Saturday, May 30, 2009

jangan buta kerana cinta!

sumber: www.iLuvislam.com

Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan. Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana, resah dan akhirnya kecewa. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt... kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:
Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”

– Riwayat al-Bukhari -

Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Namun semuanya itu harus di lakukan mengikut syarat dan batasan-batasan yang tertentu yang telah ditetapkan. Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak negara Islam sebenarnya diambil dari budaya barat, ternyata ia mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding positif.
Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah.

Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.

Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka. Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentiasa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.


p/s: Ya Allah.. ampunilah dosa-dosa ku.. aku hamba yang lemah.. oleh itu jauhkanlah aku dari sebarang perkara yang keji dan mungkar.. agar aku tidak lagi tersungkur di lembah hina.. ameen..

Friday, May 29, 2009

kalau itu takdirNya

tatkala bahagia mula tercipta
hati itu bukan milikku lagi
alasan mudah untuk ku terima
kerana aku bukan yg terbaik

hadirnya tanpa diminta
perginya tanpa rela
namun harus ku tinggalkan jua
tanda redha pada takdir Pencipta


zahirku tak menangis
hanya batinku merintih

ku mohon padaMu Ya Allah

semoga dia tak merasa apa yg ku rasa

tanpa dia, Kau tetap ada
perginya dia, Kau tetap setia
sungguh ruginya aku dimasa lalu
tidak menagih CintaMu bertalu-talu

Ya Allah, hati ini penuh dgn bunga-bunga cinta
sehingga lupa pada Cinta paling Utama
Engkau Maha Menguasai hati-hati
gantilah cinta ini dengan Cinta Abadi

aku bukan tak percaya cinta manusia
yang tulus ikhlas itu ada
tapi takdir menentukan segalanya

andai tiada jodoh pasti terpisah jua

serpihan hati ini telah pergi
sukar untuk menariknya kembali

ku lakukan apa yang terdaya
agar ia takkan berpaling dariNya


salahku tak menjaga
salahku tak bertegas
andai saja boleh ku putar waktu

pasti ku halang rasa ini bertunas

Ya Allah, moga Engkau mencintai kami
biarlah kami mati menagih kasihMu nan suci
hanya doa kebahagiaannya ku pohon
tanda hati yg sentiasa merindui..

p/s: ku tak mahu saling menyayangi disini tapi saling membenci disana.. kalau itu takdirNya.. aku terima walau seperit mana harus ku tanggung.. kerana hanya Allah Maha Mengetahui segalanya..

Thursday, May 28, 2009

shocking images!!

salam alaik..

actually i've received an email from my friend (achik a.k.a ratu sembe! haha).. it shows few images n they make me feel, WOW!! huhu..

Try this out..... especially no 7. What do you see?

1) is this possible??

2) focus on the dot in the centre and move your head backwards and forwards.. weird huh!

3) are the purple lines are straight or bent??

4) do you see grey areas in between the squares? now where did they come from??


5) you should see a man's face and also a word..
hint: try to tilting your head to the right and the word begins with L..

6) if you take a look at the following picture, let me tell you.. it is not animated.. your eyes are making it moves.. to test this, stare at a spot for a couple seconds and everything will stop moving.. or look at the black center of each circle and it will stop moving.. but move your eyes at to the next black center and the previous will move after you take your eyes away from it.. weird!

7) try this out!

8) try this also..

p/s: have fun!! ;)
(rs nk demam lak.. huhu)

Monday, May 25, 2009

ada apa pada nama??

salam bicara..

ada apa pada nama??

adakah nama kita itu mencerminkan diri kita yang sebenarnya?

renunglah sedalam-dalamnya.. kadang2 aku pun fikir gak soal ni.. adakah aku seindah nama ku?? alangkah indahnya apabila diri ini seindah nama yang diberi.. hakikatnya ia jauh sekali!!

"RAIHAN MADIHAH BT GHANI".. ya, inilah nama yang diberi oleh ma abah.. dgn harapan anak mereka seindah namanya..


>>Raihan : bunga2 yang harum baunya (sweet-smelling plants) or rezeki..
>>Madihah : yang terpuji..

wallahu'alam

sebenarnya nama pun memainkan peranan.. tanpa nama bagaimana orang nak kenal kita kan.. Nabi s.a.w sendiri menyeru agar umatnya agar memberi nama-nama yang baik untuk anak-anak.. semoga panggilan nama yang baik menjadi doa bagi empunya nama tersebut.. insyaAllah..

bagaimana dgn aku? biarlah Allah saja yang tau.. aku tak berdaya nak menilainya.. yang penting aku tau yang aku perlu perbaiki diri aku lebih banyak lagi utk menjadi seharum taman di syurga.. diri ini harus direnung sedalam-dalamnya.. aku hamba-Nya yang tersangat2 lemah.. selalu alpa dan leka dalam menongkah arus kehidupan.. aku gagal berkali-kali.. aku harus bangkit.. tapi untuk bangkit kembali, aku memerlukan seribu kekuatan.. ku mohon pada-Mu, Ya Allah.. berikan aku kekuatan itu..

p/s (1): ustaz pernah berpesan kita harus igt 2 perkara..
1) ingat kebaikan orang dan lupa kebaikan kita
2) ingat kelemahan kita dan lupa kelemahan orang

p/s (2): orang bese panggil aku "ang".. ramai gak yg pelik.. nape ang?? chinese ke?? huhu.. alaa.. ms kecik2 dulu ade orang panggil "han" tapi tym kecik kan aku cakap pelat.. lama2 jadi "ang" (org ganu kan!).. hehe

