Thursday, April 28, 2011

:')

Bertahan.. Bertahan.. Bertahan.. :')

Semuanya baik-baik saja..

Hepi always k.. Fighting!!


P/s: Thanks Allah.. and forgive me Allah.. You know the best.. :')

Saturday, April 23, 2011

Tak Terluahkan.

Salam alaik.

Mempunyai perasaan yang tak terluahkan umpama memendam kata dan menjeruk rasa. Perasaan yang akan dirasai di segenap ruang hati setiap makhluk bernama manusia. Perasaan yang pelbagai jenis dan berbeza antara setiap individu.

Banyaknya kata dan rasa yang terpendam. Luahkan semua? Mustahil. Dan jika ditutur dalam bicara, tak semua dan tak seperti yang dikata. Perkataan 'memahami' dari pendengar setia takkan sesekali sama dengan 'perasaan yang dialami' oleh si pencerita.

Its killing slowly. Tak dinafikan, meluah lebih baik dari memendam. Jika diluahkan pada orang yang dipercayai, sekurang-kurangnya beban diminda berkurang, perasaan lebih tenang, dan berat dipikul lebih ringan. Tapi ternyata, luahan itu hanya sebahagian saja. Ya, sebahagian kecil dari apa yang dirasa.

Persoalan, apakah semua benda perlu diluahkan. Mungkin tidak. Fikirkan dulu kesannya bagi kita dan juga orang lain. Bagi sesetengah perkara, memendam itu lebih baik. Biarkan didalam hati andai itu saja jalannya. Biarkan ia menjadi rahsia. Dan diiringi doa yang tulus.

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

**Mood: Listening to Cinta Sempurna- Yuna

Somehow, im feeling stronger. Masih tersenyum. Dan bersangka baik atas segalanya. Malah bersyukur dengan setiap peluang yang dianugerahkan. Sekecil-kecil peluang itu, bagiku amat bermakna. Dan aku disini mengerti dan menyokong sepenuh hati. :)


P/s: To my lil bro, HB. Have a blast. May Allah bless you.
P/ss : To my Bff, ada impian saya mungkin sekadar angan-angan je. Huhu. -_-"

Friday, April 22, 2011

Quote. Read. Ponder.

Salam alaik.
Tiba-tiba tadi datang angin nak cari quotations pasal everything happens for a reason. Tiba-tiba terjumpa banyak quotes lain yang best-best. Dan tiba-tiba jugak terKopi-Pasta kat belog heart-and-soul ni. Hee.

Marilyn Monroe
"I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together."
Marilyn Monroe
"The very least you can do in your life is figure out what you hope for. And the most you can do is live inside that hope. Not admire it from a distance, but live right in it, under its roof."
Barbara Kingsolver
Libba Bray
"You can never really know someone completely. That’s why it’s the most terrifying thing in the world, really—taking someone on faith, hoping they’ll take you on faith too. It’s such a precarious balance, It’s a wonder we do it at all. And yet.."
Libba Bray
Stephenie Meyer
"I like the night. Without the dark, we'd never see the stars."
Stephenie Meyer (Twilight)

Stephenie Meyer
"Now and then I see something in her eyes, and I wonder if I’ve ever grasped how much pain she’s really in."
Stephenie Meyer (New Moon)
Stephenie Meyer
"You're awfully small to be so hugely irritating."
- Edward to Alice"
Stephenie Meyer
J.K. Rowling
"It's going to be all right, sir," Harry said over and over again, more worried by Dumbledore's silence than he had been by his weakened voice. "We're nearly there ... I can Apparate us both back ... don't worry ..."
"I am not worried, Harry," said Dumbledore, his voice a little stronger despite the freezing water. "I am with you."
J.K. Rowling (Harry Potter and the Half-Blood Prince)
Albert Camus
"Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend."
Albert Camus

A.A. Milne
"Piglet sidled up to Pooh from behind. "Pooh?" he whispered.
"Yes, Piglet?"
"Nothing," said Piglet, taking Pooh's hand. "I just wanted to be sure of you."
A.A. Milne (Winnie-the-Pooh)
A.A. Milne
"Promise me you'll always remember: You're braver than you believe, and stronger than you seem, and smarter than you think.
--Christopher Robin to Pooh"
A.A. Milne (Winnie The Pooh Deluxe Gift Box)
William Shakespeare
"A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow."
William Shakespeare

...and many more...

