Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Masih dan akan terus bersyukur ngan nikmat kurniaan Ilahi. Insyaallah.

Akhirnya syawal menjelma tatkala ramadhan berlabuh dan terus berlalu. Sungguh. Dirasakan sebegitu cepat masa berjalan. Adakah ia berlari? Ok, tak lawak langsung. Huhu.

Sebenarnya dah berhari-hari aku tengok orang duk wish pasal raya ni. Tapi hati aku masih tak terdetik ag nak wish awal-awal sampai la sekarang. Kiranya tunggu masa yang sesuai la kan. Hehe. Poyo je.

Ok dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin. Taqabbalallahuminna waminkum.

Bagi mereka yang hantar wish raya, ucapan raya, pantun raya dan seangkatan dengannya via fb or phone or pape la. Thanks a lot n sorry kalu tak terreply ye. Jauh disudut hati ni juga mengharapkan benda yang sama iaitu kemaafan dan keberkataan dalam perhubungan sesama muslim. Insyaallah.

0-0 ye~

Owh tahun ni tak pasti dapat amek gambar lengkap satu family ke tak. Sebabnya kakak dan adik aku dah kawen tahun ni. Ada yg ikut husband balik kampung. Huhu.


P/s: Tengok bunga api lawa giler! Dapat gak main bunga api free! >.<

P/ss: Wish raya via email ade org baca x? Huhu.

Saturday, August 27, 2011

Daging Masak Black Pepper.

Salam alaik.

Semalam adik aku ngan husband dia balik umah. Dorang wat balik daging lembu fresh. So lauk semalam semua berasaskan daging. Ma wat sup tulang dan dendeng daging. Aku lak rasa macam nak masak something je.

Tiba-tiba teringat mesti sedap kalu wat masak black pepper. So apalagi, mood rajin pun datang laaagi..

Jom tengok resipi kali ni. (Eh tiba-tiba rasa macam blog kongsi resipi pulak. Haha)


Hasil air tangan aku. Nampak sedap x?

Bahan-bahan:

Daging (dihiris nipis)
Ubi kentang (direbus sekejap)
Lada hitam (ditumbuk halus)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Sos tiram
Kicap
Garam dan gula secukup rasa
Tepung jagung
Daun limau purut (ikut suka nak letak ke x)

Cara memasak:

1. Perapkan daging bersama lada hitam dan sedikit garam selama 1/2 jam
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun limau purut hingga naik bau dan diangkat. (Jangan sampai hangus ye)
3. Goreng daging dan masukkan sos tiram, kicap, tumisan bawang dan kentang rebus tadi.
4. Masukkan sedikit air untuk kuah. (nak kuah banyak, letak la air banyak)
5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Siap untuk dihidang.

See? Senang sangat kan. Kalu tak reti masak pun, insyaallah dapat wat jugak. Bukan perempuan je, lelaki pun boleh cuba.

Alhamdulillah, family aku suka. Berselera mereka berbuka puasa. K selamat mencuba semua.

P/s: Semoga perjalanan mereka yang bakal pulang ke kampung dirahmati. Ameen.

Thursday, August 25, 2011

Choc Chip Cookies.

Salam alaik.

Pertamanya Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih diberi peluang untuk bernafas dan bernyawa pada ketika ini. Siang tadi aku berjaya jugak wat chocolate chip cookies yang memang aku nak wat cuti ni. Hehe.

Walaupun dalam resipi kat tenet cakap dapat dalam 100, tapi aku berjaya dapatkan lebih kurang 150 cookies. Mungkin sebab aku bulatkan kecik-kecik. Jimat. Haha.

