Showing posts with label Moon-Star. Show all posts
Showing posts with label Moon-Star. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Nomnomnom!

Salam alaik.

Hujung minggu baru ni semua orang lesap dari pandangan aku. Setiap orang bawa hala tuju masing-masing. Maka aku pun mula mengorak langkah menuju ke destinasi yang telah aku plan. Eh, kenapa ayat takleh blah selalu begini? Haha.

Mula-mula pergi shopping kat mydin menggunakan BB1M. Puas hati beli banyak barang. Tapi nak beratur? Pffftttt, lamanyaaaaa! Nak menangis kelaparan. Nak sushi! Nak sushi! Nak sushi! Menginginkan bukan bererti ku mendapat. Terpaksa terima kenyataan bahawa next destination adalah TC. No sushi is available there.

Mm punyalah tak tahu nak makan kat mana (sedangkan perut kelaparan yang teramat), maka Satay Zul menjadi pilihan. Dulu pernah berazam nak makan kat kedai, tapi sayang kedai masih belum buka. Jadi kali ni rezeki kami disini.

Bismillah~








After solat maghrib disana, singgah beli chatime sebentar. Owh ni lah chatime yang selalu orang sebut tu. Maka, orang itu pun mulalah ingin merasai nikmat ber-chatime. Beli yang large terus. Haha. Waaaa, seyes sedap. Kami try yg perisa strawberry. Nama apa pun aku tak ingat! Next time nak lagi eh!

P/s: How to make myself happier now? I need to find out.

Tuesday, February 12, 2013

Our Makan-makan.

Salam alaik.

Semalam selamat sampai ke bumi kuantan. Alhamdulillah. Perjalanan menaiki bus mengambil masa lebih kurang 5 jam. Mm lama jugak. Naik kete dalam 3 jam pun da bole sampai. Takpe. Ada orang tolong amekkan kat terminal. Pastu kitorang yang kelaparan pun baru nak lunch. Haha.

Mula-mula cam tataw nak makan kat mana. Ingat nak makan kat area ECM tapi parking penuh. Ramai orang kat bandar. Lastly kitorang decide nak makan kat Jungle jela. Sebenarnya aku tak pernah g pun situ. Ketinggalan betul la. Orang lain dah berpuluh kali g kot. Hahaha.

Sooooo.. Menu untuk lunch pada pukul 4 lebih ni dibelanja oleh Emy. Yeah!

Nasi arab in the house!

Then.. Pada malamnya, turn aku pulak belanja dinner. Hewhew. Ajak gi makan kat Lilawadi. Seyes ramai giler orang, sampai kat pagar tu siap ade pakcik ni sound kitorang kononnya dia n family melepas nak makan kat situ sebab seat da penuh. Kesian. Aku tak kira, masuk jugak situ tanya ada kosong tak. Nasib baik ade tempat untuk 2 orang. Tapi, kat dalam la. Baru ingat nak duk kat pokok buluh kat belakang tu. Situ mmg cantek! Romantik sket. Tapi takpelah. Haha.

Sebenarnya lama dah nak ajak Emy makan sini. Tapi pendam jela. Tengok-tengok ada rezeki jugak semalam. So apalagi, order dinner plus mango cheese cake! Yeay. Lama dah aku tunggu nak rasa ni. Aritu pernah g ngan kawan-kawan, tapi tataw ade mende ni. Sedap2!

Our first dinner. Nyum2! :3

After makan-makan, kitorang pun fetch adik Emy n kawannya kat terminal. Pasni kite makan tempat lain pulak eh? Berat masih maintain tak naik-naik, BMI masih underweight. Sekian.

P/s: Keje banyak ag belum siap, masih ade hati nak blogging. Hewhew.

Friday, July 13, 2012

So Refreshing!

Salam alaik.

Minggu lepas tetiba rasa nak jalan-jalan. Tapi taktaw nak g mane. So I decided to go out and planned to take some fresh air outside. Sebenarnya plan tiba-tiba je. Haha. Hm daripada asyik terkurung kat bilik je. Maklumlah balik posting, kalu tak baring mesti tido. Selalu sangat tertido sampai tak tutup lampu. Haih.

