Tuesday, February 26, 2013

Nomnomnom!

Salam alaik.

Hujung minggu baru ni semua orang lesap dari pandangan aku. Setiap orang bawa hala tuju masing-masing. Maka aku pun mula mengorak langkah menuju ke destinasi yang telah aku plan. Eh, kenapa ayat takleh blah selalu begini? Haha.

Mula-mula pergi shopping kat mydin menggunakan BB1M. Puas hati beli banyak barang. Tapi nak beratur? Pffftttt, lamanyaaaaa! Nak menangis kelaparan. Nak sushi! Nak sushi! Nak sushi! Menginginkan bukan bererti ku mendapat. Terpaksa terima kenyataan bahawa next destination adalah TC. No sushi is available there.

Mm punyalah tak tahu nak makan kat mana (sedangkan perut kelaparan yang teramat), maka Satay Zul menjadi pilihan. Dulu pernah berazam nak makan kat kedai, tapi sayang kedai masih belum buka. Jadi kali ni rezeki kami disini.

Bismillah~








After solat maghrib disana, singgah beli chatime sebentar. Owh ni lah chatime yang selalu orang sebut tu. Maka, orang itu pun mulalah ingin merasai nikmat ber-chatime. Beli yang large terus. Haha. Waaaa, seyes sedap. Kami try yg perisa strawberry. Nama apa pun aku tak ingat! Next time nak lagi eh!

P/s: How to make myself happier now? I need to find out.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...