Sunday, April 22, 2012

Batch 6th's Disaster Drill.

Salam alaik.

Pada 18 April 2012 yang lalu, my class ada satu assignment untuk subjek Emergency & Trauma dan ianya lebih kurang ala-ala role play la. Tapi bezanya kami perlukan latihan terlebih dahulu dan ianya dibuat on the spot. Kalau role play, tak jadi boleh record balik kan. Hehe.

Disaster Management ni berkisarkan kemalangan kenderaan yang melibatkan ramai pihak. Para pelakon terdiri daripada classmates yang menjiwai watak sebagai mangsa, JPAM, bomba, prehospital team, hospital team, polis dan sebagainya. Thanks to our director Cik Izat yg bersusah payah nk cipta scenes dan handle budak-budak nakal semua ni. Hehe.

Apapun aku sgt appreciate semua sumbangan yang diberikan. Ia merupakan satu pengalaman berharga dimana kami adalah 1st batch yg buat this kinda assignment. Hehe.

Owh aku punya cerita pulak ye. Hehe. Untuk Disaster drill ni aku lakonkan watak sebagai driver yang mengalami kecederaan di bahagian cervical. This type of injury needs serious attention. So pihak yang terbabit keluarkan aku dari kereta dan letakkan diatas spinal board. Ya Allah, matahari waktu tu memang panas gila menyebabkan aku tutup mata je sepanjang kena angkut ke hospital (risau sebab masa tu pakai lenses). Tapi perasaan diangkut oleh mereka bagaikan diawan-awangan. Haha.

Mcna cakap aku ni boleh tahan beratnya. Yeke? Haha. Sampai dihospital, berbagai treatment olok-olok yang diberikan. Errk maksud aku takkan la nak insert branula, CBD, etc betul-betul kan? Hehe. Alhamdulillah. Selepas selesai penat lelah dan kepanasan berjemur dikala terik mentari, kami pun beransur pulang setelah menyejukkan tekak yang kekeringan dgn sedikit air di cafe. Huhu.

Mangsa & pemangsa. Eh? :p
Aku tak sempat ngn amek gamba ngn mangsa team sbb makeup kan mangsa lain. Huhu. Ni jela sempat.
Mangsa yg bajet ayu. zzzzzzzzz..
Our batch 6 Only. Problematic but fantastic batch ever. :)
With hospital team. Owh supposed pt with cervical injury xleh bangun. Tp ni da abes lakonan.
Dgn segala kelengkapan hospital. Owhhh sunburn....!!!
Aku jadi makeup artist utk semua mangsa. Full with blood dan  lebam-lebam. Sian mangsa-mangsa sekalian.
With driver, nurses & MA.
P/s: Posting & final exam await.

[I-fest 2012] Health Check-up & Exhibiton.

Salam alaik.

Hujung minggu lepas, I-Fest 2012 atau IIUM Fiesta 2012 telah berlangsung pada 14 & 15 April di Berjaya Megamall, Kuantan. Buat pertama kali diadakan ditempat awam sebegini. Event sebelum ni mcm IKOD wat dalam UIA je. Hm mencari kelainan agaknya. Seperti biasa setiap KBS akan bukak booth masing-masing. Booth nursing semestinya ada medical check-up & exhibition. Tu memang wajib dah. 

Aku rasa sejak 1st year memang aku dah start join medical check-up ni. Dan pada masa tu 1st time kulliyyah start wat. Kalu tak silap dulu aku pinjam baju Kak Bad sebab biasa la, masa 1st year tak dapat uniform ag. Hehe. Hm kalu tak silap ni medical check-up ke-5 kot aku terlibat. Erkk ke lebih? Hm tak ingat. Lagipun masuk 4th year nanti rasanya tak join dah mende camni. Bagi kat junior-junior lah kan. Hehe.