P/s: Everything happens for a reason. For sure, Allah knows the best. He knows what we dont know. And dont pretend like we know everything.

Thursday, April 21, 2011

Tulis Je Pape.

Salam alaik.

Tadi baru je blogwalking. Most of my friends skg pun da rajin update entries. Hehe. Owh btw, kadang-kadang aku rasa jeles gak bila tengok some bloggers yang senang je nak tulis pape je kat blog dorang. Tak kisah la pasal pape kan. But i couldnt do just like that. For some reasons, aku nak elakkan misunderstanding, misconception, serkap jarang, buat orang menyampah, sakit hati, terluka or watsoeva la.

Kadang-kadang rasa je nak tulis je sume-sume kat blog ni. Nah, amek ko baca la sume. Nah! Nah! Haha. Kejam giler bunyi camtu kan. Tapi tak.. I am not that type of person. Bila nak tulis sumtin, aku fikir betul ke nak tulis ni, betul ke nak post ni. Lastly ended up ngan delete je post yang wat hati aku tak tenteram tu. Haha.

Agaknya aku ni nak jaga hati orang sangat kot? Takpelah. Tak salah pun.

Be cautious ngan certain things wat orang tak sedap hati ngan kite. Contoh, nak luah cam 'Aku tengah bengang giler ngan ko tau tak?', 'Aku tengah emo ni, apehal?', 'Ikut suka gua la'. Aku pernah je nak taip mende alah sume tu tapi tak tertulis pun. Bagus. Biar aku geram sorang-sorang daripada aku sakitkan hati orang, pastu rasa bersalah seumur hidup. Hee.

Tapi tak salah pun nak cakap sume tu. Luah je pape feelings. Bahagia. Gembira. Sedih. Marah. Boleh je, tak salah tapi... Asalkan kata-kata tu berpada-pada. Jangan melebih-lebih pastu ingat, takde yang perfect kat dunia ni. Entri ni tak refer kat sape-sape. Tiba-tiba tergerak hati nak tulis mende ni. K tata.

P/s: Only few words could make your day...

Wednesday, April 20, 2011

Reunion Kecik.

Salam alaik.

Today was awesome. Eh. Bukan main post sebelum ni aku cakap cuti ni bosan kan? Hehe. Arini i got the chance kuar jalan-jalan. Berjaya keluar dari kepompong. Erkk, maksud aku rumah. Tiba-tiba jadi rama-rama pulak dah.

Wah, member sekolah rendah dulu kot. Kalu nak bilang ikut tahun kan, sekarang ni umur aku 22 tahun, masa darjah 6 dulu umur 12 tahun. Whoaa, 10 tahun dah eh sejak zaman sekolah rendah dulu. What a long time. Tak sedar masa berlalu cepat je kan.

Konon-konon reunion kecil-kecilan lah ni. Haha. Bila jumpa mereka berdua tu, kitorang makan kt McD. Alang-alang bukan selalu jumpa, so on je la kan. Hee. Kami bertiga seronok makan sampai kenyang, sampai buncit. Pastu jalan-jalan macam tu jela. Nak harap selalu jumpa memang tak la kan. Masing-masing bawak hala tuju sendiri.

Rasa macam bukan aku je. Haha.

2 sets double cheese burger and 1 set...

Whoaa. 3 orang budak lapar eh. Hee.


Sungguh beruntung. Dapat pulak eskrem free. Yummy. Makan bersama childhood friends.

Me & myself. Sorry xletak gambar geng lama. hehe

Di akhir cerita..

