Friday, April 8, 2011

Exam Oh Exam.

Salam alaik.

Ah, lama benar rasanya tak update blog ni. Biarpun hanya seminggu, tapi rasa macam tak sedap ati tinggal kosong. *Ish, berlagak macam la hari-hari update!* Haha.

Alhamdulillah. Hari yang ditunggu-tunggu dah berlalu. Hari apa? Hari untuk abes written exam, maka berakhir sudah ujian bertulis untuk semester ni. Huhu. Alhamdulillah-Alhamdulillah-Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab kadang-kadang sem ni macam pressure sikit. Hmm. Dan last paper tadi subject pasal philosophy, apa aku jawab tadi pun aku tataw. Aku tak reti mende alah falsafah ni. Haha.

Actually ada SATU ag exam but bukan written exam la. Nama dia OSPE, ni ujian secara praktikal pulak. Yeah, nak uji skills dalam masa 30 minit. Lulus atau gagal, hmm, tengok la camne. *Tolong jangan fail, saya tamaw remedial* T-T

Entah, final exam kali ni, aku cuba yang terbaik.. walaupun.. errkk.. aku banyak tido. Huhu. Yang pasti aku jenis susah nak bangun awal-awal pagi konon-konon 4-5 pagi nak study, confirm-confirm la aku tido balik. Cara yang sesuai untuk orang macam aku, bersengkang mata macam burung antu, baru tido.. (o_O'') Pastu cari alasan bangun lambat. Ops, jangan tinggal semayang! Tak baik! Hehe.

Masalah paling ketara, bila je aku bukak notes, ade je mende lain aku nak buat. G sana la, g sini la. Maen fesbuk la, blog walking la, jenguk-jenguk emel la. Takpun, mata start kuyu dah. Jelas disitu, fokus aku nak study secara serius ni perlu dipupuk secara perlahan-lahan. Hee.

Takpe lah, written exam da abes. Tapi OSPE pun kena study jugak ang~!! Semoga next semester aku lebih rajin berbanding semester ni~! *Ni hanya sekadar kata-kata atau ....?* (-_-")

Owh tak lupa bagi yang wished gudluck dan doakan kejayaan aku. Maseh sangat-sangat. Bagi yang belum abes exam tu, all the best k~ :)

P/s: My ex-rumet tegur muka aku makin chubby. Benarkah atau khayalan semata-mata? Eh korang, jom makan cendawan goreng!^^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...