And for some reasons, aku beranikan diri bawak kereta tanpa lesen. Haha. Tapi jap jela setakat lalu ikut tasik bandar. Wakaka. Lagipun roomate aku ada teman dan ajarkan aku bawak kereta balik. Hm pas fail JPJ tu aku malas nak amek test ag. Tengok la nt sebelum masuk Year 4 aku cuba dapatkan lesen jugak. Bukan ape, nt kang untuk g mana-mana pasal FYP senang sikit.

Its Sunday! So TC, here I come! It was so good to be there. Good weather also. Just like the post title, it was soooo refreshing! Esp when Emy was by my side. Hehe.

Have a drink & nasi goreng. Terlewat nak lunch.
Its me! :D
Take a deep breath. Fresh air! :)
Owh, masa jalan-jalan kat jambatan tu aku terjumpa banyak monyet! Waaa. Takut seyh. Aku tak suka monyet. Banyak peristiwa melibatkan monyet kat mahallah. Nasib baik ramai orang. Huhu. Lenkali nak jalan-jalan kat pantai ag la. Suka duk tepi pantai rasa angin laut. Menenangkan dan tekanan pun hilang.  Tapi disebabkan aku pakai kasut, xleh nak main air kat tepi laut. Huhu. Apupun keesokan harinya kena bersedia utk posting syif pagi. Hehe. Sekian.

P/s: Happy 8th Month dear. :)

Thursday, July 12, 2012

Annual Graduation Dinner 2012.

Salam alaik.

Hampir sebulan berlalu baru nak update. Takpe. Takde orang nak marah pun kan. Haha. Okay, Alhamdulillah ni kali ke-3 aku terlibat dgn AGD pada 15 June 2012. Sejak dari first year ag terpilih utk jadi committee. Untuk AGD kali ni aku under unit sponsor. Tapi tak dapat banyak menolong macam yang lain. Sebelum ni bukan main komited wat keje. Huhu. Apapun utk preparation before event memang aku cuba yg terbaik jela. Duk kat Grand Hall sampai malam. Lagipun masa event, unit sponsor kena jaga bahagian registration. Tak berat sangat la tugas kali ni.

Tema AGD kali ni adalah 'Black & Roses'. Menarik kan? Lagipun red is my favorite color. Hewhew. Rasanya ni first time pakai dress sebegitu terutama utk AGD la kan. Masa lain mana ada peluang nak pakai. Haha. Hm malas nak tulis panjang lebar. Nak share pic jela ye. Tapi tak banyak memandangkan sumenya aku amek dari orang. Haha.

Owh lupa nak cakap. Kali ni setiap batch wajib hantar wakil utk performance. Each performance was awesome! Congrats everyone. Hm utk batch 6, kitorang terlibat dlm pembikinan video and I like it so much. Kepalanya mestila Jatjat. Haha. Sebelum ni plan nak wat sajak gak, aku ingat tak jadi. Tapi terjadi jugak. Sibuk mengarang last minute, dan chose few friends utk ke pentas. Peluh-peluh nak hafal. Siap conteng tangan. Buat-buat gaya sambil baca sikit-sikit mana yang lupa. Haha.

At regis booth.

Outside the grand hall.

With my roomate, Farahin.

With our beloved lec, Sr Nani.
DL's students. Congrats all!!
Committees of AGD.

With beloved junior. Ehem!

Its me and bunga!!

Give and take. :) Hehe. Sempat main-main.

Banyak suka duka yang dilalui beberapa hari itu, dan biarlah kami saja yang tahu. Congrats to all seniors. Setahun ag aku pun bakal melangkah ke alam yang sama. Hehe. Eh baru perasan ni post pasal AGD tapi takde gambar makanan pun?!! Haha. :p

P/s: Learn to know u better~

Beger Time!

Salam alaik.

