Salam alaik.
Minggu terakhir berada di Hoshas, Temerloh. Macam tak percaya je secepat tu masa berlalu. Tup-tup tinggal 2 minggu je ag untuk berposting bagu semester pendek ni.
Amaran: Ini entri panjang. Kalu taknak baca leh klik button merah kat atas hujung sebelah kanan. Huhu.
Day One. AM Shift- Hari yang indah. Ok, itu tipu. Haha. Mula-mula agak blur bila tak ingat wad Bunga Raya kat mana. Yang pasti kat level 8. Bila dah sampai, tengok-tengok dah start pass report. Aku terlambat ke atau SN yang cepat? Owh, lupa nak introduce. Wad Bunga Raya ni wad first class. Tak macam Kenanga lain-lain. Tapi ada satu masa tu, wad ni jadi wad untuk pesakit denggi.
Dengar kata kawan yang pernah posted kat sini, staffs kat sini baik-baik. Yup. Hehe. Sebab aku tak sempat nak dengar report tadi, so aku mintak pinjam report yang JM tulis. Dia siap bagi tengok diagnosis guna ID dia lagi. Yang penting, aku kena logout pastu.
Kat sini kerja tak banyak sangat. Tak sesibuk sebelum ni. Lagipun patient tak ramai sangat. Wad biasa ada cubicles tertentu tapi kat sini ada bilik-bilik. Ada yang sebilik 2 orang, dan ada yang sebilik 4 orang. Wad ni pun berkarpet taw. Berat kot bila nak tolak katil. Haha.
Bila dapat peluang nak g hantar sample darah ke lab, suka benor aku. Dapat jalan-jalan kuar dari wad. Tapi kan, ada patient yang pernah kitorang jumpa waktu kat K11 minggu lepas, masuk Bunga Raya pulak. Huhu.
Day two. AM shift- Pagi-pagi macam bese kena dengar report (terlepas lagi -_-'), wat bed-making, sponging.. Dan sudah ketahuan, kami taktaw nak watpe sebab wad ni tak busy. Kadang-kadang g lepak kat bilik belakang, kaco makcik-makcik kat situ. Haha.
Tapi kan, kami dapat lawatan mengejut daripada Matron M & SN J. Errkk, terkona den.. Dia tanya kami in-charge kat bilik mana, sape patient kami, apa diagnosis dorang, bla-bla-bla.. Huh, wat relax sudah. Jawab je apa yang boleh. Tapi agak geram la bila dia senyum tapi memang nampak sinis la. Aku taw dah dia bukan suka sangat kat dak uia nih. Huh.
Mujur Sr Meriati datang pastu, tapi ngan dia skali terkena. Tension betul bila benda kecik nak dibesarkan. Setakat ni aku tak pernah kena teruk ag ngan dia. Dulu pun aku pernah terlepas. Ok, pasni tak jumpa dia dah pun kan. Haha.
Sebelum balik, kami tukar diapers sorang patient ni. Sian dia sebab family dia jarang datang jenguk. Kalu datang pun sekejap. Anak keje bagus tapi tula, sian patient tu. Takleh gerak dah. Sambil tu, buat la passive ROM kat uncle tu. Kalu patient yang bedridden kan, kena la tolong dorang wat exercise. Dengan penuh kasih-sayang gitu. Haha.
Day three. AM Shift- Rotate bilik lain pulak. Kali ni lebih penat sebab ada 3 patient utk sponging. Boleh tahan berat jugak makcik tu. Memang keja ni perlu kekuatan dari segi fizikal dan mental jugak. Sape kate keje nurse ni kena lembut-lembut je? Sometimes kena jadi ganas jugak k. Hehe.
Arini aku lambat nak ikut Dr review patient. Tiba-tiba Dr Gauri cakap, 'nape lambat?' dalam nada bergurau. Terkejut aku. Sempat sengih je. Hehe. Aku suka ikut Dr review walaupun kadang-kadang tak faham sesetengah terms. Dalam masa tu jugak, we get to know patients better kan.
