Showing posts with label Baksis. Show all posts
Showing posts with label Baksis. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

Baktisiswa 2012. [My Pics]

Salam alaik.

Seyesly kali ni taknak cakap panjang lebar. Seyes ni! Haha. Ok lah. Entri kali ni just nak share pic aku masa baksis oleh para photog yg menggunakan kamera mahal mereka. Tak macam aku guna hp buruk je. Kihkih. Perhatian, gambar-gambar ni sumbernya dari facebook mereka-mereka yang telah upload dan tagged aku. Terima kasih. :)












Tak semua aku share kat sini sebab of course ada gambar-gambar aku yang buruk esp masa aku tak sedar. Dan semestinya masih ada gambar yang aku tunggu-tunggu tapi takde pun. Haha. Sape-sape yg nak tengok moment-moment yang berharga kat sana, silalah belek-belek album mereka.

P/s: Tudung oren dan merah dah macam takde beza bila duk kat panas. Fuh, peluh-peluh kat sana. Siang kepanasan, malam kesejukan. =.='

Baktisiswa 2012.

Salam alaik.

Kali ni nk tulis entri pendek je. Malas nak menaip panjang-panjang. Apatah lagi satu esaimen pun belum buat. Haha. Berbalik kepada tajuk diatas, Alhamdulillah utk kedua kalinya aku berpeluang menyertai baksis pada 23-25 Mac 2012 yang lalu di Felda Chini Timur 2. Berbekalkan pengalaman baksis yang lalu, aku expect lebih kurang je la aktivitinya berdasarkan tentatif yang diberikan. Namun ada bezanya. Hehe.

Lagipun kali ni tak sesibuk dulu sebab program ni 2nd year yang handle. Aku selaku 3rd year cuma tolong apa yang patut. Baksis kali ni merupakan kolaborasi KON dan KOP. Kami 3rd year yang ikut serta cumalah 5 orang, manakala 1st year Nursing mungkin 9 orang kalu tak silap, dan Pharmacy students seramai 20 orang.

Hari pertama:

Seperti biasa bertolak awal pagi. Bila sampai, committee bersiap-siap utk opening ceremony. Agihan keluarga angkat. Balik umah, rehat, solat dan makan. Jelajah kampung beramai-ramai menaiki motosikal dan kereta. Ke pasar malam bersama keluarga angkat. Balik, mandi, rehat dan makan. Solat maghrib dan isya' di masjid. Tunggu kedatangan budak KOP kerana mereka sampai malam. Tido.

Jelajah kampung. Ronda-ronda bersama adik-adik angkat satu rumah. Anis, Aini dan Fizah.

Kami berempat sebelum ketibaan Syaja pada malamnya.

Hari kedua:

Bangun pagi. Mandi. Solat subuh. Bersiap-siap. Gotong-royong di kawasan-kawasan ditetapkan. Pameran dan pemeriksaan kesihatan. Balik, mandi dan makan tengahari. Preparation utk biro sport. Rehat dan solat asar di masjid. Games bermula. Balik, mandi, rehat. Solat isya' di masjid. Makan di masjid. BBQ di rumah. Rehat. Pillow talk sampai adik-adik tertido sorang demi sorang sampai la last person tinggal aku ngan anis je. Zzzzz~

Tugas aku mengecat dinding klinik kesihatan dengan cerianya. Sampai muka, spek, tudung, cardigan, seluar dan stoking turut menjadi mangsa. Ehem, sapa cakap Ang yang pendek ni tak mampu cat dinding tinggi-tinggi? Haha.

Sekali lagi jadi committe biro Sport & Games. Dulu jadi HC Activity yang merangkumi performance, games dan senamrobic.

BBQ time. Gabungan 2 foster family yang berjiran. Perghh. Ayam bakar. Paling best ikan bakar fresh dari kolam tanpa terkena sentuhan ais. Hm aku dah la sunburn, kena pulak bara api kat situ. Nasib la. Haha :p After kenyang ada sesi pillow talk. Bercakap sampai kering tekak. :p

Hari ketiga:

Bangun. Golek-golek dulu sebab mengantuk. Mandi. Solat subuh. Kemas barang dan baju yang tak sempat kering akibat tak jemur semalam. Bersiap-siap. Makan pagi. Closing ceremony. Photography session. Bersalam-salaman ngan semua keluarga angkat. Makan di masjid. Solat zohor. Bersalaman dan dapat bekalan daripada family angkat. Balik.