Sunday, May 24, 2009

bisikan sirr (part 2)

alhamdulillah.. dengan izin Allah, aku berjaya habiskan baca buku "bisikan sir" (siri 1).. tapi part sajak aku tak baca lagi.. so aku nak berkongsi la sedikit apa yang aku dapat dengan pembaca2 blog aku ni.. dan juga untuk peringatan diri sendiri jugak sebenarnya.. semoga anda mendapat sedikit renungan daripada blog yang ntah pape ni.. =)

sirr 4

musibah adalah fitrah kehidupan, ia bagaikan badai dan gelombang di lautan.
ujian bagaikan cemeti kehidupan, justeru itu ramai yang menyangka Allah menjauhinya, tidak menghiraukannya, malah ada yang berburuk sangka pada-Nya. renunglah wahai diri dengan cahaya hatimu.
fahamilah, musibah adalah seruan untuk hamba itu kembali ke dalam dakapan-Nya. bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya, agar ia kembali ke kandang.
kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan atau melanggar ajaran-Nya. hadapilah dengan redha, sabar, tenang, bersegera bertaubat dan sujud pada-Nya.
yakinilah Allah tidak menzalimi hamba-Nya, Allah amat menyayangi dirimu. InsyaAllah, pada segala kesulitan itu akan datangnya kerahmatan.

"... dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya." (Fussilat: 46)

sirr 5

Allah tidak akan menolong kaum yang fasiq. apakah maknanya hidup ini jika Allah meninggalkanmu.
Dia amat menyayangimu tetapi perbuatanmu terlalu melampau. Dia jadikan hatimu satu tetapi engkau mengisinya dengan pelbagai kecintaan. engkau lebih cinta pada seruan nafsu dan syaitan, bahkan engkau berpaling dari seruan-Nya melalui petunjuk Rasul-Nya.
jika begitu, bagaimana engkau mahu mencapai kebahagiaan? engkau tidak akan menemui syurga dalam kehidupan di dunia, apatah lagi di akhirat nanti.
perjalananmu menyimpang ke neraka dan engkau akan derita.
dunia ini akan mendatangkan pelbagai masalah, bagaikan kapal yang bocor dimana air laut akan mula melimpah masuk ke dalamnya sedikit demi sedikit. tutuplah lubang itu dengan kasih sayang-Nya dengan taubat nasuha, berdiri teguh dengan akidah dan syariat serta sentiasa berzikir pada-Nya, beselawat pada Nabi-Nya. InsyaAllah segala kebocoran akan tertutup.
Dia tidak akan meninggalkanmu, Dia akan sentiasa menyebutmu apabila engkau menyebut-Nya. Dia tidak menciptamu untuk membencimu. percayalah, tiada keraguan pada-Nya.

"tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah, Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya?" (At-Taubah: 104)

Wallahu'alam.

p/s: Ya Allah, terimalah taubatku.. bukakanlah hatiku untuk menerima cahaya dari-Mu agar aku tidak lagi berpaling dari-MU.. ameen..

Saturday, May 23, 2009

hilang!

hari ini aku terasa kehilangan sesuatu.. sesuatu yang amat besar dan bermakna.. sebenarnya aku rasai perasaan ini sejak semalam lagi.. tapi aku cuba kuatkan diri seolah-olah tiada apa-apa.. tapi hari ini aku sedar yang aku sebenarnya sudah kehilangannya.. dan tak mungkin akan mendapatnya kembali.. hilang apa? biarlah aku saja yang tau..

entahlah.. aku rasa tak mampu untuk berbuat apa-apa.. tipulah kalau aku kata aku tak sedih.. setiap masa aku teringatkannya.. tapi segalanya ku serah pada Yang Maha Esa.. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.. kadang-kadang bila aku fikirkan, mungkin ini lebih baik.. kerana aku tahu siapa aku.. tapi untuk melupakan, ia bukan semudah yang disangka.. aku harus lebih kuat!! Ya Allah, bantulah hamba-Mu.. kuatkanlah hatiku ini.. sampaikanlah rinduku padanya!!

aku sendiri tidak mengerti apa yang terjadi.. aku tak mahu mengharap walaupun hati ini seperti masih mengharap.. kerana harapan itu mungkin akan mengguris hati aku sendiri.. yang ku pasti, ada hikmah disebalik semua ini.. pasti ada!!

p/s: sekarang aku dalam proses baca sebuah novel spiritual ni.. tajuk dia "mukjizat cinta".. menarik jugak buku ni (baru baca separuh).. so aku saja nak highlight sedikit mesej yang terdapat dalam novel ni..

1) sesungguhnya ada jalan keluar di sebalik kesusahan dan kesulitan yang kita alami.

2) Allah akan menjadikan kelapangan selepas kesulitan.

3) janganlah menyekutukan Allah dengan apa cara sekalipun.

4) hindarilah perbuatan maksiat kerana itulah penyebab segala kesedihan.

5) kita perlu sabar, ikhlas dan bersyukur.

Friday, May 22, 2009

main teka teki

suatu malam yang hening (masa tu dlm exam period lg).. aku cuba menceriakan hati seorang teman ni.. dari cara dia pun aku tau yang dia tak ceria.. macam takde mood je.. and aku rasa tak sedap hati je biar dia camni.. nanti aku pulak yang rasa sedih.. so aku cuba tarik perhatian dia dengan main teka-teki.. aku pun bagi la teka-teki yang senang.. sebab aku tak nak bebankan dia nak fikir jawapan.. maybe korang pun tau jawapan dia kan.. hehe

ang: bila kita bangun dia tido, tapi bila kita tido dia bangun.. ape tu?

teman: kaki

ang: tengah malam ada apa?

teman: L

ang: burung apa yang selalu jaga atuk dia?

teman: belatuk

adeh.. suma jawapan btol.. da dapat 15markah.. hehe.. aku da takde idea sebenarnya.. tapi aku nak bagi lagi.. sebab suma dia jawab sepatah-sepatah je.. dia masih tak hepi!! aku nak try jgk bagi dia hepi.. huhu.. ni teka-teki last aku bagi..

ang: ayam berkokok, harimau?

teman: bangun tido..

ang: salah!! hari mau siang.. (tergelak2 aku sorang2)

and then turn dia pulak bagi teka-teki..

teman: kalau batu hitam lempar dalam laut merah, apa yang jadi kat batu tu?