Day four. PM shift- Saya akui saya lebih suka AM shift berbanding PM shift. Huhu. Seyesly pertama kali keje petang kat sini, bosan yang teramat weh. Sangat-sangat bosan. Seb bek dapat SN baik. Dapat gak sembang-sembang. Siap order makanan skali ngn SN ag. Hehe.
Aku ikut SN g amek patient kat OT (operation theater). Lama gak tunggu tapi its ok. Dapat abeskan masa tunggu patient pun takpe. Hmm, compared to AM shift kan, PM shift banyak kali rehat bila nak makan n solat. Asar, maghrib & isyak. Kalu AM shift, rehat sebab nak makan jela. Semayang zohor kat rumah dah.
Day five. PM shift- Last day to be posted at HoSHAS. Huhu. Btw, aku dapat peluang assist utk IJC (internal jugular catheter) insertion bertujuan utk dialisis bagi patient CKD (chronic kidney disease). Patient tu muda ag dalam 30-an. Procedure tu sangat menyakitkan walaupun dah diberi LA (local anesthetic). Dah la dapat MO yang agak cerewet tapi sabo jela. Bukan Malaysian kot. Tengok nama macam dari Myammar. Ok, lupakan tu. Sambung cite, aku try comfort patient tu dgn bg dia genggam tangan aku. Time dia sakit memang dia genggam tangan aku kuat-kuat. Ok, tangan kecik pun berguna ok. Hehe.
Seyesly nampak sangat sakit. SN pun banyak kali suh patient tarik nafas. Dalam pada tu, nset Dr Hakim banyak kali menyanyi riang. Mula-mula SN angkat tapi tak sempat jawab. Lagi skali aku pulak tolong angkat. Ok, aku ni dah dikira assist dr jawab phone sebab gloves dah penuh ngn darah. Acceptable, leh jugak ak sentuh Apple. Nak compare ngn phone aku apela sangat. Haha.
Ok, sambung cite balik. Hm, bukan nak mengata ke ape. Tapi kadang-kadang attitude tu kena jaga. Jangan wat orang menyampah. Patient pun dah bising suh MO siapkan cepat. After da siap, patient tu dah geram agaknya ngan MO tu sampai apa yg Mo explain dia wat taktaw je. Bila aku tanya dia faham tak, dia kata faham tapi saja wat taktaw. Huhu. Apepun, fikir positif jela kan.
Then, SN pun taw kitorang nampak bosan. Dorang suggest kitorang tengok med chart dulu. Nt leh tolong bagi medication. Selain bagi oral medication, SN suh bagi IV medication jugak. So before dilute antibiotic, aku tunjuk kat SN betul ke tak. Kang kalu salah bagi, teruk aku kena. Tak kisah la tanya banyak kali pun asalkan tak memandai sendiri.
Owh ye, few hours before syif nak abes, ramai pulak staffs yang masuk wad. Sorang sister K8, sorang SN K1, sorang SN K10. Terkejut gak. Sekali masuk 3 orang pastu sume staff kat situ. Owh satu ag, ada sorang patient tu dah discharge, baru aku taw dia tu mak kepada MA yang pernah aku jumpa kat A&E. Lately ni selalu jugak jumpa MA tu kat klinik la, kat cafe la. Haha.
Last but not least, sedih jugak nak tinggalkan Temerloh walaupun ada banyak suka duka lalui kat sini. Dah 3 semester posting kat sini kan. Kenal pulak staffs yang best-best. Walaupun posting kat wad lain-lain, dorang still ingat aku. Sayonara Temerloh~
*Suka dapat makan siput sedut.
**Aku mula addicted ngan cream puffs kat kantin sampai tiap-tiap hari beli kecuali last day, sebab dah abes :'(
***Hari-hari timbang berat badan tapi still the same. Around 38-40 kg only.
P/s: Some people do not understand. Believe in yourself that you were just doing the best thing as you could.
No comments:
Post a Comment