-----------teeeeetttt-----------


Papepun aku hepi dapat jumpa ngan korang. Banyak gelak jugak eh. Walaupun ada part sedih bila aku cerita tentang aku. Hm, sedih eh? Haha. Gelak lagi best.

Ok, cuti panjang nt ada gak member aku yang lain ajak kuar. Im waiting! Wanna hang out wif my childhood friends again. Yang pasti kena habis kan short semester dulu. Yang lain jangan jeles. Hee.

P/s: Perut lapar balik pas sumbat double cheese burger dan sebagainya. *hungry! hungry!*

Monday, April 18, 2011

Bulan Tak Terang.

Ku merenung langit gelap
Harapan ku agar bintang bersinar
Kerlipan seribu cahaya
Kecil tapi bermakna

Ku tatap bulan kelabu
Dikelami kabus tak bertepi
Adakah bintang kan datang bertamu
Sehingga pagi ternyata masih sendiri

Hah. Abaikan ayat diatas yang tiba-tiba muncul. Aku duk luar pintu umah sebab nak on9 jap tapi line tak bagus. Pinjam brodben akak aku punya. Sambil ditemani kucing-kucing aku, aku sempat jenguk langit jap.

Walaupun dihalangi siling dan atap umah, tapi still aku dapat tengok bulan di permukaan langit. Cerah tapi berkabus. Tak nampak bulan yang terang. Seolah-olah malap dan kabur walaupun sebenarnya matahari dah pinjamkan sinarnya dengan terang.

Bintang pula tak kelihatan. Langsung tak nampak. Mungkin langit mendung tatkala malam menjelma. Petang tadi hujan lebat dan sejuk. Teringat pada sorang ni, bila hujan selalu hatinya rasa tak tenang. Kenapa? Hm, tak pasti.

P/s: Semoga selepas ini bulan dan bintang bersinar lagi. :)

Bosan.

Salam alaik.

Wah, lamanya tak update blog. Hmm, sekarang tengah bercuti dirumah sebelum kembali ke kuantan untuk meneruskan posting selama 6 minggu masa short semester nanti.

Cuti ni, hm takde pape yang menarik untuk dikongsi. Layan korean series takpun kartun takpun pape je cerita yang aku rasa nak tengok. Bosan? Hm, agak la. Biasa la student, bila tak cuti nak sangat-sangat cuti kan, tapi bila cuti rasa taknak cuti pulak. Huu. (Tapi ada ke orang tanak cuti. Hee)

Niat yang sekian lama tertangguh- nak jadi rajin dah sekarang. Konon nak rajin kemas umah, nak rajin masak, nak rajin sume-sume la. Angan-angan je tu. Haha. Dugaan betul bila duk kat umah. Bersenang lenang, rehat je memanjang. Lama-lama rasa menyampah gak ngan diri sendiri. Weh, bila mau kasi rajin ni ha?

Satu ag dugaan bila duk umah, SELSEMA. Arghh, selsema 24/7. Takpe. Sabar-sabar. Huu. Bila aku balik umah, mesti cepat je stok tisu kat umah abes. Nak wat camne. Kalu kat kuantan kadang-kadang je selsema teruk. Tapi tisu akan dibawa kemana-mana je selepas Bff aku pesan len kali bawak tisu.

Hm, entri kurang menarik eh? Biar la. Haha.

P/s: Nape hati rasa tak tenang dan bimbang. Hm, tutup mata dan cakap dalam ati.

Tuesday, April 12, 2011

OSPE: Lulus.

Salam alaik.

Alahamdulillah. Siang tadi dengan rasminya berakhir sudah final exam untuk aku bagi semester 2, tahun 2 ni. Syukur sangat-sangat. Sebab OSPE kali ni, LULUS.

Alhamdulillah~ Alhamdulillah~ Alhamdulillah~

Compared to the previous semester, this sem mostly LULUS dan aku salah seorang antara yang lulus jugak. Sem lepas more than half yang kena remedial taw. Tahniah kawan-kawan. At least, kita dapat naikkan balik nama batch kita. Yela, selama ni orang duk pandang buruk je batch kita ni macam tu la, macam ni la, paling bermasalah la. Wateva orang nak kata, yang penting, kita sendiri yang usaha naikkan nama batch kita balik kan?