ang: hitam tukar kaler merah ke? waaa.. x aci.. x penah dengar..

teman: masuk dalam laut jadi basah la

haha.. tergelak2 aku malam tu.. aku yang nak ceriakan hati orang.. aku pulak yang gelak lebih2.. ish3x.. tapi tak pela.. apa yang aku harapkan adalah kegembiraan dan kebahagiaan dia.. aku tak nak tengok orang yang rapat ngan aku sedih.. semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pada dia.. dan semoga dia sentiasa bahagia disisi-Nya.. ameen..

pada kawan2 sume.. kalu tengok kawan korang sedih.. jangan la biarkan je tau.. try la wat dorang hepi.. terubat jugak hati tu.. apa gunanya kawan kalu tym senang je ade tapi tym susah wat dunno je.. betul x? tapi kadang2, orang yang tgh sedih perlukan masa sendirian.. so tym tu, bagilah dorang masa untuk diri sendiri.. (nasihat berdasarkan pengalaman) n jgn lupa nasihat-menasihati sesama kawan ye.. yang penting ingat Allah! kesedihan pasti diganti dengan kasih sayang-Nya..

p/s: ikan ape telur dikepala, telur dibadan dan telur diekornya? nak tau aku jawab ape.. ikan goreng celup telur.. tapi salah.. jwpn: bahulu ikan.. haha (nur yg reka)..

almost the end..

why it becomes like this?
always repeating the same
timeless!
there's no space for me to think

i keep silent
but deeply inside
i am screaming
loudly with tears

am i dreaming?
maybe! i don't know
now they're already gone
hopelessness

we may feel the same
but can do nothing
it's really hard
becomes harder and harder

the past is in the past
it's easy to say, huh
but this is my fate
only He Who knows everything!

p/s: i can't satisfy everyone.. including myself..

teman!

sebenarnya masa ni aku tengah sibuk ym ngan budak2 skola aku dulu.. rindu dorang sume.. meh aku perkenalkan dorang.. achik-cmah-pehan-nabila.. dan jgk si Q (nak jugak nama dia! misteri katanya).. tiba2 achik ni citer pasal kawan ym dia.. ada info sket2 psl persahabatan dorang.. so kitorang sibuk reka lirik untuk achik.. khas untuk kawan dia tu.. dan tiba2 aku dapat ilham (pening gak nak pk sebenarnya)..

ku tahu kita tak serupa
malah jauh berbeza
aku di dunia ku
kamu di dunia mu
teman ku tak mungkin kamu

mana dia teman sejati ku
ku bukan mencari mutiara
sebutir pasir pun tak mengapa
asalkan hidupku penuh ceria

oh warna-warna kehidupan ku
setelah ada kamu
hilang semua gelita
yang ada hanya lah bahagia

ku mencari sepi yang hilang
rupanya itu kamu teman
janji telah kita lafazkan
dan akan terus ku pegang
kerna kau teman ku selamanya

p/s: aku tak tau best tak.. sebab aku bukan ditempat achik.. dan aku bukan seorang yg pandai mnyusun kata2.. huhu.. sayang kawan2!! =)

Thursday, May 21, 2009

bisikan sirr (part 1)

lepas abes exam ungs baru2 ni aku teman kak naimah balik bilik dia.. kebetulan aku pulak nak amek notes yang dah dipinjam.. tiba2 aku ternampak sebuah buku tapi kecik je la atas meja.. aku sedikit tertarik dgn buku tersebut lalu terus beli buku tu dgn rumet dia.. kebetulan ade lagi bberapa buah buku yg lum dijual.. tajuk "bisikan sirr" ditulis oleh haji ibrahim mohamad.. so aku nak berkongsi sedikit la apa yang aku dapat dgn sape2 yg view blog ni.. semoga anda mendapat manfaat darinya..


sirr 1

Allah amat menyayangimu. wujudmu adakah bukti wujud-Nya.
apakah maknanya Dia mewujudkanmu jika Ia membencimu. renunglah ke dalam dirimu dengan renungan yang sedalam-dalamnya.
sesungguhnya pada dirimu sudah nyata akan kasih sayang-Nya, jika kamu memahami.

"dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?" (Adz-Dzaariyaat: 21)

sirr 2

dari-Nya engkau datang dan kepada-Nya akan kembali. engkau tidak akan memahami bahasa cinta jika engkau berpaling dari wajah-Nya.

"... mereka berkata: 'sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah: 156)

sirr 3

segala apa yang kau pandang, dengar, rasai dan miliki adalah kosong pada hakikatnya.
jika engkau memeluk apa yang ada di sekelilingmu itu, engkau akan jauh dari cahaya kasih sayang-Nya.
nafsumu adalah penghalang besar untuk dirimu merasai sentuhan belaian-Nya yang amat lemah lembut.

"dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diinginkan nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semua itu adalah kesenangan hidup di dunia, dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." (Ali-'Imran: 14)

Wallahu'alam.

p/s: Ya Allah, hanya pada-Mu tempat kami mengadu..

Wednesday, May 20, 2009

rumate ku si mirah

sebentar tadi aku terbaca blog rumet aku untuk short sem baru2 ni.. tiba2 rasa rindu mencengkam jiwa ni.. nama dia amirah farhan mohd asri a.k.a mirah a.k.a syg!! budak nursing gak.. kami kenal masa taaruf week n tiap2 sem mmg jadi klasmate.. tapi sem last ni la baru ada peluang nak jadi rumet aku..

