Salam alaik.
Kebengangan aku terhadap belog yang men'delete' satu post aku ni masih terasa. Well, aku maafkan since mood aku nak tulis balik sume-sume tu da datang. Kalu ikutkan nak je aku tunggu kucing bertanduk dulu. Susah-susah aku tulis panjang-panjang aritu. Ok, abaikan tu. Malas la geram kat bende leceh ni.
Ok, kita teruskan eh pasal aku posting kat Women Health Clinic. (Kali ni mungkin tak sedetail post lama)
Hari Pertama. Aku, Alia, Ili & Kak Jie dah bersedia di KOM sebelum pukul 8 pagi. Ni kali pertama aku posted kat so-called clinic n keje ofis hour. Dengan semangat berkobar-kobar, kami tunggu n menunggu lagi. Ok, takde sape-sape datang. Tiba-tiba Alia dapat call dari Sister Shila, CI kitorang, yang mengatakan clinic tak bukak on that day. So conclusion, kitorang terpaksa posting di lab. Ulang, POSTING DI LAB! or Clinical Skill Center. Owh, itulah tempat yang paling kitorang takmaw pergi.
Kami nak tengok patient betul. Taknak ngadap Sakura je (Sakura = model patung di dalam lab). Kami nak wat procedure macam biasa. Kami nak belajar benda baru. Kami nak jalan-jalan dalam wad. Kami nak g antar patient g x-ray. Kami nak hantar specimen kat patology lab. Kami nak.... Ok, dah. Kami tu sila ganti ngan perkataan aku. Hee.
Then, dari KOM kami perlukan khidmat delivery untuk hantar ke JHC. Sangat leceh. Tak suka dan berbayar. Haha. Sesampai disana, rupanya bukan kami saja yang berkampung di lab. Budak-budak dari Gastro Clinic pun sama. Ah, Kyra & Muni. So kami bertujuh bebas untuk practice apa-apa procedure sesuka hati. Tapi masalah disini, main-main itu lebih seronok. Haha.
Mula-mula practice gak benda-benda simple cam injection. Pastu kitorang wat benda yang belum belajar ag. Agak-agak sendiri je camne nak suture luka. Tu pun pengalaman assist doctor kat wad. Then, practice STO. Lepas tu, Tuhan je yang tahu betapa bosannya kehidupan di lab. Mengantuk! Sangat mengantuk sampai kami tertidur sekejap before lunch hour.
Petang pulak, kami banyak main wheel chair. Seronok kot. G depan, undur belakang, pusing tepi kiri dan kanan. Meriah sebab kawan-kawan join sekali. Siap main lumba-lumba lagi. Ibarat berada dalam sukan paralimpik. Ok, itu mengarut. Tapi memang bersuka ria sekejap di lab disebabkan suasana terlalu bosan.
Hari kedua. Masih berkampung di lab. Pagi-pagi tu kitorang dah start main BINGO. Ingat ag tak? Zaman sekolah dulu suka main ni. Haha. Tak lama lepas tu, budak-budak Gastro kena panggil sebab dorang ade 2 patient pagi tu. Kami dari Women health takde nye nak g JHC sana sb takdok patient. So macam jeles jugak la. Hehe. Then, Sister Shila panggil kitorang suh g Gastro clinic sekali. Yeyayy~!! Tak jauh pun, kat level 4 manakala lab kat level 2 bangunan yang sama.
Kat situ kitorang kena assist procedure TRUS Biopsy (Transrectal Biopsy). Ni untuk patient lelaki je taw sebab melibatkan bahagian prostate. Tissues akan diambil untuk diuji samada patient ada prostate cancer or any abnormalities la kat bahagian tu. Special ultrasound probe akan dimasukkan dalam rectum dan image prostate akan kelihatan. Local anesthesia diberi unutk mengurangkan rasa sakit. Then, tissue samples diambil dengan menggunakan jarum khas. Selalunya complication for this procedure adalah bleeding.
