Salam alaik.
Kali ni nk tulis entri pendek je. Malas nak menaip panjang-panjang. Apatah lagi satu esaimen pun belum buat. Haha. Berbalik kepada tajuk diatas, Alhamdulillah utk kedua kalinya aku berpeluang menyertai baksis pada 23-25 Mac 2012 yang lalu di Felda Chini Timur 2. Berbekalkan pengalaman baksis yang lalu, aku expect lebih kurang je la aktivitinya berdasarkan tentatif yang diberikan. Namun ada bezanya. Hehe.
Lagipun kali ni tak sesibuk dulu sebab program ni 2nd year yang handle. Aku selaku 3rd year cuma tolong apa yang patut. Baksis kali ni merupakan kolaborasi KON dan KOP. Kami 3rd year yang ikut serta cumalah 5 orang, manakala 1st year Nursing mungkin 9 orang kalu tak silap, dan Pharmacy students seramai 20 orang.
Hari pertama:
Seperti biasa bertolak awal pagi. Bila sampai, committee bersiap-siap utk opening ceremony. Agihan keluarga angkat. Balik umah, rehat, solat dan makan. Jelajah kampung beramai-ramai menaiki motosikal dan kereta. Ke pasar malam bersama keluarga angkat. Balik, mandi, rehat dan makan. Solat maghrib dan isya' di masjid. Tunggu kedatangan budak KOP kerana mereka sampai malam. Tido.

Jelajah kampung. Ronda-ronda bersama adik-adik angkat satu rumah. Anis, Aini dan Fizah.

Kami berempat sebelum ketibaan Syaja pada malamnya.
Hari kedua:
Bangun pagi. Mandi. Solat subuh. Bersiap-siap. Gotong-royong di kawasan-kawasan ditetapkan. Pameran dan pemeriksaan kesihatan. Balik, mandi dan makan tengahari. Preparation utk biro sport. Rehat dan solat asar di masjid. Games bermula. Balik, mandi, rehat. Solat isya' di masjid. Makan di masjid. BBQ di rumah. Rehat. Pillow talk sampai adik-adik tertido sorang demi sorang sampai la last person tinggal aku ngan anis je. Zzzzz~

Tugas aku mengecat dinding klinik kesihatan dengan cerianya. Sampai muka, spek, tudung, cardigan, seluar dan stoking turut menjadi mangsa. Ehem, sapa cakap Ang yang pendek ni tak mampu cat dinding tinggi-tinggi? Haha.

Sekali lagi jadi committe biro Sport & Games. Dulu jadi HC Activity yang merangkumi performance, games dan senamrobic.

BBQ time. Gabungan 2 foster family yang berjiran. Perghh. Ayam bakar. Paling best ikan bakar fresh dari kolam tanpa terkena sentuhan ais. Hm aku dah la sunburn, kena pulak bara api kat situ. Nasib la. Haha :p After kenyang ada sesi pillow talk. Bercakap sampai kering tekak. :p
Hari ketiga:
Bangun. Golek-golek dulu sebab mengantuk. Mandi. Solat subuh. Kemas barang dan baju yang tak sempat kering akibat tak jemur semalam. Bersiap-siap. Makan pagi. Closing ceremony. Photography session. Bersalam-salaman ngan semua keluarga angkat. Makan di masjid. Solat zohor. Bersalaman dan dapat bekalan daripada family angkat. Balik.
Hm tula serba sedikit dapat aku kongsi. Ia berbeza dgn yang lalu. Apapun pengalaman yang dapat itu takkan dapat diganti. Terima kasih utk semua. Kepenatan yang teramat sangat. Dan kulit terbakar tanpa belas kasihan. Huhu. Apapun syukur. :)
P/s: Nampaknya entri ni tetap panjang. Hahahaha~

No comments:
Post a Comment