Tuesday, March 27, 2012

Being A Player & Paramedic.

Salam alaik.

Beberapa minggu yg sibuk telah pun berlalu. Midterm exam pun dah abes. Alhamdulillah. Kat sini just nak update apa yang aku dah lalui sepanjang blog ini tak dihiraukan oleh tuannya. kuikui~ Seminggu sebelum minggu exam, ramai pelajar yang sibuk ngan acara-acara yang dimasuki utk mewakili setiap kulliyyah. Tahun ni pertama kalinya aku join sekali. Selalunya main dalam interbatch je. Dan paling suka bila dapat jersey ada nama dan no kegemaran sendiri.

My own jersey. Ang- 19

My orange sport shoes.

Dan semestinya kasut sukan baru utk melindungi kaki yang kesakitan akibat pemakaian kasut yg tak sesuai. Errkk entri lepas ada kot tulis pasal kasut ni. Hehe. Acara yang aku masuk? Erkk pingpong. Kalah. Haha. Satu lagi adalah acara lari 4x100m bersama junior-junior 2nd year. Sume tu takde lah membuatkan aku sibuk sangat. Tapi yang buatkan aku ke sana ke mari berulang-alik dari mahallah ke sport complex adalah dengan menjadi salah seorang paramedic sepanjang berlangsungnya IKG 12 atau nama barunya ISCAR 12.

There were some issues yg berlaku sepanjang program tu. Tapi taknak la aku kupas pasal tu. Yang penting pengalaman yang aku dapat. Kali pertama menjadi pasukan paramedic. Agak gementar cuma kena yakin pada diri. Lagipun dah 3rd year kan. Aku akui banyak yang aku belajar drpd orang sekeliling waktu kecemasan. Setiap kali bertugas, ada saja player yang injured.

Hari yang paling ramai player yang injured adalah hari terakhir perlawanan. Futsal sister. Perghh. Memang ramai injured. Berpeluh aku berlari ke sana ke mari. Kadang-kadang aku pun tak tersedar sampai ada yang pangil 'Paramedic! Paramedic!'. Huhu. Kadang-kadang bila aku dah siap bukak first aid pun orang masih panggil. Aku kecik sangat ke sampai orang tak perasan? Hehe.

Hari terakhir tu, 2 orang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana kecederaan sewaktu perlawanan. Pertamanya adalah classmate aku sendiri sewaktu bermain netball. Time tu aku baru abes bertugas dan kebetulan berada di tempat kejadian. Kedua adalah budak dentistry sewaktu final futsal sister. Lumbar dia pernah injured. Lepas baringkan, spray dan letakkan ais kat lumbar dia, kitorang terpaksa angkut ke kereta. Aku pun taktaw apa yang jadi kat sister tu after dibawa ke hospital. Apapun terima kasih kepada mereka yang berterima kasih pada aku. Aku cuma tolong apa yang boleh. Lagipun tak banyak ilmu lagi ttg paramedic. Huhu.

Curi-curi tangkap gambar junior saya. We both love no 9. Haha :p

Lastly, closing ceremony aku tak pergi pun. Dah ada wakil tolong amekkan medal bronze utk aku kerana kami berjaya mendapat second runner-up 4x100m. Pasrah walaupun Nursing tak menang. Huhu. Tu jela cerita aku. Apa yang terjadi semoga ada hikmahnya yang dapat aku terima.

Mine. Hehe

P/s: Semester ni aku aktif bersukan. Best jugak bila dapat keluarkan peluh. Sihat pun sihat. Kaki pun tak cepat cramp macam dulu. So kena kerap exercise la ni. G jogging ngan rumet pun takpe. Haha.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...