Tapi memang suka sangat dengar lecturers bagi comment positif tadi. Yang tak berapa bagus tu, harap kita sama-sama boleh perbaiki la kan. :)

Bercerita tentang pengalaman aku tadi... Aku dapat Station 1 which Prof Maung & Bro Kamil yang jaga situ and Sr Judy as helper. Masa berdiri kat luar bilik, seyesly otak aku jammed sekejap. Memang sume yang aku ingat sebelum ni, tak muncul langsung dalam kepala. Owh tidaaakkk~!!!

Takpe. Tenangkan minda. Jangan nervous. Buat satu-satu. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun aku disappointed bila tengok bandage aku tak kemas especially bila Bro Kamil tarik bandage yang dah aku wat tu. =( Aku ingat aku dah fail. Tapi alhamdulillah setakat ni aku tak pernah failed OSPE =)

Procedures for this sem including charting child growth development, stump bandaging, insulin injection, preparation for paracentesis & stoma care.

P/s: Ingatkan dapat balik umah ngan tenang, tapi terpaksa pulun kerja pulak untuk this coming programme nt. Annual Graduation Dinner 2011. For all committees, selamat bekerja ye walaupun cuti-cuti ni. :')

Monday, April 11, 2011

Sang Kumbang.

Click for larger image.

Salam alaik.

Tadi aku didatangi jiran sebelah. Ingatkan dorang mari nak lepak-lepak bilik aku. Tapi pelik jugak sebab macam kecoh benor bunyi nye. Apekehe pulak nih??

Rupanya dorang ade request. Nak mintak tolong tangkap kumbang sekor. Duk syok terbang dalam bilik Sol. McNa pun takut jugak. Okeyh.. Aku ngan Pipah sedia membantu. Nak tengok jugak kumbang jenis apa yang wat dorang takut ni. Kumbang bukan sebarang kumbang. Satu dalam seribu ni. Nak menyunting bunga ditaman agaknya. Hihi.

Agak besar la kumbang tu. Saiz dia lebih kurang panjang ibu jari lelaki africa dewasa. (Perlukah africa disitu?) Ya, sebab kumbang tu itam dan besar. Bukan macam asian. Mampus aku kalu orang africa baca ni. Aku main sebut je ni. Hehe.

Pipah memulakan operasi menangkap kumbang gergasi. Dengan menggunakan beg jaring-jaring yang orang nak isi baju yang nak dibasuh tu (aku taktaw nak panggil ape), Pipah berhati-hati menangkap serangga tersebut. Apalagi? Kumbang itu dengan aktifnya menyumpah seranah sape-sape yang ingin menangkapnya. Zzztttt~ Zzzttt~ Sayapnya bingit berdesing. Kami pun lari lintang-pukang ketakutan.

Tak lama kemudian, aku meneruskan misi yang tertangguh. Dengan menggunakan kelengkapan yang sama, aku cuba. Walaupun ada lubang-lubang yang memungkin kumbang gergasi tersebut akan terlepas, belum cuba belum tahu bukan?

Cubaan pertama GAGAL. Lari lintang pukang lagi. Cubaan kedua HAMPIR BERJAYA=GAGAL jugak. Cubaan ketiga BERJAYA. Tu dia, kan dah cakap usaha tangga kejayaan. Tak sia-sia. (Dalam hati berdebor ni takut kumbang ku lari).

