Monday, August 1, 2011

Bffs - 4 Tahun.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Baru sebentar tadi aku perasan, ada sesuatu yang aku lupakah tentang arini? Selain hari pertama umat Islam berpuasa? Hmm, dalam ketenangan memikirkan sesuatu, terdetik di hati aku, 'eh tarikh arini 1 Ogos!'. Aah, tak salah lagi!

Rupanya arini genap 4 tahun aku mengenali Bffs aku aka kawan baik selamanya. Alhamdulillah, dari saat aku mula kenal wajah mereka, bekerjasama dengan mereka, berkawan rapat dengan mereka, sehingga aku betul-betul menyayangi mereka ibarat keluarga sendiri, hingga sekarang kami masih berhubung, bersahabat dan sentiasa memahami.

Aku pernah berjanji pada diri takkan lupakan tarikh ini. Tapi aku jua manusia biasa, tetap lupa. Dan Maha Suci Allah kerana ingatkan semula pada diriku tentang kenangan yang tak ingin aku lupakan itu.

Malam itu, tanpa aku kenali seorang pun, aku sendirian ke bilik meeting yang ditetapkan. Wajah-wajah yang tak dikenali itu akhirnya menjadi punca senyuman aku berpanjangan untuk semester pertama. Mereka semua terbaik. Dan antara yang terbaik daripada terbaik itu adalah Bffs aku.

Kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Diikutkan aku sepatutnya berada dalam doorbills/handbills group, tapi camne ntah ade senior suh aku masuk group sebelah, banner group. Disitulah permulaan pada perkenalan bff aku. Namun, ada juga bff aku yang aku kenali disitu walaupun tak sekumpulan. Setiap seorang ada memori diingatan camne aku kenal dorang.

Selepas meeting pertama, meeting kedua (aku datang lambat) makin merapatkan kami. Jujur aku katakan, aku sangat senang mengenali dan berkawan dengan mereka. Mungkin ada chemistry. Sehinggalah aku rasa mereka selalu ada dan selalu dalam sebutan. Hehe.

Namun aku sedar pada kekurangan yang ada padaku. Diri ini tak pernah terlepas daripada menyakiti dan melukai hati mereka. Maafkan saya ye awak-awak semua. Maaf-maaf-dan maaf. Dan saya ingin mereka tahu bahawa saya bertuah dan bersyukur ada kawan seperti mereka. Thanks a lot. Kirakanlah jumlah bintang-bintang dilangit jika ingin tahu betapa banyaknya ucapan terima kasih yang ingin saya ucapkan. :')


A true friend is hard to find. And when you finally found them, treasure and appreciate their presence. :')

"Tak semua orang kita rasa selesa utk kongsi apa yg kita rasa. Biarlah ia datang dari hati. Walaupun kita tahu orang tu amanah dan jujur, tapi bila hati kita tak izinkan utk mereka berkongsi rasa, tak perlu kita ceritakan semuanya. Tapi bila orang tu kita rasa selesa utk share, luahkan je. Walaupun tak dapat membantu, tapi dgn dia mendengar dan memahami pun cukup ringankan beban kita rasa"

P/s: Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membantu kita utk jadi yg lebih baik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...