Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Monday, February 18, 2013

First Simulation.

Salam alaik.

Arini merupakan hari first kami nak try simulation. Untuk simulation arini, kitorang wat untuk ISBAR je. Tahu tak ISBAR tu apa? Aku pun baru belajar. Hehe. ISBAR ni macam guideline la untuk memudahkan kita dan pastikan apa sepatutnya information yang perlu kita bagitahu orang lain. Contohnya kita bole aplikasikan semasa passing over report, masa transfer patient ke wad lain, atau masa phone referral ngan doctor.

I - Introduction
S - Situation
B - Background
A - Assessment
R - Recommend/Request

Minggu lepas lecturers dah buat demo, so kali ni kitorang kena perform. Sr dah pesan awal-awal kena pakai inner, sebab kitorang akan pakai scrub suit berlengan pendek. Scrub suit tu dah pernah pakai masa posting kat OT. After this mmg Sr suh kitorang pakai scrub suit untuk simulation.

Simulation ni salah satu tool untuk mengajar. Lecturers akan cuba create situation dimana kita akan cuba untuk merasakan seperti situasi tersebut adalah real. Tapi aku akui, bukan senang nak dapat feel 'real' tu. Apapun kitorang memang diskus camne untuk improve. Masing-masing, students and lecturers dua-dua dalam proses pembelajaran. Dan aku rasa ni salah satu cara yang berbeza daripada sebelum ni. Harap dapat bagi aku pengalaman yang membantu bila kerja nanti.

Seyes aku katakan, aku macam frust 'sikit' la tadi ngan diri sendiri. Mungkin tak well prepared kot. Ayat berterabur, tersasul sana sini, words n grammar tunggang-langgang. Pastu ikut script sangat, tanpa tengok yang mana priority. Haha. But from there I could see what are my weaknesses. Soooooo, aku perlu improve Oh My English! Especially speaking. Sebab speaking mmg tak sama ngan writing. Seyesly, i need to improve this! -,-'

Takpe. Papepun this was my first simulation. So its ok lah jika ada mana-mana kelemahan tu kan. After this kena improve slowly, ok Ang? Dan yeah, aku hepi dapat masuk kelas CCN ni. Hehe


Perlu improve. Yeah, sangat perlu. Sem ni kesedaran tentang betapa perlunya persediaan sebelum grad dan bekerja sebagai nurse sangat memuncak. Ecece~ So elective posting nanti mmg kena grab every chance and oppurtunity. Aku percaya kawan-kawan lain pun rasa camtu jugak kan.

P/s: Tak tahu rezeki dimana. Tapi aku yakin Allah dah sediakan jalan untuk aku lalui.

Saturday, September 15, 2012

Forgive Me.

Forgive Me.

Can you forgive me again?
I don't know what I said
But I didn't mean to hurt you

I heard the words come out
I felt that I could die
It hurt so much to hurt you

Then you look at me
You're not shouting anymore
You're silently broken

I'd give anything now
To kill those words for you

Each time I say something I regret I cry "I don't want to lose you."
But somehow I know that you would never leave me, yeah

'Cause you were made for me
Somehow I will make you see
How happy you make me

I can't live this life
Without you by my side
I need you to survive

So stay with me
You look in my eyes and I am screaming inside that I am sorry

And if you forgive me again
You're one my true friend
And I never meant to hurt you.

P/s: I am not good in explaining what my heart feels. I am not that type of person. I could just expressing through my facial expression, or just cry.

Saturday, July 28, 2012

Anxious.

Salam alaik.

Bulan yang penuh barakah. Alhamdulillah. Sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa dan bermakna minggu pertama posting ketika berpuasa pun sudah berlalu. Dan aku masih praktikal di wad yang sama. Ok, cerita dimulakan sebelum aku masuk syif petang.

Macam ni ceritanya.. Aku bertolak ke terus dari Kuala Terengganu ke Kemaman pada hari isnin jam 9.00 pagi. Disebabkan my wardmate pun bertolak dari Kuantan ke Kemaman pada pagi yang sama dengan kereta, so aku minta dia tolong ambilkan aku di hentian bas. Ingatkan kat stesen bas yang baru, rupanya yang lama. Aku tak pandai nak bagi direction sgt. Jadi bila aku dah sampai, aku tunggu dia hampir sampai jugak ingat baru nak call.