McNa bersedia dengan ridsect buatan sendiri (sebab tu bukan ridset tapi pewangi bilik) manakala Sol bersedia dengan hp sebagai bahan bukti. Akhirnya, Aku, McNa, Sol & Pipah sepakat untuk melepaskan kumbang di luar bilik. Tak sampai hati nak menamatkan riwayat makhluk yang tak bersalah. K tata kumbang busyuk. Semoga kau gembira terbang disekitar uia yang indah permai ni. *Waving*

Beliau pun terbang dengan senang hati. Kami pun berjalan pulang ke bilik masing-masing. Tiba-tiba Pipah kata kumbang da mati. Hah? Terkejut kitorang. Melihat sang kumbang terkulai layu dilantai. Kaku. Tak bergerak. Nadi berhenti. Degupan jangtung tak kedengaran. Baru sebentar tadi melihatnya girang berterbangan. Aku dengan selamba menyatakan 'Kumbang terkejut kene heart attack'.

Kesian kan sang kumbang. Kami sedih tapi nak wat camne. Tapi McNa cakap mungkin dia pura-pura mati. Sian jiran aku tu pun nak kena heart attack sebab sang kumbang. Huhu. Tak sampai sejam lepas tu aku nak jenguk la dia, tapi dah takde! Hilang! Di mana?!

Hm, aku rasa betul la McNa cakap, memang pandai berlakon. Awak pura-pura je kan? Demi menjaga kemandirian spesies la kan? Eh teringat belajar sains masa sekolah dulu. Hee. Takpelah. Tak kisah asalkan kumbang tu tak ganggu dah. Dan tak pasal-pasal aku dapat title 'Kumbang-Hunter Terbaik'. Hihi. Maseh~

P/s: Kumbang bukan seekor. Bunga bukan sekuntum. Tapi bukan boleh main amek je kan? Hmm.

Sunday, April 10, 2011

Bilikku Seperti Baru.

Salam alaik.

Bilikku seperti baru? Owh melampaw. Tajuk entri yang sangat melampaw. Sebab bilik yang memang sedia ada dah lama, takkan nampak baru la derr. Hee. Sebenarnya aku punyai azam yang sangat kuat arini untuk mengemas bilik yang macam tongkang pecah, sarang tikus, erkk reban ayam kah? Haha.

Ok, seyesly aku akui sepanjang musim exam aku tak kemas langsung bilik aku. Hm ciri-ciri calon isteri yang tak patut ade ni. Hee. Walaupun aku sangat perlukan kotak-kotak untuk mengisi barang-barang yang banyak, tapi takde rezeki. Tanpa kotak pun aku mampu je nak kemas barang. Maklumlah, aritu kecoh satu mahalah suma barang kena punggah wat balik takpun simpan dalam stor. Tup-tup, pas short sem pulak baru punggah. So cuti ni tinggal jela barang-barang dalam bilik asal. Suka-suka, sebab takyah susah-susah.

Aku mula mengemas dalam 2 pm dan selesai dalam 6.30 pm. Whoaa~!! Masa yang diambil hampir 4 1/2 jam. Menarik ni. Aku pun dah macam Kakashi Sensei masa kemas bilik tutup muka. Sebab tamaw bagi habuk masuk hidung ngan mulut. Aku ni sensitif ngan habuk, nt bersin tak henti. Seksa weh.

Alhamdulillah, aku jumpa balik buku cross lama aku. Yeay~!! Tapi ada gak sumthing aku tak jumpa. Sedih tapi sabar jela. Selain kemas barang-barang buku-buku baju-baju, aku buang sampah barang tak berharga yang begitu banyak aku kumpul sebelum ni, dan aku tukar kedudukan meja. Nampak luas sikit n selesa nak study. Kipas pun dah suci murni.

Tapi masalahnya, written exam da abes pun cik kak oii. Baru nak mengemas apa kes? Huhu. Takpe, OSPE lum abes ag. Study-study. Lagipun, short sem nt aku memang duk bilik ni ag. Dah 2 tahun aku duk bilik ni. Sayang kot. Lepas ni, aku taktaw dah mana arah tuju. Mana bilik baru, sape rumet aku.. Suma tu Tuhan je yang tahu. Aku?? Tahu kemudian nt ah.