Ok. Jom kita tengok resipi choc chip cookies ni. :)


Bahan-bahan:

450 g tepung gandum
250 g mentega
1 biji telur
115 g gula halus
110 g gula perang
100 g chocolate chips
3 sudu besar cocoa powder
100 g badam hancur
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil esen vanilla

Cara memasak:

1. Ayak tepung gandum + cocoa powder + baking soda
2. Pukul mentega + gula hingga kembang
3. Masukkan telur
4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit
5. Masukkan choc chips + badam dan kacau hingga sebati
6. Bulat-bulatkan dan tekan dengan garfu
7. Bakar pada suhu 160-180 darjah celcius selama 20 minit (atau hingga masak)

Senang kan? Sebab tu aku tertarik nak wat cookies ni sendiri. Dalam 7 dulang yang aku wat, ade satu dulang biskut ni hangus. Terleka jap. Haha. Takpe, bagi adek-adek kat umah makan. Dorang memang terliur sangat nak rasa. And their responses were so good. Hehe

Btw aku tak sukat betul-betul pun macam dalam resipi tapi hasilnya..... Alhamdulillah. Sape-sape nak rasa boleh mai umah selagi stok masih ade. :D

**nota: resipi diubah sedikit mengikut citarasa. dan anda pun boleh juga mengikut citarasa if nak tambah choc rice ke ape ke. hehe

P/s: Teringat my dearest fren aku bagi kuih raya dulu. Tak silap yg cornflakes tu kot.

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #13


P/s: Zaman duk CFS PJ: dikala gembira dapat balik kampung ditemani bffs!

Wordless Wednesday #12


P/s: Thank You. Be grateful. :)

Jahit. Masak.

Salam alaik.

Lamanya tak upate. Ceh padahal baru seminggu. Hee.

Hmm bz sangat ke dalam seminggu ni? Ntah la. Bz la sikit-sikit. Tiba-tiba rasa blur nak update pasal ape eh. Tu lahh lama tak nulis. Huu.

3-4 hari ni asyik kuar je siang-siang. Ada mende nak beli. Tapi ada yang tak jumpe la ape la. Penat tapi nak wat camne, bukan selalu. Malam-malam? Takleh kuar jalan-jalan. Seimbangkan. Lagipun ramadhan dah nak berakhir. Sedih pulak rasanya.

Bila fikir balik, banyak mana je masa yang kita guna ni sebaik-baiknya kan? Lebih-lebih ag, cuti duk umah. Kadang-kadang rasa otak ni tak berkembang maju. Sebelum puasa kat tempat belajar, ade je aktiviti nak buat ngan kawan-kawan takpun kena study. Acece, rajin konon.

Ok, balik pada topik asal. Sebenarnya banyak mende dalam list aku nak setelkan before raya ni, or paling lambat before bukak sem baru. Tapi banyak yang KIV ag. Duh. Sabar-sabar.

Antaranya adalah nak jahit sendiri manik kat baju raya. Sebenarnya last minute beli ni. Tu pun seb bek jumpa saiz dan feveret color. Tercapai gak hajat. Walaupun beli saiz utk budak tapi muat ngan aku sebab aku bukan besar mana pun. Haha.

Saje tunjuk yg tak siap. -_-'

Lagi aku bercadang nak buat cookies. Mula-mula ingat taknak buat tapi memandangkan cuti panjang, at least ade la jugak satu yang aku buat sendiri. Satu pun satu lah. Sekarang bahan-bahan dah ada cuma tak buat lagi.

Tu pun aku pinjam oven makcik aku yang duk depan umah. Soew umah aku takde oven. Takpe, nt aku bagi makcik aku makan biskut aku wat. Haha. Bayangkan aku bawak keta sorong jalan kedek-kedek g umah makcik aku. Nak guna motor takut tak larat nak pegang. Siap pakcik mane tah tepi jalan tegur aku. Wat tak taw je.

Baru balik dr bandar terus bawak kereta sorong buruk amek oven. Huhu.

Harap-harap cookies tu nt menjadi laa. Bahagian jahit manik da setel. Owh btw berat badan da turun beberapa kg laaaaa!

P/s: Tangan berdarah masa pecahkan air batu tadi. :'(

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #11


P/s: Cute-Naughty-Love. Like my own children.