Ketika sedang menunggu keseorangan, aku terlihat kelibat seseorang yang seakan aku kenali. Owh. Emmm.. Debaran dalam hati. Yup, memang orang tu!! Aku dah start gelisah dah. Tak lama lepas dia melepasi aku, akhirnya dia cam aku jugak. Aaaaa. Bekas patient aku masa aku posting kat PSY. Sebenarnya aku gelisah disebabkan hal-hal tertentu yang menyebabkan aku kurang selesa bila berdekatan dengan dia. Bukan disebabkan stigma, tapi sebagai seorang perempuan aku tak selesa. Malaslah nak cakap kenapa. Cukuplah sekadar dia mengingatkan aku kepada trauma lama masa 1st year dulu. Kisah pakcik yang pernah aku ceritakan waktu dulu.

Hm macam-macam soalan dan cerita yang dia perkatakan. Aku cuma jawab dan balas sekadarnya sahaja. Dan seperti yang aku jangka, memang dia membuatkan aku rasa tak selesa dengan caranya bercakap dan memandang aku. Aku fikir cara camne nak jauhkan diri sebelum kawan aku sampai. Nak msg Emy pun aku sembunyikan hanset dicelah-celah sweater. Lastly, aku activatekan fake call kat hanset, dan hanset pun berbunyi la seperti ada orang calling aku.

I was pretending yang kawan aku suh tunggu kat hospital. Yes, jauh jugak nak jalan. But that was the only way aku dapat fikir masa tu. So aku mulakan langkah yang cepat meninggalkan bangku tersebut. Sesekali mengintai dibelakang takut jika aku diekori. Bukan nak fikir negatif, tapi prevention is better kan. Lagipun kita taktau fikiran orang lain. Aku rela jalan kaki jauh mana pun asalkan aku rasa lebih selamat. Jalan dan terus berjalan, barulah aku perasan jalan tersebut berdekatan dengan rumah bro sekelas aku, tempat mereka sewaktu posting di Kemaman. Tapi apa boleh buatkan.

Apapun aku tak sempat sampai di hospital (jauh sangat nak jalan), aku stop depan sekolah cina je. Kawan pun dah sampai. Cepat-cepat kami pulang sebelum memulakan posting pertama dibulan puasa. Penat ke apa, wat taktaw je. Thanks sebab tolong aku ye. Dan untuk Emy, I am sorry. Saya bukan sengaja nak balik sorang dan taktaw jadi camtu. Apapun thanks doakan keselamatan saya.

Apapun aku percaya Allah tolong sentiasa tolong kita dan selamatkan kita. Doa banyak-banyak. Lepas ni kena lebih berhati-hati, dan kalau jumpa orang yang kita dah kenal tapi suspicious, ataupun strangers, kena berhati-hati atau jauhkan diri. Nak ulang balik kata-kata aku diatas tadi, bukan nak fikir negatif tapi prevention is better. Thats all. Allah, selamatkan aku, keluarga ku, orang yg ku sayangi dan keluarganya, kawan-kawan, guru-guru, dan umat Islam seluruhnya. Ameen.

P/s: Memerlukan lebih kesabaran diwaktu ini.

Wednesday, April 11, 2012

Not Feeling Well.

Salam alaik.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya adalah sihat sebelum sakit. Hm I really had a bad day. Selsema tahap apa ntah. Nak taknak terpaksa naik Level 2 pergi lab dan cilok mask berserta beberapa tisu. Tak tahan sangat dah asyik bersin dalam kelas. Selain daripada prevent infection daripada terkena orang lain, baik aku sakit sorang-sorang je. Huhuk~

Yes seyesly aku bersin sangat la kuat. Sampai lec pun terkejut. Owh kawan-kawan of kos la terkejut. Dorang dah biasa dengar dalam kelas. Hahaha. Sorry guys. Aku memang suka wat pencemaran bunyi kan. Aigoo. Camne lah nanti nak jumpa mak mertua. Kena control woo. Hehe.

Tengahari tu keluar g makan kat Hai Peng ngan kawan2 n senior2. Fuh, sedap jugak makan laksa walaupun selsema. Lapo punya pasal kan. Roti kawen pun sedap. Lama dah tak makan. Hm balik makan tu aku singgah KP g beli kek. I was craving for that cake sooo long. Tapi bagi kat orang yang lebih memerlukan. Errkkk maksudnya? Hahaha.

