Kali ni nak combine 2 topik dalam 1 post. Aci tak? Haha. Ni disebabkan aku hanya berposting selama 3 hari di eye ward. So rasanya tak banyak benda boleh share. Kat eye ward tak busy sangat macam ward lain. Lagipun ada adik-adik junior 1st year. Semangat dorang nak belajar jugak esp bila kami wat ECG, eye swabbing (tapi aku tak sempat wat yang ni). Huhu. Alang-alang dah satu ward, ajar jela sikit-sikit. At least nt dorang belajar pun senang la sebab dah taw kan.
Tapi kan, aku tak tahu pulak camne nama aku boleh naik kat lecturers yang aku tak hadir hari isnin. Eh? Aku datang!! Huhu. Hari selasa dah ada lecturer tegur masa aku tunggu bus nak balik, pastu hari rabu pun ada pulak lecturer tanya kenapa aku tak datang? Aaaaaa. Daku disalah ertikan. Hm mungkin ada salah info yang dorang dengar. Apapun thanks kawan-kawan & adik-adik sebab tolong backup diri yang tak bersalah ini. Sobsss. Hehe.
Ok, itu hal di eye ward. Setelah abes syif rabu pagi, aku terus bergerak ke terminal utk pulang ke rumahku syurgaku. Yelah, tiba-tiba dapat cuti memang seronok la kan. Alhamdulillah, bertemu Emy secara kebetulan. Hm rasanya banyak kali sangat kami bertemu tanpa disengajakan. Rezeki. Hehe. Kemudian kami bertolak ke negeri masing-masing.
Sekarang aku berehat dirumah. Blogging. Kalu tak balik ni, rasanya tak terupdate blog gua ni. Haha. Duk rumah dapat makan durian. Hoyeaahh! Alhamdulillah. Aku memang suka durian. Rupanya anak-anak kucing aku pun suka. Puss In Boot & Juling. Memey je tak peduli (kucing tua. kihkih). Hm pastu sempat gak kuar jalan-jalan ngan family semalam sambil beli tiket balik kuantan petang ni. Sobsss. Posting masa puasa nt tak pasti sempat balik umah tak. Huhu.
![]() |
| Bagi bijik durian. Haha |
![]() |
| Pic #1 minta simpati nak durian ag. Pic #2 Puss in Boot & Juling. |
Ok. Tu jelah update setakat ni. Pejam celik pejam celik dah sebulan berposting dan tinggal sebulan ag sebelum masuk Year 4. Nt pun menyambut ramadhan sambil berposting. Harap Allah beri kekuatan kepada kami semua utk sabar dan tabah. I know it might not be easy sebab kami yang senior ni pun tak pernah berposting dalam bulan puasa. So taktaw nak bagi tips apa. All the best everyone. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini lebih bermakna. Wassalam.
P/s: Pasni tak dapat teman awak exercise naik tangga dah. Huu.



No comments:
Post a Comment