alhamdulillah.. sepanjang aku duk sebilik ngan mirah.. xde masalah yg berlaku.. best je nak berkongsi cerita ngan mirah (kdg2 dia ni misteri jgk!).. lebih2 lagi tym tinggalkan sekeping nota untuk aku mengatakan tiba2 balik kb.. terkezut aku tym tu.. rs kesepian malam2 tanpanya.. cewah.. ayat jiwang nih.. hehe

thanx to mirah sb slalu je dgr luahan hati sy tiap2 ari.. perkataan "waaaaaa" dah jadi pasword blk ktorang dah pun.. sb hari2 sbut "waaaaa" sampai sekarang.. haha.. kuat pengaruh budak ni.. tiap2 hari dia akan mnunggu kepulangan aku untuk lunch same2.. tharu sgt2.. hehe. dia ni jenis xkisah.. dan selalu tenangkan aku tym sedih.. waaaaa.. huhu. cita2 dia nak jadi isteri solehah.. aku doakan yg terbaik dan kebahagiaan untuk rumet atau juga sahabatku ini, si mirah.. ameen..

p/s: mirah ni kanak2 ribenna.. obses bile nampak ribenna!! tbe2 teringat amal ngan shai (ex-rumets).. rindu dorang jgk!!

nak terbang g tgk sakura~

ni aku saje je buh gambar2 sakura ni.. teringin jugak la nak tengok ngan mata kepala sendiri kan.. tapi bila la dapat peluang ni kan.. teringin nak g jepun nak tengok keindahan ciptaan Allah ni.. ok.. meh nak citer sket asal usul gambo ni.. ni kawan aku sendiri yang amek..

gambo sakura ni kawan lama aku yg bagi (sebenarnya aku mintak!).. haha.. aku nama kan dia si Q bleh?? si Q (bukan nama sebenar) ni skg blaja kat meiji university kat negara matahari terbit tu.. amek cos mechanical engineering.. dia la satu2nya dak skolah rendah+menengah aku yg blaja kat sana.. dia ni xhabis2 nak cerita zaman dulu2 dan masa dpn.. haha. si Q (koya baby face! haha!) ni penah cakap rasa nk duk sana sampai tanak balik malaysia.. nak kawen ngan awek jepun pulak tu.. amboiii.. hujan emas dinegara orang, hujan batu di negara sendiri.. kan? hehe.

suka aku tgk gambar ni.. kalu wat selimut ni.. perghhh.. diulit mimpi indah la jawabnye.. tanak bangun2 dah.. hehe
teringin nak panjat pokok sakura.. tapi macam susah je kan.. bestnya nampak sakura tym nek kete.. tenang hati sket.. huhu..
dorang wat ape la ek mase ni.. best la si Q dapat rasa dan tengok sakura.. patutla suka sangat duk sana.. haha.. ntah2 kuar jalan2 ngan horikita maki!!
aku ingin merasai saat2 sakura jatuh berterbangan.. aku ingin merasai sakura jatuh mengenai muka ku.. aku ingin merasai perasaan ketika menadah tangan menunggu sakura berguguran..
Subhanallah! sesungguhnya Allah itu Maha Mencipta! alangkah indahnya jika manusia menyedari ini adalah nikmat dari-Nya..

p/s: oyasumi (gudnite versi jepun!)..

Monday, May 18, 2009

aku tak mengerti..

baru-baru ni aku terdengar satu lagu ni (rumet aku suh dengar!).. tajuk dia "terlanjur cinta" nyanyian rossa n pasha.. bila aku dengar lagu ni.. ia macam mempunyai 1001 maksud bagiku.. maksud yang mengelirukan.. maksud yang aku sendiri susah untuk mengerti.. kenapa harus ku merasa gelisah seperti ini?? hanya kesalahan yang membuatkan hati menjadi gelisah.. benarkah?

Waktu bergulir lambat
Merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas
Puing-puing cinta yang t’lah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan sluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna skali cinta aku tetap cinta

Ya Allah.. maafkan hamba-Mu ini.. aku jauh dari Cinta-Mu.. aku tidak mampu menidakkan perasaan ini Tuhan.. ampunilah hatiku yang lemah ini.. ingin sekali ku memegang Cinta-Mu.. ingin sekali aku memeluk Kasih-Mu.. ingin sekali aku menggapai Ampun-Mu..kerana ku tahu Cinta-Mu tak akan pernah mengecewakan aku.. sepertimana cinta-cinta manusia yang telah ku kecewakan dan dikecewakan..maafkan ang!! ang ingin mencari Redha-Nya..

Sunday, May 17, 2009

malam terakhir

huhu.. nampaknye malam terakhir kat pj ni bosan sangat.. mujur la tasha tak balik lagi.. leh gak lepak2 kat bilik dia (sambil2 tulis blog).. huhu.. barang2 xkemas habis lagi.. sok pagi2 kne balik dah.. selamat tinggal uia pj!!!

p/s:aku tak tau ape yang aku rase skg!! waaaaa..

jamuan terakhir~

nak dijadikan cerita.. tanggal 9 mei 2009 (saturday) telah terpilih untuk kitorang adakan jamuan untuk kali terakhirnya kat pj.. macam2 cadangan awalnya tapi kat block E jgk la yang paling sesuai.. alkisahnya semua orang da ada tugas masing2.. tp pagi tu agak kelam kabut sikit.. mujur la xbanyak keje sangat.. aku patutnya datang kul10 tp terlewat gara2 bangun-tido-bangun.. 10.30 gak aku pegi ngn muni.. ana tak datang2!! (spatutnya skali ngan aku).. pagi tu sempat la taaruf sket ngan budak2 dari group1 sebab kitorang pakat wat jamuan ni..

sepatutnya tugas aku pagi tuh bakar ayam.. tapi budak2 laki da ambik alih tugas tu.. senang keje (dalam hati teringin nak bakar ayam.. waaa).. huhu.. tapi bagus gak.. kitorang sume leh sibuk2 bergambar pagi tu.. mcm2 gaya ade.. tapi xleh la nk post kat blog ni.. biar kitorang je yang tau k..