Before & After. Actually pic before tu aku da stat kemas sikit-sikit. Kalau tak, ag dahsyat kot. Pic ni je aku leh tunjuk. Yg lain private ok. Disaster giler! Haha. :P

P/s: Ada satu kotak tu barang-barang yang sangat tak ternilai dimata hati aku. Biarpun orang lain tengok macam useless. Aku sayang sangat barang-barang tu. Takde ganti:)

Jom Jalan-jalan.

Salam alaik.

Pada hari yang sama aku Ke Umah Mak Angkat, aku keluar ag lepas tu bersama kawan-kawan lain pulak. Wah, kuar sakan la ek mentang-mentang written exam dah abes. Padahal practical exam pun belum. Hm anggap la kuar sebab nak lepas tension. Sebab last paper aritu, suma orang memang tak sabar-sabar nak abes exam. Huhu.

Lagipun tujuan kuar petang tu pun bersebab, teman kawan-kawan g survey harga kad untuk program nt. Cuma terlajak masa apalagi ronda-ronda la kan. Bukan selalu. Hehe. Pagi tu aku ayu je berbaju kurung ke Felda, tapi petang ni pulak lain cite. Tak-ayu-langsung ok! Rasa nak simple-simple je. Lepak-lepak ah.

Mula-mula g survey kedai. Pastu jalan-jalan kat ECM cuci mata tengok barang, makanan. Aku TERbeli satu beg! 'Ter' ok, bukan sengaja. Hehe. Then, kitorang ke Tanjung Lumpur dinner kat sana. Disebabkan perut aku kenyang sangat-sangat dah makan kat umah mak angkat tengahari tadi, aku just beli mango juice & kerabu mangga. Tapi bantai gak nasi putih n tomyam kawan sket. Hehe.

Setelah itu, kami pun jalan-jalan kat benteng. Konon nak makan jagung bakar tapi tak tercapai pun hasrat tu. Wuwu. Ujan rintik-rintik, air bergelora.... Kami pun pulang. Tapi ada satu niat aku tak tercapai, nak cari kotak sebab aku nak kemas bilik aku sangat-sangat. Takpelah. Penat sangat dah satu ari kuar tak henti. Balik tu memang aku tak sedar diri dah. Haha.

Jom layan gambar jelah k. :)

Tak-ayu-langsung kan! Hihi. :)

Terjumpa nama aku ni. Daripada beli, baik aku snap je. :P

Aku minum mango juice. Tiba-tiba terjumpa sticker yang kat buah dalam mulut aku. Haih. -.-"

Waiting for foooooooOOd~!!

Jom jalan-jalan. Amek angin malam.

Kaki lepak. Haha. Jangan! Lagho mende nih.

Tataw dah nak letak caption pe. :P

Penat aku kuar satu ari ni.. Takpe, release tension. Huu~

P/s: Rindu pada sesuatu. Rindunya.. Rindunyaa... T-T

Ke Umah Mak Angkat.

Salam alaik.

Ingat ag tak yang aku ada join Baktisiswa 2011 bulan February ritu? Yang dakdak nursing skali ngan dakdak kaed tuh. Hehe. Klik sini utk entries Baksis yang lepas.

Semalam, aku ngan beberapa orang kawan pakat g kat Felda Bukit Kuantan. Tempat kitorang berBAKSIS. Malam sebelum tuh, aku dapat msg dari Fiq. Dia, kak nemo, kyra yamato ngan shim nak p felda jumpa mak-mak angkat depa. Aku pun p la skali dah Fiq sama mak angkat ngan aku.

Kitorang bertolak 9 am ke destinasi yang dah ditetapkan. Aku lemah betul bila taktaw nak pilih baju apa nak pakai. Lastly amek baju kurung wana orange. Ayu sket kan pakai baju kurung. Sopan gitu. Hihi. Singgah sekejap kat kedai beli buah tangan sket. Takkan nak g tangan kosong pulak kan.

