Alhamdulillah. Usai berposting pada hari Khamis, malamnya aku bergerak pulang ke UIAM Kuantan menaiki van uia. Hanya 3 orang je yang balik ke Kuantan kerana ada yang dah balik sendiri, dan ada yang nak stay je dekat Kemaman. Memandangkan abah da pesan suruh balik, keesokan harinya, Jumaat aku pun tumpang la bus uia untuk mereka yang syif petang. Punyalah jalan kaki nak ke terminal, tengok-tengok tiket balik Terengganu dah banyak abes. Alhamdulillah ada satu bus yang nak gerak on the spot masih kosong.
Sesampai dirumah, abah ajak makan durian. Nyum. Sedap. Tapi aku tak makan terlalu banyak macam aritu. Takut panas dan kulit kering. Huhu. Alhamdulillah. Dapat jugak merasai puasa hari pertama dirumah. Bukan sahaja berpuasa, malah berbuka dan berterawih di surau berhampiran rumah. First terawih tu ingat nak ikut abah g masjid tapi ditinggalkan. Wuwu. Maka aku pun ajak adik lelaki aku sama-sama ke surau berdekatan ditemani lampu hanset sebab kawasan situ agak gelap tanpa lampu jalan.
Same goes to second terawih. Walaupun surau tu tengah renovate, tapi aku suka je sebab rasa aura kampung kat situ. Yelah, surau kayu je. Bila budak-budak berlari dalam tu, dengarlah bunyi dum-dum. Huhu. Budak-budak ni memang nakal kan. Bila orang tengah terawih, dorang duk sibuk main-main wat bising dan mengintai tirai yang tersedia. Adeh adik-adik ni. -.-'
Alhamdulillah jugak. Dapat berbuka bersama family tercinta. Hm insyaallah kalau ada rezeki boleh balik lagi. Hehe. Hmm rasanya masih tak terlewat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan buat semua. Mudah-mudahan Allah memberkati setiap amalan yang kita lakukan. Dan semoga kita dapat istiqamah dengan apa yang kita lakukan dibulan yang mulia ini. Ada orang kata jangan bulan puasa je nak jadi baik, semoga kita terus berusaha untuk menjadi lebih baik pada masa seterusnya. Be better. Insyaallah.
Hm aku terfikir jugak, mesti sesiapa yang syif petang merasakan ruginya tak dapat terawih kat masjid or surau. Ruginya tak dapat berbuka puasa bersama kawan-kawan. Mm ni pesanan aku buat semua terutama untuk diri aku sendiri la. Takpe, terawih tak semestinya dimasjid or surau. Kalau dah memang kita kena kerja time tu, lepas kerja kita still boleh terawih sendiri. Antara mahu atau tak. Hm walaupun tak dapat berbuka puasa seperti mereka yang syif pagi atau kena ikut turn, insyaallah ada hikmah disebaliknya. Aku tak taw tapi Allah taw. Jadi jangan risau. Dibulan puasa ni, apa-apa yang kita buat bila kita niatkan untuk beribadah, insyaallah pahala berganda-ganda. Lebih-lebih lagi kerja kita tolong orang. Bukan sorang dua, tapi ramai patient yang memerlukan bantuan kita. Tak sia-sia penat lelah dan masa yang kita korbankan.
Hope aku dapat motivate diri aku sendiri dan orang lain supaya berfikiran positif dalam apa-apa jua keadaan. Insyaallah. Jaga hati, jaga mata, jaga telinga, jaga mulut. Semua orang, jom berlumba tambah amal ibadat. Banyakkan muhasabah diri, zikir dan istighfar supaya hati lebih tenang. Dan banyakkan doa!! Insyaallah. :)
P/s: Semoga Allah permudahkan segalanya. Ya Allah, dengarlah rintihan hati ini. Engkau Maha Mendengar. Ameen.


No comments:
Post a Comment