Showing posts with label Cooking. Show all posts
Showing posts with label Cooking. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Megi Ketam.

Salam alaik.

Seperti yang telah dinyatakan dalam entri lepas, maka lahirlah entri kali ni. Hari rabu yang lalu, aku dan housmates yang posting di Kemaman dah berpakat nak keluar berbuka. Maklumlah sebelum tu syif petang, berbuka pun kat hospital. Alang-alang tak pernah try makan sedap-sedap kat sini, sebuah restoran bernama 4X4 Megi Ketam Bistro menjadi pilihan.

Owh seyesly lama giler tak makan ketam. Harganya agak ehem-ehem la tapi bukan selalu kan. Selain megi ketam ni ada je makanan lain, cuma yang famousnya menu ni lah. Hehe. Sebelum tu, kami dah siap-siap pusing kat area berdekatan pantai mecari satar dan otak-otak. Barulah singgah disini untuk berbuka bersama kawan-kawan.

Alhamdulillah. Sedap jugak! Aku pulak pulun giler makan ketam tu. Guna penyepit bagai. Tapi paling best gigit-gigit je kulit ketam tu sambil cungkil isi-isi ketam. Hehe. Ops aku post ni waktu tengah malam. So sapa-sapa yang baca waktu siang hari tu, aku mintak maaf eh. Nanti kalau datang Kemaman bolehlah korang cuba makan sini. :)

Mangkuk boleh tahan besar.

Suka ketam. Kalau gatal sila tanggung sendiri Ang!
Alhamdulillah. Apapun semuanya rezeki dari Allah. Syukur.

P/s: Ada orang tu makan nasik kerabu sokmo. Nok jugok! :)

Saturday, August 27, 2011

Daging Masak Black Pepper.

Salam alaik.

Semalam adik aku ngan husband dia balik umah. Dorang wat balik daging lembu fresh. So lauk semalam semua berasaskan daging. Ma wat sup tulang dan dendeng daging. Aku lak rasa macam nak masak something je.

Tiba-tiba teringat mesti sedap kalu wat masak black pepper. So apalagi, mood rajin pun datang laaagi..

Jom tengok resipi kali ni. (Eh tiba-tiba rasa macam blog kongsi resipi pulak. Haha)


Hasil air tangan aku. Nampak sedap x?

Bahan-bahan:

Daging (dihiris nipis)
Ubi kentang (direbus sekejap)
Lada hitam (ditumbuk halus)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Sos tiram
Kicap
Garam dan gula secukup rasa
Tepung jagung
Daun limau purut (ikut suka nak letak ke x)

Cara memasak:

1. Perapkan daging bersama lada hitam dan sedikit garam selama 1/2 jam
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun limau purut hingga naik bau dan diangkat. (Jangan sampai hangus ye)
3. Goreng daging dan masukkan sos tiram, kicap, tumisan bawang dan kentang rebus tadi.
4. Masukkan sedikit air untuk kuah. (nak kuah banyak, letak la air banyak)
5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Siap untuk dihidang.

See? Senang sangat kan. Kalu tak reti masak pun, insyaallah dapat wat jugak. Bukan perempuan je, lelaki pun boleh cuba.

Alhamdulillah, family aku suka. Berselera mereka berbuka puasa. K selamat mencuba semua.

P/s: Semoga perjalanan mereka yang bakal pulang ke kampung dirahmati. Ameen.

Thursday, August 25, 2011

Choc Chip Cookies.

Salam alaik.

Pertamanya Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab masih diberi peluang untuk bernafas dan bernyawa pada ketika ini. Siang tadi aku berjaya jugak wat chocolate chip cookies yang memang aku nak wat cuti ni. Hehe.

Walaupun dalam resipi kat tenet cakap dapat dalam 100, tapi aku berjaya dapatkan lebih kurang 150 cookies. Mungkin sebab aku bulatkan kecik-kecik. Jimat. Haha.

Ok. Jom kita tengok resipi choc chip cookies ni. :)


Bahan-bahan:

450 g tepung gandum
250 g mentega
1 biji telur
115 g gula halus
110 g gula perang
100 g chocolate chips
3 sudu besar cocoa powder
100 g badam hancur
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil esen vanilla

Cara memasak:

1. Ayak tepung gandum + cocoa powder + baking soda
2. Pukul mentega + gula hingga kembang
3. Masukkan telur
4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit
5. Masukkan choc chips + badam dan kacau hingga sebati
6. Bulat-bulatkan dan tekan dengan garfu
7. Bakar pada suhu 160-180 darjah celcius selama 20 minit (atau hingga masak)

Senang kan? Sebab tu aku tertarik nak wat cookies ni sendiri. Dalam 7 dulang yang aku wat, ade satu dulang biskut ni hangus. Terleka jap. Haha. Takpe, bagi adek-adek kat umah makan. Dorang memang terliur sangat nak rasa. And their responses were so good. Hehe

Btw aku tak sukat betul-betul pun macam dalam resipi tapi hasilnya..... Alhamdulillah. Sape-sape nak rasa boleh mai umah selagi stok masih ade. :D

**nota: resipi diubah sedikit mengikut citarasa. dan anda pun boleh juga mengikut citarasa if nak tambah choc rice ke ape ke. hehe

P/s: Teringat my dearest fren aku bagi kuih raya dulu. Tak silap yg cornflakes tu kot.

Monday, August 8, 2011

Puding Karamel/Gula Hangus.

Salam alaik.

