Salam alaik.
Takmaw cerita panjang. Petang ni aku bakal kembali ke bumi kuantan tercinta. Uhukk~ Dikala mood berassignment tak berkunjung jua, so aku pun post jelah entri ni sekadar memenuhi ruang-ruang belog kesayangan ni yang taktaw bila akan terupdate lagi.
Sebelum bercuti baru-baru ni, aku dikhabarkan dengan 2 berita gembira. Alhamdulillah. Dapat menyambut kelahiran-kelahiran baru dalam keluarga. Hehe.
1. Anak-anak kucing baru.
Dah lama tunggu. Ingatkan Gemok ni tak beranak dah. Perut kembung berbulan-bulan tapi anak tak keluar-keluar. Bila dah keluar, anak-anak dia besar sangat-sangat dah. Haha. Nape ni anak-anak kucing malas nak keluar ye tengok dunia baru? Kikiki~
Selepas anak-anak dia mati sebelum ni kerana terkena jangkitan virus waktu musim tengkujuh dulu, aku tak sangka Gemok bakal melahirkan anak lagi. Rindu nak bermain ngan anak kucing. Tapi masalahnya, aku mengalami selsema yang teruk selepas main-main ngan kucing. Bulu-bulu mereka membuatkan muka dan mata aku gatal-gatal. Resdung! Huhu.
2. Anak saudara pertama.Alhamdulillah. Adik perempuan saya dah melahirkan anak sulungnya. Tahniah dan semoga diperolehi barakah. Sekarang aku pun dah naik pangkat jadi makcik. Oppss tanak! Macam tua sangat je dengar. Lagi sedap panggil Cik Ang. Haha. Psssstt.. Cik Emy nak jugak ke? ;p
Welcome to our family, Nur Iffah Mawaddah bt Yuslizan. :)


No comments:
Post a Comment