Showing posts with label bff. Show all posts
Showing posts with label bff. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Our Makan-makan.

Salam alaik.

Semalam selamat sampai ke bumi kuantan. Alhamdulillah. Perjalanan menaiki bus mengambil masa lebih kurang 5 jam. Mm lama jugak. Naik kete dalam 3 jam pun da bole sampai. Takpe. Ada orang tolong amekkan kat terminal. Pastu kitorang yang kelaparan pun baru nak lunch. Haha.

Mula-mula cam tataw nak makan kat mana. Ingat nak makan kat area ECM tapi parking penuh. Ramai orang kat bandar. Lastly kitorang decide nak makan kat Jungle jela. Sebenarnya aku tak pernah g pun situ. Ketinggalan betul la. Orang lain dah berpuluh kali g kot. Hahaha.

Sooooo.. Menu untuk lunch pada pukul 4 lebih ni dibelanja oleh Emy. Yeah!

Nasi arab in the house!

Then.. Pada malamnya, turn aku pulak belanja dinner. Hewhew. Ajak gi makan kat Lilawadi. Seyes ramai giler orang, sampai kat pagar tu siap ade pakcik ni sound kitorang kononnya dia n family melepas nak makan kat situ sebab seat da penuh. Kesian. Aku tak kira, masuk jugak situ tanya ada kosong tak. Nasib baik ade tempat untuk 2 orang. Tapi, kat dalam la. Baru ingat nak duk kat pokok buluh kat belakang tu. Situ mmg cantek! Romantik sket. Tapi takpelah. Haha.

Sebenarnya lama dah nak ajak Emy makan sini. Tapi pendam jela. Tengok-tengok ada rezeki jugak semalam. So apalagi, order dinner plus mango cheese cake! Yeay. Lama dah aku tunggu nak rasa ni. Aritu pernah g ngan kawan-kawan, tapi tataw ade mende ni. Sedap2!

Our first dinner. Nyum2! :3

After makan-makan, kitorang pun fetch adik Emy n kawannya kat terminal. Pasni kite makan tempat lain pulak eh? Berat masih maintain tak naik-naik, BMI masih underweight. Sekian.

P/s: Keje banyak ag belum siap, masih ade hati nak blogging. Hewhew.

Friday, January 27, 2012

Jalan-jalan g Umah Kawan.

Salam alaik.

Hujan coklat mencurah-curah ke ladang gandum. Dan jadi laaaah~ Koko krunch!

Eh tak. Bukan hujan coklat. Hujan air je. Kalu hujan coklat memang aku taktaw apa jadi kat bumi ni. Pokok tak hidup, bersemut abes tanah-tanah, kilang coklat lingkup. Errkk dah merepek Ang! Hehe.

Tadi dua kali hujan lebat. Tengahari dan petang. Plan aku arini nak pergi rumah kawan sekolah dulu, Ainina lepas asar. Hmm nampak gaya hujan macam lama je. Siap mencurah-curah ke padang depan rumah umah. Alhamdulillah. Rezeki haiwan dan pokok-pokok yang kehausan. :)

Ni ibarat hutan tepi umah. Bukan padang depan umah.

Alhamdulillah lepas asar tadi hujan berhenti jugak. Tettt~ Dapat mesej dari Ain tanya hujan tak lagi kat umah aku. Ok, hujan dah berhenti bermakna memang ada rezeki aku nak merempit la arini. So tadi pas siap-siap, aku pun bawak la motor abah aku pergi kat umah kawan.

Seyesly dah bertahun asyik tak jadi je nak g umah dia. So tadi aku terlajak jalan jugak la sampai jalan mati. Aigoo~ Kawan aku siap nampak aku lama dah lalu depan umah dia. Haha. My bad. Aku tahu jalan tapi lupa rumah mana satu. Ish ish ish.

Sampai-sampai je terus bergosip. Amboi. Jumpa geng pompuan ni la keje nya kan? Haha. Tipu je. Mesti la salam-salam tanya khabar dulu. Pastu terus gosip. Sok-sek-gelak-pot-pet-gelak-bla bla bla.. Walaupun lebih kurang sejam lebih, dapat la jugak update pasal diri masing-masing. Apapun aku doakan Ainina diberikan kemudahan dalam membuat keputusan dan perancangan. Semoga Allah memudahkan urusan kamu ye. :)

Oppss.. orang dah azan maghrib pun. Tula, pergi pun da lewat. Sembang-sembang, makan bihun sup, minum air lagi. Hehe. Sempat la capture gambar sekeping dua. Lagipun sebelum ni bila terjumpa pun asyik lupa je. Bukan selalu nak jumpa dia. Apa-apa pun pasni aku harap dapat berita gembira la dari dia. Banyakkan berdoa pada Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sehingga kita berjumpa lagi dihari dan waktu yang sama dalam rancangan... Ok, sila stop mengarut Ang! =.='

Ok. Jumpa lagi kawan.

