pun sakit. Sebelum sempat kawan aku cek betul tak masuk kat perut, aku dah muntah banyak giler. Sound macam geli giler kan bile sebut muntah. Tapi tu la, kat situ asyik dengar uwekk-uwekk-uwekk.

Sampai CI pun tegur bau macam sandwich sardin. Aku pulak boleh tergelak tanpa suara. Seyesly, feel like dying sekejap. Bukan masa nak masuk je derita, tapi masa nak keluarkan, rasa cam arghh~! Couldn't be explained. You've to experience it by urself, then u know how suffer patients they are. Aku rasa bersyukur giler pas mende alah tu takde tapi sedikit sebanyak masih terasa di keronkong. Bak kata sorang tu, rasa senang nak nafas sebab takde halangan dah kat hidung, sume dah bersih. Tak senonoh tol, tapi sedikit sebanyak ada kebenaran di sebaliknya. Haha.

Terima kasih kawan-kawan. Kamu memang berani. Setakat ni batch kita je yang wat kat membe betul-betul. Im proud of you. Kesihatan bukan penghalang kejayaan walaupun ramai yang bagi excuse tak sehat. Hehe. Cuma ada kesilapan Sr Yee sengaja wat, kita yang tak sedar. Bear in mind!

Yang pasti, semua yang dah rasa tu akan cakap: Cukuplah sekali! No more NG Tube Insertion!

Biarpun menyakitkan, namun bila dipandang dari sudut positif, it was the one of memorable experience ever. Painful but fun. Terbaik!

P/s: Terkenangkan sesuatu~

Friday, December 24, 2010

Tak Sehat.

Keesokan harinya, aku berjaya wat venipuncture dan insert branula kat tangan kawan (untuk entri lepas, sila klik sini). Selepas bersusah payah cari vein yang sesuai dan ketidakyakinan yang ada dalam diri, sikap ingin mencuba diteruskan. Alhamdulillah, cubaan pertama untuk second day berjaya. Then aku nak try ag insert branula kat tangan orang lain pulak, tapi failed. Erkk? Praktis lagi~!!

Unfortunately, malam tu aku sakit tekak, batuk & selsema teruk. Badan pun ala-ala panas sikit. Awal giler aku tido, kul9.40 malam rasanya. Infection kah? Erkk..

Berada dalam kelas siang tadi, memang ramai yang batuk-batuk dan selsema. Siap pakai mask masa belajar sampai lecturer pun naik rimas tengok. Aku pulak pakai je la kan sebab taknak sebarkan virus kat orang lain pulak. Walaupun sebenarnya naik rimas sebab nak bernafas pun tak selesa.

Dalam lab tadi, aku sengaja duduk kat penjuru sorang-sorang. Kalau ada yang datang dekat, aku cakap: "I'm spreading virus. Stay away from me!". Tu sebelum pakai mask ag sekali la. Sebab taknak ketinggalan belajar sumthing arini, aku paksa diri pakai mask ag. Dan disebabkan aku ni rendah sikit dan sengaja duk belakang sekali, of course la tak nampak depan kan bila orang lain berdiri sekeliling.

Lastly aku amek kerusi dan berdiri atas tu. Fuyoo~ Saya paling tinggi! Huhu. Tak kisah la orang nak cakap pe, yang penting aku ok dan selesa. Tapi for sure la aku tak selesa, dengan tahap kesihatan yang kurang memuaskan. G klinik tengahari tadi tapi tutup pulak. Bersyukur sebab ada kawan berikan paracetamol ngan ubat selsema.

Dan tak semena-menanya aku ponteng kelas RKUD petang tadi, Philosphy of science sebab taknak bangun dah lepas berbungkus ngan selimut dengan selesanya. Terima kasih.

Weekend ni nak balik ganu sebab ada reunion SKK. Walaupun kesihatan tak memberangsangkan tapi bila ada kawan yang suh datang gak, rasa tak sampai ati lak tak pergi. Sebab pasni susah dah nak dapat peluang camni. Hampir 9-10 tahun kot tak jumpa.

"Ya Allah, berikan ang kesihatan yang baik ye. You are the One who can cure me. Ameen." :')

P/s: Semoga Bff saya sihat sentiasa dan semoga Bff saya lagi sorang tabah hadapi ujian Allah.

Tuesday, December 21, 2010

Lab. Cucuk. Snap.

Salam alaik. Arini seperti biasa, kami masuk lab untuk praktis procedures yang dah belajar. Selalunya bila wat self practise ni, aku selalu bosan sebab wat keje ngan patung kan. First, aku praktis untuk Intramuscular (IM) injection dan Subcutaneous (SC) injection. Aku bab-bab injection ni memang perlukan lebih praktis sebab aku akui, aku masih tak competent.

Walaupun lulus untuk dressing (cuci dan balut luka sekali) masa OSPE aritu, aku masih perlukan banyak latihan. Kadang-kadang kita tak sedar dah break sterility which memang kesalahan besar la. Tapi dressing is one of the procedures yang aku suka jugak la kiranya.

