Salam alaik.
| entri ini general. mungkin boleh spesifik kn kepada friendship atau kenalan. Sebab, sedangkan lidah pun tergigit inikan pula manusia. :)
Pernah dengar tak ungkapan ni:
Unless your name is Google, don't act like you know everything.

Pernah kan? Mak aih, agak mendalam kan maksud dia. Aku setuju je ngan ayat tu. Tapi agak-agak pakcik Google tu tahu semua benda ke? Aku rasa tak pun. Orang-orang serata dunia ni yg tolong bagi info kat pakcik, pakcik tolong sebarkan je kan. Tapi at least pakcik tau jugak kan. Hehe. Melencong tempat lain pulak aku ni.
Ok, back to the topic. Some people kadang-kadang suka sangat ingat bahawa dorang tahu everything. Yup, everything. Sampaikan apa yang difikirkan oleh mereka tu hanyalah buah fikiran mereka sahaja. Dan bila bercampur emosi, macam-macam benda negatif dalam kepala tu. Mulalah ada rasa tak sedap hati lah ape lah kan.
Sampai satu tahap mereka tak sedar yang mereka itu telah judge orang lain berdasarkan pendapat sendiri. Cakap orang tu macam tu lah, orang ni macam ni lah. Tanpa tahu apa yg mereka lalui, apa yg mereka rasa, apa yg mereka fikir. Sebenarnya kita tak berhak nak judge sape-sape pun. Sebab yg paling tahu tentang diri mereka, adalah mereka sendiri.
Aku pun taknak cakap banyak. Yela, aku bukan tahu apa-apa. Aku bukan pakcik Google. Hehe. Walaubagaimana pun aku sedari kadang-kadang diri ini pun pernah ber'lagak' tahu semuanya. Aku sedar tentang itu. Dan seyes rasa tak sedap hati je kan. Say sorry to all. Korang pernah? Huhu.
Senang kata camni la lebih kurang: Apa kau tahu pasal aku? Kau tahu apa aku rasa? Apa aku lalui? Apa aku fikirkan? Apa alasan aku buat semua tu? -Orang lain pun takkan tahu apa kita rasa, dan sebenarnya kita pun takkan tahu apa orang lain rasa. See! Semuanya berputar camtu je.
Aku faham jugak kadang-kadang ada je yg wat perangai sampai rasa annoyed sangat kan. Yela, kita bukan manusia yg perfect sampai boleh terima semua benda dgn hati terbuka. Perasaan marah, geram, sedih dan sebagainya, tu dah memang sifat manusia. Takleh nak elak jugak.
Tapi ingatlah, kita pun ada sifat pemaaf. Ya, dengan memaafkan seikhlas hati, InsyaAllah rasa lebih tenang. Sifat-sifat mazmumah pun dapat la usir sikit demi sikit dari hati tu kan. Kalau boleh lupakan lagi bagus. Sebab bila kita ingat je, perasaan tak elok tu boleh datang balik. Mungkin boleh menjejaskan silaturrahim antara kawan-kawan kita. Ada jugak sesetengah orang kata, we can forgive but we can't forget. Huhu.
Yang tu bergantung pada individu sendiri. Sebab masing-masing ada cara tersendiri untuk berdepan dgn ujian yg dihadapi. Coping methods tu tak sama setiap orang. Tapi aku yakin semua nak yg terbaik kan. Jadi cuba cari jalan yg terbaik utk diri sendiri dan orang lain. Taknak pulak demi nak jaga hati orang, hati kita ni dah menjeruk rasa. Takpun, demi nak jaga hati kita, hati orang dibiarkan gitu je.
Ok, kita semua bukan si pakcik Google. Banyak kita tak tahu pasal orang lain. Yg penting, kita dapat terima buruk baik orang, insyaAllah orang pun akan terima buruk baik kita. Dan buat pengetahuan pakcik Google, takziah aku ucapkan. Anda tak dapat lawan pengetahuan Yang Maha Mengetahui. Segala rahsia dilangit dan dibumi. He knows the Best! Jadi even kita ni jadi pakcik Google pun, bersangka baiklah ye.
Semua tak perfect. Tapi cuba sedaya upaya jadi yang terbaik selagi mampu. Think positive. Boleh kan? Its not easy but believe me, just try our best. :)
| pesanan khas utk diri sendiri jugak terutamanya. huhu T--T
P/s: Sakit gg, gusi & ulser. Bila mau ke klinik gigi? Urghh~
No comments:
Post a Comment