Friday, September 16, 2011

Kata Hati.

Salam alaik.

Dan salam jumaat.

Dah seminggu masuk ke semester baru dan tahun baru. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Dah masuk Tahun 3, sedangkan baru je rasa menapak kat bumi kuantan ni. Sekarang sibuk dengan beberapa program akan datang seperti Grand Camping dan NANSYM yang tinggal lagi beberapa minggu.

Aku suka dengan bilik sekarang. Warna-warni dan lebih kemas. Cuma hati tak seindah warna-warna yang cantik tu. Ntah nape. Bila duk kuantan ade je perasaan sayu ke ape ke yang wat aku cepat rasa penat. Tapi bukan bermakna ia mematahkan semangat aku.

Aku sedari juga bukan aku saja yang berperasaan sebegitu. Melihat tulisan-tulisan kawan-kawan lain di alam maya ni, ada juga yg gundah-gulana serba tak kena. Untuk luahkan depan-depan seakan tak mampu dan lebih baik memendam rasa. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang aku tak tahu. Ibarat hanya aku yg mengetahui apa aku fikirkan, rasai, dan alami.

Apapun aku berdoa agar semuanya dipermudahkan dan semua yang berlaku adalah terbaik. Aku hanya mampu berdoa dan meyakinkan diri bahawa apa yang diaturkan Allah semuanya adalah yang terbaik walaupun diluar kawalan dan kehendak hati kita sendiri.

P/s: Close your eyes and talk to your heart.

3 comments:

Anonymous said...

jgn sedih2 yer sayang...eh jap..nk tny,cmne buat tab byk2 kat ats tuh..ajarin donnnggg..hehe

raihan ang said...

hehe. ak ok je perla.. oo yg tu mg kne wt pages. hmm cmni, mg bukak je new post, klik pages, pastu pndai2 r godek2 sdiri.. haha ;p

raihan ang said...

eh bukan new post.. tp edit post.. pastu klik edit pages.. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...