makan time!! huhu.. sepatutnya semua kena berkumpul kul 2 ptg.. tapi gara2 kepenatan, aku g lambat sket.. tgk2 kena g amek gelas kat ABC sorang2.. malu la gk.. tapi wat mke poyo je.. huhu.. orang lain sibuk g amek makanan, aku pulak sibuk nak main2 ngan baby (anak ustaz salah).. tym nak makan aku rasa xlapar sangat pulak.. amek makanan pun sekadar nak bawak balik (nak makan ngan mirah).. tym makan sikit je pun.. perutku kecik.. xmuat makanan banyak2! haha

ni hadiah2 terkumpul.. sape dapat jawab teka teki dapat hadiah!! hehe.. xdela.. kitorang sebenarnya da pakat nak tukar2 hadiah.. da cabut undi awal2 dulu.. cuma wait n see je sape yg dapat nama kita.. excited sume orang.. hehe.. aku dapat nama farah nasuha.. nama aku pulak diambil oleh aisyah.. tanx ye sume2.. sonok jugak la.. bkn selalu wat camni.. tym kat skola dulu je.. ms kat skola aku panggil mende ni "rantaian kasih".. orang lain aku xtau dorang panggil apa.. huhu

lastly, before jamuan ni sampai ke penghujung.. kitorang jeles tengok group1 da amek gambar kelas dorang.. so turn kitorang pulak ye.. owh.. lupa nak cakap.. budak2 group4 ni majority budak2 nursing.. tapi ada 2 lagi budak dentistry.. korang dialu-alukan.. xde diskriminasi dalam kelas ni.. asalkan suma orang bahagia.. hehe.. ape yang penting?? kejesame!! semoga kenangan dan ukhuwah kita semua terus terjalin.. sayang korang!! jumpa kat kuantan pulak k..
~ang~

Saturday, May 16, 2009

tamat sudah perjalanan di PJ

alhamdulillah.. exam ethics da berakhir tadi.. maknanya sem ni da tamat dan mustahil berulang lagi.. pas keluar exam tadi rasa sedih pulak (campur la dgn keadaan AMF sejuk mcm kat kutub utara).. sebab macam2 dah berlaku kat pj nih.. semua dalam kenangan la.. kawan2, lecturer, suka duka, macam2 la.. adakah perjalanan kat bumi pj ni akan berakhir disini?? jawapannya YA!! huhu..

terasa sgt sedih sekarang ni.. alahai.. dulu bkn main beria2 nak g kuantan.. tapi sekarang.. huhu.. kawan2 pun ade cakap sedih.. lagi la wat aku sedih.. waaa.. aku je yang balik hari isnin.. semua balik esok a.k.a ahad.. waaa.. xaci laa.. sedih sgt2 nih!!! da la duk sorang2 nanti.. =( xpela.. perjalanan hadapan sedang menanti kita semua.. semoga tabah dan terima apa jua ujianNya.. owh.. sblum lupa.. nak mtk maaf kat sume andai ade salah silap.. 0-0 la ye.. =)

p/s: aku pasti rindukan sem ni~~ kuantan menanti~~

Friday, May 15, 2009

UNGS group 4~~

sedar tak sedar.. short sem da berlalu dgn cepat.. macam2 yang aku dapat sepanjang sem ni walaupun masa nya xsepanjang sem2 lain.. banyak kenangan manis mahupun pahit.. tapi tu la yang aku rasa sepanjang duk 2 bulan kat sini.. huhu.. waaaaaaa.. malam ni exam.. takot la jugak.. ok.. kat sini jz nak tunjuk gambar2 dorang yang selalu bersama aku utk kelas UNGS ni n lecturer skali.. amek dari izat ptg td.. hehe.. thanx 4 everything!!

ni kelas UNGS 2050.. ni ustaz raheem yang ajar (ustaz yg sama ajar aku BTQ).. sampai skg ustaz ni igt kampung aku.. hehe.. best kelas ni.. selalu wat kat library.. ustaz ni baik sangat.. tapi sayangnya, aku selalu tido tym dia ngajar (da la duk btol2 depan ustaz).. tasha ngan mira slalu kaco aku.. hilang ngantuk skejap.. huhu.. maafkan sy ye ustaz!!
ni pulak kelas UNGS 2040.. ustaz salah yang ajar.. best jugak ustaz ni.. tapi aku pernah kena tegur sebab tido jgk.. alahai.. malunya.. apa la nak jadi ngan aku ntah.. kls ustaz ni selalu kat ABC.. tp kadang2 kat LHB.. ustaz salah selalu pesan suh kawen awal!! tu antara pesanan terakhir beliau.. hehe. =D
and last skali UNGS 2030.. ustaz iskandar arnel.. 1st tym masuk kelas ustaz ni agak menakutkan la.. semua soalan beliau power2 sampai kitorang pening nak cari jawapan.. satu lagi tym presentation.. agak menakutkan jugak kalu sape2 yg terkena.. tapi alhamdulillah.. ustaz ni pun apa kurangnya.. tym dia bagi motivation mmg best la.. esp masa dia suh tgk movie pasal Rasulullah.. menangis satu kelas kot.. masa tu mmg aku rindu sgt nk jumpa Rasulullah!! (dlm kls ni tak berani nak tido)..
p/s: overall, mmg best!! thanx pada suma~~ tp cian kak naimah xdok.. waaa..

Tuesday, May 12, 2009

semakin berat~

hari ini ku rasakan ujian semakin berat.. sehingga aku xmampu mengungkapkan dgn kata2.. apa yang ku rasakan pasti tak sama dgn apa yg luahkan.. kerana ku tahu.. apa yg terpendam di dalam hati ini mustahil utk diluahkan semuanya.. biarlah aku sahaja yang rasa.. tidak ingin ku membebankan sesiapa.. lebih2 lagi orang2 yang selalu disisi.. yang sedia membantu ku untuk mengharungi hidup yg tidak jelas arah tujunya.. entah lah.. aku sendiri buntu apa yg perlu dibuat..

aku tidak mahu mengecewakan insan2 yang aku sayangi.. keluarga, rakan2 dan insan2 yg tersayang.. bukan niatku membuat kamu semua begini.. ingin saja aku seorang yg menanggung semuanya.. tp sekarang ku rasakan amat mustahil.. kerana kebenaran pasti terserlah jua.. aku tidak mahu mereka menderita kerana kesilapan ku.. aku tidak tegar melihat mereka merana.. tapi itu semua telah terjadi.. aku harus dipertanggungjawabkan.. maafkan aku semua..

