Friday, January 27, 2012

Jalan-jalan g Umah Kawan.

Salam alaik.

Hujan coklat mencurah-curah ke ladang gandum. Dan jadi laaaah~ Koko krunch!

Eh tak. Bukan hujan coklat. Hujan air je. Kalu hujan coklat memang aku taktaw apa jadi kat bumi ni. Pokok tak hidup, bersemut abes tanah-tanah, kilang coklat lingkup. Errkk dah merepek Ang! Hehe.

Tadi dua kali hujan lebat. Tengahari dan petang. Plan aku arini nak pergi rumah kawan sekolah dulu, Ainina lepas asar. Hmm nampak gaya hujan macam lama je. Siap mencurah-curah ke padang depan rumah umah. Alhamdulillah. Rezeki haiwan dan pokok-pokok yang kehausan. :)

Ni ibarat hutan tepi umah. Bukan padang depan umah.

Alhamdulillah lepas asar tadi hujan berhenti jugak. Tettt~ Dapat mesej dari Ain tanya hujan tak lagi kat umah aku. Ok, hujan dah berhenti bermakna memang ada rezeki aku nak merempit la arini. So tadi pas siap-siap, aku pun bawak la motor abah aku pergi kat umah kawan.

Seyesly dah bertahun asyik tak jadi je nak g umah dia. So tadi aku terlajak jalan jugak la sampai jalan mati. Aigoo~ Kawan aku siap nampak aku lama dah lalu depan umah dia. Haha. My bad. Aku tahu jalan tapi lupa rumah mana satu. Ish ish ish.

Sampai-sampai je terus bergosip. Amboi. Jumpa geng pompuan ni la keje nya kan? Haha. Tipu je. Mesti la salam-salam tanya khabar dulu. Pastu terus gosip. Sok-sek-gelak-pot-pet-gelak-bla bla bla.. Walaupun lebih kurang sejam lebih, dapat la jugak update pasal diri masing-masing. Apapun aku doakan Ainina diberikan kemudahan dalam membuat keputusan dan perancangan. Semoga Allah memudahkan urusan kamu ye. :)

Oppss.. orang dah azan maghrib pun. Tula, pergi pun da lewat. Sembang-sembang, makan bihun sup, minum air lagi. Hehe. Sempat la capture gambar sekeping dua. Lagipun sebelum ni bila terjumpa pun asyik lupa je. Bukan selalu nak jumpa dia. Apa-apa pun pasni aku harap dapat berita gembira la dari dia. Banyakkan berdoa pada Allah. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Sehingga kita berjumpa lagi dihari dan waktu yang sama dalam rancangan... Ok, sila stop mengarut Ang! =.='

Ok. Jumpa lagi kawan.

Owh, Ainina ni lah kawan aku yang eksiden sama-sama jatuh motor masa form 5 dulu. Dia sempat lompat, aku yang terheret ngan motor sekali. Seluar koyak dan berdarah sana sini. Alhamdulillah kami masih diberi peluang bernafas hingga ke hari ini. #kenanganlama :')

P/s: Bila nak pergi umah Cik Bulan pulak? Hihi #renungkelangit

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...