Petang tu takde patient dah kat gastro. At least, dapat rasa gak posting kat sana walaupun sehari. Hehe. So, macam biasa kehidupan di lab. Main wheel chair ag. Sembang-sembang. Gelak-gelak. Bosan. Mengantuk. Tak sabar nak balik. Sume perasaan ada. Owh tak lupa, staffs kat lab suh kitorang decorate whiteboard taw. Sempena Nurses Day, 12 May. So, dengan menggunakan bakat yang terpendam, hasilnya agak kebudak-budakan. Haha. Nt la aku upload eh.
Hari ketiga. Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Ni first time aku masuk Women health clinic. Sebelum ni KOM tu aku anggap tempat belajar je, kelas-kelas, tempat nak exam, tempat meeting, library. Kali ni baru rasa tempat ni macam clinic bila patient datang. Tugas kat sini tak banyak, kami gilir-gilir masuk untuk assist apa yang perlu.
Aku nyer turn 2 kali je. First, satu pasangan ni salah sorangnya lecturer UIA tapi foreigner la. Wife dia pregnant baby girl. Ni pun first time aku tengok ultrasound baby guna yang 3D. Wah, memang nampak muka baby tu camne. Dia gerak, siap senyum ag taw. Suka dan hepi je tengok muka parents dia. Tahniah2!! Pasangan kedua pulak ni Melayu. Ni anak first dorang. Rupanya kembar. Pun girls jugak. Dalam hati aku terdetik "Haih, mana baby boy ni. Dah la tak ramai laki sekarang." Hee.
Hari keempat. Patient tak ramai. Dalam 3-4 orang je. Kalu semalam pasal pregnant mothers n babies, kali ni pulak pasal urodynamic. Mostly patient yang ada masalah incontinence. Ada test apa ntah nama dia, pakai machine untuk cek masalah kat bahagian mana. Ada yang stress incontinence, ada yang dia punya uterus jatuh. Hm, macam-macam jugak masalah wanita bila meningkat usia eh. Masa VE examination, aku tak sempat tengok. Takpe, maybe next time berkesempatan.
Before balik, SN bagi satu task kat aku. Dia suh aku translate satu pamplet BI ke BM. Ingatkan senang je. Bila aku try gitu-gitu je, macam susah jugak la. Bila direct translation, ag la hancur aku nyer BM. Haha. Btw, sampai sekarang aku tak sempat buat ag. Its ok kot sebab next week aku still kat sini jugak.
Owh, aku ada timbang berat badan aku. Yeaa~!! Dah 39.5 kg. Im looking forward untuk teruskan usaha naikkan berat hingga 45 kg. You know what, 45 kg tu baru masuk BMI ideal untuk aku taw. Thats mean, still kena usaha naikkan or maintain. Owh, tak dapat imagine muka aku 45 kg camne. Hihi. Angan-angan.
Hari kelima. Hari jumaat wajib masuk lab sebab clinic tak bukak. Tapi sampai tengahari dah boleh balik. Tak wat procedure pun. Kitorang semangat nak main game. Mula-mula aku main game apa nama pun tak taw. Tapi kita lukis askar-askar kat kertas, then attack lawan kita. Aku menang! Game kedua, main teka-teka macam roda impian tuh. Tapi sekejap jela. Paling lama kitorang main regu. Yo, syok weh. Lawak dan sangat enjoy. Macam-macam gaya kitorang buat, sape cepat teka dia menang. Boleh bayangkan tak main dari 9.30 pagi- 12 tengahari. See? Lama giler. Kyra juara, aku second je. Ili ngan Izat berebut tempat loser. Haha. Seyes lawak korang ni.. Next week kita main ag eh. For sure masa tu kering idea. Haha.
Hmm, aku balik lewat petang aritu. Sebab kena jumpa advisor untuk program akan datang. Minggu yang macam takde pape tapi sebenarnya sangat penat. Seyesly penat. Aku dalam bus dari JHC ke IMC sampai tertidur-tidur tak sedar. Terjaga tu terus sakit kepala.
Harap sangat minggu depan is better. Ameen.
P/s: Dah taw reason aku sedikit emosi dan entah ape dalam
Entri takde Motif. Perubahan hormon. Sekarang pun emosi kadang-kadang tak stabil especially duk sorang-sorang kat bilik. But senyum dan ceria jela kan.
*Sigh*