Sesampai nya disana, Fiq selaku driver p antaq anak-anak angkat Makcik Dayang dulu. Pastu baru ke umah angkat kami. (Erk, umah angkat ka mak angkat?). Duk sembang-sembang jap ngan mak, mak ajaq p kedai beli barang nak masak. Yeyey mak nak masak untuk kami. Opss.. Mak suh kami jadi chef pulak dah. Aiyaark~

Takpa.. Wat muka steady ja. Tunjuk sket budak muda pun reti masak. (Hah, berlagak. Banyok la cantek muke mung pandai masok kan?) Ok, mak yang masak asam pedas. Keja aku tumbuk sambal belacan ja plus mempelam. Seyes tak jadi macam biasa tapi soodaaapp.. Kira resepi aku sendiri la kan? Haha.

Masa makan tuh, mak asyik suh tambah nasi ja. Mak tambah 3 kali, Fiq tambah 2 kali, aku pulak tambah sekali ja. Tu pun ciput. Maaf mak ngan Fiq, perut saya penuh. Nasi dalam pinggan tadi pun da penuh. Tapi kalau bagi saya makan colek, saya naaaak.. Hihi. Ada mempelam putik, sodaap nya makan colek. :D

Sebelum balik, mak sempat bagi mempelam sket kat aku. Suka la kan bila dapat benda yang disukai kan. Hehe. Len kali kami datang ag ye mak. Akhirnya ke rumah ag satu nak g amek 3 orang lagi dirumah angkat mereka. Disitu terdapat baaanyak makanan dimana aku tak larat dah nak sumbat dalam perut yang memang tahap nak pecah.

Terlampaw bercahaya sangat. Haha.

Kat umah makcik Dayang. Tak sempat nak amek gambar ngan mak angkat aku.

Kepada dak kaed yang seumah ngan aku n Fiq, Ila ngan Syikin. Len kali kita sama-sama p umah mak ag naa.. XD

P/s: Rindu nak balik umah. Jumpa ma abah, adek-beradek, kucing-kucing, burung-burung, pokok-pokok, etc. Huhuk~

Friday, April 8, 2011

Hepi Belated Besday.

Salam alaik.

Sebenarnya kan.. entri ni dah lama saya nak buat. Saya nak buat entri ni khusus untuk seseorang. Salah seorang yang teristimewa dihati saya. Maaf sebab hanya sekarang jejari ni mampu menari dipapan kekunci. Huhu.

Sebenarnya, dalam hati saya, pada hari tu dan saat tu saya nak tulis ni tapi saya busy. Sekurang-kurangnya saya wat jugak kan. :)

HAPPY BELATED BIRTHDAY
MY DEAR BFF, AZZA HANA
04/04/2011
SWEET 22~!!

Hihi. Yeay. Berjaya~! Walaupun ada perkataan 'belated'. :P Tengok, dah beberapa hari tertangguh kan. -_-"

Awak, dari awal awak kenal saya. Awak terima je saya camne kan? Walaupun kadang-kadang kita jauh beza, awak camtu saya camni. Tapi kita ada ikatan yang kuat kan? Hihi. Sayang lah kat awak.

Susah senang saya, awak selalu sokong saya. Awak selalu cuba memahami saya. Setiap pahit manis suka duka saya, awak sentiasa bagi sokongan kat saya. Terima kasih. Saya pun nak awak gembira sentiasa. Tamaw tengok awak sedih-sedih. Penat. Kesian awak. Jadi lepas ni, lalui hari-hari awak dengan senyuman taw. Saya ada untuk awak macam awak ada untuk saya~! :)

Saya doakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak bahagia dan berjaya dunia akhirat. Terima kasih sebab sudi jadi BFF saya.


Take care. With love,
-Ang Madihah-

P/s: Sayang BFFs. Dorang jauh-jauh. Tak selalu berhubung. Tapi jauh dimata dekat dihati.

Exam Oh Exam.

Salam alaik.

Ah, lama benar rasanya tak update blog ni. Biarpun hanya seminggu, tapi rasa macam tak sedap ati tinggal kosong. *Ish, berlagak macam la hari-hari update!* Haha.