Hm ok. I-fest kali ni aku tak jaga bahagian medical check-up. Tapi pergi jugak tolong backup kawan-kawan yang nak rehat or yang ada keje masa tu. Most of the time duk bahagian exhibition  dan jugak ajar female client pasal BSE. Nak demo choking? Erkk. Aku tak lepas yang adult kecuali baby punya. Kena pukul patung tu baru lepas. Tapi takleh wat kat orang betul la. Sakit. Haha. Tapi bangga jugak la bila dua tiga kali dapat wat dengan cara yang betul lepas beratus kali tak jadi. Acece~ Haha.

Hm seyesly I was so tired during both days. Sebab committee mmg kena stay sampai abes melainkan volunteer je yg ikut syif masing-masing. Thanks sangat-sangat pada all volunteers esp my friends yang sudi jugak terima pelawaan last minute dari aku. Korang sgt membantu. Apapun target kita memang capai. Ramai sangat orang datang sampai kena tambah glucose strips lagi.

Our Nursing booth. Yes. Ours!! Haha
Choking demo. Pamphlets. BSE.
Adult tak pandai wat. Baby boleh sebab kecik.
Tak tahu dari mana dorang ni datang. Tapi best sebab dorang kecoh je.
Sempat je nk bergambar ramai-ramai kan. :)

I was enjoying myself to be there walaupun penat teramat, and everybody noticed. Huhu. For You-Know-Who, I was so sorry for those days. I became not-me for few times as my mood changes. Thanks for the surprise. Thanks for being there secretly about 10 minutes without telling me. And   thanks for being sooo patient with me. Mirror mirror on the ground~ I am somewhere around~ Huhu.

P/s: Tudung bawal printed aku yang kaler purple hilang masa 1st day. Letak dalam beg tapi taktaw terjatuh ke apa. Sedih. :'(

Wednesday, April 11, 2012

Not Feeling Well.

Salam alaik.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya adalah sihat sebelum sakit. Hm I really had a bad day. Selsema tahap apa ntah. Nak taknak terpaksa naik Level 2 pergi lab dan cilok mask berserta beberapa tisu. Tak tahan sangat dah asyik bersin dalam kelas. Selain daripada prevent infection daripada terkena orang lain, baik aku sakit sorang-sorang je. Huhuk~

Yes seyesly aku bersin sangat la kuat. Sampai lec pun terkejut. Owh kawan-kawan of kos la terkejut. Dorang dah biasa dengar dalam kelas. Hahaha. Sorry guys. Aku memang suka wat pencemaran bunyi kan. Aigoo. Camne lah nanti nak jumpa mak mertua. Kena control woo. Hehe.

Tengahari tu keluar g makan kat Hai Peng ngan kawan2 n senior2. Fuh, sedap jugak makan laksa walaupun selsema. Lapo punya pasal kan. Roti kawen pun sedap. Lama dah tak makan. Hm balik makan tu aku singgah KP g beli kek. I was craving for that cake sooo long. Tapi bagi kat orang yang lebih memerlukan. Errkkk maksudnya? Hahaha.

Ubat selsema ni Gra yg punya. Pasni taknak makan dah. -.-'
Ok dah mengarut aku ni. Sambung-sambung. Hm malam tu memang aku tak dapat menahan diri dah. Rumet pun dah bising suh aku makan ubat. Erkk nampak tak kat pic tu tulis makan satu je. Satu je kan? Aku tibai 2. Aaaaa. Apalagi tido la. Sori awok, saya tido tak cakap.

Hm tapi kan. Effect ubat tu wat aku tak selesa. Sakit tekak n nausea. Rasa macam nak demam kura pulak. Hm actually aku pun taktaw aku demam ke tak. Apapun aku memang nak cepat sembuh. Ya Allah, berilah kesembuhan padaku.

P/s: Apa yang berlaku ada hikmahnya. Semoga ia menjadi kafarah dosa ku yang lalu. :)

Tuesday, April 10, 2012

Emy's Birthday.

Salam alaik.

This entry is specially wrote for someone who always make my day and be by my side.

This is for you Emy. 

HAPPY BIRTHDAY TO YOU. 
10th April 2012.
SWEET 22.
May Allah bless you and family.
Hope all your dreams come true.
Be happy. Smile always. Be healthy.
I always pray for u. For us.

