*sorry 4 hurting you*
Beberapa ketika tadi, aku berbual dengan kawan baik kepada kawan baik ku. Berkongsi sesuatu yang makin menyedarkan aku. Tentang kesalahan yang pernah aku wat dan kesannya.
Sungguh, kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita wat tu melukai orang lain. Bukan sorang dua. Tapi rupanya ramai. Sakitkan? Tapi lebih sakit bila kita sedar sebenarnya kita sedang melukai dorang tapi kita wat jugak.
Aku taw, walaupun dorang cakap tu bukan salah aku. Tapi jauh disudut hati aku, dorang terluka kerana aku. Kesilapan aku. Aku taw kesilapan aku tu besar tapi tak sangka kesannya sebesar tu.
Bukan aku nak fikir negatif. Tapi aku nak diri aku ni sedar, jangan ulang kesalahan yang sama. Nak wat pape, kena fikir kesan jangka pendek jangka panjang. Fikir elok2. Jangan fikir diri sendiri je.
Selama ni, bukan aku tak pandang serius pasal tu. Penat aku fikir, penat aku nanges sorang2. Memang aku asyik ingatkan diri aku. Aku tak dapat lupakan semua tu. Walaupun aku taknak fikir hal tu.
Ya Allah. Apa aku dah wat kat mereka? Kesian mereka. Tapi mereka sangat tabah. Ya, sangat tabah! Maafkan aku semua. Kadang-kadang ada benda aku tak mampu nak luahkan. Perasaan ni aku pendam. Tapi, sakit! Bila aku luah tadi, lega sekejap. Tapi tipu la kalu cakap aku tak kecewa ngan diri sendiri.
Aku taw sekarang ada yang berubah, ada yang tak. Mungkin yang terjadi ni adalah yang terbaik untuk kita semua. Aku taw korang selalu sapot aku kan. Terima kasih banyak2 sebab tak salahkan aku. Tapi bila kita sedar kita salah, automatik penyesalan tu akan ada.
Bagi aku, kesan die sangat dalam. Tersangat2 dalam. Mungkin sebab aku rasa aku punca semua ni kan. Maaf, mungkin dorang tak taw sebetul2nya apa yang aku alami. Aku pun tak reti nak cakap camne sebab aku pun kadang2 tak faham. Senang2 je aku lukakan orang, walaupun sebenarnya dorang tak taw camne aku derita nak wat keputusan.
Aku teringat BFF aku penah cakap "mungkin dia terluka untuk melukai kita". Ya, tu yang aku alami. Aku terluka untuk melukai mereka. Sakit! Tapi aku selalu ingatkan diri aku. Bukan aku je yang sakit, dorang pun. Jangan sesekali lupa tu.
Aku suka satu quotation nih:
It isn't enough for your heart to break because everybody's heart is broken now.
Hmm, maaf ya. Aku tak taw nak fikir camne ag. Ada betulnya apa kawan aku cakap tadi. Banyak yang betul. Dan juga banyak kebenaran yang baru aku taw tersingkap. Tabahnya dia. Kuatnya dia. Hati dia lembut. Dia redha. Tapi aku?? Aku kagum ngan ketabahan dia. Jangan terluka kerana aku. Aku sakit bila tahu kamu sakit, korang sakit.
Benda da lepas tapi kesan dia masih aku rasai. Sebab tu nak wat pape, fikir elok2. Sebab tu wujud pepatah, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak guna. Tapi walau camne pun, aku tak maw kalah pada perasaan bersalah ni.
Aku memang jenis sensitif. Yela, orang lahir bulan 9 kan, sensitif yang tidak diketahui. Apepun, aku bukan jenis cepat ngaku kalah. Sesedih mana, sekecewa mana pun aku, aku susah nak give up. Orang nampak aku down giler2 kan, tapi tak bermakna aku putus asa ngan sume ni.
When you feel like falling down, don't give up. Try again.
Aku yakin, ujian ni aku kena lalui. Kena tabah. Kena sabar. Aku cuba. Mungkin ni jalan terbaik bagi kita semua. Aku takkan putus doakan kebaikan dan kebahagiaan korang. Sebab aku sayang korang semua. Bukan niat aku nak sakitkan korang. Kalau la aku tahu apa korang rasa yang sebenarnya, dan kalau la korang tahu apa yang aku rasa sebenarnya.
Tapi tu tak mungkin kan. Rahsia hati tu Allah je yang tahu. Untuk sementara, biarlah aku camni dulu ek, aku mungkin masih dalam state Kubler-Ross Stages of grieving/dying: Denial, Anger, Bargaining, Depression, Acceptance. Sesuatu yang normal bagi manusia biasa mengikut apa yang aku belajar masa 1st year dulu.
Thanx sangat kawan, sebab banyak share, sapot and dengar apa yang aku pendam. Walaupun tak semua, tapi sedikit sebanyak banyak benda aku dapat malam ni. Kamu ingatkan benda yang selalu aku lupa, dan sedarkan aku benda yang aku masih samar2. Macam kamu cakap, kita takkan dapat tipu hati sendiri kan. Tapi masih ada sesuatu keyakinan dalam diri aku ni yang orang lain masih xdapat ubah. Biarkan masa menentukan segalanya k.
P/s: Pasti ada hikmah disebalik yang terjadi. Pasti ada sesuatu yang lebih baik menanti. Ya Allah, kurniakan kami keredhaan dan kesabaran.