Sunday, July 29, 2012

Megi Ketam.

Salam alaik.

Seperti yang telah dinyatakan dalam entri lepas, maka lahirlah entri kali ni. Hari rabu yang lalu, aku dan housmates yang posting di Kemaman dah berpakat nak keluar berbuka. Maklumlah sebelum tu syif petang, berbuka pun kat hospital. Alang-alang tak pernah try makan sedap-sedap kat sini, sebuah restoran bernama 4X4 Megi Ketam Bistro menjadi pilihan.

Owh seyesly lama giler tak makan ketam. Harganya agak ehem-ehem la tapi bukan selalu kan. Selain megi ketam ni ada je makanan lain, cuma yang famousnya menu ni lah. Hehe. Sebelum tu, kami dah siap-siap pusing kat area berdekatan pantai mecari satar dan otak-otak. Barulah singgah disini untuk berbuka bersama kawan-kawan.

Alhamdulillah. Sedap jugak! Aku pulak pulun giler makan ketam tu. Guna penyepit bagai. Tapi paling best gigit-gigit je kulit ketam tu sambil cungkil isi-isi ketam. Hehe. Ops aku post ni waktu tengah malam. So sapa-sapa yang baca waktu siang hari tu, aku mintak maaf eh. Nanti kalau datang Kemaman bolehlah korang cuba makan sini. :)

Mangkuk boleh tahan besar.

Suka ketam. Kalau gatal sila tanggung sendiri Ang!
Alhamdulillah. Apapun semuanya rezeki dari Allah. Syukur.

P/s: Ada orang tu makan nasik kerabu sokmo. Nok jugok! :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...