Sunday, May 24, 2009

bisikan sirr (part 2)

alhamdulillah.. dengan izin Allah, aku berjaya habiskan baca buku "bisikan sir" (siri 1).. tapi part sajak aku tak baca lagi.. so aku nak berkongsi la sedikit apa yang aku dapat dengan pembaca2 blog aku ni.. dan juga untuk peringatan diri sendiri jugak sebenarnya.. semoga anda mendapat sedikit renungan daripada blog yang ntah pape ni.. =)

sirr 4

musibah adalah fitrah kehidupan, ia bagaikan badai dan gelombang di lautan.
ujian bagaikan cemeti kehidupan, justeru itu ramai yang menyangka Allah menjauhinya, tidak menghiraukannya, malah ada yang berburuk sangka pada-Nya. renunglah wahai diri dengan cahaya hatimu.
fahamilah, musibah adalah seruan untuk hamba itu kembali ke dalam dakapan-Nya. bagaikan cemeti sang pengembala kepada ternakannya, agar ia kembali ke kandang.
kita lalai, angkuh, lupa diri dengan sedikit kelebihan atau melanggar ajaran-Nya. hadapilah dengan redha, sabar, tenang, bersegera bertaubat dan sujud pada-Nya.
yakinilah Allah tidak menzalimi hamba-Nya, Allah amat menyayangi dirimu. InsyaAllah, pada segala kesulitan itu akan datangnya kerahmatan.

"... dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya." (Fussilat: 46)

sirr 5

Allah tidak akan menolong kaum yang fasiq. apakah maknanya hidup ini jika Allah meninggalkanmu.
Dia amat menyayangimu tetapi perbuatanmu terlalu melampau. Dia jadikan hatimu satu tetapi engkau mengisinya dengan pelbagai kecintaan. engkau lebih cinta pada seruan nafsu dan syaitan, bahkan engkau berpaling dari seruan-Nya melalui petunjuk Rasul-Nya.
jika begitu, bagaimana engkau mahu mencapai kebahagiaan? engkau tidak akan menemui syurga dalam kehidupan di dunia, apatah lagi di akhirat nanti.
perjalananmu menyimpang ke neraka dan engkau akan derita.
dunia ini akan mendatangkan pelbagai masalah, bagaikan kapal yang bocor dimana air laut akan mula melimpah masuk ke dalamnya sedikit demi sedikit. tutuplah lubang itu dengan kasih sayang-Nya dengan taubat nasuha, berdiri teguh dengan akidah dan syariat serta sentiasa berzikir pada-Nya, beselawat pada Nabi-Nya. InsyaAllah segala kebocoran akan tertutup.
Dia tidak akan meninggalkanmu, Dia akan sentiasa menyebutmu apabila engkau menyebut-Nya. Dia tidak menciptamu untuk membencimu. percayalah, tiada keraguan pada-Nya.

"tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah, Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya?" (At-Taubah: 104)

Wallahu'alam.

p/s: Ya Allah, terimalah taubatku.. bukakanlah hatiku untuk menerima cahaya dari-Mu agar aku tidak lagi berpaling dari-MU.. ameen..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...