Ubat selsema ni Gra yg punya. Pasni taknak makan dah. -.-'
Ok dah mengarut aku ni. Sambung-sambung. Hm malam tu memang aku tak dapat menahan diri dah. Rumet pun dah bising suh aku makan ubat. Erkk nampak tak kat pic tu tulis makan satu je. Satu je kan? Aku tibai 2. Aaaaa. Apalagi tido la. Sori awok, saya tido tak cakap.

Hm tapi kan. Effect ubat tu wat aku tak selesa. Sakit tekak n nausea. Rasa macam nak demam kura pulak. Hm actually aku pun taktaw aku demam ke tak. Apapun aku memang nak cepat sembuh. Ya Allah, berilah kesembuhan padaku.

P/s: Apa yang berlaku ada hikmahnya. Semoga ia menjadi kafarah dosa ku yang lalu. :)

Sunday, March 4, 2012

Home. I Love You.

Salam alaik.

I'm home. Yup. I'm at my home this weekend. :)

Hari khamis aritu takde kelas tapi sebab ada keje kena setelkan. So hari jumaat baru aku bertolak pulang. Tu pun aku beli tiket on the spot. Mulanya aku berbelah bagi bila ma call tanya jadi ke tak balik. Dengan izin Allah, aku g bilik Anom nak hantar kunci motor. Terjumpa Kak Intan pulak dan dia gitaw nak hantar Naim g terminal. Okkkkkk~ Ada chance la nak balik. Pastu aku mula msg Izat nak pinjam kete, biar Kak Intan yang drive. Alhamdulillah dapat. Pastu singgah ECM jap beli barang sebelum g terminal balik.

Kepada nama-nama yang disebut kat atas tu. Terima kasih banyak-banyak ye. :)

Jumaat-Sabtu-Ahad. Owh sungguh cepat masa berlalu. Duk umah pun aku takde wat apa-apa sangat. Tapi hujung minggu yang cukup menenangkan. Perasaan yang berbeza daripada duk di Kuantan. Rasa jauh dari kesibukan dan tekanan perasaan disana. Bukanlah maksud aku duk kat sana asyik stress je. Tapi environment cukup berbeza, jadi impaknya turut berbeza la kan.

Semalam sesuatu berlaku dirumah sewaktu parents aku takde. Adik bongsu aku cuba menggoreng nugget didapur. Aku pun tak pasti camne kejadian tu boleh berlaku sebab masa tu aku duk dalam bilik. Tiba-tiba bunyi bising dibahagian dapur dan aku terbau sesuatu. Bila dah keluar bilik, aku kaget bila seluruh isi rumah penuh dengan asap hitam.

Aku bergegas ke dapur dengan perasaan ingin tahu. Ya Allah. Api!! Yup, kuali dan sedikit bahagian lain terbakar sementara adik aku cuba memadamkan api menggunakan tuala. Cepat-cepat aku cuba padamkan api tetapi sedikit plastik cair terkena bahagian lengan aku. Tak mengapa, rasanya sama seperti terkena percikan minyak panas. Yang penting masa tu, aku nak api tersebut padam. Alhamdulillah, Allah tolong dan tak berlaku apa-apa yang lebih teruk.

Aku mula membebel kepada adikku. Its so dangerous..! Plss jangan diam dan cuba padam api sorang-sorang. Aku cukup marah bila dia tak bagitaw sesiapa waktu tu. Aku faham dia mungkin takut tapiiii.. aku lagi takut kalu terjadi apa-apa pada dia, dan pada rumah. Hm mungkin silap aku jugak sebagai kakak dan paling besar kat umah waktu tu. Rasa bertanggungjawab.

Abah pun balik. Adik aku kena marah. Aku pun kena marah sekali. Ntah mengapa aku tak sengaja picked a fight with my dad. I cried. Dan aku merajuk ngan abah. Hm Im so sorry Dad. Aku tahu abah pun terkejut. So do I. Abah cuba bercakap ngan aku semalam tapi aku diamkan diri. Aku mmg camtu. Suka diamkan diri bila mood aku tak elok. Sorry for my bad attitude towards you. But I want u to know that I love u so much! :'(

Pastu aku teringat masa aku gaduh ngan abang aku, abah yang pujuk aku supaya jangan menangis. Hm aku bukan senang menangis depan orang. Hati aku memang kadang-kadang sensitif and I love to keep it just for myself. Rasa bersalah kat abah. Apapun yang terjadi, I love my parents, I love my siblings, I love my home..!!!

