Friday, September 24, 2010

Ceritera Si Pelupa

Dalam kekelam-kabutan dan kebizi-bizian beberapa arini, adela sorang budak tu tibe2 cam asyik lupa barang2 dia arini. Nape ntah.

Semalam siap iron baju2 utk pakai sok sume ngan lab coat utk dipakai esok pun siap tergantung. Di mana sebelum ni si budak itu sangat malas untuk gosok dia punya lab coat. Kedut-kedut di lab coat tersebut gembira kerana si budak tidak peduli pun. Tapi semalam tiba2 je rajin jap.

Bangun awal pagi, si budak bersiap2 dgn canteknya kemasnya utk dating keluar bersama rakan sekerja, Farrah Wahida utk program akan datang. Semoga sumenya berjalan lancar. Ameen.

Setelah kerja siap, si budak dan kawannya pergi ke kelas. Dan apabila sampai, barulah si budak itu sedar bahawa lab coat nya tertinggal utk dipakai petang nt. Pening nyamuk lalat si budak memikirkan di mana nak cari lab coat kerana masing2 nak guna.

Tiba2 Zaid menawarkan si budak utk mgunakan motornya ketika waktu rehat nt. Tp lesen si budak telah mati dan belum disambung tempohnya. Padahal dalam hati si budak, dia masih takot trauma nak bawa motor tersebut kat jalan besar.

Setelah beberapa ketika, si budak pun terfikir utk meminta tolong Munirah spaya membawanya pulang ke mahalah di IMC. Jauh tak jauh, si budak tiada pilihan. Syukur kawannya sudi membantu. Si budak pun meminta izin Fatin Fathiah utk pnjam motornya yang sgt pink comel.

Tetapi kesian, mereka tak sangka tadi hujan. Tak perasan langsung hinggalah melihat air mencurah2 jatuh daripada caviti helmet. Abes basah tudung mereka berdua.

Berpeluh2 mereka utk sampai ke IMC gara2 terik mentari memancar ke bumi. Tiba2, si budak sedar bahawa dia terlupa utk bawak balik kunci bilik. Ok, takpe. Boleh mintak kat mahalah ofis, katanya. Tapi dia terlupa lagi, time tu lunch hour, ofis tutup! Oh tidak.

Eh sekejap, kalu dapat kunci bilik pun, lab coat tak dapat gak. Sebab ade dalam locker. Dan kunci locker tertinggal. Alahai, kesian si budak itu.

Munirah pun teringat, 'Izzatulfadilah demam. Jadi dia ada kat bilik dan boleh pinjam lab coat. Alhamdulillah, Allah tolong budak itu. Dengan muka kesian, dia meminta pertolongan Izat. Izat dengan baik hatinya tolong si budak meng'iron' separuh lab coat kerana si budak dalam keadaan kecemasan masa itu.

Izat demam, tapi dia tolong macam2. Oh, terima kasih banyak2. Balik nt insyaAllah si budak akan belikan nasi air utk Izat. Semoga kawannya itu cepat sembuh. Ameen.

Selepas itu, si budak pergi mengambil kasut Farhanah kerana dia pakai sandal ke kelas. Nt kena marah ngan lecturer kat lab sebab xpakai kasut. Orang tolong si budak, si budak tolong orang lain. Sama2 tolong menolong.

Alhamdulillah, si budak dan kawannya selamat sampai ke kelas. Syukur alhamdulillah. Si budak amat berterima kasih kpd kawan2 nya ynag sudi menolong.

P/s: Si budak itu adalah saya tuan punya blog ini. Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...