Hari rabu yang lepas, hanset ku menyanyi riang mendengdangkan lagu 'Love Light' -CN Blue menandakan message memasuki ruang inboxku. Owh, Awah msg bertanya jika aku free esok untuk mengajak aku keluar berjumpa Sr Nani. Walaupun proposal banyak belum siap, aku terus bersetuju. Sesekali ingin keluar daripada kepompong kebosanan di mahallah. Ceceh~ Apa kes ayat-ayat aku sebegini? Haha.
Khamis. Pagi tu aku ikut Izat n Farahin ke KFC. Teringin jugak nak makan hidangan KFC a.m. Sedap! Nampak simple tapi tersandar kekenyangan. Dah nak masuk tengahari, Awah datang menjemput kami di mahallah. Turut serta Farahin n Puan Mun. Dan tak lupa juga si anak kecil, Meerah. Sesampainya di TC, sekali lagi kami menikmati hidangan KFC. Hehe. Alhamdulillah, Sr belanja. Yeay! Rupanya ramai juga disitu termasuklah, Sol n sofwan, Kak Nemo n Kak Intan.
Setelah kekenyangan menikmati lunch yg tersedia dan berbual panjang, kami meneruskan perjalanan. Bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati hembusan bayu lembut mencecah pipi, terasa sungguh tenang! Hilang sekejap stress menghadap lappy hampir 24 jam. Bermain buih-buih sabun bersama anak-anak kecil membuatkan hatiku girang. Kenapa? Kerana aku rasakan bahawa aku juga ialah seorang anak kecil pada waktu itu. Haha.
Terima kasih Sr Nani sudi jumpa kami semua. Seronok berbual dengan Sr. Lagipun macam-macam yang Sr dapat kongsi dengan kami. Seingat aku, bila batch aku di'condemn' macam-macam, Sr lah antara yang menaikkan semula semangat budak-budak batch aku. Sr mmg sempoi. Huu. Ni lah antara kenangan kami ngan Sr. Pas grad nanti, mungkin susah nak berkumpul sebegini. Masing-masing punyai haluan sendiri.
Melihat mereka yang dah mempunyai keluarga sendiri dan yang bakal mendirikan rumah tangga, aku juga tumpang gembira. Secebis hati ini juga punyai rasa untuk menikmati kebahagiaan yang bakal tercipta. Walau tidak ku tahu bila waktunya akan berkunjung tiba, ku yakin Allah telah catat sesuatu yang terbaik untukku. Bila dan siapa? Itu adalah rahsia-Nya. Aku harapkan yang terbaik untuk kami berdua. Sesekali aku rimas juga bila orang pandang semacam kat aku, kononnya lambat lagi ke aku nak kawen ni? Kan dah berpunya? Haih. Biarlah kata orang. Hati wanita mana yang tak ingin bahagia bersama insan tersayang. Aku juga punya impian, cuma mungkin tiada rezeki waktu sekarang. Sekian.
P/s: Doa dalam diam~



No comments:
Post a Comment