Sunday, December 19, 2010

Best Chance.

Allah. U gave me the best chance tonite.
Credit to: Bffs.

Aku baru selesai meeting. Baru ber-YM dengan Bff, si Azza Hana, tiba-tiba datang satu peluang yang tak pernah aku sangkakan. Seperti suatu ketika dulu jua.

Aku speechless. Taktaw apa yang perlu aku katakan. Tersentap dengan peluang yang datang tiba-tiba.

Jemari ku ligat mencari nama Azza Hana dalam list phonebook. Maklumlah, hp aku tak berapa nak betul tu menjadikan aku gelisah sebab lambat sangat. Bila jumpa, tak dapat pulak. Asyik engaged je. Aku makin nervous. Tak ingin aku lepaskan peluang yang sesekali datang dalam hidup ku ini.

Tepat jam 10.03 malam mengikut jam di hp ku, getaran terasa di tangan ku. Nama Azza Hana tertera dan segera ku angkat. Hmm, SUARA ITU!! Berbulan tak kedengaran.

Bicara ku yang hilang kini kembali. Walaupun dalam hati berkira-kira apa yang perlu dikatakan, namun bicara yang spontan itu lebih seronok bukan?

Beberapa perkara yang aku tak tahu diperjelaskan. Tentang nasi goreng sotong! Erkk?

Aku langsung tak sangka ada perempuan yang bersama beberapa lelaki makan nasi goreng sotong disangka aku kerana nampak betul-betul sama. Orang tu berisi sikit kot sedangkan aku makin kering dan tak berubah pun. Yang jelas memang bukan aku. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya salah faham tu dah diperbetulkan walaupun ia dah berlalu sedangkan aku baru ketahui.

Takpe, aku tak kisah. Asalkan semuanya ok je. Tapi tu la, aku terkejut sebab aku keluar ngan 3 orang laki? Errkk. Kalau kawan-kawan aku keluar ramai-ramai pernah la tapi jarang sangat. Kalau aku sorang je, macam mustahil je. Kat tempat aku tak biasa pulak tu. Hmm, abaikan ye ang.

Erkk.. Satu ag, aku akan tegur orang aku kenal lebih-lebih ag yang baik, yang rapat or aku mmg kenal. At least pun senyum la kan. Aku takkan wat pura-pura taktaw dan tak perasan. Sebab aku bukan camtu. Huhu. :)

Perbualan selama 14 minit 03 saat itu dirasakan terlalu cepat. Walhal punya peluang seperti itu pun sudah aku hargai dan bersyukur yang teramat sangat. Pesanan-pesanan yang sudah biasa ku dengari bergema di telinga.

Kesihatannya juga yang sudah sedia maklum ku ketahui itu pun telah ku duga. Apapun semoga sehat selalu. Aku pula nama je student nursing, kesihatan aku sendiri pun tak stabil. Sekejap-sekejap selsema, main ujan pulak tu. Haha.

Pape pun, aku doakan yang terbaik untuk semua orang. Kemudian, aku call Azza Hana pula. Sangat berterima kasih dan sayang akan Azza Hana. Azza, awak tahu siapa awak dihati saya kan? Kita kawan sampai mati taw? Dunia akhirat k.

Dan terima kasih pada kamu berdua. Love both of u alot~

Hmm, banyak ag la dalam hati ni nak cakap tapi bukan semua yang terluahkan. Peluang yang ada takkan aku sia-siakan. :)


P/s: Smile alwez. Ya Allah, thanxs for everything. I pray the best for them.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...