aku tidak tahu apa yg harus ku lakukan.. adakah cara itu yg terbaik untuk ku? tidak ada jalan lainkah untuk ku pilih? agar tiada lagi hati yang kecewa keranaku.. aku mahu disayangi.. aku tidak mahu dibenci.. dicemuh.. dan dibuang.. aku mahu kasih sayang.. aku mahu bahagia.. tapi mampukah aku untuk menggapai bahagia atas kesilapan ku itu? aku sendiri tidak bisa menjawab.. ku serah segalanya pada Allah.. hanya Dia yang tahu apa yang ku rasakan saat ini.. hanya Dia yang tahu apa yang bakal terjadi padaku.. dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buatku..

ku mohon padaMu Ya Allah.. Engkaulah tempat aku mengadu.. maafkanlah kesalahan ku.. ampunilah dosa2 ku.. berilah ku kekuatan.. aku lemah.. aku memerlukan kesabaran yang kuat untuk menghadapi ujian beratMu ini Tuhan.. lindungilah orang2 yang ku sayang.. tabahkanlah hati mereka andai mereka tahu apa yang ku rasakan.. cekalkanlah hati mereka.. aku tak xsanggup mereka melihat terluka Ya Allah.. ku mohon seribu kemaafan.. ameen..

Sunday, May 10, 2009

saat2 terakhir kat pj

semalam jamuan kelas telah berlangsung kat block E.. pagi tu aku spatutnya g kul10.. tp terlambat setengah jam.. g same2 ngan muni dalam kul10.30.. huhu. rupanya ayam xdapat nak bakar lagi sbb xsampai2.. ingatkan dapat bakar jugak tapi sume brothers duk syok bakar ayam.. yang sisters plak sibuk duk bergambar.. huhu

masa balik utk rehat jap.. aku rasa penat sgt.. baring punya baring.. rasa malas nk iron baju.. alamak!! da kul2 ptg.. spatutnya masa ni la sume orang kumpul.. pas solat.. dapat call mtk aku tolong amekkan gelas kat aika cafe dalam ABC.. maybe ssb dorang perasan yg aku xsampai2 lagi.. cepat2 aku bersiap.. dgn muka xmalunya aku masuk ABC sorang2 menghala ke cafe yg jauh kat dalam tu.. adehh.. sume bro yg kat cafe tuh pandang aku je.. segan tol.. msti dorg pelik kot tetiba ade sis sesat kt dalam tuh.. aku pn g la pinjam gelas ngn senduk mcm yg dorang nak..

tp xsangka pulak gelas xcukup (rasa bersalah pulak pas baca blog izat!).. huhu.. masa majlis baru stat tu.. tiba2 rasa nk g jenguk hp yg aku tinggal kat atas kerusi tuh.. tgk2 kak naimah tgh call.. tp sempat angkat 1saat je.. aku pn call balik.. yeaa.. kak naimah dtg.. dgn excited nya aku g jemput kak naimah kat kete.. cian kat kak naimah.. kaki xbaik2 lagi.. aku pn tlg kak naimah sampai kat tempat jamuan tuh.. emm.. pas abes mkn2 tu aku luahkan kt kak naimah.. b4 ni aku ada luahkan kat kak naimah skali.. pastu rindu nk gtau kak naimah.. smlm baru dpt luahkan lagi.. huhu.. thanx akak sbb sudi dgr luahan hati yg xsberapa ni!!

ble difikirkan balik.. sem ni da nak habis.. kelas pon da berakhir.. sedih plak rasanya nk tinggal pj ni.. mcm2 kenangan ada dari sem1 1st year sampai la short sem 2nd year ni.. macam2 rasa ada.. huhu.. papepun hope dpt jawab final exam utk UNGS ni dgn jayanya.. insyaAllah..

Thursday, May 7, 2009

ingin saja aku..

Ingin saja ku berlari
lari dan terus berlari
sampai ke hujungnya
yang aku sendiri xpasti dimana
Ingin saja ku luahkan
apa yang terpendam
tapi terlalu sukar
kerana ia sudah jauh ke dalam
Ingin saja ku pergi
pergi dari segalanya
biarla aku yang menanggung semua
agar tiada lagi yang terluka
Tapi ia xmungkin terjadi
kerana aku harus hadapi
liku-liku hidup yang berduri
asalkan mendapat redha Ilahi
Apa yang pasti
aku harus tabahkan jua
diri yang kerdil ini
aku harus yakin padaNya!
p/s: luahan hati.. tiba2 je tulis ni.. ntah la.. huhu

Allah maha mengetahui

bila kita diberi ujian oleh Allah.. kita selalu tertanya-tanya.. tp al-Qur'an telah pun mjawabnya..

1. kenapa diriku diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : 'kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (al-ankabuut, 29:2-3)

2. kenapa aku tidak mdapat apa yang idamkan?

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu pula tidak mengetahui." (al-baqarah, 2:216)

3. kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakan. (mereka berdoa): 'Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanngup kami memikulnya. beri maaflah kami; ampunilah kami;dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-baqarah, 2:286)

4. kenapa rasa kecewa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (ali-imran, 3:139)

5. bagaimana harus ku hadapi?

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'." (al-baqarah, 2:45)

6. apa yang ku dapat dari semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah terjadi) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Qur'an. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (at-taubah, 9:111)

7. kepada siapa aku berharap?

"Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: 'cukuplah Allah bagiku'; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung." (at-taubah, 9:129)

8. aku xdapat bertahan!