Wordless Wednesday #10


P/s: My lil treasure. Unfortunately I lost it long time ago. :'(

Monday, August 15, 2011

Better Tak Tahu Daripada Tahu?

Salam alaik.

Dah lama aku capture ni. Ingat nak update awal-awal aritu tapi biasalah, tiba-tiba malas dan hilang idea. Sigh.

Ni ngah bosan ni, so update je lah apa pun kan.. Huhu.


Yup. Kadang-kadang ada benda tu lebih baik kita tak tahu daripada tahu. Ni bukan soal ilmu ye. Kalau dalam konteks ilmiah, lebih banyak tahu lagi bagus.

Maksud aku disini, lebih baik tak tahu benda tu jika benda tu akan buat kita sensitif atau berfikiran negatif. Contohnya friendship, kita baik ngan kawan kita. Tiba-tiba tahu mereka cakap buruk atau fikir negatif pasal kita. Sapa yang akan sakit hati? Jadi lebih baik tak tahu. Jadi kita pun tak la nak fikir bukan-bukan kan.

Contoh lagi, kita tertanya-tanya tentang sesuatu perkara. Kita pun find out tentang sesuatu tu. Lastly, kita temui sesuatu yang menyakiti hati sendiri. So lebih baik tak tahu daripada tahu. Huhu.

Contoh lain, kalu kita ketahui sesuatu tu, akan mengundang kita ke arah negatif. Lebih kurang macam terpengaruh la. Haa, kan manusia ni cepat terpengaruh kan. Jadi ade perkara yang perlu kita tahu, dan ada benda yang kita tak perlu tahu.

Lagi contoh? Sila relate dengan kehidupan masing-masing. Experience is the best teacher kan? Hehe.

Selalu dengar orang cakap kenyataan itu memang pahit untuk diterima. Tapi cuba kita fikir, yang mana lebih baik samaada terima kenyataan yang pahit, atau tipu-tipuan yang manis? Wah-wah, ayat apakah ini!

Satu lagi yang buat orang tak selesa, bila ada yang suka jaga tepi kain orang. Haa, yang ni semua benda nak tahu. Harap-harap kita jangan jadi camtu ye. Sebenarnya tak salah kita concern tentang orang lain, bagus tu. Tapi kalau dah terlebih-lebih memang buat orang rimas. Kalu tak caya, cubalah tanya kawan lebih-lebih? Yang tu nak sibuk, yang ni nak tahu. Haa..

Tapi jika kita tahu sesuatu tu, dan benda tu buatkan kita sedih ke marah ke geram ke annoyed ke.. Bersabarlah. Mungkin Tuhan nak tunjukkan kita tentang sesuatu yang perlu kita tahu. Atau apa yang kita nak tengok or nak tahu sangat tu, kita nampak. Dan kadang-kadang, apa yang kita nak tahu, Allah tak bagi kita tahu. Mungkin ada sebab-sebab tertentu dan mungkin menjaga hati kita.

Lagipun semua yang berlaku ada hikmahnya. :')

P/s: Thanks Allah. Owh, da masuk 15 Ramadhan. :)

Doodle Trade #1

Salam alaik.

Ni kali pertama saya buat doodle trade.. bersama Cik Mel. Suka tengok doodles yang Cik Mel Amalina buat.

Saya tak retilah nak buat lawa-lawa. Sebab pakai paint n photoscape je. Saya mmg suka lukis-lukis katun comot. Tapi ni kira tak comot sangat dah ni. Berhati-hati buat. Hehe.

Cik Mel cakap dudel trade masih bukak. So saya buatkan satu utk Cik Mel. Harap beliau suka lah. :)

Thanks sudi dudel trade dgn sy. :)

Eh tiba-tiba nak bagi Cik mel satu lagi dudel comot saya. Mentang-mentang mood tengah baik. Hee.