Alhamdulillah. Hari yang ditunggu-tunggu dah berlalu. Hari apa? Hari untuk abes written exam, maka berakhir sudah ujian bertulis untuk semester ni. Huhu. Alhamdulillah-Alhamdulillah-Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab kadang-kadang sem ni macam pressure sikit. Hmm. Dan last paper tadi subject pasal philosophy, apa aku jawab tadi pun aku tataw. Aku tak reti mende alah falsafah ni. Haha.

Actually ada SATU ag exam but bukan written exam la. Nama dia OSPE, ni ujian secara praktikal pulak. Yeah, nak uji skills dalam masa 30 minit. Lulus atau gagal, hmm, tengok la camne. *Tolong jangan fail, saya tamaw remedial* T-T

Entah, final exam kali ni, aku cuba yang terbaik.. walaupun.. errkk.. aku banyak tido. Huhu. Yang pasti aku jenis susah nak bangun awal-awal pagi konon-konon 4-5 pagi nak study, confirm-confirm la aku tido balik. Cara yang sesuai untuk orang macam aku, bersengkang mata macam burung antu, baru tido.. (o_O'') Pastu cari alasan bangun lambat. Ops, jangan tinggal semayang! Tak baik! Hehe.

Masalah paling ketara, bila je aku bukak notes, ade je mende lain aku nak buat. G sana la, g sini la. Maen fesbuk la, blog walking la, jenguk-jenguk emel la. Takpun, mata start kuyu dah. Jelas disitu, fokus aku nak study secara serius ni perlu dipupuk secara perlahan-lahan. Hee.

Takpe lah, written exam da abes. Tapi OSPE pun kena study jugak ang~!! Semoga next semester aku lebih rajin berbanding semester ni~! *Ni hanya sekadar kata-kata atau ....?* (-_-")

Owh tak lupa bagi yang wished gudluck dan doakan kejayaan aku. Maseh sangat-sangat. Bagi yang belum abes exam tu, all the best k~ :)

P/s: My ex-rumet tegur muka aku makin chubby. Benarkah atau khayalan semata-mata? Eh korang, jom makan cendawan goreng!^^

Friday, April 1, 2011

Bestfriends & Friends.

Salam alaik.

I have best friends. Very best friend. Variety of friends. :)

According to dictionary, the definition of friend is "A person you know well and regard with affection and trust."

To be a best friend doesn't mean that you must be closed together which wherever you go, there will be him/her, you must meet all the time, you must know everything they do. Its more than that.

Its kinda special feelings on how much you feel so comfortable when being with him/her, how much you can understand him/her, how can you support him/her in good and bad time, how much you want to see his/her happiness so badly and more.. more.. more than an usual friend.

The one you can share your top secrets, the one you can accept the way he/she is and vise versa, the one who are trusted damn much.. Even they did hurt you , you can easily forgive them. Even they broke your heart, you just give a smile back.. Because in your heart, best friend is a special gift that has been given in your life.

You may address anyone as your friend even if you just know their names or faces. But for best friend, you will feel deeply in your heart and believe, "Yes.. He/she is my best friend."

Please do not forget to appreciate who have been by your side although they are not your best friends. They may be just an ordinary friends to you. But they might be one of the reasons you can smile all day long. :)

And if you have some problems among each other, take it as a learning process. Learn to know each other and how to accept the way they are because nobody is perfect. Besides, any relationship has its own obstacles no matter if its between friends, family, spouses and so on.

Dear readers! You know what, sometimes quarrellings can be one of the ways to show that you really can get along with your friend. Amazing rite? Hee~

This is just a little thought of my mind. None of it right or wrong. It depends on the individual how to interpret the bestfriend & friend meanings..

May Allah bless you all friends.. C'ya~

Luv ur buddy~! XD

P/s: Credit to Bff who made me inspired to blog this entry. Thanks for your concern and wishes yesterday. :) Hmm, I'm missing my family. -___-"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...