Tuesday, December 14, 2010

New Semester.

New semester has been started. Year 2 Semester 2. (-___-")

Aku mulakan sem baru dengan datang ke kelas macam biasa. Naik bus dari Indera Mahkota Campus (IMC) ke Jalan Hospital Campus (JHC) pada pukul 7.45 pagi hingga 4.30 petang. Terbaik dari ladang datang kelas dengan penuh semangat tanpa add sebarang subjek. Hahaha.

Normal bagi warga Kulliyyah of Nursing untuk 'berebut-rebut' melihat timetable kat board yang semestinya kena update every week. Jadual tak statik macam budak-budak kos lain. Seperti biasa, kelas harus dan wajib bermula pada hari ini. Sila padam niat nak ponteng sebab attendance dah ambik kira.

Tadi baru dapat add core subjects. Selamba rock je aku ni.:

NUR 2244- Medical-Surgical Nursing 4
NUR 2254- Medical-Surgical Nursing 5
NUR 2264- Community Health Nursing 1
NUR 2272- Gerontological Nursing
-----------------------------------------
RKUD 4310K- Philosophy of Science
CCL 2052- Family Management & Parenting

Tapi university requirement nye subjects tak dapat add ag sebab no section available. Tu kita tunggu kata dari class rep & asst baru cakap camne. Dah selalu sangat dah masalah tak dapat add-add subject ni.

Memang terbaik lah sebab arini baru start kelas, assigment, group member, submission date dan bla-bla-bla dah kena bear in mind! Tambah pulak ada pretest esok untuk endocrine system. Bukak balik notes masa 1st year dulu. Nak wat entri baru ni pun aku delay sebab nak study sket punya pasal. Fulamak, memang trigger untuk penuhi azam baru la. Erkk, sebenarnya azam lama yang tak sudah-sudah. Hehe.

Semester kali ni lain sikit kot. Banyak aktiviti luar untuk beberapa core subjek contoh visit mane-mane oldfolk dan baksis yang seharusnya ada report! Sebelum balik tadi pun, sempat batch kami duk bincang dan undi untuk pemilihan committee untuk baksis. Tapi semua batch kami wajib terlibat.

Sekarang aku masih tercari-cari buku cross aku dari sem lepas yang menghilang tanpa jejak. Ari jumaat ni kena submit dengan fail kuning yang dalamnya ada attendance posting dan 8 history taking. Mampus la aku kali ni. History taking memang tak amek langsung kat Hoshas aritu. Memang budak-budak ni pakat pulun je la ni. Adehh. Dan aku kena tebalkan muka g ofis nak mintak buku cross baru. Bersedia untuk kena marah-bebel-perli dan mungkin kena compound. Erkk, mungkinkah? *TakooOOt* \(o.O)/

Semoga semester ni berjalan lancar dan kalu boleh nak score yang terbaik memandangkan aku selalu suka study dan wat assignment last minute. Owh, azam baru kena setel keje lebih awal. Haha.

Nape aku rasa macam pressure walaupun aku hyperactive arini? Sebab tiba-tiba dapat kerja 'gedebuuukk' terus ke? Atau kerja lama melibatkan posting masih tak setel? Haih. Jangan mengeluh ang! Ingat azam baru lama! Haha.

P/s: Yey! Dah abes tengok Merlin Season 3 tadi. (*_*)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...