hari ini ku rasakan ujian semakin berat.. sehingga aku xmampu mengungkapkan dgn kata2.. apa yang ku rasakan pasti tak sama dgn apa yg luahkan.. kerana ku tahu.. apa yg terpendam di dalam hati ini mustahil utk diluahkan semuanya.. biarlah aku sahaja yang rasa.. tidak ingin ku membebankan sesiapa.. lebih2 lagi orang2 yang selalu disisi.. yang sedia membantu ku untuk mengharungi hidup yg tidak jelas arah tujunya.. entah lah.. aku sendiri buntu apa yg perlu dibuat..
aku tidak mahu mengecewakan insan2 yang aku sayangi.. keluarga, rakan2 dan insan2 yg tersayang.. bukan niatku membuat kamu semua begini.. ingin saja aku seorang yg menanggung semuanya.. tp sekarang ku rasakan amat mustahil.. kerana kebenaran pasti terserlah jua.. aku tidak mahu mereka menderita kerana kesilapan ku.. aku tidak tegar melihat mereka merana.. tapi itu semua telah terjadi.. aku harus dipertanggungjawabkan.. maafkan aku semua..
aku tidak tahu apa yg harus ku lakukan.. adakah cara itu yg terbaik untuk ku? tidak ada jalan lainkah untuk ku pilih? agar tiada lagi hati yang kecewa keranaku.. aku mahu disayangi.. aku tidak mahu dibenci.. dicemuh.. dan dibuang.. aku mahu kasih sayang.. aku mahu bahagia.. tapi mampukah aku untuk menggapai bahagia atas kesilapan ku itu? aku sendiri tidak bisa menjawab.. ku serah segalanya pada Allah.. hanya Dia yang tahu apa yang ku rasakan saat ini.. hanya Dia yang tahu apa yang bakal terjadi padaku.. dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buatku..
ku mohon padaMu Ya Allah.. Engkaulah tempat aku mengadu.. maafkanlah kesalahan ku.. ampunilah dosa2 ku.. berilah ku kekuatan.. aku lemah.. aku memerlukan kesabaran yang kuat untuk menghadapi ujian beratMu ini Tuhan.. lindungilah orang2 yang ku sayang.. tabahkanlah hati mereka andai mereka tahu apa yang ku rasakan.. cekalkanlah hati mereka.. aku tak xsanggup mereka melihat terluka Ya Allah.. ku mohon seribu kemaafan.. ameen..
1 comment:
Cayok33333!!!!!
Post a Comment