Tuesday, August 17, 2010

Saya Sayang Kawan2~

Salam alaik

Pada 5 Ramadhan 1431H yang lepas, aku dan kawan-kawan berpakat untuk berbuka puasa kat luar. Macam tahun lepas jugak, kat padang depan Masjid Negeri tempat kitorang berbuka. Dah jadi macam aktiviti tahunan pulak.

Sebelah padang ada bazar ramadhan. Seyes pusing banyak-banyak kali. Mata pusing-pusing dah tak taw juadah apa nak beli. Lastly, beli nasik kerabu dan sedikit makanan tambahan yang lain. Selalunya, bulan puasa ni la selalu sangat berlaku pembaziran kan? Emm~ Jangan tamak! Hehe.

Sebelum tibanya waktu berbuka, kami mengisi masa dengan sedikit tazkirah dan beberapa perkongsian seperti memberi nasihat dan berbincang penyelesaian terhadap beberapa masalah. Alhamdulillah, semoga ukhuwwah antara kami berkekalan sampai ke akhirnya. Ameen. :)




*masa bukak pose, seyes padang tu penuh*

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kalau boleh bulan ni taknak la ada masalah-masalah macam sebelum ni. Hmm, tak kira la sape-sape kan. Tak perlu nak cerita dalam ni. Tapi jauh di sudut hati aku, aku pasti diri aku sendiri dan kawan-kawan nak ikatan antara classmates kitorang makin terjalin dan kukuh.

Sedangkan lidah lagi tergigit, apalagi antara kawan-kawan kan. Biasa la kalau ada salah faham atau masalah, tapi yang penting camne nak selesaikan masalah tu. Susah nak cakap bab-bab ni sebenarnya walaupun nampak cam simple.

Tapi ingatlah, setiap manusia tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tak ada seorang pun yang sempurna melainkan Dia. Terima apa yang ada dan jangan terlalu mengharap sesuatu yang lebih. Apa pun sabarlah.

Cuba buka minda dan hati untuk terima semua ni sebagai ujian. Jangan terlalu fikir diri sendiri sahaja yang betul kerana kita takkan nampak kesalahan kita kalau bukan orang lain terutamanya kawan-kawan sendiri yang menegur.

Aku sendiri pernah ditegur. Ya, malu itu memang ada. Bila difikir balik, aku memang camtu. Kenapa tak dapat terima diri aku macam tu? Tapi cuba fikir dari sudut yang lain, sudut yang positif. Mungkin ada sesuatu yang boleh diambil pengajaran atau nasihat untuk jadi lebih baik. Kan?

Tapi janganlah sampai kerana teguran itu, tiba-tiba jadi 'plastik' pulak, maksudnya berpura-pura. Hidup dalam lakonan. Jadi diri sendiri sudah cukup, biarlah apa orang nak kata. Hanya kita dan Allah yang tahu apa yang kita alami dan rasai.

Ingat 2 perkara, lupakan 2 perkara:
- Ingat kebaikan orang pada kita, Lupa kebaikan kita pada orang.
- Ingat kesalahan kita pada orang, Lupa kesalahan orang pada kita.

Sekadar peringatan dan nasihat untuk diri sendiri dan teman-teman seperjuangan~

P/s: Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Senyum selalu, sedekah tu. :)

4 comments:

azam baizen said...

bestnya bukak kat open air..

HudA aLthafUNnisa said...

ang, mintak maaf banyak deh..
banyak susahkan ang..
T____T

raihan ang said...

@azam~ aah, best2! nt ko ajak r membe2 bkak kt open air.. XD

@huda~ xde ape la.. sekadar bkongsi je tu.. masing2 da besar n hope leh pk mne baik mne bruk kn.. insyaallah, jln pnyelesaian tu ada.. pk2 kan ek.. :)

HudA aLthafUNnisa said...

huhu..
yela..
pk dah
kalu kte rse org tu macam tu..
kte terima je..berlapang dada..
hanya perlu sabar..
n doa mntk yg terbaik je..
thanx ang..
pape pon juz nk pk +ve eventhough org nk pk -ve kat kte.. ^_^
dugaan jadikan kte berpikir..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...