Petang ni dah nak balik. Aku doakan supaya Allah sentiasa melindungi keluarga dan rumahku agar selamat dan diberkatiNya. Ameen..


P/s: Thanks for caring about me.

Monday, January 23, 2012

We Need You.

Salam alaik.

Satu hari yang meletihkan. Dari petang sampai ke malam. Sebabnya? Biarlah aku dan family aku serta beberapa orang je yang tahu.

Rasa nak tercabut anak tekak ni. Sakit tekak teramat. Semoga Allah merahmati, memberkati dan melindungi kami. Hanya kepadaMu kami berserah dan memohon pertolongan. We need Your Help. Absolutely we need You.

Allah. Allah. Allah.

Semoga Allah melindungi diriku, keluargaku, insan tersayang dan keluarga, sahabat-sahabat, serta sesiapa saja dengan izin-Nya.

Kadang-kadang kita sering lalai, lupa dan terleka. Sedangkan Dia tak pernah lupakan kita. Semoga ujian ini memberikan seribu hikmah dan kebaikan darinya.

Terima kasih kepada mereka yang membantu. Dan terima kasih Allah.

Sekian.

P/s: Amek pengajaran daripada pengalaman. :))

Friday, September 9, 2011

Aunty's Pre-wedding.

Salam alaik.

Ni bukan pre-wedding photoshoot ok. Dan aku langsung tak setuju dengan itu sebab masih belum pape ikatan nak ambik gambar mcm pengantin dah. Ni nak cite pasal lain. Esok tanggal 10 September aka 12 Syawal merupakan hari perkahwinan my aunty. So arini memang pulun sket la kerja-kerja sume. Sebenarnya macam-macam yang aku lalui arini. Fuuh.

Disebabkan tak tidur semalam gara-gara anak-anak kucing aku bergaduh, arini aku tak dapat bukak mata awal pagi utk ikut ma ke umah tok utk persiapan esok. Jadi dalam pukul 10.30 pagi barulah berangkat ke sana dengan menaiki motor bersama adik aku, Bibi.

Then sampai sana, tugas aku kena pasang skirting kat meja makan. 9 meja panjang. Perghh nampak sikit tapi boleh tahan lama jugak wat. Aku, Mok Nik, Ayoh Li, Abon dll ukur, gunting, pasang sume. Masa sembahyang jumaat aku dah start wat sorang-sorang sebab yang lelaki pergi semayang, yang perempuan ada kerja lain.

Guna staple gun lama-lama pun boleh sebabkan tangan aku sakit dan merah-merah. Tu tak campur terkepit ag. Duh! Tapi biarla, syok jugak wat ni. Pas zohor tu, aku masih teruskan walaupun ramai yang ajak aku makan dulu. Aku teruskan jugak sebab tak lapar pun. Sampai la Ayoh Li n Abon datang balik menolong.

Hujan lebat mencurah-curah. Nasib baik duk bawah kanopi. Tapi memang basah jugak la. Sempat aku cedok pasir-pasir nak wat laluan air agar tak bertakung. Akhirnya dalam 5.30 petang pasang skirting pun siap sekali ngan alas meja.

Need to be patient. huhu

Kerja tak berhenti kat situ. Pastu tolong Abon nak pasang banner depan umah tok. Kitorang pun pergi cari kayu untuk dipacak kat tepi pagar. Aku, Abon n Teri cari kat belakang umah. Kat situ memang gelap, suram dan bersemak-samun sket. Then ada jugak 2 ekor kambing kat situ. Sekor jantan, sekor betina.

Masa ni la episod mendebarkan berlaku. Masa aku n Teri nak lalu ikut satu pagar ni rasa takut-takut je. Abon tolong halau kambing tu. Pastu kitorang pun cari la kayu yang sesuai. Tak lama pastu, kambing-kambing tu datang ke arah aku n Teri. Kitorang dah takut dan ke satu bangsal sebelah perkuburan family. Kambing semakin dekat esp yang jantan. Aku n Teri dah start panjat tinggi sebab kat situ ada kayu tinggi dan guni.