Comotnye kan.. Huhu. -_-


P/s: Selalu lukis utk suka-suka je. Takpun bg kt bffs. -_-'

Saturday, August 13, 2011

Family Outing.

Salam alaik.

Semalam aku dan family kuar jalan-jalan. Err sebenarnya pergi cari baju raya adik-adik lelaki aku. Rupanya cerewet jugak dorang ye. Terutama adik aku yang f3 tu. Fuh, susah betul nak suh pilih yang berkenan.

Baju raya aku? Belum cari ag. Haha. Orang lain dah ade lama dah, siap berpasang-pasang ag. Selalunya aku ada satu baju raya je. Tahun ni tak pasti ag baju camne. Rasa macam nak yang simple je. Fikir-fikir macam nak cari baju kurung cotton warna merah. Tu pun kalau jumpa.

Yup, red is my favorite color. Aku agak gilakan warna merah, cuma sekarang tak banyak dah koleksi merah ni. Hmm, kena cari banyak lagi lah. Haha.

Apa yang aku beli semalam adalah kasut. Sebenarnya aku dalam dilema nak kasut ke sandal. Bila fikir lepas raya nanti bukak sem baru, mestilah nak pakai kasut g kelas kan. Jadi aku pilih beli kasut lah. Boleh pakai selalu. Dan warna merah ade jugak sikit. Hehe.

Tapi dalam pemilihan saiz kasut ni lah yang buat aku pening. Kalau amek saiz 36, ketat sikit bila pakai stoking sebab kaki aku muat-muat je bila pakai. Masa test saiz 37, seyes longgar macam nak tercabut je kasut tu. Dalam fikiran aku ni asyik tanya je, 'takde ke orang nak buat saiz 36 1/2.. atau 5 1/2.. baru la senang nak cari saiz.' (-_-')

Nak taknak aku amek je saiz 36. Kalau untuk pesakit diabetes ni, memang dinasihatkan jangan pakai kasut ketat. Tak elok untuk blood circulation kat lower limbs. Huhu.

Lepas tu, kami ke bazaar cari lauk berbuka puasa. Abah beli ikan pari bakar. Kegemaran aku ag. Haha. Pastu aku beli murtabak dan rojak kateh. Suka-suka. Hehe.

wif my 3 lil bros :)

wif my lil sis n my mom at the back :)

Owh tak sangka masa kat The store semalam tu aku terjumpa kawan masa sekolah menengah dulu, Ainina. Aku dengar sayup-sayup je orang panggil 'Ang.. Ang..'. Rupanya dia nampak abah aku dulu. Baru nampak aku merayau-rayau kat situ.

Baru-baru ni masa walimah kakak dan adik aku, dia ulang-alik dari Paka semata-mata nak datang umah aku. Dah 5 tahun tak jumpa. Dulu dia jugak yang accident sama-sama ngan aku masa f5. Aku yang bawak motor, dia pembonceng. Kenangan lama. Huhu.

P/s: Selesema datang lagi. Waaaa~

Thursday, August 11, 2011

IC Lama-Sementara-Baru.

Salam alaik.

Ahad lepas aku pergi buat IC baru. Sebenarnya adik aku yang masuk 12 tahun nak g wat IC. Aku pun tumpang la sekali sebab aku tak pernah tukar IC aku sejak darjah 6 ag. Lagipun aku punya tu bukan My Kad pun. Haha.

So setelah setahun pendam hasrat nak g tukar, termakbul la. Sekarang aku guna IC sementara. terkujat gak tengok IC sementara tu kertas agak besau la jugop. Aku rasa macam dilema je boleh lipat ke tak sebab nak masukkan dalam beg. Huhu.

Walaupun tak dapat ag IC baru, tapi aku rasa mesti gambar ag cun dari yang dulu. Haha. Perasan betol. Bukan ape, IC aku yang lama tu, masa nak amek gambar kan.. Abang tu cakap la'1.. 2..'. Aku bajet dia sebut 3 aku senyum la. Tup-tup! '1.. 2.. siap dah dik!'.