Special delivery for you. :)
Couldn't see you on your birthday. But its okay as long as you are happy to receive special made card and cake. Hehe. Your besday present? Hmm wait ha! ;)

P/s: Thanks for everything. :)

Monday, April 9, 2012

Handmade card.

Salam alaik.

Nak wat esaimen ke nak wat kad? Esaimen ke kad? Mana satu ni? Ok. Wat kad lah. Memandangkan kad kena bagi esok. Esaimen pun esok kena submit sepatutnya. Opss, esaimen boleh anta jumaat paling lewat lah. So I choose to make a handmade card lah. Hehe. Alasan.

Hm. Ok kertas colour ada, gunting ada, gam ada, magic pen ada, pensil colour pun ada. So.... Idea! Kamon idea. Where are you? Jeng-jeng-jeng. Follow the flow jelah. So aku wat apa yang timbul dalam fikiran secara tiba-tiba. Hehe.

Lukis. Gunting. Susun. Tampal. Tulis. Warna.
Love. There is only love I could find.
Tadaa. Dah siap! Tapi takleh tunjuk sini. Tuan dia je bole tengok full version. Hehe.

P/s: Taktaw nak wat surprise ape. But I made this from deep of my heart. :)

Nyummy. Hehe.

Salam alaik.

Baca tajuk entri pun da boleh agak post ni berkaitan ngan makanan. Kan? Hehe. Nyum-nyum. Dah lama tak makan western food bila duk kuantan. Teringat lak dulu zaman duk PJ. Selalu je beli chicken chop takpun maryland kat cafe ZC. Paling suka sos dia. Waaa~

Jeng-jeng-jeng. Tiba-tiba Pipah cakap Kak Nemah ajak g makan kat Restoran Jelita. Memandangkan aku tak pernah makan ag kat situ dan ramai yang kata sedap. So aku join jela sambil-sambil teman dorang berbuka puasa. Owh sebenarnya ramai yang g. 2 buah kereta. Aku ingatkan sikit je. Best sebab meriah. Hehe.

Order barli ais. Sedap gak.
Yang ni best. Black Pepper Steak. Jiwa aku mmg jiwa black pepper lah. Sodap~ Haha.
Adoi. Selekeh betul aku ni. Haha
Pas abes makan-makan, kitorang singgah masjid negeri. Solat maghrib ngan isya' terus kat sana. Tiba-tiba teringat lak setiap kali puasa, classmates pakat berbuka puasa kat padang besar depan masjid. Tahun lepas tak merasa sebab cuti masa puasa. Tahun ni harap-harap dapat sebab waktu bulan puasa nanti kami posting. Erkk posting di bulan puasa? Tak pernah. Huu. 

P/s: Org cakap satay zul kat situ sedap tapi tutup lak. Errk zul? Hehe.

IIUM Kuantan Campus Badminton Championship (Interteam) 2012

Salam alaik.

IIUM Kuantan Campus Badminton Championship (Interteam) dah berakhir dengan selamatnya. Alhamdulillah. Segala suka duka duri dan liku berjaya aku dan kawan-kawan tempuhi pada 8 April 2012 bersamaan hari Ahad yang lalu. Seyes guys, we tried our best. Rasa sesak nafas pun ada. Sebabnya tarikh yang available pun cukup-cukup makan je. Nak tak nak dalam masa tak sampai seminggu, kami kena prepare dan expect the unexpected.

Aku selaku committee pub and pro sedaya upaya cari 6 groups utk sisters, manakala akmal cari 6 groups utk brothers. Rasanya cari group bro ag senang dari sis. Ini serius bukan main-main. Alhamdulillah kami berjaya cukupkan semua team yang ada. Cuma terkilan bila ada yang tak begitu serius bila menarik diri saat-saat akhir. Aku terpaksa plan balik perubahan tersebut. Alhamdulillah, it went well lah.