4 June yg lalu selepas berakhirnya written exam (subjek epidemiology), kawan-kawan ajak kuar makan. Plan nak makan kat lain, lain tempat pulak yang pergi. Semuanya disebabkan dah 2 3 kedai kitorang pergi tapi tutup la, blackout la. Pelik jugak tetiba je jadi camtu, tapi tulah namanya takde rezeki kan. Lastly salah sorang rumet aku cadangkan g makan berger.

Walaupun ada yang lapo nasik, tapi pergi jela memandangkan tu je choice yang dicadangkan waktu tu. Maka kami pun bergerak la ke Teluk Cempedak. Whoaa. Dah lama giler tak g TC. Tapi malam-malam bukan dapat tengok n jalan-jalan tepi pantai pun. Setakat singgah makan je.

You know what? Seyes ramai giler dak-dak uia kat situ esp nursing laa. Batch kitorang, 3rd year memang ramai campur dak-dak kos lain ag. Budak 2nd yr ada. 1st yr pun ada. Hm sape ag kalu bukan, teeett!! Haha. Sungguh ini hanya kebetulan. Ni namanya rezeki jugak kan. Tak plan apa-apa pun. Huhu.

Maka kami pun makanlah. Aku ni perut kecik. Usaha jugak nak habiskan sampai buncit perut ni. Tapi tak besar-besar pun. Huhu. Dan pulanglah ke bilik dan bersedia utk OSPE. :p

Makan time!!

With my friends. Eh classmates kt blkg! Haha

Eh juniors pulak kt depan!! :p

Thanks rumet sbb belanja. Dalam usaha naikkan berat badan. Somehow sekarang ni mmg berat aku turun kepada asal balik. Aaaaaaaaa. Sayangnya!! :(

P/s: Orang tu makan banyak, tak macam orang ni. Huhu. :p

Tuesday, April 10, 2012

Emy's Birthday.

Salam alaik.

This entry is specially wrote for someone who always make my day and be by my side.

This is for you Emy. 

HAPPY BIRTHDAY TO YOU. 
10th April 2012.
SWEET 22.
May Allah bless you and family.
Hope all your dreams come true.
Be happy. Smile always. Be healthy.
I always pray for u. For us.

Special delivery for you. :)
Couldn't see you on your birthday. But its okay as long as you are happy to receive special made card and cake. Hehe. Your besday present? Hmm wait ha! ;)

P/s: Thanks for everything. :)

Monday, April 9, 2012

Handmade card.

Salam alaik.

Nak wat esaimen ke nak wat kad? Esaimen ke kad? Mana satu ni? Ok. Wat kad lah. Memandangkan kad kena bagi esok. Esaimen pun esok kena submit sepatutnya. Opss, esaimen boleh anta jumaat paling lewat lah. So I choose to make a handmade card lah. Hehe. Alasan.

Hm. Ok kertas colour ada, gunting ada, gam ada, magic pen ada, pensil colour pun ada. So.... Idea! Kamon idea. Where are you? Jeng-jeng-jeng. Follow the flow jelah. So aku wat apa yang timbul dalam fikiran secara tiba-tiba. Hehe.

Lukis. Gunting. Susun. Tampal. Tulis. Warna.
Love. There is only love I could find.
Tadaa. Dah siap! Tapi takleh tunjuk sini. Tuan dia je bole tengok full version. Hehe.

P/s: Taktaw nak wat surprise ape. But I made this from deep of my heart. :)

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday #19

#cookingtogether

P/s:
I remember a pantun someone wrote for me.
"You say me, I say you, ....., ....."
The rest? You guess! :p

Monday, March 12, 2012

Shop. Shop. Shopping!

Salam alaik.

Dah lama rasanya tak g outing. Seyes mmg semester ni tak kuar g outing pun. Kalu kuar pun ada sebab lain macam hantar kawan, nak balik umah, g makan. Semalam shopping giler-giler ngan cik Bulan. Mana tak gilernya beratus habis. Opss. Aku bukan la banyak duit sangat nak shopping sampai beratus. Tapi kalu dah guna baucer bernilai RM100 tu kira beratus jugak la kan? Haha.