Tak sangka kami stuck kat situ. Kalu kuar ikut kanan, kambing betina. Keluar ikut kiri, kambing jantan. Dua-dua macam agresif. Tuhan je yang tahu. Abon dah jauh ke depan sambil bergayut hp. Aku n Teri lak dua-dua perempuan tak habis-habis panggil Abon supaya tolong kami. Isgthifar panjang, sebut kalimah-kalimah suci dan mintak tolong Allah. Memang taknak pape kejadian berlaku.

Last solution, aku cadangkan agar kami lompat dari tepi bangsal tu. Pastu lari cepat-cepat. Mula-mula Teri taknak sebab cam tinggi je nak lompat. Tapi after few seconds memang takde choices dah. I jumped and she jumped too. Kami bertempiaran lari tanpa pedulikan Abon yg memanggil kami. Kecut perut tu takyah nak kata la. Walaupun korang baca camni je, korang tak dapat imagine pun perasaan kitorang masa tu. Perghh. Bukan main-main. Seyes!

Sampai orang lain pun tertanya-tanya. Pakcik aku cakap ingatkan kitorang nampak 'sesuatu'. Hah, memang sesuatu pun. Huhu. Pastu kembali g pasang banner. Macam kerja orang laki panjat-panjat tinggi ni, tapi tak kisah lah. Pasni takde orang nak wat dah, masing-masing sibuk. Walaupun aku geli cacing melekat kat tangan n aku takleh melompat-lompat pasal berdiri atas pagar tinggi, still kena kuatkan semangat setelah dilemahkan oleh kambing. Haha.

Panjat pagar pasang banner terpegang cacing kat kayu.

Ok. Sampai sini je. Malam ni nak g umah tok nak tolong mana yang patut ag. So far ni wedding ke-3 for this year after kakak n adek aku. Harap semuanya dipermudahkan. Ameen.

P/s: I really need a fren like you- he said that.

Friday, July 29, 2011

Alahai Adik-adik Ku.

Salam alaik.

Apa khabar semua? Sihat? Arini aku penat sikit. Pegi sana pegi sini tak duk diam. Huhu. Saja nak cite 2 kisah yang wat aku rasa ERRRKK!! -_-' Semua ni gara-gara adik-adik aku. Taktaw dorang wat lawak ke ape tapi aku rasa.. errkkk.. Haha.

Kisah 1.

Adik 4: Beliung gigik sakit ah. (Pepatung gigit sakit la)

Aku: Beliung mane ade gigik orang! (Pepatung tak gigit orang!)

Adik 4: Betol ah. Beliung ye kang makang serangga. (Betul. Pepatung kan makan serangga)

Aku: Doh tu mane tau ye gigik? (Dah tu mana tahu dia gigit?)

Adik 4: Doh Asang bagi ye makang serangga, pahtu sume benda ye makang. (Dah Hassan bagi dia makan serangga, pastu semua dia makan)

Aku: Doh bukang ye gigik orang! (Dah bukan dia gigit orang!)

Adik 4: Doh Asang buh kat pipi... (Dah Hassan buh kat pipi)

Aku: Errrkkk.. Duh! -_-'

*Perlu ke buh pepatung kat pipi?*

--------------------------------

Kisah 2.

Adik 1: Ang, kerat pellang sket. Cepat ah! (Ang, potong mempelam sikit. Cepat lah!)

Aku: Kejap ah! (Sekejap)

**Setelah berdolak dalih 10 minit

Adik 1: Cepat ah, nok makang ngat ning. Dok dang kang. (Cepatlah, nak makan sangat ni. Tak sempat nanti)

Aku: Doh kerat sdiri. Bukang susoh. (Dah potong la sendiri. Bukan susah)

Adik 1: Nok rase air tangan Ang. (Nak rasa air tangan Ang)

Aku: Errrkkk.. Duh! -_-' (Bukan aku masak! -dalam hati)

*Potong buah ada kena mengena ngan air tangan ke?*


-_-"

Alahai adik-adik aku ni. Haha. Aku ni bekeng bekeng jugak kat umah. Tapi kadang-kadang perangai lebih dari adik-adik aku. Tapi kali ni memang aku errrkkkk!! Lawak sengal. Haha.

P/s: Berapa agaknye berat aku skg? -_-'

Thursday, July 14, 2011

In Pain.

I'm in pain.

Both physically n emotionally.

P/s: Be tough ang. Nt la g klinik. T-T

Monday, July 11, 2011

Ujian. Sakit. Sabar.

Salam alaik.

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Hehe.