Owh, Ainina ni lah kawan aku yang eksiden sama-sama jatuh motor masa form 5 dulu. Dia sempat lompat, aku yang terheret ngan motor sekali. Seluar koyak dan berdarah sana sini. Alhamdulillah kami masih diberi peluang bernafas hingga ke hari ini. #kenanganlama :')

P/s: Bila nak pergi umah Cik Bulan pulak? Hihi #renungkelangit

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #15

P/s: Tertinggal Patrick kt umah. Hv been with him almost 4 years. Huu. T-T

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #14


P/s: Its September. And I-Heart-September.

Raya 2011 with Friends.

Salam alaik.

Kita merancang Tuhan menentukan. Tu kata-kata terbaik setelah aku mungkiri janji pada seorang kawan baik sekolah, Ainina. Dah lama kami plan nak jumpa time raya. Dia jemput aku ke rumah terbuka pada raya ke-4. Tapi ari itu jugaklah aku tak sehat. Selesema dan batuk-batuk. Pagi tu aku terbaring je kat bilik. Dah msg nak datang pas zohor. Tapi pas zohor tu tok aku panggil sume datang umah tok. Sebab ada benda nak bincang. Family matter.

Malam sebelum tu, Azza Hana merangkap kawan baik jugak plan nak datang umah. Jauh datang dari Mersing bersama adiknye, Azang dan dia tak pernah datang umah aku. Ni kali pertama setelah 4 tahun berkawan. Disebabkan aku masih berada kat umah tok, aku tunggu dia kat tepi jalan then baru bawak ke rumah.

Takde orang kat umah jadi boleh la aku tunjuk dia rumah aku. Siap suh wat macam umah sendiri ag. Bergambar sakan la walaupun mucus kat hidung aku meleleh-leleh. Sehat ke tak sehat, tetamu kena layan. And we had great time. Thanks for coming. Rasa macam tak caye pun ade. Haha.

And to Ainina, im so sorry. Dah explain via sms. Takut jugak dia terasa hati. Esok tu rupanya dia pun tak sehat. Syafakillah. Mungkin rezeki kita jumpa lain kali. Lagipun aritu kitorang pernah terserempak kat bandar. See? Tak rancang pun kan. Hehe.

wif her @myhouse

rs x suasana kampung? hee

Malam tu pulak family abang ipar aku datang umah dari kelantan. Ramai gak orang. Tapi masa dorang balik tu aku tak perasan sebab dah tertidur. Penat selsema n batuk sekaligus. Suara makin sengau n ala-ala rock gitu.

Esok nya, aku tak plan apa-apa. Aku rasa tak beraya sangat pun umah kawan-kawan sebab ada yg kena balik awal tak macam tahun lepas. Tapi tiba-tiba aku dapat call dari member sekolah, Nadia, Wani n Alhafiz nak datang n ajak aku g open house member lain. Aku on je. Suara sengau ke ape tak kisah dah. Bukan selalu. So kitorang ke umah Auwis n umah Nekbat. Masa duk umah Nekbat, ribut weh. Blackout. Air ujan siap masuk dalam umah. Pasu besar terbalik. Kasut terapung. Fuhh..

umah auwis.

umah nekbat.

Sehari lepas tu, ari ahad. Nekbat lak call nak datang. Mood raya masih ada tapi cuma tinggal kuih jela. Hehe. So Nekbat, Budik n kawan dorang datang bertiga. Nekbat tu kenal dari sekolah rendah, Budik tu kenal dari sekolah menengah tapi sekejap, lagipun budak uia gak tapi kat gombak la. Rupanya ada bau-bau bacang ngan Budik. Tu pun taw masa jemput akak aku kawen ritu. Huhu.

K lah, next year ingat nak ikut kawan-kawan lain beraya ramai-ramai lak. Sementara ramai belum berkeluarga ni. Nt susah dah. Haha.

P/s: Sejak kurang sehat ni rasa macam makin kurus. T-T

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #13


P/s: Zaman duk CFS PJ: dikala gembira dapat balik kampung ditemani bffs!