"Biarkanlah dia pergi bersama kami esok pagi, agar dia (dapat) bersenang-senang dan bermain-main, dan sesungguhnya kami pasti menjaganya." (Yusuf, 12:12)

p/s: hanya sekadar renungan bagi mengubati hati yang resah..

takdir cinta

dulu2 aku ske sgt lagu ni ms sesorg bg aku pnjam mp3 sony.. nyanyian rossa dlm soundtrack 'ayat2 cinta'.. novel tu aku da baca.. cme movie dia aku tgk sparuh je.. xsempat nak abeskan sb ade keje.. lagu ni sampai skg pon aku suke.. agak bmakna jgk lagu bagi aku kot..

Ku tutup mata ku
dari semua pandangan ku
bila melihat mata mu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati
yang mengalir lembut

Penguasa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh
pada sumur dosa
yang terkutuk
dan menyesatkan cinta ku

Andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta kau dan dia
Aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
Biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia
bukan ku yang mau
oh Tuhan, tuntunlah hati ku..

p/s: lagu ayat2 cinta pn best.. huhu

Tuesday, May 5, 2009

sekeping nota

aku balik dari kls ungs ptg td pas sesi photography.. tengok bilik gelap semacam je.. ktaakkk!! pintu pn tbuka.. sah!! xde orang.. mane pulak pegi mirah, si rumet ku ni.. huhu

aku pun letak beg atas meja.. n terjumpa sekeping nota..

to ang syg:

sy blik kb mlm ini..
ada hal penting.. 6ti sy blik sy citer..
esk mlm sy blk kl.. jaga diri cyg..
jgn lupa makan.. tido jgn lewat.. c u..

from,
mirah..

huhu.. risau aku td.. pelik jgk.. selalu ada kat blk.. owh baru aku igt.. syikin (rumet mirah dlu) dtg pj.. dorg balik same2 la kot.. igt kan mirah nk anta syikin je.. rupanya balik kb skali.. tido sorg2 lagi mlm ni.. hehe.. xpe..asalkan aku tau rumet ku selamat.. alhamdulillah..
p/s: mirah.. cepat la balik.. sape nk tman sy g psr mlm sok??? huhu

Sunday, May 3, 2009

kisah si S!!

sbg pndahuluan, meh aku knal kn si S ni.. dia kwn skola aku dlu.. dlu ktorg pnh la skelas tym form1.. tp xbpe suke dia tu .. ego smcm je.. yeke malu?? (maaf ye S.. aku jujur ni.. haha).. ntah2 S pn xske aku.. haha.. form5 pn kelas sama skali lg.. tp xbaik pn ngn dia.. sampai la msk uia nih!! xego daa.. :)

stat tuh ktorg baik la jgk.. si S ni ske giler kutuk aku.. cesss.. aku kutuk dia blk.. xde mrh2.. 2 yg bgusnye.. n td si S ni msg ngan aku.. dia gtau yg dia da xkapel dh.. alhamdulillah.. xsangka plak aku.. da 6tahun kapel kalu xsilap kot.. lame tuh.. ngn gurl skola aku jgk la.. tp skg insaf dah.. bagus la si S nak brubah.. aku ske bila tau kwn2 aku brubah nak jd baik ni!! tp si S tu da pasang niat.. nak kawen ngn gurl tu pas abes blaja nanti.. insyaAllah.. moga2 Allah jodohkan kalian bdua.. ameen..

n then dia ada tnya psl tudung aku.. dia ckp nmpak kecik lg.. nape xlabuh kan lagi?? huhu.. xpela S.. aku xnk mendadak.. biar la slow2 n istiqamah.. doakan aku la ye.. tanx sbb gtau aku!! n tanx sbb sedia dgr cte aku.. mmg kwn aku ni.. hehe

p/s: mg xjemput ekg aku siap la si S!! haha.. pape pon truskan usaha nk jd lbh baik.. labuhkan cintamu padaNya kerna Cinta itu xkn pnh mgecewakanmu.. :)

accident!!

salam.. smlm aku kuar ngn mkcik (che teh ain) dgn adik aku yg bru pas spm (imah).. dorang datang dari terengganu.. ktorang g uia gombak sbb ade majlis kawen kt ctu.. alang2 da ke uia gombak.. bleh la aku jumpa ngn abang aku kat sana.. rupanya pagi tu dia bru je blk dari indon.. ade praktikal kt sana.. best jgk bdk2 kaed ni rupanya.. huhu

nk dijadikan cerita.. masa aku on d way to gombak.. aku nmpak ade motosikal kat tepi jalan tuh.. nmpak la ade 5-6 orang kat ctu.. rupanya ade moto jatuh cmne ntah aku xtau.. tp muka ppuan sorg tu pnuh ngn darah.. Ya Allah.. tiba2 aku tigt 2 perkara tym tgk kejadian tu..

1) peranan aku sbg sorg nurse (wlupon xblaja selok belok nursing lg!).. huhu.. tp kalu aku da pandai nt.. insyaAllah aku nak tolong sape2 je yg perlu kan bantuan.. kne blaja rajin2 ble msok kuantan nt ni!!

2) aku teringat balik kenangan aku tym accident dulu.. masa tu aku form5.. ari kamis petang.. aku blk dari latihan kawad ngn kawan aku ni (ain).. aku g skola mmg naik moto.. umah pulak jauh jgk dari skola.. ms tu aku pk mmg nk balik cepat2 mmandangkan xsolat asar lagi ms tu.. ms tgh bwk moto tu aku tnampak 2pupu aku pn bwk moto atas jalan (laju dia bwk).. huhu

sampai la kat satu lampu isyarat (dkt ngn skola tun telanai) tbe2 lampu oren dah.. aku rasa cam xsempat dh nak brek ni.. aku pon "press" moto aku tu.. dgn izin Allah, ntah ape kene ngan tayar moto tuh.. aku hilang kawalan.. mmg ke kiri ke kanan la moto tuh.. sempat lagi aku dgr kawan aku kt blkg tnya apa terjadi.. dia takot.. aku pon sme.. yg pasti kalu aku brek tym tu, moto msti tbalik..