Orang lain bukan main beli buku banyak-banyak. Aku pulak banyak habiskan pada barang-barang yang kecik-kecik. Aritu pensil colour lah, kertas colour lah, gunting, stapler, apelah. Kali ni aku beli gak buku tapi buku shading. Seyesly tak pernah terfikir. Cik Bulan pun encourage aku beli je kalu berminat. Thanks for your support. Hee~

Selain habiskan guna baucer, satu ag aim aku mmg nak carik sepasang sport shoes. Jalan punya jalan. Carik yg berkenan. Carik pulak saiz yg available. Akhirnya sepasang sport shoes orange menjadi pilihan. Thanks to cik Bulan sebab tolong suggest. Hehe. Semoga pasni takde dah kaki sakit sebab pakai kasut tak sesuai. Dan semoga kasut aku tak cepat rosak sebab ganas-ganas. Huhu.

Haaa ada satu ag benda yg aku nak mengidam sgt. Makan steamboat! Yeay, akhirnya dapat makan kat Johnny's. Beli set A untuk 1 person pun da cukup utk 2 orang. Dulu pernah makan ngan classmates yang set 4 orang cukup je utk 7 orang. Haha. Campur sundae ag. Waaaa. Sedap2. Makan pun selera je. Tapi bila nak dapat BMI ideal ntah. Haha.


Balik tu terus solat dan ajak rumet g jogging. Tapi sebab dah macam lewat, kitorang cycling je keliling uia. Best je sebab cuaca tak panas macam selalu. Balik tu mandi, solat, kemas bilik, wat latihan Sr Akma bagi (dah lama tapi baru buat), tengok cerita, tido. Semangat je sampai nak baring atas katil pun taknak. Haha.

I hope for the best! Insyaallah. #future :)

P/s: Alhamdulillah. Kucing aku dah beranak 4 ekor setelah sekian lama membuncitkan diri. :D

Sunday, March 4, 2012

A Thousand Years


P/s: I love this song. And its for you. :)

Friday, January 20, 2012

Yakinkan Aku.

Salam alaik.

Fikiran melayang seketika. Sambil-sambil menghadap kebosanan di rumah. Melewati cuti tanpa apa-apa plan memang membosankan. Seperti biasa, terperap dirumah adalah agenda utama waktu cuti. Hmm.

Takpelah. Masuk sem baru nanti mungkin sibuk tak henti-henti, baru sibuk-sibuk nak bercuti. Ku cuba memujuk diri. *Hoho. Kenapa ni wahai cik Ang?*

Tiba-tiba sesuatu menerjah benak fikiran. Sesuatu yang tak sepatutnya aku fikirkan sehingga buat diri ini sedih dengan sendiri. Dan dikala ketidaksibukan ini, mula lah nak fikir macam-macam. Yang bagus tu, bagus la. Yang tak bagus tu, kena elakkan. Tak baik untuk diri dan orang lain. Tak baik untuk kesihatan juga. Aigoo~

Tapi tipulah kan jika kata kita ni tak pernah berfikiran negatif langsung. Tak kisah la tentang apa pun, tentang kerja, tentang study, tentang friendship, atau apa-apa je. Lagipun kita ni manusia biasa, tak sempurna, selalu buat kesilapan. Apa yang penting? Apa kita nak buat bila fikiran-fikiran sebegitu mengganggu? Hmm jawapannya kena fikir positif balik. Dan buang yang negatif tu.

Salah satu sikap yang aku ada, suka sangat memendam rasa. Dan aku tahu ramai je yang camni jugak kan. Btw aku temui seseorang yang kami senang berkongsi. Tentang apa-apa saja katanya. Alhamdulillah. Bertambah Bff saya yang kalau dikira sangat sedikit bilangannya.

Its true yang dalam hidup ni sangat susah untuk cari orang yang betul-betul kita nak percaya or berkongsi. Hm based on experience. Bukan semudah tu je kita nak share ngan semua tentang apa yang kita lalui or rasai. Betul ke tak? Hmm tepuk dada tanya diri sendiri. Once da jumpa mereka yang kita percaya, jagalah amanah itu. Ok, pesanan untuk diri sendiri jugak terutamanya.