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #10


P/s: My lil treasure. Unfortunately I lost it long time ago. :'(

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #9


P/s: I wont forget this. This pic was like a birthday gift to me. Haha.

Wordless Wednesday #8


P/s: Syukur pada kudrat Ilahi. He knows best for all of us.

Wednesday, August 3, 2011

1111 of Friends.

Salam alaik.

Haa. Ni dia 5 pemenang bertuah kita pada hari ini. Jeng3x. Haha. Takde lah. Takde maknanye. Sebenarnya entri kali ni takde pape nak cite sangat pun.

Just nak tunjuk friends saya kat fb dah mencecah angka 1111. Nice number rite? Ni bukan nak bangga ke apa, cuma kagum je tengok nombor cantek. Saya taw orang lain punye friends dah beratus ribu lebih banyak dari saya kan. Tapi saya tak kisah pun ramai ke sikit. Yang penting mostly saya kenal dorang. Sebab saya kurang suka add strangers. Huhu.

So sape-sape yg rasa dirinya tak berada di dalam gambar dibawah, tu secara random je ok. Takde pilih kasih. Nama pun saya dah potong demi menjaga privasi mereka.


Erkk tahniah kpd pemenang. haha


Takde dalam friend list tak bermakna kita tak kawan, kan?

P/s: Selalu nampak jam pukul 11:11

Wordless Wednesday #6


P/s: Fine. Ini adalah Wordless Wednesday. >.<

Monday, August 1, 2011

Bffs - 4 Tahun.

Salam alaik.

Alhamdulillah. Baru sebentar tadi aku perasan, ada sesuatu yang aku lupakah tentang arini? Selain hari pertama umat Islam berpuasa? Hmm, dalam ketenangan memikirkan sesuatu, terdetik di hati aku, 'eh tarikh arini 1 Ogos!'. Aah, tak salah lagi!

Rupanya arini genap 4 tahun aku mengenali Bffs aku aka kawan baik selamanya. Alhamdulillah, dari saat aku mula kenal wajah mereka, bekerjasama dengan mereka, berkawan rapat dengan mereka, sehingga aku betul-betul menyayangi mereka ibarat keluarga sendiri, hingga sekarang kami masih berhubung, bersahabat dan sentiasa memahami.

Aku pernah berjanji pada diri takkan lupakan tarikh ini. Tapi aku jua manusia biasa, tetap lupa. Dan Maha Suci Allah kerana ingatkan semula pada diriku tentang kenangan yang tak ingin aku lupakan itu.

Malam itu, tanpa aku kenali seorang pun, aku sendirian ke bilik meeting yang ditetapkan. Wajah-wajah yang tak dikenali itu akhirnya menjadi punca senyuman aku berpanjangan untuk semester pertama. Mereka semua terbaik. Dan antara yang terbaik daripada terbaik itu adalah Bffs aku.

Kami dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Diikutkan aku sepatutnya berada dalam doorbills/handbills group, tapi camne ntah ade senior suh aku masuk group sebelah, banner group. Disitulah permulaan pada perkenalan bff aku. Namun, ada juga bff aku yang aku kenali disitu walaupun tak sekumpulan. Setiap seorang ada memori diingatan camne aku kenal dorang.

Selepas meeting pertama, meeting kedua (aku datang lambat) makin merapatkan kami. Jujur aku katakan, aku sangat senang mengenali dan berkawan dengan mereka. Mungkin ada chemistry. Sehinggalah aku rasa mereka selalu ada dan selalu dalam sebutan. Hehe.

Namun aku sedar pada kekurangan yang ada padaku. Diri ini tak pernah terlepas daripada menyakiti dan melukai hati mereka. Maafkan saya ye awak-awak semua. Maaf-maaf-dan maaf. Dan saya ingin mereka tahu bahawa saya bertuah dan bersyukur ada kawan seperti mereka. Thanks a lot. Kirakanlah jumlah bintang-bintang dilangit jika ingin tahu betapa banyaknya ucapan terima kasih yang ingin saya ucapkan. :')


A true friend is hard to find. And when you finally found them, treasure and appreciate their presence. :')

"Tak semua orang kita rasa selesa utk kongsi apa yg kita rasa. Biarlah ia datang dari hati. Walaupun kita tahu orang tu amanah dan jujur, tapi bila hati kita tak izinkan utk mereka berkongsi rasa, tak perlu kita ceritakan semuanya. Tapi bila orang tu kita rasa selesa utk share, luahkan je. Walaupun tak dapat membantu, tapi dgn dia mendengar dan memahami pun cukup ringankan beban kita rasa"

P/s: Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membantu kita utk jadi yg lebih baik.

