Semalam selepas berdiskusi beberapa perkara tentang baksis dengan beberapa orang kawan, aku pulang ke kamar. Melihat satu mesej tertera di skrin telefon bimbit ku memberitahu esok akan diadakan netball training pada pukul 7.15 pagi bertempat di court depan KOM.
Ok. Dah lama tak exercise. Aku pun terasa tak sabar nak main untuk interbatch dan interkulliyyah punye match nanti. Walaupun tak sehebat yang lain, enjoy je la kan. Maklumlah, zaman dulu-dulu aktif main netball zaman sekolah rendah kot.
Kesan mengantuk yang amat ketara membuatkan aku dan kawan sampai pada pukul 8 pagi. Eh, mana yang lain? Mata masih tercari-cari kelibat pasukan kami. Tapi yang jelas lagi nyata, hanya senior-senior 3rd dan 4th year kelihatan berserta mereka dari kulliyyah lain.
Hampir saja aku dan kawan pergi meninggalkan tempat tersebut dengan anggapan yang lain training kat court lain kot. Dengan kadar segera, nama ku dipanggil. Owh, ternyata memang aku berdua je dari 2nd year yang datang.
Bermain dengan mereka yang berlainan tahun dan course agak menarik. Aku masuk blue team. Mula-mula di position C. Kemudian bertukar-tukar main WD pulak. Court yang basah dan dipenuhi air bertakung tak menjadi masalah. Cuma ada yang tergelincir tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Setelah bermandi peluh pada pagi yang dingin, kami ke library dengan harapan dapat cari sources untuk group assignment. Tapi nasib tak menyebelahi, aku tak jumpa satu buku pun di sana. Baik, lain kali cuba lagi. Fighting~
Entah mengapa, minggu pertama sudah dirasakan banyak dengan kerja yang hendak dibuat. Itu ini itu ini. Modul dan aktiviti untuk baksis masih dalam pencarian. Slides untuk seminar perlu dibuat secepat mungkin if possible. Bla-bla-bla.. Mungkin beberapa perubahan perlu dibuat. Maksudnya, errkkk.. Entah! Haha. Dah start pening la ni.
Yang penting, enjoy myself~!! Takmaw stress-stress ok~ :)

*ngee~*
P/s: Apa khabarnya disana?
No comments:
Post a Comment