Salam alaik.
Ni bukan pre-wedding photoshoot ok. Dan aku langsung tak setuju dengan itu sebab masih belum pape ikatan nak ambik gambar mcm pengantin dah. Ni nak cite pasal lain. Esok tanggal 10 September aka 12 Syawal merupakan hari perkahwinan my aunty. So arini memang pulun sket la kerja-kerja sume. Sebenarnya macam-macam yang aku lalui arini. Fuuh.
Disebabkan tak tidur semalam gara-gara anak-anak kucing aku bergaduh, arini aku tak dapat bukak mata awal pagi utk ikut ma ke umah tok utk persiapan esok. Jadi dalam pukul 10.30 pagi barulah berangkat ke sana dengan menaiki motor bersama adik aku, Bibi.
Then sampai sana, tugas aku kena pasang skirting kat meja makan. 9 meja panjang. Perghh nampak sikit tapi boleh tahan lama jugak wat. Aku, Mok Nik, Ayoh Li, Abon dll ukur, gunting, pasang sume. Masa sembahyang jumaat aku dah start wat sorang-sorang sebab yang lelaki pergi semayang, yang perempuan ada kerja lain.
Guna staple gun lama-lama pun boleh sebabkan tangan aku sakit dan merah-merah. Tu tak campur terkepit ag. Duh! Tapi biarla, syok jugak wat ni. Pas zohor tu, aku masih teruskan walaupun ramai yang ajak aku makan dulu. Aku teruskan jugak sebab tak lapar pun. Sampai la Ayoh Li n Abon datang balik menolong.
Hujan lebat mencurah-curah. Nasib baik duk bawah kanopi. Tapi memang basah jugak la. Sempat aku cedok pasir-pasir nak wat laluan air agar tak bertakung. Akhirnya dalam 5.30 petang pasang skirting pun siap sekali ngan alas meja.

Need to be patient. huhu
Kerja tak berhenti kat situ. Pastu tolong Abon nak pasang banner depan umah tok. Kitorang pun pergi cari kayu untuk dipacak kat tepi pagar. Aku, Abon n Teri cari kat belakang umah. Kat situ memang gelap, suram dan bersemak-samun sket. Then ada jugak 2 ekor kambing kat situ. Sekor jantan, sekor betina.
Masa ni la episod mendebarkan berlaku. Masa aku n Teri nak lalu ikut satu pagar ni rasa takut-takut je. Abon tolong halau kambing tu. Pastu kitorang pun cari la kayu yang sesuai. Tak lama pastu, kambing-kambing tu datang ke arah aku n Teri. Kitorang dah takut dan ke satu bangsal sebelah perkuburan family. Kambing semakin dekat esp yang jantan. Aku n Teri dah start panjat tinggi sebab kat situ ada kayu tinggi dan guni.
Tak sangka kami stuck kat situ. Kalu kuar ikut kanan, kambing betina. Keluar ikut kiri, kambing jantan. Dua-dua macam agresif. Tuhan je yang tahu. Abon dah jauh ke depan sambil bergayut hp. Aku n Teri lak dua-dua perempuan tak habis-habis panggil Abon supaya tolong kami. Isgthifar panjang, sebut kalimah-kalimah suci dan mintak tolong Allah. Memang taknak pape kejadian berlaku.
Last solution, aku cadangkan agar kami lompat dari tepi bangsal tu. Pastu lari cepat-cepat. Mula-mula Teri taknak sebab cam tinggi je nak lompat. Tapi after few seconds memang takde choices dah. I jumped and she jumped too. Kami bertempiaran lari tanpa pedulikan Abon yg memanggil kami. Kecut perut tu takyah nak kata la. Walaupun korang baca camni je, korang tak dapat imagine pun perasaan kitorang masa tu. Perghh. Bukan main-main. Seyes!
Sampai orang lain pun tertanya-tanya. Pakcik aku cakap ingatkan kitorang nampak 'sesuatu'. Hah, memang sesuatu pun. Huhu. Pastu kembali g pasang banner. Macam kerja orang laki panjat-panjat tinggi ni, tapi tak kisah lah. Pasni takde orang nak wat dah, masing-masing sibuk. Walaupun aku geli cacing melekat kat tangan n aku takleh melompat-lompat pasal berdiri atas pagar tinggi, still kena kuatkan semangat setelah dilemahkan oleh kambing. Haha.
Panjat pagar pasang banner terpegang cacing kat kayu.
Ok. Sampai sini je. Malam ni nak g umah tok nak tolong mana yang patut ag. So far ni wedding ke-3 for this year after kakak n adek aku. Harap semuanya dipermudahkan. Ameen.
P/s: I really need a fren like you- he said that.

No comments:
Post a Comment