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #5


P/s: I promised to put her name there. -_-

Monday, July 18, 2011

For My Bffs & Friends.

Salam alaik.

Special dedication to my Bffs n friends.

Quote 1

When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.


- Rachel Ellis

Quote 2

A friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words.

-Unknown

Quote 3

The words that escape a friend's mouth are "I'll be there when you say you need me" but the words that are unheard from a true friend's heart are "I'll be there... whether you say you need me or not."

-Unknown

Click here for reference.

P/s: Ya Allah, sumpah aku terharu ngan Bff aku sorang ni. Terharu sangat baca entri dia ttg aku sedangkan aku pun tak sedar aku sbnarnya camtu. Tapi apa yg dia tulis tu benar. Sob-sob.. :')

Friday, July 15, 2011

It Has Been Almost 4 Years.

Salam alaik.

I am super duper busy rite now sebab nak prepare utk majlis esok. Ceh, wat-wat busy konon. Dan semalam tak tidur sampai subuh sebab masukkan looooots of muffin dalam bekas utk bagi kat tetamu yg hadir.

Seyesly dari kul 11.30 pm - 6. 00 am, I was singing to myself non-stop. Sampai serak suara aku. Campur gusi bengkak ag. Lantak la family, aunties and cousins aku dengar tak sedap pun. Asal tangan aku kerja sudah. Haha.

Ok. Tu baru mukaddimah. Sebenarnya tujuan entri ni dibuat sebab aku baru je baca satu entri blog my Bff. Wowoh, mengimbau kenangan lama yg betul-betul aku takkan lupa. TAKKAN LUPA sampai hujung nyawa ok.


Semester 1 2007. Aku mula melangkah kaki ke zaman matrikulasi di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya. Tempat aku start kenal ramai orang. Dan melalui sebuah kelab, aku mengenali beberapa BFFs sampai sekarang! Sumpah aku rasa bertuah dapat kenal korang! Kita bagaikan satu family masa tu kan.

Tapi sedih giler pasal kena separate ada stay kat PJ, ada kena g Nilai. Masa semester 2, aku ingat ag. Aku masih bersemangat sebab kadang-kadang ada program yg gabung G'RIMIS PJ & Nilai. Tapi masuk Tahun 2, semangat aku ntah hilang ke mana. Tapi still aku setia ngan kelab tu sb aku sayang memori antara kita! Walaupun setiap kali g meeting, aku rasa lonely giler! Takde geng weh. Bayangkan... Hmm..

Tapi aku memang sematkan semua memori dalam hati. First meeting kita kenal sama-sama melalui Biro Seni Suara. Second meeting makin rapat. Dan seterusnya. Walaupun kadang-kadang aku tahu ada la beberapa orang ehem-ehem tak suka ngan cara kita, tapi aku tak kisah. Sebab masa tu korang lah kawan baik aku. Ada sama-sama ngan aku. Gelak tawa kerja sama-sama tak tido sampai subuh.

Masa first semester tu jugak, program pertama kita adalah Battle of Nasyeedian. Kita meeting bulan Ogos, program jalan bulan September. Pastu puasa, ada program kat umah anak yatim. Best jugak. Pastu ada Iftar Jamaie. Aku ingat yg aku kecewa takleh join. Tapi aku faham kawan aku tak kasi join sb masa tu kerja dan assignment aku melambak. Tapi hari kejadian aku tolong jugak kat bahagian catering.

Tak lama pastu, aku dapat tahu mainboard pilih aku jadi assistant treasurer sebab yg asal dah tarik diri. Aku tak dapat ag join Biro Seni Suara yg aku sayang. Tapi aku tetap rasa aku sebahagian daripada mereka. Ikhlas dari hati. Aku sayang sangat zaman tu. Last program utk sem tu adalah Farewell Night. Majlis perpisahan utk G'RIMIS PJ & Nilai. Tapi aku yakin sampai sekarang, mereka yg pernah bersama aku waktu dulu, tetap segar dalam hati aku. Sampai sekarang.

It has been almost 4 years. Kami berpisah oleh ruang, jarak dan waktu. Tapi dalam hati, siapa yang tahu? :')


P/s: Masuk maincamp kuantan environment dah lain. -_-'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...