Keesokan harinya, aku berjaya wat venipuncture dan insert branula kat tangan kawan (untuk entri lepas, sila klik sini). Selepas bersusah payah cari vein yang sesuai dan ketidakyakinan yang ada dalam diri, sikap ingin mencuba diteruskan. Alhamdulillah, cubaan pertama untuk second day berjaya. Then aku nak try ag insert branula kat tangan orang lain pulak, tapi failed. Erkk? Praktis lagi~!!
Unfortunately, malam tu aku sakit tekak, batuk & selsema teruk. Badan pun ala-ala panas sikit. Awal giler aku tido, kul9.40 malam rasanya. Infection kah? Erkk..
Berada dalam kelas siang tadi, memang ramai yang batuk-batuk dan selsema. Siap pakai mask masa belajar sampai lecturer pun naik rimas tengok. Aku pulak pakai je la kan sebab taknak sebarkan virus kat orang lain pulak. Walaupun sebenarnya naik rimas sebab nak bernafas pun tak selesa.
Dalam lab tadi, aku sengaja duduk kat penjuru sorang-sorang. Kalau ada yang datang dekat, aku cakap: "I'm spreading virus. Stay away from me!". Tu sebelum pakai mask ag sekali la. Sebab taknak ketinggalan belajar sumthing arini, aku paksa diri pakai mask ag. Dan disebabkan aku ni rendah sikit dan sengaja duk belakang sekali, of course la tak nampak depan kan bila orang lain berdiri sekeliling.
Lastly aku amek kerusi dan berdiri atas tu. Fuyoo~ Saya paling tinggi! Huhu. Tak kisah la orang nak cakap pe, yang penting aku ok dan selesa. Tapi for sure la aku tak selesa, dengan tahap kesihatan yang kurang memuaskan. G klinik tengahari tadi tapi tutup pulak. Bersyukur sebab ada kawan berikan paracetamol ngan ubat selsema.
Dan tak semena-menanya aku ponteng kelas RKUD petang tadi, Philosphy of science sebab taknak bangun dah lepas berbungkus ngan selimut dengan selesanya. Terima kasih.
Weekend ni nak balik ganu sebab ada reunion SKK. Walaupun kesihatan tak memberangsangkan tapi bila ada kawan yang suh datang gak, rasa tak sampai ati lak tak pergi. Sebab pasni susah dah nak dapat peluang camni. Hampir 9-10 tahun kot tak jumpa.
"Ya Allah, berikan ang kesihatan yang baik ye. You are the One who can cure me. Ameen." :')
P/s: Semoga Bff saya sihat sentiasa dan semoga Bff saya lagi sorang tabah hadapi ujian Allah.
No comments:
Post a Comment