Special thanks to cik Bulan yang suka amek berat pasal saya. Dari awal kenal lagi memang dia asyik pesan ada pape share je. Tak perlu pendam sorang-sorang. Sesungguhnya saya memang seorang yang suka memendam rasa. Huwaa~ Tadi pun terfikir something hingga wat aku rasa takut sendiri. Ish, tak patut la cik Ang.

Ok. Awak dah yakinkan saya. Jom berfikiran positif. Ayuh buang segala rasa negatif. Dan senyum selalu. :)

Hehe. Tiba-tiba teringatkan pic ini. Motif? Mind over matter. If you don't mind, it doesn't matter. Rite? :)


P/s: Agak-agak sem depan busy yang macam mana pulak ye? Huhu.

Thursday, January 19, 2012

Tentang Coklat.

Salam alaik.

Entri kali ni pasal coklat. Hm sapa kat sini suka coklat, sila teruskan baca. Kalu tak suka pun, silakan jugak baca. Haha. Alhamdulillah, semester baru-baru ni aku banyak makan coklat berbanding biasa. Errk, ayat sepatutnya di hujung semester. Hehe.

Aku suka coklat. Tapi bukan la giler coklat. Kalu tak mesti badan aku dah chubby kan. Hehe. But apa yang specialnya pasal coklat? Sebab ia sedaaaap... dan orang bagi memang la sedap kan. Haha :)

Semenjak dua menjak yang lalu, aku kerap tak sihat. Sangat kerap. Aku pun tak tahu la kalu immune system aku makin lemah, tapi mungkin environment tak berapa sesuai especially masa posting kat HUSM aritu. Selsema dan demam.

Ok. Takde relation pun sakit aku tu ngan kisah coklat. Hehe. But luckly kan, makan coklat bila selsema sangat mengcomfortkan aku. Pendek kata, bila teruk giler aku bersin tak henti-henti, aku suka masukkan something dalam mulut supaya bersin aku tu tak menjadi-jadi. Contohnya aku makan gula-gula tanpa gigit-gigit la, or makan nasi ke. Automatik benti jap bersin-bersin tu.

Beza gula-gula ngan coklat, bila coklat tu cair dalam mulut tu. Perghh sedap. Sweet sangat. Hehe. Tambah-tambah orang cakap makan coklat dapat kurangkan stress. Dapat makan pulak bila nak exam. Lagi best. Nyum~

Ok. Ini coklat first dapat masa ada program D-Tube pada 25 November 2011. Waa sampai ingat tarikh tu. Apapun sampai sekarang aku simpan lagi k. Tak makan-makan after dapat warning jangaaaaan makan sebelum abes posting! Haha.

Second coklat dapat masa tengah study group ngan kawan-kawan kat bilik aku masa nak exam. Terkejut jugak tiba-tiba dapat lagi coklat. Handmade coklat. Yeay. Ada 7 coklat dalam satu bekas tu. Siap ada bunga warna purple. Motif ada bunga? Jiwang. Haha. Coklat itu sangat membantu saya ketika menghadapi selsema. Nyum-nyum. Tapi gambarnya lupa diambil kok. T-T

Third coklat adalah yang seperti diatas. Berbekalkan notes Obstetrics yang setebal 2.5 inci (hmm agak-agak je) sebagai peneman, sekali lagi dapat coklat. Seyes macam tak percaya. Sampai rumet aku cakap, dapat coklat lagi? Haha. Untung la. Hujung semester dapat coklat aje. Hehe. Alhamdulillah rezeki.

P/s: Jutaan terima kasih kat Cik Bulan terang. :)

To Moon. From Star.

One night.

I made some stars. The pink one. Then the blue one.

I would like to give them to someone I just knew.

I was looking for a container. Not a big one for these tiny little stars.

Found it!

But made them all in one night wasn't enough.

Tomorrow morning, I continued to make the rest.

Finally came out with an idea to list out #20 short notes.

Done!

I gave it immediately after that person came into lab.

I hoped the Moon would remember the Star although they were being apart.

Just for a moment.

Remember me when you are looking at little stars.

P/s: Got blue notes in exchange.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...