Ok, entri kali ni lebih banyak pics taw. Bukan selalu amek gambar dalam lab. Enjoy~ :)

Men'capub' sekejap~

Baru pas wat injection~ Eh jarum tak nampak ah~

Pakai sterile gloves paling kecik saiz 6. Tapi still longgar~

Squeezing cotton balls with normal saline by using bryant forceps~

Cuci luka ye~

Tunjuk bakat. Ada gaya tak? Haha~

Thumbs up~

My group members for this sem~

Wiiii~ Nampak tak banyak equipment kat atas cardiac table tu~

Disebabkan group aku tak ada Clinical Instructor (CI) in-charge, dan tahu-tahu pulak group sebelah wat venipuncture, apalagi jom! Aku memang lama dah nak wat mende ni. Maklumlah, dah lama belajar tapi takde peluang nak wat orang betul. Masa posting aritu ada mintak ngan lecturer tapi dia tak bagi.

Bagi sesetengah kawan aku, ada yang dah berpeluang untuk wat venipuncture kat wad tapi perlukan latihan dan teknik yang betul. Aku memang offer je sape-sape nak cucuk aku since aku jenis tak kisah nak tahan sakit. Tapi taknak la sakit sangat kan. Haha. Pastu tukar-tukar orang sape nak cucuk sape.

First tadi aku nak withdraw blood Farahin tapi FAILED! Argh~ Takpe first try la katakan. Tapi sian dia cakap sakit. Soew sangat. Huhuk. Pastu Jira withdrew blood aku lak, dan sebab urat-urat nampak jelas kat tangan aku, senang la nak cucuk kan. Superficial je.

Then, Ali pulak nak insert branula kat tangan aku. Orait. Sakit sikit masa masuk tapi FAILED. Maaf, sila cuba lagi. Then aku try kat dia pulak, Aiyaaaa~ Aku baru tahu aku ni nurse yang merbahaya. Mula-mula aku wat tak jadi. Wat ag sekali, ok nampak darah masuk tapi teknik aku salah. Aku tarik jarum tanpa masukkan branula. Tak pasal-pasal bengkok kat dalam vein. Mak aihh, sakit giler kot. Soewwww~

Means I need lot of practices!

Cucuk jangan tak cucuk~

Tak dapat. Then CI tolong pulak~

Tukar-tukar turn~

Tangan Farahin berdarah. Aku wat tapi yang darah sikit tu. Hehe.

Ela berjaya walaupun first try. Kagum~

Kak Intan berusaha~

Aku volunteer nak kena cucuk~

Searching the vein~

Ok. Dah nak cucuk. Bismillah~

Nampak tak darah dah mula masuk sikit?

Berjaya! Hehe. Sakit ciput je~

Jadi mangsa untuk IV cannulation pulak.

Dah cucuk. Yang ni lebih sakit~

Ouch~ Huhuk. Tapi aku steady je. :)

P/s 1: Ternyata aku sangat kurus! Semalam timbang berat 39kg. Yey! Tapi tak sure penimbang tu betul tak.

P/s 2: Cita-cita nak donate blood tak pernah tercapai setakat ni. BMI underweight of course.

P/s 3: I'm still learning guys. Full of mistakes but learning from it.

Sunday, December 19, 2010

Best Chance.

Allah. U gave me the best chance tonite.
Credit to: Bffs.

Aku baru selesai meeting. Baru ber-YM dengan Bff, si Azza Hana, tiba-tiba datang satu peluang yang tak pernah aku sangkakan. Seperti suatu ketika dulu jua.

Aku speechless. Taktaw apa yang perlu aku katakan. Tersentap dengan peluang yang datang tiba-tiba.

Jemari ku ligat mencari nama Azza Hana dalam list phonebook. Maklumlah, hp aku tak berapa nak betul tu menjadikan aku gelisah sebab lambat sangat. Bila jumpa, tak dapat pulak. Asyik engaged je. Aku makin nervous. Tak ingin aku lepaskan peluang yang sesekali datang dalam hidup ku ini.

Tepat jam 10.03 malam mengikut jam di hp ku, getaran terasa di tangan ku. Nama Azza Hana tertera dan segera ku angkat. Hmm, SUARA ITU!! Berbulan tak kedengaran.

Bicara ku yang hilang kini kembali. Walaupun dalam hati berkira-kira apa yang perlu dikatakan, namun bicara yang spontan itu lebih seronok bukan?

Beberapa perkara yang aku tak tahu diperjelaskan. Tentang nasi goreng sotong! Erkk?

Aku langsung tak sangka ada perempuan yang bersama beberapa lelaki makan nasi goreng sotong disangka aku kerana nampak betul-betul sama. Orang tu berisi sikit kot sedangkan aku makin kering dan tak berubah pun. Yang jelas memang bukan aku. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya salah faham tu dah diperbetulkan walaupun ia dah berlalu sedangkan aku baru ketahui.