Aduh.. Dah amek rupanya. Jadi IC lama aku memang muka tak senyum pun. Kalu bab-bab tunjuk IC kat orang, memang aku taknak kasi la. Rasa cam buruk je. Dah la kuning dah IC tu. Insyaallah IC baru siap nt tak segan dah. Hehe.

IC sementara cumalah sekeping kertas yang agak besar untuk dimuatkan dalam beg yang sederhana besar. Cuma ia kecik sikit daripada A4 paper-_-'

Eh lupa nak amek gambar IC lama untuk kenangan. Tapi sayang sebab dah kasi kat JPN. Huhu. Yang gambar dalam IC sementara tulah nt bakal jadi gambar kat IC baru aku nt. Senyum dah. Haha.

P/s: Arini tak dapat control temper kat adik. Bile la nok jadi dop bekeng kat umoh ni ha? -_-'

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #9


P/s: I wont forget this. This pic was like a birthday gift to me. Haha.

Wordless Wednesday #8


P/s: Syukur pada kudrat Ilahi. He knows best for all of us.

Monday, August 8, 2011

Tips Jimat #Gambar Passport

Salam alaik.

Arini aku nak share satu tips untuk jimat. Sebenarnya dah lama aku nak share ni sejak zaman tok kadok dulu ag, tapi sekarang baru kesampaian. Hehe. Ok, tips jimat ni bukan jimat pasal makanan ke ape tapi save budget la jugak.

Mesti korang ada gambar berukuran passport kan? Walaupun tak selalu guna, tapi bila perlu tengok-tengok cuma ada satu je. Kebetulan yang satu tu lah nak simpan sampai bila-bila. Nak g amek gambar lain, malas la, gambar tu dah elok la, macam-macam alasan la kan. Lagipun memang ade orang suh pesan simpan satu tu sampai bila-bila.

Haa, ni cara senang, mudah, jimat. Amek gambar passport tu, pergi scan siap-siap. Pastu kopi-dan-pasta banyak-banyak kat Microsoft Words. Dan akhir sekali, print. Easy right?


Guna printer makcik kat umah tok. :')

Gambar atas ni diambil sebelum masuk CFS PJ ag. Hehe. Nak gambar cantek? Pastikan printer tu colournya cantek dan kertasnya pun berkualiti. So takdelah nak bayar mahal-mahal sangat kan. Aku pernah g print ni sekali kat library, just bayar seringgit dapat banyak keping.

Lagipun bila nak isi borang pape yg perlukan gambar, takdelah susah-susah nak g kedai gambar kan. Depa pun watpa ngan gambaq kita, simpan ja kot. :P Baru-baru ni untuk lesen L kereta pun aku bagi gambar ni je. Tapi untuk urusan-urusan penting, baik pakai gambar yang ori. Risau pulak. Hehe. Selamat mencuba.

P/s: Dah lebih seminggu kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. -_-'

Puding Karamel/Gula Hangus.

Salam alaik.

2 hari lepas aku buat Puding Karamel/Puding Gula hangus untuk berbuka puasa. Sebenarnya aku dah buat puding ni sejak form 3 ag. Tapi dalam setahun ada la sekali dua. Tahun lepas tak ingat lah buat ke tak. Hehe.

Jom nak share camne nak buat Puding Karamel ni. Senang je.


PUDING KARAMEL/GULA HANGUS

Bahan-bahan:

3 sudu gula
7-8 biji telur
1 tin susu pekat
1 cawan air
1 camca esen vanilla

Cara memasak:

1. Masakkan gula dengan api sederhana sehingga berwarna perang, dan baru tuangkan sedikit air. (Jangan biar sampai terlalu hangus, nanti pahit rasanya)

2. Tuang dalam loyang dan biarkan sejuk.

3. Pukul telur, masukkan susu pekat, air dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan dalam loyang tadi dan kukus sehingga masak dalam 40-60 minit. (Nak bakar pun boleh)


1 &2

3

4

Kucing-kucing teman kat dapur. Hehe.

