Salam alaik.
Seminggu posting di Wad Kecemasan, Accident & Emergency (A&E). Yes, I like it. New experience, new environment & new staffs there. Secara amnya, A&E terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Red Zone, Yellow Zone, Green Zone+Asthma Bay & Observation Ward (OW).
Hari pertama masuk ke A&E, aku dan kawan-kawan seakan-akan blur (memang blur pun) yang mana satu Red, Yellow ngan Green Zone ni. Setelah berjalan ke sana ke mari seperti rusa masuk kampung, Staff Nurse (SN) pun mintak tolong topup kan barang-barang yang dah nak abes. Kiranya awal pagi masuk syif tu, sila la topup barang ye. Lagipun kat A&E takde nak pass report macam kat wad biasa.
Aku dan Nurul kena jaga Yellow Zone. Kebetulan, haritu tersangat la busy. Patients keluar-masuk-keluar-masuk tak henti-henti especially dalam pukul 10 pagi ke atas. Aku pulak baru masuk hari pertama, tapi alhamdulillah dapat adapt jugak la. Lagipun SN in-charge pun baik walaupun ada jugak sorang SN tu kerek. Bukan nak kata, tapi aku asyik kena je ngan dia tu. Sabar je la kan sebab kami ni menumpang.
SN in-charge ada pesan, kat situ takleh wat keje lambat-lambat, nanti kena marah. Dan kalau tak taw, tanya je SN, dia boleh ajar. Owh, terima kasih sebab sudi terima kehadiran kami. Cewah, ayat! Kat situ, aku banyak buat Electrocardiogram (ECG) untuk tengok heart rhythm. Senang kata nak cek jantung la. Banyak buat observation a.k.a cek vital signs (Blood pressure, heart rate, respiration rate, temperature, SPO2). Dan pasang IV (Intravenous) Drip macam biasa.
Kat situ jugak, aku belajar jadi independent. Kalau sebelum ni, nak buat pape procedure selalu je nak ajak kawan assist. Tapi kali ni banyak kena wat sendiri-sendiri. Kadang-kadang wat ECG sendiri je, wat dressing (cuci luka) sendiri je. Bagus jugak la kan.
Cuma aritu, aku ngan Nurul tak sempat rehat langsung. Campur pulak tak sedar masa cepat sangat berlalu. Abes je syif pukul 2 petang, baru kami kuar g beli makanan kat cafe dan terus balik. Yang pasti, petang tu aku nyenyak tido sebab penat. Hee.
Hari kedua, syif pagi di A&E. Aku dan kawan-kawan bergilir-gilir untuk jaga Yellow Zone, Green Zone & OW. Red Zone terkecuali kerana disitu terdapat pesakit yang kritikal. Jadi aku ngan Nurul kena jaga OW untuk hari kedua. Sedikit bosan di OW sebab takde keje sangat. Hanya fokus pada observation je. Amek vital signs dan bila patient dah boleh discharge, tolong off branula. Tu je.
Sebab tak banyak keje, CI datang tengok kitorang dan nak tengok camne kami bagi IM (Intramuscular) Injection. Kat bahagian deltoid, aku passed. Tapi bahagian gluteal, erkkk... Aku tak pernah buat kat patient betul. Jadi kami belajar camne nak cari tempat yang betul. Ada 2 cara sama ada guna 4 Quadrants (Upper-Outer) ataupun bawah iliac crest. Kiranya lepas ni nak bagi injection kat bontot, aku lebih confident la kot. Ok, I am gaining new skills. Huu.
P/s: Ramai kawan-kawan suka posting kat A&E sebab boleh cucuk-cucuk. Hee. Sebab banyak procedure laa~
No comments:
Post a Comment