Salam alaik. Arini ni aku rasa pelik. Maksud aku banyak ketidakselesaan. Pagi tadi kelas berjalan macam biasa. Pretest tadi alhamdulillah, mudah dan tak sesusah yang disangka. Hanya perlu identify endrocrine organs. Masa kat lab pulak, baru aku sedar banyak kelemahan masa nak bagi injection. But practise makes perfect right?
Petang tadi pas asar aku ada kelas Philosophy of Science. Tapi langsung tak dapat fokus, terganggu dan macam-macam penyakit pulak datang. Nak dijadikan cerita, tadi aku ada makan makanan ringan pastu simpan bungkusan plastiknya dalam beg aku dulu. Sementara tunggu kelas, kami rehat kat musolla KOP. Otw nak masuk kelas baru aku buang dalam tong sampah.
Tapi tak sangka la pulak, si-si kecil yang rajin datang dan hurung la beg aku tu. Rezeki kan takkan dorang nak tolak. Aku dengan selamba la pakai balik selendang yang aku letak atas beg tu. Masuk kelas tiba-tiba aku rasa ada mende yang merayap kat muka aku. Tak selesa. Baru perasan, ada semut kecik merah tu.
Apalagi, muka aku rasa geli pastu mata aku rasa gatal semacam je. Boleh pulak aku tenyeh mata aku sampai merah sambil carik semut kat muka aku tak jumpa-jumpa. Haih, takleh jadi ni. Arkkk.. Ternampak banyaaaaak semut kat beg aku. Tidaaakkk!! Aku terus campak semua yang ada dalam beg tu tak kira handphone ke spek mata aku ke, abes aku keluarkan. Main campak je.
Tak pasal-pasal aku selsema campur pedih mata yang wat aku macam tak tentu arah dalam kelas. Sampai ada yang sangka aku sedih la, nanges la. Huhu. Tapi memang muka aku nampak macam tu pun. Sebab tak tahan sangat kan, aku terus g tandas nak buang semut-semut kat selendang aku tu. Maaf wahai si kecil kerana ada diantara kamu terpaksa aku korbankan dengan memijak-mijak kamu. Bukan dengan rela hati, maafkan aku~
Dalam kelas aku memang tak duk diam la dan harap sangat kelas cepat-cepat habis. Dah mata pun bengkak sikit tadi, selsema, campur lak perut teramat-amat lapar. Sampai bilik je aku terus makan dan tidur. Tak larat nak rasa serabut dah. Tapi kat bilik aku pun, ada je si kecik tu. Argh~ Geram dan terpaksa jentik sekor demi sekor. Teringat pulak animasi Ant Bully. Owh, suka betul kartun tu. Comel. Hehe.

*sgt tak selesa*
Tadi kawan aku da bagi panadol, telan sebiji walaupun aku ni bukan suka makan ubat. Tapi perlu jugak makan malam ni. Telan je la. Sepatutnya sekarang ni aku tengah meeting untuk Biro Info, namun apa kan daya. Tak dapat hadirkan diri walaupun nak sangat. Aku ni sangat jarang nak skip meeting. Aku akan cuba g jugak camne pun. Tapi bila fikir balik, kalau pergi aku akan lebih menyusahkan diri aku dan orang lain. Aku mungkin menjadi salah seorang daripada penyebar virus disana. Ok ang, duk diam-diam sorang-sorang dalam bilik k? Orang lain g meeting, bye! Haih~
Sebelum aku bukak netbook semata-mata nak tulis entri ni, entah nape hati aku dilanda sayu. Mungkin sebab tak sehat campur sorang-sorang, jadikan aku sedikit sensitif. Tiba-tiba aku nanges tak henti-henti yang sangat teruk jugak la. Macam nanges untuk lepaskan yang terpendam. Tangisan rindu kah? Mungkin, sebab aku rindu semua orang yang aku sayang. Aku rindu mereka namun aku tak mampu luahkan dam berharap mereka tahu yang Raihan Madihah sedang merindu. Family, BFFs, dan lain-lain~
Aku tak sangka langsung akan nanges teruk camtu dengan tiba-tiba sambil dengar mp3. Entah berapa tisu yang aku habiskan. Erkk, sebenarnya campur ngan selsema memang la banyak. Hehe. Terima kasih pada bff yang pesan kat aku supaya lain kali bawak tisu. Jadi aku ada la stok tisu sikit dalam beg. Namun tangisan terhenti semasa tangan galak menari di papan kekunci. Sekarang rasa ok dah. I'm ok now bebeh~!!
P/s: Argh~ Izinkan aku jadi anti-semut untuk seketika.
No comments:
Post a Comment