Hm tula serba sedikit dapat aku kongsi. Ia berbeza dgn yang lalu. Apapun pengalaman yang dapat itu takkan dapat diganti. Terima kasih utk semua. Kepenatan yang teramat sangat. Dan kulit terbakar tanpa belas kasihan. Huhu. Apapun syukur. :)

P/s: Nampaknya entri ni tetap panjang. Hahahaha~

Sunday, April 10, 2011

Ke Umah Mak Angkat.

Salam alaik.

Ingat ag tak yang aku ada join Baktisiswa 2011 bulan February ritu? Yang dakdak nursing skali ngan dakdak kaed tuh. Hehe. Klik sini utk entries Baksis yang lepas.

Semalam, aku ngan beberapa orang kawan pakat g kat Felda Bukit Kuantan. Tempat kitorang berBAKSIS. Malam sebelum tuh, aku dapat msg dari Fiq. Dia, kak nemo, kyra yamato ngan shim nak p felda jumpa mak-mak angkat depa. Aku pun p la skali dah Fiq sama mak angkat ngan aku.

Kitorang bertolak 9 am ke destinasi yang dah ditetapkan. Aku lemah betul bila taktaw nak pilih baju apa nak pakai. Lastly amek baju kurung wana orange. Ayu sket kan pakai baju kurung. Sopan gitu. Hihi. Singgah sekejap kat kedai beli buah tangan sket. Takkan nak g tangan kosong pulak kan.

Sesampai nya disana, Fiq selaku driver p antaq anak-anak angkat Makcik Dayang dulu. Pastu baru ke umah angkat kami. (Erk, umah angkat ka mak angkat?). Duk sembang-sembang jap ngan mak, mak ajaq p kedai beli barang nak masak. Yeyey mak nak masak untuk kami. Opss.. Mak suh kami jadi chef pulak dah. Aiyaark~

Takpa.. Wat muka steady ja. Tunjuk sket budak muda pun reti masak. (Hah, berlagak. Banyok la cantek muke mung pandai masok kan?) Ok, mak yang masak asam pedas. Keja aku tumbuk sambal belacan ja plus mempelam. Seyes tak jadi macam biasa tapi soodaaapp.. Kira resepi aku sendiri la kan? Haha.

Masa makan tuh, mak asyik suh tambah nasi ja. Mak tambah 3 kali, Fiq tambah 2 kali, aku pulak tambah sekali ja. Tu pun ciput. Maaf mak ngan Fiq, perut saya penuh. Nasi dalam pinggan tadi pun da penuh. Tapi kalau bagi saya makan colek, saya naaaak.. Hihi. Ada mempelam putik, sodaap nya makan colek. :D

Sebelum balik, mak sempat bagi mempelam sket kat aku. Suka la kan bila dapat benda yang disukai kan. Hehe. Len kali kami datang ag ye mak. Akhirnya ke rumah ag satu nak g amek 3 orang lagi dirumah angkat mereka. Disitu terdapat baaanyak makanan dimana aku tak larat dah nak sumbat dalam perut yang memang tahap nak pecah.

Terlampaw bercahaya sangat. Haha.

Kat umah makcik Dayang. Tak sempat nak amek gambar ngan mak angkat aku.

Kepada dak kaed yang seumah ngan aku n Fiq, Ila ngan Syikin. Len kali kita sama-sama p umah mak ag naa.. XD

P/s: Rindu nak balik umah. Jumpa ma abah, adek-beradek, kucing-kucing, burung-burung, pokok-pokok, etc. Huhuk~

Saturday, March 5, 2011

Baktisiswa Again.





P/s: Seyes baaaaanyaaakkk giler gamba yg dorang amek. Yg upload dlm blog ni pun ade yg amek random je. Hehe~ Credit to our official photographer, Sharaf dan Luqman. Dan lain-lain, budik, faiz, bla-bla-bla.

Tak taw nak cakap camne sebab rasa macam banyak sangat yg dapat n dilalui sepanjang baksis ni. Made lot of friends plus ada yang dah kenal. Pape pun, suma ni takkan aku lupa. Berbaloi kot dengan segala penat n letih b4 baksis. :)

BAKTISISWA 2011 TERBAIK!
Congrats KON & KAED.

BAKTISISWA 2011 (Day 3)

Hari ketiga di felda bukit kuantan~

-----------------------------------------------

Closing ceremony~ Salam perpisahan~ Photography session~














Last but not least. See you again. T---T

BAKTISISWA 2011 (Day 2) -Part 2

Sambungan hari kedua

-----------------------------------------------

Sukaneka aka Telematch~
The best part ever esp for Activities/Sports Bureau~


























-----------------------------------------------

Gotong-royong memasak bersama penduduk felda~






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...