aku ade 2 pilihan ms tu.. jatoh atas jalan ke jatoh kt tepi jalan.. kalu ke atas jalan tkot ada kereta kt blkg.. aku pilih jtoh tepi jalan (smpat lagi nk pk ms tu!).. aku pon trus langgar benteng kecik kt tepi jalan.. tym mk jatoh tu, kawan aku sempat lompat dari moto.. aku xsempat!! tawakkal je la.. moto jatoh sambil bgeser atas jalan.. mujur xjauh sgt.. kawan aku cepat2 tolong agkat moto sket.. sbb tertindih atas kaki aku.. buku lali aku luka sampai nampak tulang.. dua2 belah sluar aku kt bahagian lutut mmg tkoyak sb bergeser ngn jalan.. agak terok la lutut aku tu.. xsampai 5minit pipi aku dah bengkak+biru.. tp aku xkisah.. aku bsyukur lagi.. sbb masa tu aku lebih pentingkan kawan aku dari diri aku sdiri.. Alhamdulillah dia cedera ringan.. luka pn ckit je xmcm aku.. aku rs lega sgt..!! aku syg kawan aku!!

kbetulan 2pupu aku tu pusing blk moto dia.. aku pn pnjam hp sbb nak kol ma aku.. nada aku ceria je masa tu.. ckp "ma.. ang accident ni!! hehe".. ma aku tkejut gk.. suh tunggu dia sampai.. kbetulan ada mkcik yang tinggal kat dpn jalan tu tolong aku.. dia ckp kat dpan tu mmg slalu org accident.. tp kalu ppuan slalu menangis.. aku pulak selamba je muka ceria.. haha.. tp mmg aku xnafikan yg aku langsung xrasa nak nangis masa tu.. aku sdiri xtau!!

ma aku pon sampai..bwk aku blk umah dlu.. dgn segala darah2 aku solat asar jgak!! n then pas magrib baru aku g hospital.. agak lambat sbb masa tu ayah aku xde.. g hospital ngn ma n makcik aku (cik ha).. lama jgk nk tggu giliran.. ramai sgt kat bhagian kecemasan.. n tiba la giliran aku masa tu.. dpat doktor muda lagi hensem.. huhu.. doktor tuh cek la luka aku sume.. suh aku msok satu bilik ni.. tym ni tukar org lain dah yg aku pggil pakcik je.. pakcik tu dia sembang2 ngn aku tnya nape leh jadi cni.. aku layan je la.. rupanya dia xnk aku tkot buku lali aku kne jahit nt.. huhu.. dia ckp jgn tengok.. tp aku xkisah pon.. bkn sng nk dapat pluang tgk org jahit2 kulit ni kan.. hehe..

balik umah mmg kne bpantang la.. mkn tu xleh mkn ni xleh.. huhu.. tp aku dijaga dgn penuh kasih sayang!! thanx ma abah!! emm.. ari ahad tu aku tpaksa g skola gak sbb nak exam midyear.. nak naik tingkat 3 punya la lame.. mujur kwn2 tolong.. thanx jgk kt kwn2!! huhu.. selama 2mggu mak ayah aku hantar n amek dari skola.. da la jauh.. cian dorg.. g tuisyen pn same.. kwn aku ciap bagi doa2 suh aku bc.. emm b4 aku naik moto ni slalunya naik bus je.. petang2 xleh wat pape sgt.. tgk cte korea kt tv2 (sad sonata).. huhu.. pas aku sembuh.. aku bwk moto perlahan giler nk g skola.. insaf dah.. tp oleh kerana aku da lama xbwk moto skg.. aku jd takot nk bwk moto g jln besar.. trauma kot!! huhu.. Alhamdulillah.. umur aku masih panjang.. :)

Saturday, May 2, 2009

cuti punya pasal+rindu kwn2

huhu.. cuti pny pasal.. cafe zc ngn ac tutup.. jumaat sabtu.. pening pk nk makan apa.. nk g ukc segan.. lame x g kot.. alhamdulillah.. ada kwn ni tolong belikan (belanja sbnrnya).. thnx byk2 ye.. ang xkn lupa!! :) 2x makan baru hbs.. ssh tol nk mkn byk (sbb tu la xbesar2!).. huhu.. sok che teh ain ngn imah nak dtg.. dorg dari ganu.. nk g mjlis kawen kwn che teh ain.. huhu.. so xyah risau cafe tutop.. :)

mlm ni chat ngn achik.. tigt lak kwn2 lme kat skola.. rindu plak kt sume.. da la aku ni jenis cepat rindu.. waaa... huhu.. igt aku sokmo tau kwn2!! dlu tym skola aku nakal kot (kne tny pndapat dorg la).. huhu.. kt sume kwn2 ang mtk maaf kalu de byk slh silap or gurauan mlampau ke.. mne la tau kn.. syg korg!! rindu korg!!
p/s: tigt tym spm ms duk hostel..!!

kawen?

mlm ni bru habis baca buku "pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul".. sbb buku tu nipis.. shari je leh abes.. best gak buku tu.. tp malu2 je ble baca (kwn pn ckp cmtu).. huhu.. tp yg mnariknya sbb byk tips dn plajaran2 bguna.. emm.. bestnya ada suami cmtu kan.. huhu.. tp jodoh tu ktentuan Allah.. kte hny mampu mrancang dan mndoakan.. kne usaha jgk!!

soal jodoh ni mne la leh wat main2 kan.. sbb bkait rapat dgn khidupan dunia akhirat kte.. mcm da nk kawen pulak rasanye (dlm ati nk!).. hehe.. tp ilmu xckup lagi.. byk lagi kena blajar ni.. aku sgt mharap dpt suami yg bleh mbimbing aku dn anak2 (insyaAllah) mnuju ke jalan yg diredhaiNya.. bercinta sampai ke syurga.. mmg tu impian sume org kn!! :)

ble agaknya aku nk kawen ye?? huhu..

ntah la.. aku sndiri xtau.. ku serahkan segalanya padaMu Tuhan!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...