Takpe, aku tak kisah. Asalkan semuanya ok je. Tapi tu la, aku terkejut sebab aku keluar ngan 3 orang laki? Errkk. Kalau kawan-kawan aku keluar ramai-ramai pernah la tapi jarang sangat. Kalau aku sorang je, macam mustahil je. Kat tempat aku tak biasa pulak tu. Hmm, abaikan ye ang.

Erkk.. Satu ag, aku akan tegur orang aku kenal lebih-lebih ag yang baik, yang rapat or aku mmg kenal. At least pun senyum la kan. Aku takkan wat pura-pura taktaw dan tak perasan. Sebab aku bukan camtu. Huhu. :)

Perbualan selama 14 minit 03 saat itu dirasakan terlalu cepat. Walhal punya peluang seperti itu pun sudah aku hargai dan bersyukur yang teramat sangat. Pesanan-pesanan yang sudah biasa ku dengari bergema di telinga.

Kesihatannya juga yang sudah sedia maklum ku ketahui itu pun telah ku duga. Apapun semoga sehat selalu. Aku pula nama je student nursing, kesihatan aku sendiri pun tak stabil. Sekejap-sekejap selsema, main ujan pulak tu. Haha.

Pape pun, aku doakan yang terbaik untuk semua orang. Kemudian, aku call Azza Hana pula. Sangat berterima kasih dan sayang akan Azza Hana. Azza, awak tahu siapa awak dihati saya kan? Kita kawan sampai mati taw? Dunia akhirat k.

Dan terima kasih pada kamu berdua. Love both of u alot~

Hmm, banyak ag la dalam hati ni nak cakap tapi bukan semua yang terluahkan. Peluang yang ada takkan aku sia-siakan. :)


P/s: Smile alwez. Ya Allah, thanxs for everything. I pray the best for them.

Teman Ku.

Petang tadi beberapa mesej masuk dalam peti inbox ku. Kelihatan nama adik lelaki ku, Yed menghantar beberapa mesej. Ah, dah lama betul tak dapat mesej yang comel-comel. Maklumlah, zaman sekolah dulu suka betul forward mesej kat kawan-kawan. Sekarang takde masa dah nak wat camtu kan. Haha.

Tapi ada satu mesej yang terkesan dihati:

Ya Allah,
jagalah temanku dikala penjagaanku tak sampai padanya,
sayangi dia dikala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,
perhatikan dia dikala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja,
kerana Engkau punya segala yang ku tak punya,
kerana ku ingin dia selalu menjadi temanku di dunia,
dan berharap bertemunya di syurga
kerana aku menyayanginya.
Ameen~

P/s: Kata-kata dalam hati adalah doa secara senyap. :)

Saturday, December 18, 2010

Main. Kerja. Pening.

Semalam selepas berdiskusi beberapa perkara tentang baksis dengan beberapa orang kawan, aku pulang ke kamar. Melihat satu mesej tertera di skrin telefon bimbit ku memberitahu esok akan diadakan netball training pada pukul 7.15 pagi bertempat di court depan KOM.

Ok. Dah lama tak exercise. Aku pun terasa tak sabar nak main untuk interbatch dan interkulliyyah punye match nanti. Walaupun tak sehebat yang lain, enjoy je la kan. Maklumlah, zaman dulu-dulu aktif main netball zaman sekolah rendah kot.

Kesan mengantuk yang amat ketara membuatkan aku dan kawan sampai pada pukul 8 pagi. Eh, mana yang lain? Mata masih tercari-cari kelibat pasukan kami. Tapi yang jelas lagi nyata, hanya senior-senior 3rd dan 4th year kelihatan berserta mereka dari kulliyyah lain.

Hampir saja aku dan kawan pergi meninggalkan tempat tersebut dengan anggapan yang lain training kat court lain kot. Dengan kadar segera, nama ku dipanggil. Owh, ternyata memang aku berdua je dari 2nd year yang datang.

Bermain dengan mereka yang berlainan tahun dan course agak menarik. Aku masuk blue team. Mula-mula di position C. Kemudian bertukar-tukar main WD pulak. Court yang basah dan dipenuhi air bertakung tak menjadi masalah. Cuma ada yang tergelincir tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Setelah bermandi peluh pada pagi yang dingin, kami ke library dengan harapan dapat cari sources untuk group assignment. Tapi nasib tak menyebelahi, aku tak jumpa satu buku pun di sana. Baik, lain kali cuba lagi. Fighting~

Entah mengapa, minggu pertama sudah dirasakan banyak dengan kerja yang hendak dibuat. Itu ini itu ini. Modul dan aktiviti untuk baksis masih dalam pencarian. Slides untuk seminar perlu dibuat secepat mungkin if possible. Bla-bla-bla.. Mungkin beberapa perubahan perlu dibuat. Maksudnya, errkkk.. Entah! Haha. Dah start pening la ni.

Yang penting, enjoy myself~!! Takmaw stress-stress ok~ :)

*ngee~*

P/s: Apa khabarnya disana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...