Kat tangan penuh ngan kertas macam-macam. -.-'
For my part, untuk hari kejadian aku sebagai group leader Court A mestilah menyusun jadual utk anak-anak buah ku. Sapa nak jadi Umpire? Sapa nak jadi line judge? Semua taknak. Haha. Apapun cikgu dah cakap semua orang kena jadi at least sekali. So berpeluh-peluh jugak la nak siapkan jadual walaupun teramat sibuk. Malam sebelum kejadian, aku panggil anak-anak buah (erkkk.. sejak bila ada anak buah ni?) untuk bersama-sama revise balik pelajaran kami ttg badminton. Skill tu penting weh. Ilmu pun penting. Paling risau bila nak tanda score sheet. Especially utk game double.

Tinggi kot naik atas tu jd umpire. Bagi aku la. Haha
Walaupun banyak kesilapan dan kadang-kadang player sendiri yang betulkan, banyak aku belajar sebenarnya. Score sheet dah kena conteng macam ape dah. Haha. Yela, sebelum ni bukan tahu sgt pasal badminton kan. Tahu pukul shuttle je. Dah belajar baru la faham dan excited pulak. Haha.

Duk sebelah Mcna. Jadi line judge.
Masa jadi line judge ntah pape je aku ni. Fokus tak fokus je. Haha. Orang lain pun sama. Aku tahu kadang-kadang bosan je kena duduk tengok shuttle. Apapun belajar dan mengajar adalah sesuatu yang bagus. Aku taktahu kawan tolong betulkan, kawan taktahu aku pulak tolong betulkan. Best taw (walaupun ada ketika aku emo jap). Haha.

With my classmates of badminton class.
Seronok bergambar. Penat tak penat memang tak kira. Gambar tetap gambar. Haha. Aku rasa majoriti kelas aku yang 1st time handle tournament macam ni. Termasuklah diri aku sendiri.

All of us including Mr Koh, our coach. Errkk cikgu la.
Enjoy this class so much.
At the end of event, I was exhausted. Huhu.
Akhirnya kami berjaya habiskan kelas badminton skill 2 dengan jayanya. Walaupun semput kena cover kelas before posting tapi berbaloi. And the truth is I was really into this badminton class. Thanks everybody esp cikgu. :)

P/s: Bila nak hayunkan raket lagi sekali? Hee.

Sunday, April 1, 2012

Newborn Babies.

Salam alaik.

Takmaw cerita panjang. Petang ni aku bakal kembali ke bumi kuantan tercinta. Uhukk~ Dikala mood berassignment tak berkunjung jua, so aku pun post jelah entri ni sekadar memenuhi ruang-ruang belog kesayangan ni yang taktaw bila akan terupdate lagi.

Sebelum bercuti baru-baru ni, aku dikhabarkan dengan 2 berita gembira. Alhamdulillah. Dapat menyambut kelahiran-kelahiran baru dalam keluarga. Hehe.

1. Anak-anak kucing baru.

Dah lama tunggu. Ingatkan Gemok ni tak beranak dah. Perut kembung berbulan-bulan tapi anak tak keluar-keluar. Bila dah keluar, anak-anak dia besar sangat-sangat dah. Haha. Nape ni anak-anak kucing malas nak keluar ye tengok dunia baru? Kikiki~

Selepas anak-anak dia mati sebelum ni kerana terkena jangkitan virus waktu musim tengkujuh dulu, aku tak sangka Gemok bakal melahirkan anak lagi. Rindu nak bermain ngan anak kucing. Tapi masalahnya, aku mengalami selsema yang teruk selepas main-main ngan kucing. Bulu-bulu mereka membuatkan muka dan mata aku gatal-gatal. Resdung! Huhu.

2. Anak saudara pertama.

Alhamdulillah. Adik perempuan saya dah melahirkan anak sulungnya. Tahniah dan semoga diperolehi barakah. Sekarang aku pun dah naik pangkat jadi makcik. Oppss tanak! Macam tua sangat je dengar. Lagi sedap panggil Cik Ang. Haha. Psssstt.. Cik Emy nak jugak ke? ;p

Welcome to our family, Nur Iffah Mawaddah bt Yuslizan. :)


P/s: Seyes esaimen melambak tak bergerak. Aaaaaaa~ Untungla siapa yg rajin tu. Huhu -.-'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...