Salam alaik.
I'm home. Yup. I'm at my home this weekend. :)
Hari khamis aritu takde kelas tapi sebab ada keje kena setelkan. So hari jumaat baru aku bertolak pulang. Tu pun aku beli tiket on the spot. Mulanya aku berbelah bagi bila ma call tanya jadi ke tak balik. Dengan izin Allah, aku g bilik Anom nak hantar kunci motor. Terjumpa Kak Intan pulak dan dia gitaw nak hantar Naim g terminal. Okkkkkk~ Ada chance la nak balik. Pastu aku mula msg Izat nak pinjam kete, biar Kak Intan yang drive. Alhamdulillah dapat. Pastu singgah ECM jap beli barang sebelum g terminal balik.
Kepada nama-nama yang disebut kat atas tu. Terima kasih banyak-banyak ye. :)
Jumaat-Sabtu-Ahad. Owh sungguh cepat masa berlalu. Duk umah pun aku takde wat apa-apa sangat. Tapi hujung minggu yang cukup menenangkan. Perasaan yang berbeza daripada duk di Kuantan. Rasa jauh dari kesibukan dan tekanan perasaan disana. Bukanlah maksud aku duk kat sana asyik stress je. Tapi environment cukup berbeza, jadi impaknya turut berbeza la kan.
Semalam sesuatu berlaku dirumah sewaktu parents aku takde. Adik bongsu aku cuba menggoreng nugget didapur. Aku pun tak pasti camne kejadian tu boleh berlaku sebab masa tu aku duk dalam bilik. Tiba-tiba bunyi bising dibahagian dapur dan aku terbau sesuatu. Bila dah keluar bilik, aku kaget bila seluruh isi rumah penuh dengan asap hitam.
Aku bergegas ke dapur dengan perasaan ingin tahu. Ya Allah. Api!! Yup, kuali dan sedikit bahagian lain terbakar sementara adik aku cuba memadamkan api menggunakan tuala. Cepat-cepat aku cuba padamkan api tetapi sedikit plastik cair terkena bahagian lengan aku. Tak mengapa, rasanya sama seperti terkena percikan minyak panas. Yang penting masa tu, aku nak api tersebut padam. Alhamdulillah, Allah tolong dan tak berlaku apa-apa yang lebih teruk.
Aku mula membebel kepada adikku. Its so dangerous..! Plss jangan diam dan cuba padam api sorang-sorang. Aku cukup marah bila dia tak bagitaw sesiapa waktu tu. Aku faham dia mungkin takut tapiiii.. aku lagi takut kalu terjadi apa-apa pada dia, dan pada rumah. Hm mungkin silap aku jugak sebagai kakak dan paling besar kat umah waktu tu. Rasa bertanggungjawab.
Abah pun balik. Adik aku kena marah. Aku pun kena marah sekali. Ntah mengapa aku tak sengaja picked a fight with my dad. I cried. Dan aku merajuk ngan abah. Hm Im so sorry Dad. Aku tahu abah pun terkejut. So do I. Abah cuba bercakap ngan aku semalam tapi aku diamkan diri. Aku mmg camtu. Suka diamkan diri bila mood aku tak elok. Sorry for my bad attitude towards you. But I want u to know that I love u so much! :'(
Pastu aku teringat masa aku gaduh ngan abang aku, abah yang pujuk aku supaya jangan menangis. Hm aku bukan senang menangis depan orang. Hati aku memang kadang-kadang sensitif and I love to keep it just for myself. Rasa bersalah kat abah. Apapun yang terjadi, I love my parents, I love my siblings, I love my home..!!!
Petang ni dah nak balik. Aku doakan supaya Allah sentiasa melindungi keluarga dan rumahku agar selamat dan diberkatiNya. Ameen..
P/s: Thanks for caring about me.

No comments:
Post a Comment