Kalau nak tambah tepung kastard sikit pun boleh. Tapi pastikan tepung kastard tu dibancuh dulu dengan air suam.

Tapi sayanglah sebab kali ni kurang sedap tak macam yang sebelum ni. Rasanya sebab aku tergopoh-gapah sikit. Pastu aku tengok ada yang guna susu pekat, ada yang guna susu cair. Aku try susu cair tapi aku rasa lebih suka yang susu pekat kot. Hehe.

So selamat mencuba.

**Sapa yang rasa gula dalam darah dia tinggi, aku rasa takyah makan lah. -_-'

P/s: Rasulallah s.a.w. telah bersabda (maksudnya): "Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)" (HR al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah).

Friday, August 5, 2011

Ke Bazaar Ramadhan.

Salam alaik.

Arini hari ke-4 kita berpuasa, baru kali ni saya pergi ke bazaar. Sebelum ni duk umah memang jarang ke bazaar melainkan bila berpuasa di tempat belajar tu selalu jugak. Paling rindu nak berbuka ngan kawan-kawan di padang MPK depan masjid. Best sebab open air. Tapi tahun ni memang tak dapat lah kan.

Sebenarnya ma ajak saya pergi Pengadang Baru ngan motor je. Tapi saya fikir situ agak sesak, pandai-pandai je cari alasan. Hehe. Lastly ma ajak sepupu saya, Abon pergi. So saya, Ma, Luqman (adik) dan Abon pergi la ke bazaar.

Seyes ramai sangat orang. Bersesak-sesak nak jalan. Lauk-pauk dan kuih-muih pun tak berapa nampak sebab macam berada di lautan orang. Terjumpa jugak pakcik dan sepupu-sepupu saya yang lain. Berpeluh-peluh dorang.

Yang dibeli arini adalah ikan pari bakar, ikan talapia bakar, kerabu perut, murtabak daging dan sedikit kuih-muih. Lain kali nak g bazaar situ kena fikir 2 3 kali dulu. Huhu. Apapun rezeki tu, alhamdulillah. :)


Silau disinari cahaya. Hehe

Sempat je snap kat bazaar. :D

Ma, Luqman & Abon.

with my Ma.

Kat belakang sana tu sangat sesak!

P/s: 'Agak-agak tiket balik kampung untuk raya still available ag tak?' Persoalan dalam kepala bila duduk kat tempat belajar dalam bulan puasa dan menjelang raya. Kali ni takyah risau dah. :P

Thursday, August 4, 2011

3 Golongan Doa Tidak Ditolak.

Salam alaik.

Sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat.


P/s: Ikhlaskan hati dalam beribadah. Doa adalah senjata orang mukmin. :)

Wednesday, August 3, 2011

1111 of Friends.

Salam alaik.

Haa. Ni dia 5 pemenang bertuah kita pada hari ini. Jeng3x. Haha. Takde lah. Takde maknanye. Sebenarnya entri kali ni takde pape nak cite sangat pun.

Just nak tunjuk friends saya kat fb dah mencecah angka 1111. Nice number rite? Ni bukan nak bangga ke apa, cuma kagum je tengok nombor cantek. Saya taw orang lain punye friends dah beratus ribu lebih banyak dari saya kan. Tapi saya tak kisah pun ramai ke sikit. Yang penting mostly saya kenal dorang. Sebab saya kurang suka add strangers. Huhu.

So sape-sape yg rasa dirinya tak berada di dalam gambar dibawah, tu secara random je ok. Takde pilih kasih. Nama pun saya dah potong demi menjaga privasi mereka.


Erkk tahniah kpd pemenang. haha


Takde dalam friend list tak bermakna kita tak kawan, kan?

P/s: Selalu nampak jam pukul 11:11

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...