Salam alaik.
Selama 2 minggu berposting di hospital, kali ini beralih arah ke klinik kesihatan yang berdekatan pula. Bertempat di KK Beserah, area Kuantan je. Naik van atau bus UIA. Office hour tapi pukul 4 da balik. Huhu.
Hari pertama. Fine, aku ada MC. Dan adek aku kawen. Hehe.
Hari kedua. Kali pertama datang ke situ. Sebelum ni hanya mendengar cerita kawan-kawan ttg keadaan poliklinik yang masih dlm proses pembaikpulihan. Jadi, kabin yang menempatkan klinik utk sementara waktu itu aku masuki jua. Kabin yang didirikan dgn asas kayu sahaja bergegar dan berbunyi ketika kaki tangkas memijak diatasnya.
Arini aku bersama Pipah & Nurul berkerja di Bilik 1 & 2. Tak terlalu sibuk seperti hospital, disini ramai yg datang dari golongan ibu-ibu mengandung dan anak-anak kecil. Disini kami mula belajar banyak benda baru. Setiap ibu mengandung akan dibuat checkup perut dulu utk mengetahui current status ttg bayi yg dikandungkan. Disini juga banyak terms baru yg tak pernah ku dengari selama ini.
Sebenarnya kami belum belajar lebih mendalam mengenai maternal-child health, tapi dah posting kat tempat sebegini. Tapi community health nursing yg telah dipelajari secara superficial je pun membantu la sikit-sikit. Bak kata pepatah, experience is the best teacher. Yup, bila kita dah apply apa yg dah belajar lagi senang nak faham dan ingat drpd tahu teori saja.
First time nak bagi vaccine injection kat baby mmg aku tak berani. Biar kawan bg dulu, tengok dia inject, baru boleh aku kasi. Bila nak bg ATT (Anti Tetanus Toxoid) kat ibu, aku boleh sebab sebelum ni dah pernah bg IM (intramuscular) injection kat patients. Lama-kelamaan rasa excited lak nak inject baby. Haha. Susah jugak nak cucuk dorang lebih ag yg suka meronta-ronta. Ha masa tu kena mtk ibu-ibu tlg pegang dan posisikan baby sebaik mungkin. Dah lama tu tak susah dah, yang penting kena yakin dan competent.
Hari ketiga. Home visit! Yang ditunggu-tunggu. Hehe.
Bertempat di Klinik Desa Permatang Badak, kami diberikan sedikit briefing oleh Sister ttg klinik desa disitu. Agak lama sebenarnya briefing tu. Huhu. Setelah bersedia, kami mengikuti 2 org JM (jururawat masyarakat) ke rumah-rumah yg telah ditargetkan bersama-sama CI kitorang. Agaknya JM ingat kitorang nak naik kereta skali ngan dia, nampak runsing semacam je. Sedangkan kitorang dah ada van UIA nak angkut g sana-sini.
Beberapa buah rumah telah diserbu. Selalunya untuk ante-natal atau post-natal check up. Oleh sebab bilangan kami terlalu ramai, 8 orang, kelihatan JM tak begitu selesa utk membenarkan kami mengikuti mereka ke semua rumah yg ditetapkan. Walaupun CI macam tak faham, tapi dengan riak wajah JM, aku dan Pipah dapat menangkap kata hati mereka.
Selepas itu, dapat suggestion drpd sorang kawan, Raihan gak namanya supaya kami berpecah kpd 4 org. Kiranya satu rumah tu 4 org je yg akan masuk, next rumah lagi 4 orang. Rotate sampai ke rumah terakhir. Rasanya hanya 9 buah rumah yg kami lawati, sebuah lagi tak sempat kerana perut terlalu lapar dan sudah masuk waktu tengahari. Kami singgah di kedai goreng pisang dan beli beraneka pilihan kuih. CI kitorang, Sister Hong belanja sedikit goreng pisang, keropok & popia berserta air. Aku minum ABC. Sedap tapi manis giler. Haha.
Susah nak pujuk CI agar benarkan kami pulang awal. Siap komplot ngan pakcik van lagi. Kalu tak kena duduk Klinik Desa or KK Beserah balik. Fuh~ Nasib baik.
Hari keempat. Kali ni aku bersama Ili dan Raihan tapi masih di bilik yang sama. Sebab aku tak datang hari pertama, so aku kena stay kat bilik yg sama lagi. Lebih kurang hari kedua jugak tapi yang ni tak ramai patient. Sempat kami bergurau senda dan bergelak ketawa sesama sendiri dgn perangai yg pelik-pelik. LOL.
Peluang nak bagi MMR (measles-mumps-rubella) kat baby tercapai. Cara nak bagi pun sedikit berbeza ngan vaksin lain sb takleh sapu alcohol swab macam biasa. Selain tu, DTap, Hep B & ATT adalah common injections kat sini. Cuma BCG tak pernah bagi lagi.
Kena wat booking. Terkena pulak warganegara indon. Terseksa gak nak communicate sebab ada sesetengah perkataan macam sama tapi bawak maksud berlainan bg dorang. Contoh nak tanya bangsa apa, tapi bagi dorang bangsa tu warganegara kot. Sebab asyik jawab indon je. Pas CI cakap indon tu banyak jenis, baru dorang jawab Flores. Hmm, first time aku dgr. Tu pun banyak kali tanya. CI pun pening. Huhu. Alamat pun terpaksa mtk dorang tulis sebab tak jelas apa yg diperkatakan.
Hari kelima. Yang ditunggu-tunggu gak sebab kul 12 tengahari dah leh balik. Haha. Kali ni berada di Bilik 3 & 4 bersama Naim dan Ela. Ada 3 stations jadi kami bertiga jaga satu station sorang. Aku bersama akak JM. Macam biasa timbang berat, ukut tinggi dan lilitan kepala baby. Ada sekali aku bagi budak minum ubat cacing perisa vanilla. Ditutup mulutnya lalu disembur tepat ke muka. Cet, seb bek sikit je kena. Aku pun g basuh muka sket. Haha. Budak owh budak.
Injection pun tak banyak aritu. Mungkin sebab separuh hari je agaknya. Aku pun ada tolong JM tulis kat buku pink dan juga tanya ibu ttg perkembangan anak dorang. Nak pastikan perkembangan dorang tak terbantut. Setiap bulan dorang akan datang utk check up.
K la. Minggu depan pun still kt KK Beserah. Hope dpt lebih banyak benda baru dan experience yg lebih baik. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen. :)
P/s: Amek Vitamin C kat IIUM Health Centre. Harap berat badan naik lagi. Haha.
No comments:
Post a Comment