-------------------------------------
Malam ini saya teringat padanya. Oh, bukan malam ini saja, bahkan hari-hari yang berlalu sebelumnya. Tak pernah lepas dari ingatan tentang dia. Ya, tentang dia. Oh, bukan dia saja, tapi keluarganya juga.
Dia. Insan yang mendapat tempat di hati saya. Dulu, kini dan selamanya. Tak pernah terdetik yang kami akan berpisah oleh ruang, jarak dan waktu. Namun kerana sebuah pengertian, saya merelakan asalkan dia bahagia.
Saya tak pernah bertemu dengan keluarganya. Cuma beberapa kiriman sms dan hanya pernah sekali bercakap dengan ibunya, itu pun sudah cukup bagiku.
Teringat pula saya pada suatu ketika, dimana titik awal pertemuan kami yang masih setahun jagung. Aku ditunjukkan sekeping foto yang tertera diskrin telefon bimbitnya. Seorang wanita muda dan cantik.
Hatiku dipagut cemburu, siapakah gerangan yang menjelma itu. "Siapa tu?", soalku yang mula dirundum gelisah. "Tekalah", jawabnya untuk berteka-teki pula. "Sepupu?", mindaku buntu. "Mak lah!"
Oh, tak sangka. Cantik. Patutlah anaknya pun tampak segak. Bak kata adik-adiknya, "Ibuku yang muda lagi cantik". Kalau tidak silap saya la.
Teringat juga, apa yang saya sukai, dikaitkan dengan ibunya. Contoh, tomyam. Dia pernah memberitahu ibunya yang saya pun suka tomyam. Wah, malu saya jadinya. Begitu juga dengan lala. Suka betul lala masak lemak suatu ketika dulu. Dia jua bilang ibunya sukakan lala. Lagi sekali, malu!
Setelah mengetahui kami bertiga dilahirkan pada bulan yang sama, saya tersenyum lega. Setakat ini, mengenali mereka yang lahir pada bulan yang sama, mudah untuk bergaul. Entah kenapa, mungkin perasaan saya saja barangkali.
Suatu masa, aku menyatakan suatu harapan pada masa hadapan. Apa dia? Rahsia. Hehehe. Tapi, sekali lagi dikaitkan persamaan antara ibunya. Benarkah? Mungkin kami serasi agaknya. Sekali lagi aku berkira-kira sendiri didalam hati.
Tapi kini, semuanya telah berlalu. Harapan ku ini mungkin menjadi debu-debu yang berterbangan ditiup angin. Ternyata bukan semua harapan ku musnah, kerana secebis hati ini masih ingin percaya, jika dia benar-benar diciptakan untukku, suatu ketika dia pasti kembali. Walaupun hati kecil ini tak berani untuk terlalu mengharap.
Kini jua, si ibu itu masih ku hubungi. Bukan untuk mengambil hati, bukan untuk mengganggu jua. Tapi ikatan hati itu masih ada. Ternyata aku bukan mengenal dirinya cuma, bahkan insan yang sentiasa bersamanya. Si ibu itu, ku jua merindukannya walaupun hati ku tak pernah menyepi dari merindukan anaknya.
Teringat ibunya, teringat jua ibuku. Sebelum bertanya khabar ibunya, saya pastikan khabar baik ibuku diketahui dulu. Ibu. Mereka insan berhati mulia. Pengorbanan dan kasih sayang mereka tak pernah putus.
Walaupun ibuku tak dilahirkan pada bulan yang sama, namun ibu teristimewa. Maafkan saya yang tak pandai menghargai. Begitu saya sayang, namun tak diketahui pula cara untuk menunjukkan. Saya yang tidak pandai menunjukkan perasaan.
Namun, hari ke hari, doaku tidak putus. Untuk diriku dan dirinya, untuk kedua-dua ibubapa kami, untuk kedua-dua keluarga kami, untuk sahabat-sahabat kami, untuk guru-guru kami, untuk mereka saudara-saudara kami. Hanya doa yang mampu daku titipkan untuk semua.
Nukilan: Yang terus mengingati.
-------------------------------------
P/s: Aku jua merindu. Hehe. :) Opss, i found something. Again.
No comments:
Post a Comment