Salam alaik.
I am super duper busy rite now sebab nak prepare utk majlis esok. Ceh, wat-wat busy konon. Dan semalam tak tidur sampai subuh sebab masukkan looooots of muffin dalam bekas utk bagi kat tetamu yg hadir.
Seyesly dari kul 11.30 pm - 6. 00 am, I was singing to myself non-stop. Sampai serak suara aku. Campur gusi bengkak ag. Lantak la family, aunties and cousins aku dengar tak sedap pun. Asal tangan aku kerja sudah. Haha.
Ok. Tu baru mukaddimah. Sebenarnya tujuan entri ni dibuat sebab aku baru je baca satu entri blog my Bff. Wowoh, mengimbau kenangan lama yg betul-betul aku takkan lupa. TAKKAN LUPA sampai hujung nyawa ok.
Klik utk view Zaman muda2..4 tahun dulu pada tahun 2007.
Semester 1 2007. Aku mula melangkah kaki ke zaman matrikulasi di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya. Tempat aku start kenal ramai orang. Dan melalui sebuah kelab, aku mengenali beberapa BFFs sampai sekarang! Sumpah aku rasa bertuah dapat kenal korang! Kita bagaikan satu family masa tu kan.
Tapi sedih giler pasal kena separate ada stay kat PJ, ada kena g Nilai. Masa semester 2, aku ingat ag. Aku masih bersemangat sebab kadang-kadang ada program yg gabung G'RIMIS PJ & Nilai. Tapi masuk Tahun 2, semangat aku ntah hilang ke mana. Tapi still aku setia ngan kelab tu sb aku sayang memori antara kita! Walaupun setiap kali g meeting, aku rasa lonely giler! Takde geng weh. Bayangkan... Hmm..
Tapi aku memang sematkan semua memori dalam hati. First meeting kita kenal sama-sama melalui Biro Seni Suara. Second meeting makin rapat. Dan seterusnya. Walaupun kadang-kadang aku tahu ada la beberapa orang ehem-ehem tak suka ngan cara kita, tapi aku tak kisah. Sebab masa tu korang lah kawan baik aku. Ada sama-sama ngan aku. Gelak tawa kerja sama-sama tak tido sampai subuh.
Masa first semester tu jugak, program pertama kita adalah Battle of Nasyeedian. Kita meeting bulan Ogos, program jalan bulan September. Pastu puasa, ada program kat umah anak yatim. Best jugak. Pastu ada Iftar Jamaie. Aku ingat yg aku kecewa takleh join. Tapi aku faham kawan aku tak kasi join sb masa tu kerja dan assignment aku melambak. Tapi hari kejadian aku tolong jugak kat bahagian catering.
Tak lama pastu, aku dapat tahu mainboard pilih aku jadi assistant treasurer sebab yg asal dah tarik diri. Aku tak dapat ag join Biro Seni Suara yg aku sayang. Tapi aku tetap rasa aku sebahagian daripada mereka. Ikhlas dari hati. Aku sayang sangat zaman tu. Last program utk sem tu adalah Farewell Night. Majlis perpisahan utk G'RIMIS PJ & Nilai. Tapi aku yakin sampai sekarang, mereka yg pernah bersama aku waktu dulu, tetap segar dalam hati aku. Sampai sekarang.
It has been almost 4 years. Kami berpisah oleh ruang, jarak dan waktu. Tapi dalam hati, siapa yang tahu? :')
P/s: Masuk maincamp kuantan environment dah lain. -_-'
No comments:
Post a Comment