Aku kan, rasa macam sehat tapi rasa tak sehat. Hah, cane tuh? Hmm sebenarnya, overall aku rasa ok je. Boleh gerak, boleh jalan, boleh berlari siap panjat pokok jambu ag. Hehe. Tapi dalam masa beberapa hari ni rasa kurang sehat dan kurang selesa. Bukan TAK sehat tapi KURANG sehat. Ada beza kan? Huhu.

First, bila balik umah senang sangat dapat selsema. Kadang-kadang seminggu baru baik, kalu bertuah sehari je selsema. Masalahnya selsema aku cepat datang balik.

Second, cuaca tak menentu skg kejap panas kejap ujan. Dan bila panas, mmg panas sgt sampai peluh-peluh menyebabkan kulit aku cepat naik ruam dan merah-merah. Dan ulser mulut. Urghh~

Third, aku ni dulu allergic gak ngan seafood. Dah lama tu jadi alah bisa tegal biasa la kan. Tapi kadang-kadang menggatal jugak badan aku ni. Skg aku rasa kesan allergic tu dtg balik pas makan tomyam. Huhu. T_T Pastu aku mmg allergic jugak ngn habuk debu.

Sekarang aku nak link kan semua perkara diatas tu ye. Pasal selsema tu memang selalu sangat lah! Kesan cuaca plus allergic ngan seafood menyebabkan kulit aku derita sekarang ni. Aku pulak wat tak faham-faham nak menggaru sana sini sejak minggu lepas ag sampai ke saat ini. Then...

Semalam family dan makcik2 aku gotong royong bersihkan rumah sebelum majlis hujung minggu ni berlansung. So kesan drpd itu, segala jenis habuk debu berterbangan dan meresap ke dalam rongga pernafasan aku walaupun aku dah secure muka aku ibarat ninja tak bertauliah. Akhirnya, malam tu aku batuk-batuk dan rasa semacam je. Macam nak lelah pun ada. Tak lama kemudian, selsema mula bermaharajalela. Thanks to aboh sebab belikan Woods' peppermint lozenges yg aku tunggu2 sejak semalam. -_-'

Owh, 2 ulser yang mula memunculkan diri di dalam mulut aku ni kian membesar. Sakit dowh. Selalunya ulser menyebabkan kurang selera makan, tapi tadi aku berselera. Sayang sekali kecekapan mengunyah terbantut bila salah satu ulser asyik tersentuh makanan dan bergeser ngan gigi. Sebelah lagi gusi aku bengkak. Ya Allah, Tuhan je tahu sakiiiiit betul. Aku makan dah macam budak kecik, sikit2 dan slow2. Y_Y

Sebab nak cepat baik, aku pun search petua untuk ulser mulut ni. Banyak tapi kena pilih yg boleh percaya la kan. Garam? Owh, walaupun ada yg mengatakn sangat berkesan, aku tak rela sebab aku pernah try sekali. Derita woo! Memang aku insaf taknak try dah. Kumur air garam? Hmm, buh garam pun aku dah derita. So aku reject la. Taknak guna garam. Lastly, aku try buh asam keping. Pedih jugak, tapi tak suffer macam garam. Demi nak cepat baik, aku bertahan tsk tsk. T-T

Jadi aku nak tengok result dia esok, berjaya ke tak? Hehe. Fyi, aku ade gak guna oral aid, tapi rasa sakit tu hilang sekejap je. Tak lama. Sebab tu aku try cari cara utk sembuhkan dengan CEPAT. Sebab tak tahan bila makan. Arini aku lapar sgt, makan nasi 2x tapi lambat2. Makan coklat cadbury n kitkat pun sakit. :'( Apapun yg penting sekarang kena banyakkan minum air kosong, pastikan kebersihan mulut yg baik, makan makanan lembut dan elakkan makanan panas n pedas.

Hmm, sakit memang sakit. Tapi aku taknak terlalu mengeluh dgn kesakitan ni. Ni baru sakit sikiiiiit. Kalu sakit banyaaak camne? Allah bagi ujian kecik je ni. So kena bertahan dan sabar. Ikhtiar cari solutions. Harap-harap semuanya akan pulih macam biasa. Doakan aku eh. Ameen. :')

P/s: Teringat tengok Bff minum air 2x aritu. Aku pulak malas g dapur amek air. Cett. Kena banyak minum air la ang!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...