2 hari lepas aku buat Puding Karamel/Puding Gula hangus untuk berbuka puasa. Sebenarnya aku dah buat puding ni sejak form 3 ag. Tapi dalam setahun ada la sekali dua. Tahun lepas tak ingat lah buat ke tak. Hehe.

Jom nak share camne nak buat Puding Karamel ni. Senang je.


PUDING KARAMEL/GULA HANGUS

Bahan-bahan:

3 sudu gula
7-8 biji telur
1 tin susu pekat
1 cawan air
1 camca esen vanilla

Cara memasak:

1. Masakkan gula dengan api sederhana sehingga berwarna perang, dan baru tuangkan sedikit air. (Jangan biar sampai terlalu hangus, nanti pahit rasanya)

2. Tuang dalam loyang dan biarkan sejuk.

3. Pukul telur, masukkan susu pekat, air dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan dalam loyang tadi dan kukus sehingga masak dalam 40-60 minit. (Nak bakar pun boleh)


1 &2

3

4

Kucing-kucing teman kat dapur. Hehe.

Kalau nak tambah tepung kastard sikit pun boleh. Tapi pastikan tepung kastard tu dibancuh dulu dengan air suam.

Tapi sayanglah sebab kali ni kurang sedap tak macam yang sebelum ni. Rasanya sebab aku tergopoh-gapah sikit. Pastu aku tengok ada yang guna susu pekat, ada yang guna susu cair. Aku try susu cair tapi aku rasa lebih suka yang susu pekat kot. Hehe.

So selamat mencuba.

**Sapa yang rasa gula dalam darah dia tinggi, aku rasa takyah makan lah. -_-'

P/s: Rasulallah s.a.w. telah bersabda (maksudnya): "Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)" (HR al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah).

Tuesday, June 28, 2011

Eskrem Goreng.

Salam alaik.

Petang tadi aku wat eskrem goreng. Trial version. Men hentam je. Yang pasti hasil xcantek sgt (sb wat keje serba nak cepat & nak jimat). -_-'

Aku ingat zaman duk matrix pj dulu selalu sgt beli eskrem goreng pasar malam. Setiap selasa. Huhu.

Tadaaa~!!!

Nak cuba? Boleh. Senang sangat. Resipi?

Hanya perlukan eskrem dan roti keping saje.

1. Letak eskrem atas roti dan lapik dgn sekeping lagi.
(aku pakai sekeping je pasal nak jimat) :p
2. Rapatkan sekeliling supaya eksrem tak meleleh dan potong kulit roti.
(aku penyek je tepi-tepi tu. dan potong suka hati je. haha)
3. Letak dalam plastik satu-satu. Simpan dalam peti ais at least 2 jam sebelum digoreng.
4. Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng selama beberapa saat hingga warna kekuningan.
(aku punye hangus.. opss.. garing la)

Tu je. Kalu nak senang, wat je kat tepi peti ais. Dah lipat roti terus masukkan dalam peti. Elakkan meleleh dan wat roti jadi lembik. Selamat mencuba. :)


*Family aku cakap sedap tapi cepat cair sikit. Tu takpe.
**Ade orang konpius ni eskrem ke karipap? Huhu. :')


P/s: Gdluck exam Bff ku. Fighting! :)

Friday, June 24, 2011

Sotong Masak Serai.

Salam alaik.

Cooking Mode baru je berlalu. Hehe. Baru je masak satu resipi ni. Nak tau? Nak cuba? Silakan. Sangat ringkas dan mudah walaupun bagi mereka yang baru nak belajar memasak.

Al-kisahnya bermula bila ma aku da siang sotong, beliau nak kuar ngan abah jap. Ada keje sikit. Jadi tugas memasak diserahkan kat aku dan sepenuh kepercayaan diberikan. Kiranya ikut suka hati aku la nak masak camne pun. Hehe.

Mulanya nak goreng kunyit biasa je tapi rasa nak wat kelainan. Jadi terhasil la, SOTONG MASAK SERAI. :)


Bahan-bahan:

Semestinya bahan utama adalah Sotong.
Tanpa sotong, nt jadi Kuali Masak Serai. :P

Bawang merah
Bawang putih
Serai
Cili api
Air asam jawa
Garam/gula secukup rasa
Ajinomoto kalau nak tambah

Cara memasak:

1. Bersihkan sotong.

2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, serai serta cili. Kemudian tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan sotong. Kemudian air asam jawa, garam, gula, dan ajinomoto secukup rasa.


4. Apabila masak boleh dihidang. Tu je. :)

Senangkan. Mudah sangat. Sedap pun sedap. Macam gambar pertama kat atas. Masa yang diambil untuk buat resipi ni tak sampai sejam pun. 30-45 minit pun da cukup. Hehe.

**Kalau suka pedas, lebihkan cili. Jangan terlalu banyak asam jawa, terlalu masam menjadikan lauk kurang sedap.

Klik resipi asal kat sini.

Tips: Nak memasak pun kena pakai instinct. Kena agak-agak bahan yg kita guna tu cukup-cukup tak. Jadi tak perlu la nak fix sangat kalu cakap 3 ulas bawang, 3 ulas je guna. Kalu ayam udang ikan 3 ekor, 3 ekor je amek. So, cuba modified sendiri dan ikut citarasa.

Memasak tak susah! Campak dan rasa.

Selamat mencuba. :)

Psssttt~ Entri ni bukan utk perempuan sahaja, bahkan lelaki perlu tahu memasak. Dan tahukah anda sesetengah masakan lelaki lebih sedap daripada wanita? T-T

P/s: Aku bukan pandai masak sangat. Tapi takde la tahap tak pandai langsung. :')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...