Salam alaik.
Hari isnin yang lepas, 19 Mac 2012 aku dan rakan-rakan sekelas bertolak ke Kuala Lumpur seawal 7.00 pagi. Academic trip untuk subject MSN 7 ini berjaya kami lalui bersama 2 orang lecturer, Sr Meriati & Sr Judy. Lawatan selama separuh hari ini adalah untuk melihat sendiri bagaimana pusat orang buta ini beroperasi dan menambah ilmu kami tentang mereka. Subhanallah. Aku kagum melihat kecekalan mereka. Hilang nikmat penglihatan bukan bererti mereka lemah, malah mungkin menjadikan mereka lebih kuat dan berdikari berbandimg mereka yang masih boleh melihat.
Apapun sama-samalah kita bersyukur dengan kurniaan Allah selagi kita masih mampu melihat dunia indah yang penuh warna-warni. Mungkin kita selalu lupa, apa yang kita ada tapi tak disyukuri, merupakan sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang lain. Alhamdulillah atas segalanya. Hm taktaw nak tulis apa panjang-panjang. Aku just post sedikit gambar yang diambil dari Pipah dari kamera Mekten.
Mereka pun boleh belajar anatomy. Female reproductive system kan?
Mungkin braille dalam bahasa tamil? Hm bulat-bulat kecil sangat besar ertinya untuk mereka. Salah titik bermakna lain la maksudnya.
Di main gate Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia.
Kepanasan sambil menunggu bas datang membawa kami pulang.
Bersama classmates. Nursing IIUM Batch 6 Only. This is our group. :)
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" Berulang kali disebut dalam surah 55.
P/s: Alamak. Report perlu siapkan!! Malas nak buat tapi update blog rajin pulak. Haha :p

No comments:
Post a Comment